For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak. Papar semua catatan

Khamis, 20 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 1


As salam,
Nak sambung cerita pergi Terengganu lagi..
Lepas je habis kenduri kendara Ahad tu,
Terus cargas kemas kemas barang apa apa yang patut.
Terus kitorang siap sedia nak gerak ke sana.
Pada mulanya, hanya Aku , mak & abah , Family Acik jer yang nak ke sana.
Adik dengan Abang aku masing masing belum buat decision.
Lepas kena racun tikus kitorang...
Tup tup dorang semua nak ikut pulak.
Lagi lah meriah kan...

Adik aku Acik dah booking kat Hotel Sri Malaysia Marang
Untuk tiga bilik.
Dalam otak aku, ok...sumbat sumbat je lah malam nanti kan..
Sebab guest dah bertambah.
Aku janji dapat baring , tido cukup.Aku on je.


Mak aiii....perjalanan panjang mengambil 200km++
Titiba jadi macam best pulak.
Aku tengok kenderaan Arah nak balik KL mak aiii..
Tak berhenti kereta lalu.
Mesti jem teruk kat Karak bisik hati aku.
Maklumlah..cuti sekolah dah berakhirkan masa tu.

Kitorang konvoi 5 biji kereta.
Semua sibling aku ada.
Dah lama sebenarnya tak cuti bersama sama.
Last bercuti...kat Penang.
Masa tu, aku tengah darjah 5.
Lamanyaaaaaa......
Kira quality time tu penting.
setakat berkumpul , memang selalulah..

 Lagi meriah bila budak kecik ni ada.
Happy dan gembira sangat.
Adik aku suka sangat melayan amik pict Rayyan ni.
Rayyan suka sangat main steering.
Sampai meleleh leleh air liur kat benda alah tu pun tak pe.
Muka sangat keterujaan.

Masa singgah solat Mahgrib kat Kerteh kalau tak silap,
Aku dukung Ayyen masuk dalam kereta aku.
Sekali orang tengah sembahyang dalam masjid,
Ayyen tekan hon panjang.
Tarik tangan Ayyen kuat pun dia tak mau lepas.
Kira tunjuk perasaan kot masa tu.

Alili pun ikut jugak uolls.
Mana buleh tinggal.
Mak aku cakap jer nenek nak pergi Terengganu,
Terus ikut jer bontot nenek.
Haaa....takut kena tinggallah tu uolls.


Baju masing masing ke Terengganu.
Semua pun pakai baju lepas kenduri.
Aku pun sama.
Tak kuasa nak tukar tukar baju.

Dalam pukul 10 malam kot baru sampai Marang.
Itu pun berhenti henti banyak kali.
Sorang nak terkucil..
Semua berhenti...betul tak?

XOXO,

Daela

Rabu, 15 Ogos 2012

Feeling ber STEAMBOAT kat YUEN. Padahal kat rumah jer....

 Haii...Assalammualaikum...Perghhhhh....
Dendam kesumat mencekik seafood melanda rumah mak iolls.
Hari hari pulak mak aku sediakan food yang sedap sedap untuk kitorang.
Sebab itulah montel-montel & gemok gemok..kahkahkah
Akukan mengendeng kat rumah mak .
Memang boleh kira dengan jarilah berbuka dengan Abam kat rumah sendiri.
Bukan malas.....tapi tak meriah kalau aku tengok abam makan, then abam tengok aku makan.
Kahkahakah...
Adik aku Arol baru balik dari Outstation area Kuala Selangor.
Haaa...dialah yang beli bagai bagai seafood kat sana.
Nak kata murah sangat pun tak juga uolls.
Mungkin murah dua tiga kupang jer.
Tapi...semua segar bugar dari laut.
Udang sambal petai tu feberet Abam.
Mak aku cukup faham lauk pauk yang anak anak nya suka atau tak.
Aku seafood seafood kalau last choice baru makan..
Yer..aku kurang la ketam, udang...
Ikan pulak aku hanya makan ikan laut jer.
Ikan sungai....belum pernah nak cuba lagi...
 Bila sentuh bab bab makanan ni kan..
Aku tak sangka adik aku Arol ni pandai masak.
Abam korang masak air pandailah.
Tapi sekarang dah cekap sangat masak maggi.ngeh ngeh ngeh
Kepak ayam bbq sebijon rasa kat Yuen.
Sedap sangat sampai nak makan pun sayang. hehe
Sebelah kepak ayam tu, my SIL yang masak.
Kuah kacang almond.
Woah....dasyat akak ipar iolls.
Suka hati dia jer tukar kacang yer.
Tapi...sedap gak. first time rasa tau.
Paling tak sedap mata memandang...muka iolls keluar jerawat seketul seketul.
Comel??? puiii....atas dahi satu.
Bawah bibir satu.
Besarrrrrrrrrrrrrrrr............!!!!ni gara gara makan kuah kacang nilah..
Eh..salahkan kuah kacang pulak.
Ni...esok esok nak beraya kat rumah maklang aku...nak makan kuah kacang kerang lagi..
hai...penuh la jerawat kat pipi lepas ni...adoii laaa...
 Ha...sebenarnya, makanan kat atas tu selingan jer uolls.
Menu utama adalah steamboat berkuah tom yam & sup.
Hah..penuh makanan dalam bekas mak aku ni.
Kebetulan adik aku pun jemput keluarga mertua nya sekali.
Aku dengan Abam tak payah jemput pun aku tetap datang jugak.
Macam macam ada kot.
Siap ada kangkung bagai.
Paling best, abang aku siap belikan kuah yong tau foo.
Nak beli kuah tu Rm10.
Tapi taukeh tak mahu jual.
Lepas bersilat dengan taukeh tu abang aku cakap...dia nak jual rm2  jer.
Ha...sikitnya...dapat kuah tu.
Tak cukup dengan bagai bagai yang ada..
Ada lagi yang kitorang letak untuk steamboat.
Memang meriah  uolls.
Segala kerang merang semua pun ada.
Sama macam kat Restauran Steamboat.
Hermmm....nasib baik semuanya tak membazir.
Sebab time nak menghidang makanan semua ni,
Mak iolls dah menapaukan untuk jiran sebelah menyebelah.
Lepas tu, time keluarga mertua adik aku dah nak balik pun mak aku tapaukan.

Aku usah cakap lah..
Orang belum siap makan, aku dah laju laju tapau untuk diri sendiri.
Haa...mesti korang ingat aku  tapau banyak kan kan?
Tak baik uolls..not good..not good.
Aku tapau ketam dua kerat dan sedikit tomyam.
Ketam masak lemak untuk Abam.
Kuah tomyam untuk aku.
Subuh subuh hening aku nak makan pun bercinta.
Apatah lagi nak meratah ketam.
Memang lahhhhhhhhhh...takkkkkkk!!!

**Rezeki sentiasa murah ketika di bulan Ramadhan kan...Al-Hamdulillah

Khamis, 2 Ogos 2012

Awas...jika Iman tak sekuat untuk mata memandang...sila abaikan , sehingga next entry!!!

 Yuhu...Assalammualaikum....Salam Ramadhan Al-Mubarak ke 12 hari ini.

Ini Char Kue Tiau home made.
Kalau dah namanya home made,
tentu tentu bahannya melampaui batas bila memasak.
Ayam, udang, kerang semua aku taruk.
Owh....aku kan sekarang mood rajin sangat ke dapur sekarang ni.

 Mushroom sup dengan roti .
Jangan tak percaya sekarang ni Abam dah beralih arah.
Dulu, nak makan western food macam nak ajak makan racun.
Macam macam alasan dia kasi.
Tapi sekarang ni...Al-hamdulillah...dia pulak busy busy suruh aku masak.
Walaupun agak ' kacang goreng' cara nak menyediakannya.
Tapi tetap berusaha buat supaya sedap.
Ok, aku nak bagi tau korang rahsia ni...
Pakai jer Mushroom sup yang dalam tin tu.
Senang.kahkahkah.
 Woah...Abam memang suka makan buah tembikai.
Asal pergi Param je...pasti gerai jual tembikai dia intai.
Korang tau je la...time bulan Ramadhan yang mulia nilah...buah tembikai sama harga seperti Ayam seekor.
Mahal.
Sebiji dibelah empat pun...hampir rm5.
Tapi, dah tak ada ruang untuk menanam benih buah tembikai kat tingkat 13 kan.
Nak tak nak...beli juga.
Ahaha...kedekut betul!!!
Aku lah yang kedekut.
 Lengkong atau agar agar.
Korang pernah makan agar agar oren santan?
Mak aku uolls, titiba jer bocan buat agar agar ros santan macam gambar diatas **sangat!!
Dia boleh ubah resepi ikut suka hati dia.
Mak aku cakap dia guna Oren Sunquick  dalam botol tu.
Cuma tukar sirap ros dengan oren jer.
Lain lain bahan sama.
Tetap letak santan.
Nak lagi double up sedap???
Letak sikit susu cair. meletopssss....uolls.

 Heeee....Aku paling tak berkenan dengan ikan banyak tulang ni.
Ini ikan terubok.
Mak dengan Abah aku yang suka sangat beli & makan ikan ni.
Kalau kitorang adik beradik plus menantu...hampeh.
Semua tak makan uolls.
Cuma, mak request suruh aku buat kuah asam jawa untuk dia cicah dengan ikan ni.

 Roti john beli di Param .
Kat rumah mak aku, hari hari ada roti john ni.
Nasib baik rasanya sedap.
Selalu penggemar roti john adalah adik ipar aku.

 Sotong tumis kunyit mak style.
Korang semua pun mesti setuju dengan apa yang aku nak tulis.
Bila mak kita masak apa pun confirm sedap boliau.
Kicap dengan telur pun sedap.
Janji mak yang masak...betul tak?

 Ayam paprik paberet Alili.
Walaupun masih berpuasa separuh hari...namun,
permintaan mengalahkan orang yang bepuasa.
Macam macam suruh mak aku masak time berbuka.
Hamboi...heeeeee...
 Nasi Ayam made by me.
Woahhh.....titiba tengok gambar timun teringat kisah timun sekilo.
Hahaha....Ni aku masak kat rumah mak.

 Iftar setiap tahun memang menggamit pelbagai kenangan.
Begitu juga bila memasak.
Setiap hari berubah.
Udang masak petai peberet Abam.
Aku makan udang dengan sambal jer.
Petai.....campak kat pinggan Abam.

 Ayam golek Aladdin Kg. Medan.
Siap kena Q ok time nak membelinya.
Paling kecoh sebab kedai kuih 'keras kedengkang' makcik sebelah nya marah marah.
Dia sound kat customer Ayam Aladdin Q kat jalan raya.
Kalau Q melintang, nanti tutup kedai dia.
Hello....kuih kalau sedap, kau duduk celah mana pun...orang kesah dan cari ok.
Kalau kuih keras, rupa kuih jer cantik...**cantik ke? tapi tak sedap??
Kau ingat orang hadap sangat nak beli???
Hish......
Maka..tamatlah episod menayang makanan untuk berbuka puasa 2 minggu ni.
Lauk semua lebih kurang jer.

Akukan, minggu ni baru masak sendiri kat rumah.
Tu pun time subuh je.
Sebab Abam menoreh shift petang.
Aku masak sempoi gila kot.
Sambal ikan bilis, sup ayam dengan sikit sayur.
Kalau over rajin, aku menggoreng telur dadar.
Tapi....tak over ok.
Malas.

** Apa yang kita makan, itu adalah rezeki yang ditentukan. Jika dah beli or masak sebanyak mana pun,
jika dah tertulis haritu bukan rezeki mu....maka bukanlah untuk mu.. (:

Selasa, 5 Jun 2012

Mengidam nak buat agar agar Cendol....aduhai...banyak nau dugaannya!!!.

Yuhuuu...Assalammualaikum, hai kawan kawan...:)
Senyum sikit...aha...kan manis tu.
Ok, minggu lepas aku mengidam NAK BUAT AGAR AGAR CENDOL.
Gila pelik pelik perangai sekarang ni.
Hari hari aku meronda cari cendol you.
Sampai ada akak kat kedai tu cakap "sekarang ni belum bulan puasa..susah sikit nak ada"
Terus hati kecil aku tertipu dengan kata kata akak kedai tu.
Bila sampai kat rumah, aku buat muka sedih dan hampa.
Entah lain macam hampa nya.
Abam bebel bebel cakap aku mengada ngada.
Aku terus emo sendiri...
Terus masak telur kicap jer hari tu.
Padan muka....heeeeee

Esok tu, aku call mak.
Yer...mak cakap, mak tak pergi pasar.
Adoiii..keciwa...Ohhhhh...Aku keciwa...
Bila mak tanya kenapa aku keciwa?Aku malas nk bercerita.
Sebab aku malas nak susahkan mak masa tu.
Aku tahu...mak sayang aku...nanti mak pulak menggagau nak beli cendol untuk aku.
Jadi..aku diamkan diri..
Tapi, aku biasa...pagi jer aku senyap...
Lepas tu petang pulak aku call mak.
Tanya lah...kot kot mak tahu kat mana ada orang jual cendol kan.
Mak aku cakap ada.
Dekat dengan rumah bujang aku dulu.
Aku pun macam...alamak...malas nak pergi ke sana.
Sebab dah sampai rumah.
Harus malas nak berebut parking.
So, pendam perasaan lagi.
Bila abam balik dari menoreh, tengok muka aku sedih terus ajak pergi makan dekat luar.
Aku tak de mood nak makan kat luar.
Aku cakap tak payah nak pujuk hati aku dengan ajak makan kat luar.
Puii...itulah perasaan aku bila tak dapat nak buat agar agar cendol..
Teruk semacam....
 
Esoknya, aku dah nekad, tak mahu ingat lagi kat cendol.
Aku macam naik segan pulak asyik aku jer pergi tanya kat kedai akak tu.
Lepas tu akak tu sampai nampak aku jer...buat isyarat tangan pusing pusing.
Apsal aku tak cari kat kedai area rumah bujang aku?
Bukan aku malas, tapi kedai tu buka time subuh sampai pagi arround 10 pagi.
Aku kan keje...mana sempat nak kesana..
Sambil memikirkan menu apa nak masak petang tu,
Sampai lah kat rumah.
Bila buka beg, nampak Abah aku misscall.
Abah aku adalah jarang jarang nak call aku.
Sebab selalu aku yang call.
Kalau dia call kan,  mesti aku berdebar.
Aku laju laju call abah balik.
Rupanya abah aku nak ajak aku dengan Abam dinner kat kedai.
Tapi Abam masih belom balik rumah.
Aku cakap tak boleh nak joint abah.
Lepas tu abah pass phone kat Mak.

Mak aku cakap, dia dah belikan cendol untuk aku..
Adoiyaiii...sayang sampai tak kira juta dah kat mak aku.
Terus hati berbunga bunga...
Mak cakap mak beli masa otw nak pergi dinner.
Dekat area erea rumah mak aku juga.
Semangat nak buat agar agar cendol membara bara..
Haha...gambar pun dah jadi bukti kan.
Kalau korang nak tahu, punyalah excited aku ni,
Sampai dua kali aku buat agar agar cendol.

Ok, nanti aku update resepi yer..

Rabu, 7 Mac 2012

Acik Wedding- ::Edisi Benikah di Pagi yang hening...tapi terlambat...nasib baik Tok Kadi tak merajuk....kahkahkah

Haha.Sentap baca tajuk hari nih?
Oppp...Assalammualaikum..(Sorry peram cerita..mood muram durjana nak mengupdate blog kot)
Plan asal adik mak menikah memang waktu Malaysia jam 11Am.
Awalkan kan?
Lepas tu , adik aku cakap arround 1030am kena ada kat kawasan masjid.
Kebetulan pulak memang malas dah nak balik rumah sendiri masa tu.
So, bangun subuh subuh...cau balik rumah dan bersiap siap.
Hasilnya...agak lewat juga sampai ke masjid masa tu.
Maybe 5 minit lambat kan kan.
Adik adik aku yang lain sudah sampai. Yang lambat aku ngan untie aku yang tercinta.
Sebab sesatbarat mengingat jalan mencari Masjid yang bakal menjadi saksi nanti.
Abam kau orang memang kadang kadang boleh harap.
Kadang kadang hampeh.
Padahal, dudulu bulu kaki Abam bersepah kat area tu...Mak aii..sembang...an an?
Nasib baik terjumpa logo masjid. Kalau tak...sure...!!!
Kami ketinggalan pesawat menyaksikan majlis pernikahan adik mak tu..
Antara hantaran yang sikit sangat dibawa hari tu..
Tapi sebelah lelaki untong...sebab dapat kek dengan buah..
Acik kejam kot..sebab tak bagi apa apa food dekat family farah..
Yer lah...kenapa ea?
Tema pada hari pernikahan hari tu adalah warna Purple untuk pihak kitorang.
Abam pun tak ketinggalan.
Cuma warna jer lain banyak.
Dorang semua pakai baju melayu perple masa aku kahwin dulu.
Cousin aku Kemal a.k.a perasan Awal Ashaari memang busy masa tu.
Masing masing mengyibukkan diri dengan mengambil gambar & video guna garuan masing masing.
Gambar memang lah blur blur tahap cipan kan?
Heee.....teringat masa abam menikah dengan aku dulu masa menaip ni.
Terus aku laju laju pergi tengok folder gambar kitorang menikah dulu dulu..
Sebab tulah aku kalau nak update blog ni selalu separuh jalan.
Bila dah mengimbau gambar gambar lama...terus malas nak update.
Padahal...memula jer semangat.
Dengan sekali lafaz, adik aku sudah selamat menikah dengan Farano.
Abam korang 3 kali baru sah.
Masa tu...aku yang seram pulak...
titiba laju laju tengok kot ada sapa sapa yang lipat hujung karpet masa tu.
Menakal aku pikir bukan bukan ..

Nasib baik ikut Mas kahwin Selangor.
Ok, Aku rapat dengan adik beradik aku.
Mak aku pun tak menagis tengok Acik sudah selamat menikah.
Mungkin dalam hati mak sudah cukup sedih sebab anak bujang kesayangannya sudah bersedia
untuk mendirikan rumahtangga.
Aku pun titiba terasa sebak.
Sebab mata masuk habuk masa tu...kahkahkah...hampeh!!!
Macam comel jer gambar ni..
hikhikhik...ok, nanti aku hapdet lagi ea...

Baibai...

p/s:kadang kadang jiwa selalu memberontak...tapi...naluri sering mengingatkan..banyak banyak bersabar..
 

Selasa, 8 November 2011

::Salam Aidil Adha 1432::

 Assalammualaikum Yaw...

Sorry, aku tak sempat nak bersiaran masa Hari Raya AidilAdha yang lepas.
Mak busy nok..
Banyak nau resepi yang Mak aku nak hidangkan..
Maklumlah, tahun ni, Mak aku beraya dengan adik adiknya.
Jadi, semua lauk pauk mak nak masak.
Paling penting sebab aku pun beraya dengan mak di sini.
 Antara menu terbaik yang mak sedikan,
Rendang ayam kampung & rendang burung puyuh.
Aku burumg burung ni tak berapa nak makan sangat.
Sebab aku cepat kesian..
Mak aku cakap, kalau kita asyik nak kesian jer...
Baik kau tak payah makan.
Jadi...aku memang tak makan.
 Nasi Dagang lawan dengan kari ikan tongkol.
Ikan nya aku terlupa nak snap.
Mak aku gigih sediakan nasi dagang untuk hari raya tu..
Sayang mak banyak banyak.
Macam mana lah aku tak gemuk kan..?
 Bukan nasi dagang jer menu yang mak sedikan.
Laksa & bakso juga.
Nasi impit pun ada kan..
Okies, itu jer nak tayang.
Aku yang sendiri tayang pun dah rasa kebuluran.
Mencik betul..

Selasa, 25 Januari 2011

Cara Membuat Kek Belang( Butter Cake)

Kwang, kwang kwang...
Salam & selamat sejahtera kawan kawan.
Today aku nak ajar cara cara buat butter cake belang tarung rimau.
  • Mula mula masukkan sebuku setengah buttercup 500grm & secawan gula halus.
  • Setelah kembang(anggaran 35-45minit pukulan, boleh masukkan telur 5-6 biji (tapi sebiji sebiji jangan masuk sekali semua)kira sambil pukul...pastu masukkan telur.Tak lupa juga, masukkan sedikit esen vanilla untuk perasa.
  • Masukkan tepung gandum 1setengah cawan .Dan baking powder sesudu kecil(Mak aku kata kalau masuk banyak banyak..kang kek jadi x sedap...baik korang bubuh ikut sukatan yang aku ajarkan ni)
  • Bahagi 2 bancuhan supaya boleh letak pewarna.
  •  Gambar 5 & 6 adalah sukatan yang telah aku bahagikan.
  • Setelah warna dicampurkan ke dalam adunan, kacau rata rata.
  • Masukkan pewarna asli dulu dengan senduk.
  • Lapiskan dengan adunan yang berwarna merah
 
  •  Lakukan selang seli adunan sampai abis
  • Bakar dengan sempurna
  • Hahaha..titiba kek aku bertukar warna.(titiba warna hijau pulak)
Ok, selamat mencuba.

p/s: Kek jadi warna hijau selepas siap adalah satu penipuan.
Kek Belang merah masa mak bake, aku bantai membongkang.
Bila kek sudah siap, si peng order datang rumah & terus pick up masa tengah suam suam kek lagik.
Makanya..tiada lah gambar kek merah untuk tatapan semua.
Lepas tu mak pujuk hati dengan menyiapkan sebiji lagi kek warna hijau.
Aku malas nak snap pict.Cara yang sama..cuma warna aje kena tukar...:)

Khamis, 19 November 2009

Warna-warni kehidupan...


Korang sayang budak2 x...?Aku...huii..kadang2 sayang..kadang x sayang...hahahahha...mana ada la..Sayang, teramat sayang..tapi aku klu sayang bila aku marah kat dorang..Sbb kalau aku x sayang, aku x tegur dorang, lantak piang la korang kan budak2 kecik...Ni gambar mlm td..sebelum afiq balik..

Dia mlm2 mcm kelawar..x tdo..terkebil2 bijik mata dia kata abg aku..Lagi2 kalau dia lapar..Haaa???lapar? x der makna nya nenek a.k.a mak aku x bagi dia makan..Afiq makan sikit jer..sesuap dua jer pastu dah..main..main...main...Yang pompuan tu kakak..a.k.a Qilah.mlm td dia tdo umah aku..dia mmg selalu tdo umah kitorang..yang bulat tembam tu..Maman..dia hari2 pun suka tdo umah aku..

Bagi aku budak2 ni warna-warni kehidupan..kadang2 aku rindu riuh-piuh dorang...tapi kalau over riuh..aku lak x tahan....adat la..budak2..aku pun pernah jadi budak2kan.....Pada mak aku yang teramat sabar menjaga dorang(eh...mak aku x baca blog aku pun nih...)dan kerenah dorang..syabas mak...coz aku x sesabar mak..ooo...ai love my mum too....!!!

Isnin, 3 Ogos 2009

Angkara Gelgata...

Nape aku titiba letak gambo pek ubat neh?sakitkah aku??korang nak tau ark...aku kena GELGATA..korang penah dengo x gelgata ni?huiiii...mmg seriau la korang..aku fisrt time kena..Aku bukan x penah tengok benda nih...Mak aku penah kena gak..Tapi, sbb bukan kat badan aku kan...aku rilex jer..aku suwoh mak aku p klinik..pastu baik...hahaha..tu la...x penah kena...sekali kena..aku termeleleh gak air mata..mana x nya...bibir aku dah ala2 neng bajura dah smlm....kakaka..keji jer..Aku mmg dah rasa mlm minggu tu..mmg aku punya badan dah rasa gatal2..tapi aku tdo jer..walaupun aku x cukup tdokan..Aku bangun, kejut mak aku suwoh mak aku sapukan minyak kapak kat belakang aku...dah mak aku sapu baik...aku x la rasa gatal lagik..
Tup2...bangun pagi ahad..hurm...seluruh badan aku dah penuh ngan gelgata..huiii...bengkak badan aku..mcm kena buluh perindu...Aku rilex lagi..coz mak aku sapukan minyak kapak lagi kat badan aku..(sampai abis la minyak kapak yg botol beso tu..)Aku sambung tgk tv..pastu..tiba2 aku rasa cam lain jer bibir aku sebelah kanan..mcm bengkak jer aku rasa..dan ada rasa mcm nak garu pun ada..herm..aku bangun tgk cermin..Ya ALLAH...dah merebak sampai bibir...waaa....aku menangis...Aku nak g klinik...mak aku pulak x abis2 bising sbb dia suwoh g klinik aku x mboh...
Den, arul send aku kat klinik...herm...Pastu dapat 3 jenis ubat..aku balik umah, mkn nasi sikit...makan ubat..terus lalok...tdo..bgn tdo...sumer gelgata dah ilang...huiiii...seb baik....ilang..klu x..aku sambung MC today...


Aku masa borak2 ngan doctor kat klinik tu, aku ckp kat dia mak aku kata aku langkah antu beranak..doctor tu gelak gila masa tuh...Mak aku pun 1, apsal bg tau aku cam tu...??dah doc ketawa kan aku...Doc said ape ko nak tau..u mayb ada pakai bj yg ada ulat bulu, x pun masa aku g kenduri umah kezen aku..aku dok kat bwh pokok yg ada ulat bulu...heeeee......jahat tau ulat bulu....x sukaaaaaaa................................................

Sabtu, 1 Ogos 2009

::Edisi Buat kueh Karipap::

Hari cuti2 umum ni..elok lah kalau korang belajar buat kueh mcm aku..Mak aku selalu bagi ilmu masak- memasak ni pada aku..namun..aku mmg jarang2 praktikkan..Kalau x silap, ni yg ke 118 kali kot mak aku ajar...tu belom kira dedulu mak aku berniaga..hari2 buat kuih..yang aku paling terer skrg ni buat kuih buah melaka...Actually buat kuih karipap gulung ni, mmg susah sikit..banyak nau nk adun tepung tu..memang x di nafikan, aku penah buat..jadi..tapi bukan lah karipap gulung..
Karipap gulung ni sebenarnya mempunya dua lapis..Kalau yg mak aku buat, mak aku akan buat dua bancuhan.1 campur majerin@ mentega yang dicairkan dengan tepung..1 adunan lagi tepung ,sedikit air garam(mengapa air garam?- sbb nak bagi semua digaul ngan rata okey...)ngan air...pastu uli dua adunan yg berasingan tu...

Tada..inilah hasilnya..karipap pusing...Aku terlupa nak snap gambar masa bubuh inti dalam karipap tu...Selalunya mak aku akan simpan dulu..jarang terus goreng..Kalau korang nak simpan dalam friged, pastikan korang kuarkan awal..unless 2 jam kot sebelom menggoreng..kalau x...habis pecah kuih tu...so...selamat mencuba!!!



Selasa, 14 Julai 2009

Petai...ooo...Petai...

Wooow....ape perasaan korang kalau korang tengok petai melambak cam gini kat depan mata korang???Uii...kalau aku..mmg x berapa nak suka...Sebab aku x makan PETAI..ha...kalau mak & bapak aku...harus lah dorang suka...lagi2 mak aku kan...tiap2 harilah gamaknya masak lauk ada petai..Sambal ikan bilis petai, kari kepala ikan ada petai...ulam petai...rebus petai...aduh...




Mesti adik2 aku akan bawak akk nya ni makan kat luar...akakakaka...sbb kami adik-beradik x makan PETAI..tu la mak..masa kecik2 orang nak cuba makan petai mak x bagi...kencin* bau busuk kata mak aku...ye...sampai sekarang aku ingat tu...

Acctually petai ni adalah asalnya tumbuhan yang tumbuh meliar kat dalam hutan rimba..Selalunya org asli (PERIBUMI) yang selalu memanjat & mengambil hasil petai ni..dengan berseluar pendek, berkaki ayam & sebilah parang..dorang boleh memanjat tinggi bukan main lagi..Kalau setakat kena serangan pacat, nyamuk & rimau tu...mmg x jadi masalah kat dorang..uuuiii...mesti dorang ada ilmu kebal kan??



Khamis, 2 Julai 2009

::Satay Station KL::

Firstly nak ucap to cei to Acik a.k.a adik aku yang blanja besor malam td kat Satay Station..Aku mmg x penah g sana..Sbb malam kan..harus aku x memandang kiri kanan jalan..yang aku tau..jer..ada jalan naik bukit kecik yg curam..Gila la..kalau g naik moto CIK..menjunam gila jalan yg ko pilih tu..seb baik naik keto...Acctually Acik mmg selalu open table woo...cik..next kat..hahahaaha...matik la acik cekik aku balik kang kat umah...Sebelah acik tu chenta hati Acik yer..Miss Farah..Dia sangat la tinggi lampai..Kalau berdiri sebelah aku..jadi katik la aku nmpknya..
Ni adalah budak kecik yang sibuk nak mengeko kitorang...Sepatutnya dia dah balik umah masa kitorang nak kuar ni..Tapi, atas sebab sayang..cinta, kasih kat budak kecik ni..aku pun sudi jadi pak sanggup angkut dia jugak..mana x nya...masa abah aku baru balik umah..belom sampai kat umah lagi..afiq dah kejar atoknya..."atok...jom ikut makan satay atok..."korang bayangkan la..sayangnya afiq kat atoknya..patutla atok pun rindu afiq gakkan..

Ha..kalau ngan nenek..usah cakap la kan..mmg segala2nya nenek.Sampai bising semua orang coz nenek terlalu manjakan afiq..Masa ni afiq baru jer bangun tido..masih blur2 lagik..
Ni masa aweks ni amik order..sangat baik dia nih..Siap tukar table ngan org lain tau..coz dia kesian tgk aku tgk dukung afiq yg tgh tdo..thank u..thank u..

Adik aku yg paling kecik dekjan, Acik & farah

uii..korang terliur ark???sedap seh....

Ha....tu dia..satay station dah sampai...order 100 cucuk tuk 6 adult 1 kidos...take away 30pcs lagi tuk family Farah...Semua total RM116.30..mmg berbaloi dan sedap..Tumb up for Satay Station..No wonder la..Aku ternmpk PLUG jalan2 cari makan tv3 tu kat sana..

Ni adalah aksi afiq yang gelejat pas makan...dia x boleh duduk diam2 tau..ada jer koje dia..adoii...ponin palo...dekat2 pukul 11 kitorang balik..anta afiq balik umah dia..babai afiq...