For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label farah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label farah. Papar semua catatan

Khamis, 20 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 1


As salam,
Nak sambung cerita pergi Terengganu lagi..
Lepas je habis kenduri kendara Ahad tu,
Terus cargas kemas kemas barang apa apa yang patut.
Terus kitorang siap sedia nak gerak ke sana.
Pada mulanya, hanya Aku , mak & abah , Family Acik jer yang nak ke sana.
Adik dengan Abang aku masing masing belum buat decision.
Lepas kena racun tikus kitorang...
Tup tup dorang semua nak ikut pulak.
Lagi lah meriah kan...

Adik aku Acik dah booking kat Hotel Sri Malaysia Marang
Untuk tiga bilik.
Dalam otak aku, ok...sumbat sumbat je lah malam nanti kan..
Sebab guest dah bertambah.
Aku janji dapat baring , tido cukup.Aku on je.


Mak aiii....perjalanan panjang mengambil 200km++
Titiba jadi macam best pulak.
Aku tengok kenderaan Arah nak balik KL mak aiii..
Tak berhenti kereta lalu.
Mesti jem teruk kat Karak bisik hati aku.
Maklumlah..cuti sekolah dah berakhirkan masa tu.

Kitorang konvoi 5 biji kereta.
Semua sibling aku ada.
Dah lama sebenarnya tak cuti bersama sama.
Last bercuti...kat Penang.
Masa tu, aku tengah darjah 5.
Lamanyaaaaaa......
Kira quality time tu penting.
setakat berkumpul , memang selalulah..

 Lagi meriah bila budak kecik ni ada.
Happy dan gembira sangat.
Adik aku suka sangat melayan amik pict Rayyan ni.
Rayyan suka sangat main steering.
Sampai meleleh leleh air liur kat benda alah tu pun tak pe.
Muka sangat keterujaan.

Masa singgah solat Mahgrib kat Kerteh kalau tak silap,
Aku dukung Ayyen masuk dalam kereta aku.
Sekali orang tengah sembahyang dalam masjid,
Ayyen tekan hon panjang.
Tarik tangan Ayyen kuat pun dia tak mau lepas.
Kira tunjuk perasaan kot masa tu.

Alili pun ikut jugak uolls.
Mana buleh tinggal.
Mak aku cakap jer nenek nak pergi Terengganu,
Terus ikut jer bontot nenek.
Haaa....takut kena tinggallah tu uolls.


Baju masing masing ke Terengganu.
Semua pun pakai baju lepas kenduri.
Aku pun sama.
Tak kuasa nak tukar tukar baju.

Dalam pukul 10 malam kot baru sampai Marang.
Itu pun berhenti henti banyak kali.
Sorang nak terkucil..
Semua berhenti...betul tak?

XOXO,

Daela

Lama menyepi....dan muncul dengan Gambar Perkahwinan...

 Assalammualaikum.... Salam Sejahtera uolls..
Lama nya tak menulis kat blog kan.
Rasa dah tak reti nak merapu tang mana dah ni.
Gambar terlampau melambak.
Melimpah ruah sampai henpon x boleh nak terima next snap pict.
Dasar pakai henpon murah kan...
Sob sob sob...

Menyepi tanpa berita kan?
Aku terlampau busy dengan macam macam hal.
Terpaksa tangguhkan semua napsu serakah menulis kat blog uolls.
Nanti senang senang aku ceritalah kenapa aku sepi tanpa sebarang berita yang lepas.
Kalau korang kat tempat aku pun mungkin sama.
Atau lebih teruk dari aku..
Atau masih lagi trauma..
Kahkahkah..
Propa sangat.

Gambar wedding ni adalah permulaan bulan Jun yang lepas.
Sepupu aku yang  dah selamat mendirikan rumah tangga.


Cantikkan gambar orang kahwin..
Ok, wedding di buat di dua dua belah pihak.


Baju hak warna Royal Blue ni dorang pakai masa Resepsi rumah Farah.
Aku tak berkesempatan untuk menghadiri majlis sebelah rumah Farah.
Punyalah double up busy kan...
Hanya adik adik aku & mak yang menghadirkan diri ke sebelah Ipoh.
Lagipun dorang banyak cuti..
Aku ngan Abam cuti tinggal sekentut je.
Mana nak amik time raya nanti..EL yang secara mengejut ka nanti kan..
So, memang tak dapat nak hadirkan diri kat rumah pengantin perempuan.
Aku dengar sambutan class VVIP disambut oleh keluarga pengantin perempuan..
Tumpang happy bila mendengarnya..

Good good!!

Ni pulak time kat Pahang.
Sebelah rumah pengantin lelaki.
Gambar rasanya macam banyak gila.
Sekali check kat henpon, eh...tak ada.
Baru teringat...
Aku bukan main lagi ambil gambar guna henpon orang lain..
Bana kan?
Padanlah rasa macam syok jer..
Perasan pun yer jugak.

Time kenduri kat Pahang ni aku dan famili kengkonon ambil cuti extra.
Lepas selesai kenduri kat Pahang terus gerak pergi Terengganu.
Weeee....bestnya...dah lama tak pergi Terengganu uolls.
Last pergi 2006.
Lamakan.....

Ok, yang itu...nanti nanti kita update yaa..

daaaaa...

XOXO,

Daela.

Selasa, 26 Mac 2013

Ke Ikea kita bawak Kembar Durian Crepe.. eceh...!!!


As Salam.
Kali ini entry aku sangat penuh dengan gambar.
Bukan warna warni.
Sebab lokasi berwarna samar.
Then aku gatal gatal tangan pergi edit sampai muka jadi putih melepak.
Jadi, segala product pemutihan yang glamer  di pasaran tidak digunakan.
Hahahahhaa.

Ok, Saturday lepas, aku , Farano , Anjan , Rayyan & Alili berjimba rama.
Apsal Abam x der?
Ok, Abam menoreh waktu pagi sampai waktu senja.
Apsal Acik atau adik aku azrul x der?
Ok, Azrul kerja sekarang ni sama level dengan bangla. Sabtu /Ahad kerja non-stop. kakakakaka
Apsal Anjan tak bawa isterinya?
Ok, Kak cik a.k.a Mak su kerja. Dia kerja lagi hebat. cuti hari biasa sahaja.
Jadi, kitorang yang cuti sabtu/ahad ni...terpaksa berjalan tanpa pasangan.
Bunyi macam aneh jer kan??


 Destinasi  utama adalah makan meatball.
Nak bagi lemak bertambah.
Meatball tembun yang paling best kat ikea kan?
Selalu aku makan rasa biasa jer.
Tapi hari tu over syok pulak.
Sebab kalau dengan Abam, muka dia muncung jer kalau aku nak makan meatball nih.
Sebab tekak dia tekak melayu.
Nak makan nasi.
Aku pulak semua pun makan.
Rasa rugi kalau tak reti makan.
Kecuali Sushi .
Korang campak sushi ke, yg gulung gulung sushi tu ke?
Heeeeee....mampuih aku tak boleh nak telan.

Abam usah cakaplah kan.
Melintas depan sushi pun dia tak mau.
Belum lagi ajak..
Pernah aku try nak makan kat Shogun.
Baru jer cakap restoren jepun..terus cakap tak payah lah.
Walaupun tempura kat shogun sedap kan?

1st time ever aku makan tempura kat shogun.
Itu aku boleh makan.
kahkahkah.


 Ewah....jangan nak sengih sampai nampak gigi sangat si tudung coklat.
Nampak macam dagu runcing sangat.
Tu sebab syok perasan.
Padahal...badan...macam tempayan.
Yang tudung merah tu....kuruih.
Dalam gambar nampak besar kot.
Sebab happy dah ada baby..
Ke..kuat makan kot?
Tapi...tak kisahlah...janji happy.
Owh...Rayyan muka macam tersepit jer kan?
Padan muka...
Ahahahaha...


Plan asal aku , farano & Rayyan jer yang nak pergi.
Malam tu dah tekad cakap kat Abam..
Kalau rayyan nangis nanti, pandai pandailah kitorang pujuk.
Abam kan selalu pujukkan rayyan kalau dia menangis.
So, perasaan cuak tetap ada...
Hapa hapalah perangai kan?
Esok tu, lepas abam selamat pergi menoreh,
Aku terus landing kat rumah mak.
Dalam pukul 11 am tu baru siap siap.
Tengah siap siap, anjan cakap dia macam bosan duduk rumah.
So dia amik keputusan nak ikut jugak.
Tengah kecoh kecoh nak kunci rumah, Alili pulak datang.
Dia pun cakap nak ikut.
Nak di tinggal...mak aku tengah busy tolong orang memasak.
Jadi, siapkan alili pulak.
Nasib ada baju kat rumah mak.
Kalau tidak....hahahaa...isi tempat kosong please.


Dah penat berdukung, time untuk kasi susu pulak.
Sekali uols, Rayyan sangat good boy.
Aduh...rasa macam sanggup bawak pergi jenjalan lagi.
Dah la baik, sengih sengih bila di agah.
Kemain lagi.
Langsung tak merengek.
Maybe happy kot dapat melihat keramaian umat manusia kat Ikea.
Yer...memang ramai orang kat sana.
Dalam setengah jam jugaklah baru dapat table nak mencekik.


 Barulah terasa macam mana ada anak kecik.
Time Farano makan, aku tolong pegangkan Rayyan.
Begitulah sebaliknya.
Nasib baiklah Rayyan belum boleh makan.
Kalau tak...confirm meatball yang aku beli tu tak cukup.
Kakakakaa..


 Alololo...comeinya muka Rayyan.
Yang tolong dukung tu memang comel dah lama.
Rayyan sekarang kuat main belon.
Mulut sentiasa jer ber belon.
Tu yang mummy Rayyan asyik cakap rambut tinggal sikit.
Rayyan kuat menyembur...


Ha...sapa nak makan durian crepe..?
Sekarang ni durian crepe ada.
Tapi, taklah macam hari tu.
Fenomena melanda. Aku pun terjebak seh...
Kitorang kat rumah dah ada kembar durian crepe.
Tapi tak boleh makan.
Gigit gigit sudah.
Lengan rayyan dengan durian crepe pun susah nak beza.
Ketak ketak uols, tangan anak buah aku tu.


 Muka macam tak happy je.
Kenapa eh rayyan?


Sikit lagi kaki Rayyan masuk dalam kuah meatball.
Jenuh tarik kaki rayyan agar tak tercelup kat kuah meatball.
Tu yang sampai terbujal perut rayyan terkeluar.
Comel?
Comel sangat bila nampak perut..


Aku Rayyan. Kau ada masalah??

Ini Gambar peberet Uncle Abam rayyan.
Siap buat wallpaper kat henpon garu.

Lepas berjimba, terus pergi KL pulak.
Nasib baik aku bawak pakar cilok jalan KL.
Kalau tak...menaya jer..
Lepas beli belah terus otw balik.
Tengah nak menyampaikan area rumah..
Farano pulak mengidam nak minum coconut shake.
Sory, gambar tak der.
Yer uolls, kedai tu buka time sabtu/ahad jer.
Isnin sampai jumaat tutup.
Isteri anjan teringin nak coconut shake jugak.
Terus tapau kan then buat delivery kat Sunway Pyramid.
Woahhhhh.....

Sungguh panjang perjalanan hari tu.
Lepas sampai rumah
Agah agah Rayyan kendian terus mamat tu menangis manja nak tidur.

Ok dah. babai

XOXO,

Daela

Isnin, 14 Disember 2009

-Saya Afiq Alili-


Salam u all...Nama Saya Afiq atau lebih best uncle2 or untie2 panggil saya Alili...Saya adalah budak lelaki yg sangat tomey..tu yang saya rasa..Saya berumor 4tahun pada tahun hadapan..Saya masih lagi pakai pampers sbb saya x reti nak buang air kecil kat toilet sendiri..

Saya ada habit suka gigit orang..Gigi saya pun dah macam ikan pirana sbb saya suka mkn coklat selain dr gigit orang..Ni gambar yang saya cover line jer ni..tu pasal gigi sy x berapa nk nampak.ooo...lupa...saya masih lagi isap susu..Nenek selalu kata...nnt takut saya JOE coz saya teramat suka menyusu...Sampai semua orang kat rumah nenek saya dah naik malas nk buatkan saya susu..tapi..sbb saya ada aura tuk menagis...semua orang kena rajin2 kan diri walaupun uncle2 n untie saya malas...heeeeeeee........

Saya ni agak pemalu sikit budaknya...paling saya segan ngan untie al-farano n uncle Amy anyah..saya pun tatau kenapa..bila mereka dtg kerumah nenek saya...huiii..terus saya diam jer..titibe jer saya cam jadi baik..saya tatau kenape sy jadi macam tu...aisey...saya paling sayang ngan Anjan..walaupun anjan selalu buli saya..tapi saya tetap sayang dia..kalau dia g keje x salam ngan saya...saya akan menagis sekuat hati...tu pun kalau saya nasib baik klu anjan patah balik...selalunya x pun...saya start menangis sampai nmpk anjan naik lif..pastu sy diam..

Saya suka dtg umah nenek & atuk desa mentari..saya rasa cam best jer dok situ..len kali saya suh makngah sy citer lagi pasal saya eh...babai semua...ai lebiu all....

Asyik2 muka saya jer dalam blog kan?Makngah saya x bagi royalty pun kat saya...haizzzzz....

**banyak la ko punya royalty fiq..aper ko ingat ko tu artis ker?- wakakakakakakaka......

Rabu, 25 November 2009

Happy Birthday Al-Farano...



Salam u all...Hari ni adalah Hari Lahir Cik Al-Farano..Atau pun Applemintlady...Dia dah ber umo...erm...akk tatau la umo dia ni berapa...soe Fara, but she still younger den me...Aku x lupa birthday dia...coz, kat FB dah ingatkan yang today adalah birthday dia...Tapi...mlm td, aku baru jer nk tdo...adik aku bawak kek...hurrrmmm sodap...pastu aku terus masuk bilik n wish kat minah tinggi lampai ni...

Dia adalah gf adik aku....Wokey, aku harap tahun depan...dia lebih berjaya dalam kerjaya...AMIN..

Khamis, 2 Julai 2009

::Satay Station KL::

Firstly nak ucap to cei to Acik a.k.a adik aku yang blanja besor malam td kat Satay Station..Aku mmg x penah g sana..Sbb malam kan..harus aku x memandang kiri kanan jalan..yang aku tau..jer..ada jalan naik bukit kecik yg curam..Gila la..kalau g naik moto CIK..menjunam gila jalan yg ko pilih tu..seb baik naik keto...Acctually Acik mmg selalu open table woo...cik..next kat..hahahaaha...matik la acik cekik aku balik kang kat umah...Sebelah acik tu chenta hati Acik yer..Miss Farah..Dia sangat la tinggi lampai..Kalau berdiri sebelah aku..jadi katik la aku nmpknya..
Ni adalah budak kecik yang sibuk nak mengeko kitorang...Sepatutnya dia dah balik umah masa kitorang nak kuar ni..Tapi, atas sebab sayang..cinta, kasih kat budak kecik ni..aku pun sudi jadi pak sanggup angkut dia jugak..mana x nya...masa abah aku baru balik umah..belom sampai kat umah lagi..afiq dah kejar atoknya..."atok...jom ikut makan satay atok..."korang bayangkan la..sayangnya afiq kat atoknya..patutla atok pun rindu afiq gakkan..

Ha..kalau ngan nenek..usah cakap la kan..mmg segala2nya nenek.Sampai bising semua orang coz nenek terlalu manjakan afiq..Masa ni afiq baru jer bangun tido..masih blur2 lagik..
Ni masa aweks ni amik order..sangat baik dia nih..Siap tukar table ngan org lain tau..coz dia kesian tgk aku tgk dukung afiq yg tgh tdo..thank u..thank u..

Adik aku yg paling kecik dekjan, Acik & farah

uii..korang terliur ark???sedap seh....

Ha....tu dia..satay station dah sampai...order 100 cucuk tuk 6 adult 1 kidos...take away 30pcs lagi tuk family Farah...Semua total RM116.30..mmg berbaloi dan sedap..Tumb up for Satay Station..No wonder la..Aku ternmpk PLUG jalan2 cari makan tv3 tu kat sana..

Ni adalah aksi afiq yang gelejat pas makan...dia x boleh duduk diam2 tau..ada jer koje dia..adoii...ponin palo...dekat2 pukul 11 kitorang balik..anta afiq balik umah dia..babai afiq...