For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2013

Babun Comel Untuk Aqiqah Rayyan Zariff.


Assalammualaikum....yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....Aummmmmm...
Korang...jangan nak mengaum sangat macam aku.
Aku kebusy-an tahap gaban.
Sikit jer lagi bertukar jadi Gaban.
Gaban Gemuk.
Kekekeke...lawak kan?
Lawak sangat!!

Ok, orang busy macam aku memang selalu lambat update.
Orang dah macam macam story.
Aku..?
Memang selalu ketinggalan.
Tapi..itu hak aku kan?
Masih tiada paksaan untuk bercerita.
Korang pun sama.
Tapi..mana mana blog yang selalu buat cerita sambung sambung tu..
Memang selalu aku tuju lah.
Sebab ketagih nak membaca.
Itu sebab blog aku pun ke draft je perginya last last.

Babun.
Apsal aku panggil binatang ni babun?
Apsal bukan teddy bear kecik?
Aik...kata suka hati nak sebut...atau cakap.
Kira suka hati nak panggil apa.
Lagi pun kalau panggil babun ni macam comel jer bunyik nya.
Kalau teddy bear...pun comel gak.
Tapi kalau aku punya istilah...
Teddy Bear adalah yang beasr.
Yang sedap untuk dipeluk ketika hendak tidur.
Tapi itu bukan aku.
Apa barang umur dah masuk 30 sen nak berteddy bear bagai?
Siap segala warna semua ada?
Owhhhh...itu bukan aku...

Step 1

Sila beli dawai size 25-26 untuk menyucuk punggung babun.
Beli juga lidi . Kemudian bahagian yang tajam tu dicucuk kan & diikat dengan dawai.
Ok, harga babun agak mahal kalau beli sikit.
Maknanya...korang kena beli banyak banyak baru dapat murah.


Step 2.

Pilih lah segala warna Riben yang korang suka.
Macam aku...& Mummy Rayyan memang kepala otak mereng.
Kitorang ikut warna kegemaran.
Asal terfikir jer terus sambar.
Lepas tu kan...jenuh nak mencari riben yang sama warna. tapi kat kedai lain.
Bijak pandai kan?
Dah sasah susah kan diri masing masing.
Aku bab bab macam gini tak payah di ajar pun.
Selalu buat.
Nice kan?



Yang warna Pink, hitam black metal  , ungu ni mak aku nak.
Untuk ahli persatuan katanya.
Mak nak jugak?
Kitorang layankan jer buat .
Owh ya...sekarang ni tengah mengah membuat bunga tisu untuk Abam polis kita.
Mula belum lagi.
Abam polis kita tu asyik tak tentu arah nak pilih warna bunga.
Nak aku paksa ke Abam pulis?
Kahkahkahkah...

Ke ikut warna yang aku suka?

Eh!!

Arggghhhhh... sakit pingggang membuat benda ni.
Walaupun sikit.
Tapi setakat 100 pcs tu 2-3 hari kitorang boleh siapkan.
Opsss.. maaf.
Aku tolong gunting gunting, & cantum kan jer.
Ikat dawai, ikat riben.. Mummy Rayyan & Nina.
Orang kata boleh berniaga dengan benda alah ni.
Aku pun nak open lah untuk sapa sapa nak order.
Limit 50 pcs/ order.
Warna boleh request.
Hahaha...
sambil menyambil!!


Peramugari Mas.
Muka tak boleh nak letak sangat.
Sekarang dia pulak ambik alih teman mak aku.
Dengan harapan mak ada kawan setelah semua anak mak bernikah.
Tapi...rumah mak mana pernah kosong.
Aku jer kalau balik dari tempat kerja...
Kat sana jua tempat aku menebeng.

Kata orang, kalau nak membuat gubahan, make-up kan orang kena tengok tengok tangan.
Aku bab bab make -up hampeh.
Tapi bagi bunga, riben...In sha Allah.
Laju je idea keluar.
Tak payah nak ditahan tahan.

Aku selalu macam tu.

Namun, bila aku lalai, aku lupa, aku akan terus jem.
Apa pun aku tak nak buat.
Apa idea pun hilang.
Last last Google jugak.


Keduanya buah hati kesayangan aku.
Aku sayang dunia akhirat.
Tangan si tembam membuat kan aku rindu rinduan.
Tangan si pemakai Jam membuatkan aku gundah gelana. kahkahkah.
Tak payah nak wek sangat. an......an.... an??

Nak marah dah besar.
Tak pernah nak marah sebenarnya.
Sebab dia memang macam gitu orang nya.
Serious bila aku buat salah.
Garang bila aku degil.
Bergambar macam itu memang dia suka.
Aku ambil gambar elok elok, dia delete.
Tinggalnya gambar ini.
Comel sangat katanya.
Herm. sekali lagi aku senyum dalam hati.

Tak moh muka kena jual dalam blog lah tu.
Aku tahu dia tahu.


Ok saja letak muka budak tembam ni.
Sebab aku dan dia sangat suka budak budak.
Sebab aku sangat sayangkan Rayyan.
Owh...korang ni...aku tetap sayangi Alili.
Dia tu mana boleh hilang dalam hati.
Tetap terpahat dalam hati sebagai anak buah kesayangan.
Namun, bila dah mula sekolah..
Dah mula berkawan...
Dah mula pandai berbelanja..
Mulalah...malu untuk dicium.
Malu untuk dibelai.
Semua dia malu.
Huh...itu aku sebagai mak saudara.

** Post gambar pasal bunga teddy bear / babun.
Tapi aku dah merapu rapu. ok bai.

Jumaat, 9 Disember 2011

Nah, aku ikut kata kata..hanya sekeping aku letak..korang kaya..mesti boleh lagi best dari yang ni..heeee...:) Aminnn

Morrrrnnnnninggggggggggggg........................

Assalammualaikum...woahhhh....syok kan kalau masih tenang tidur kat rumah.
Golek sana..golek sini..Aku minggu ni kesepian. Abam menoreh waktu Amareka.
Sebenarnya...mak malu nak bercerita.
Ipad ini bukanlah hantaran mereka.
Itu semua wayang je.
Korang mesti cakap...eh..apa pasal hantaran mereka macam sama je?
Memang sama pun. Cuma bunga & warna jer yang berbeza.
Aku pun pelik jugak masa dorang deside nak sama.
Dah macam kurang idea ke korang ingat aku ni..kan?
Tapi...budak degil berdua tu, nak jugak.
Lagi pun teramat jimat buat sekali harung macam ni.
Meh aku bagi tau..costing nya.
Ini esteemed kos yang aku boleh anggarkan...untuk 22 biji bantal adalah :

Kain cotton Pink   RM 5 x 5 Meter
Kain Cotton Black sama macam diatas
Isi perut bantal 1kg bersamaan RM25.Beli 3kg
Beli manik manik bagai arround RM 20++
Bunga bunga keliling termasuk dawai arround 100++
Ha...mahal ke murah yek?
Bagi aku , lagi mahal kalau upah kat orang kan..
Sebab ini jer baget yang dorang ada.
Aku kalau boleh nak buat yang terbaik untuk dorang.

**lebih baik buat dari hati dari perasaan. Sebab bila ikut perasaan ada kekurangan..Bila ada kekurang, terus rasa nak ketamakkan..alamak...apa yang aku merepek ni???

Khamis, 8 Disember 2011

Out Door - Last Picture & story sudah..dan...Sesumpah Sengal Pun Tak Macam Korang ...kakakaka

 Olaaaa...Assalam..Selamat Petang.
Aku malas la nak type panjang panjang berjela..

Nah.. Kalau korang rasa sesumpah sengal...dorang berdua ni lagi sengal.
 Amboi....pinjam ipad satu weiii...kui kui kui..
 Orang gilak...Ada ke ber-ipad lepas tu buat muka sengal??? kauuuu ado??
 Pose sopang santung...puiii
 Cover perut sikit dik..
 Eleh...itu semua wayang...macamlah nak sangta ketaman berbaju melayu kan..?
 Jaga jaga Cik Salmah..atas kayu ni penuh kerengga...
Posing punya pasal...kerengga gigit bontot kau pun kau rela kan dik...?
hahaha..

**Akhirnya...tamat jugak cerita adik aku ni...
Haaa...korang mesti kipoci nak tahu apa hantaran Kak Cik untuk adik aku kan..?
Esok aku review 1 keping gambo jer.
Kang korang termimpi mimpi pulak...hahahaha..

Out Door - Ini Out door Adik aku ke...kitorang ni?? konfius ke camera man?

 Peeewitttt....See the tajuk enrty lah kan..?
Poyo seantero kot.Opppsss...Assalammualikum semua..Selamat sejahtera.
Lepas jer parking kereta, geng sawan semua melangkah longkang besar.
Kalau korang nak tahu...Adik aku pilih nak bergambar di Subang Jaya.
Tasek Subang Jaya. Aku mula mula suruh bergambar kat taman dekat dengan area rumah mak tu je.
Tapi...dia nak jugak kesana. Alahaiii...ikutkan jer lah.
Pembukaan mukadimah gambar je, dah muka sengal sengal.
Akmal Loy & Nina Carina dari Sepang.
Gundu & Abam dari Tempat jatuh dikenang..
Farid nak kata single sudah bertunang. Tapi..entahlah...banyak sangat peminat.
Motif aku pegang bunga tu...macam tah hapa hapa.
Kengkonon nak feel manja manja. Sumpah bunga yang aku pegang tu buat semak je.
Buat kena duri bunga rose je..
Ahaksss...Somel tak? Matiklah...Orang bertunang tengok picture ni.
Sebab gambar kakak nya dan sepupu sepapat yang hover.
Nasib bunga sudah bertukar tangan. Nina Carina pulak yang pegang. 
Nasib kau lah nina..tangan terkena duri pulak.
Keakhirannya...rose tu...aku ambil petal nya sahaja.
Lepas tu campak kat budak berdua sedang bergambar..
Mak aku pulak pesan suruh budak berdua tu jangan berpegang pegang bila bergambar.
Aku sebagai kakak telah melaser sambil berposing manja dengan Abam.
Hahaha..memang lah tak.
Tengok gambar kat atas ni jer...korang boleh tahu abam ni manja ke tak orangnya.
Berposing kurang sopan mengejek "ling" lah ni..hahaha..
33333...adeh..sungguh la...lama kot nak tunggu sampai 30k.
Aku pun bukannya blogger yang best.
Cerita pun macam suka syok sendiri.
Yang penting, aku tak pernah nak kacau kacau orang.
Aku pun tak suka hasut hasut orang..eh..apa aku melalut ni
Aku hanya suka bila tengok nombor ni.
Cantek kan..? nombor jer la...aku memang lah tak...

** warna mata kita seakan sama..namun..hati kita..memang berlainan.
Tak diduga & tak disangka..Subhanallah..:)

Out Door - OTW

 Yuhuu... Assalammualaikum..Selamat pagi uoll...

Sorry, pagi ni tak sempat nak publish cerita seawal pagi.
Autopublish ni selalu stuck..titiba masuk ke draft. sentap lah kalau selalu macam gini..
Hari tu, lepas je majlis pertunangan, laju jer sepupu sepapat aku yang sengal sengal tahap cipan,
mendesak aku supaya cepat cepat basuh pinggan follow dorang.
Abam dah menjangkit sakit kepala.
Memula abam tak nak pergi. Jadi..aku pun macam berat hati nak bergumbira secara solo.
Pergilah...Abam izinkan...what..??? terus aku tak jadi nak joint.
Puiiii..ini masa ayat abam tak nak joint.
Tengok gambo kat bawah kang cukup lah. Sapa yang sakit sebenarnya ni??kannnn...?
Ohya...Cousin aku ni baru jer dapat Extreme nya.
Dua dua pulak tu. Lagi best...dua dua warna kunin.
Terus rasa macam teksi...Yang kat depan tu bawak pasangan yang baru bertunang.
Yang ni pulak...pasangan dah lama bernikah.puii..
Cousin aku ni adalah kesayangan mak aku..
Jadi..kalau aku buli dia pun dia tak kesah.. hahaha.

Oo..em..giiii...Pipi Abam tembun..
Padahal aku lagi tembun. Abam ni suka hati jer pakai baju cousin aku.
Tulah..masa dulu dulu suruh jadi pulis tak nak.
Now...dah jadi tukang kebun..penoreh getah..baru terhegeh hegeh menyesal.
Tapi...kalau Abam jadi pulis..mesti kita tak kenal kan..?
Sob..sob..Memang lah tak sedih sangat.
Haha sebab kitorang berdua jadi penumpang.
Cousin aku jadi pemandu. Tu yang syok syok bergambar kat belakang.. kakaka..

Haha..hambik kau.
Berterabur kitoang masa ni.
Terasa bertambah kesengalan gambar ni.
Ada lagi...ada lagi..gambarnya..
Tengok sampai muntah lepas ni..Cuba cari di mana aku bersembunyi..
kah kah....

**Terasa kehidupan sekarang lebih bahagia...semooga Allah merahmati kami & anda semua..

Rabu, 7 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Cerita kat rumah mak...tapi terselit muka tunang adik aku..maka..entry meminang dah habis...yahoo#

 Fehhh....Assalammulaikum korang..

Selamat petang...hik hik. tergelak aku sensorang.
Bila tengok selipar selonggok macam ni.
Bukannya apa...biasalah..kenduri kendara memang macam gini.
Kalau tak kenduri, selipar suku dari yang ini.
Selipar Alili jer dah 3 pasang. Itu stock kat rumah mak aku.
Belum stock kat rumah abang aku.
Btw, rumah kitorang kalau buat kenduri kendara..Insyaallah..ramai yang datang.
Terima kasih tetamu yang hadir jauh & dekat..:)
 Bakal pengantin ni..orang lain busy mengemas..
kecoh kecoh uncle aku lambat sampai,
Dorang relax main congkak. Aku pun baru ingat nak joint sekali.
Baru jer nak melabuhkan punggung joint sekali mak aku dah panggil..
Aku bengang la...sebab Abam cakap aku tak reti main congkak.
Ada ke patut???
Aku dulu siap korek lobang congkak sendiri kat tepi rumah.
Lepas tu bila dah habis main tutup pakai kayu..
kang mak aku cangkul lobang tu pulak..
Sebab dedulu mak aku garang.... sekarang mak sangat baik..
Aku sayang sangat kat mak..oppss..emo jap!!
 Cer korang tengok sepupu aku yang paling kecik tu.
Ala yang pakai baju warna kuda belang tu.
Nama nya Dania. Cuba korang tengok kat kaki nya.
Ada plaster. Yup..kaki budak tu terkena cermin.
Hui..banyak darahnya. Kesian kat dia.
Dia masuk bilik adik aku yang dulunya bilik aku.
Ada cermin yang uncle aku drill dulu.
Tapikan dah lama...dekat 5-6 tahun, bila Dania masuk..
Dia tepuk cermin tu...pranggggg...cermin pecah kena kaki.
Kesian Dania..tapi nak senyapkan dia senang..bagi jer iphone.
Terus senyap..lepas tu terus aktif balik..haha
 Masa ni make up semua dah lunyai.
Terutama farah. Aku memang buat muka sakai..tak main make up make up.
Sebab uncle aku salah info.
Masing masing ingat hari ahad bersamaan 4/12/2011
Bila abah aku call tanya..bila nak sampai..terus uncle aku terkejut.
Dan dan tu jugak segera datang.
Memang lah meminang sangat jauh uoll.
Rumah mak aku tingkat 6. Rumah bakal besan mak aku tingkat 7.
Kalau Besan mak aku berkaraoke pun boleh dengar woo...
Tapi itulah..lagi dekat lagi lah lambat.
Elok nak start lepas zohor..lepas pukul 3 jugak baru sampai.
Nasib mak aku memang beria ia masak kat rumah kitorang.
Kalau tak...haha..jawap sendiri
Peeewiittt...Hah sudah duduk dekat dengan besan.
kah kah.Aku cakap kenapa mak buat muka comei macam gitu.
Mak aku cakap..penat...jauh datang nya..
Yerlah tu. Ada ke patut mak suruh aku sarungkan cincin kat kak cik?
Aku memang lah tak nak. Kalau cincin orang nak kasi aku nak.
kan?
Haiii la letih...lepas tu rushing siap siap gi mana ea?
Hahaha. Memang letih...nasib baik ada teksi kuning.
Lagi best o..o..o.. lagi bestttttt...!!!!

**cerita merisik bagai, aku tak nak tulis.Sebab semua pun macam biasa...

Edisi Pertunangan - Hantaran Dari Adik aku ke Perempuan a.k.a Kak Cik

 Assalammualaikum...

Ini Entry paling sempoi aku nak tulis. Malas aku nak berceloteh.
Gambar banyak nau kan.

1.Sirih Junjung All Apologize ( Sebab aku buat cincai jer..)
 2. Handbag & Wallet  Aisheteru ( Sebab warnanya cantik)
 3.Mandian Puncak Kasih ( Sebab aku masa menggubah ni..terdengar lagu puncak kasih ni)
 4. Jam Demi Masa ( Hahaha...lagu sapa ni korang teka lah..)
 5.Kasut Bawalah ku terbang (Memanglah tak boleh terbang..kalau nak murah naik Air Asia..tapi pun x murah sangat sekarang ni)
 6. Sejadah & Telekong  Ingat 5 Perkara

 7. Perfume DKNY Luka di Lukai ( Sebab aku tak dapat sob..sob..)
8. Make Up My Heart Will Go On ( Sempoi gila..lagi pun jimat...tengok masa aku dulu dulu..memang lah tak ada...)eh..ada..tapi seketui ja..
 9. Pot Puri Dalam Diam Aku menyintai mu( hahaha...banyak lah dalam diam...memang lah tak...tetttt)
10. Beg langkah bendul, bukan Bendul yang tiru macam Mr. Bean dedulu tu..

** Adik aku termengorat awek yang ada ramai kakak. Jadi..kena lah berbudi bahasa..
Ko nak kahwin dengan adiknya...ko kenalah bagi dorang senang hati..
Kakak Kak Cik ada 3 Orang.
Nasib baik sorang dah kahwin. Cuma 2 orang jer belum kahwin.
Jadi, adik aku dengan bermurah hati menghadiah kan beg jenama ayam kampung pada mereka.
Syukur dorang menerima dengan hati terbuka.

Selasa, 6 Disember 2011

Edisi Pertunangan - Persedian Urgent

 Hollaa..Assalammualaikumm...Selamat Petang.

Sorrylah kawan kawan...entry terpaksa dibuat satu persatu.
Nak muntah or geli geleman...di persilakan la...pangkah di atas bahagian kanan sekali.
Dah katanya persediaan urgent..semua sap sap soi jer caranya.
Hantaran yang lain semua sudah siap aku sediakan.
Nak update awal kat korang semua macam tak seperais kan..
So, kita update one by one.
Kah kah kah.
Lemau blog aku seminggu ni.
Tapi itu pun kalau mood ok. Kalau mood kelongkang...ha...
Seminggu blog ni senyap sunyi kang..

Hahaha..dah membebel panjang kan..so..mari bercerita..
Bunga kat atas ni mak aku yang belikan.
Punyalah tak sabar mak aku ni..seawal pagi Khamis dah pergi pasar beli bunga.
Nasib baik bunga tu jenis tahan lama.
Kalau bunga yang tak tahan lama...sure..layu dihujung taman..kan?
Mak juga beli daun sireh. Dan dan tu jugak mak suruh aku siapkan hantaran.
Mak takut tak sempat nak siap.
Aku kan tak sihat. Kang Amy angkut aku balik rumah...sure aku nak makan ubat.
Minggu lepas aku memang ulang alik dari rumah aku ke rumah emak.
Datang 3-4 jam..lepas tu balik rumah. see...rajin kan..?haha letih pun yer jugak!!

 Opsss...ada kejadian yang menguntungkan disini.
Dah la beli buah sebijon sebijon.
Lepas tu kengkonon feel retis or oversea...sekali aku belikan buah ceri.
Dalam setiap pek tu adalah dalam 20 biji buahnya kot.
Tak per..dah kata nak sponsor , buah pun suka hati aku lah nak beli buah apa kan.
Aku nak makan buah durian belanda. Tapi tengok harga sebiji yang tak sampai 300gram rm21,
terus aku campak buah tu ke lantai...haha..gila nak campak campak?
Ingat kedai bapak aku ke?kannnnn?
Buah strawberry
 Tet( bunyi scaner harga)

Buah cherry
Tet

Buah kiwi
Tet

Buah limau
Tet

Buah Apple Merah
Tet

Buah Apple hijau
Tet

Total semua 30++. Buah apple & limau semua stock sebijon jer aku beli.
Sebab semua size rasaksa. Bukan berkira..tapi bakul kecik..
So, dah abis bayar..terus simpan resit dah balik.
Tup tup balik rumah, aku tengok harga semua boleh tahan mahalnya.
Jadi, aku tengok balik resit. sekali buah cherry tu terscanner rm 1.39 sen sekotak.
Sepatutnya 13.99 sekotak..
Nak buat macam mana kan? Bukan salah aku...
Ok itu jer nak bagi tahu..
Lepas tu..kitorang ke kedai kek pulak.
Nak beli kek. Tapi kali ni adik aku kena bayar sendiri.
Padan muka kau...hahaha

Kek pun beli yang ready stock kat kedai je.
Tak kuasa nak berahsia resepi bagai.
Aku malas nak roger kengkawan. Kang..kengkawan nak bagi free je.
Segan pulak aku.Taulah dorang dah tahap jemu nak makan kek kan..?
So, beli jer kat Raspberry Cake di Bandar Sunway.
Hasilnya..sama macam birthday kek Abam.
Tah hapa hapa punya Adik aku.
Nak juga sama macam gini. Tapi memang kek ni sedap.
Harga pun murah. Besar pun iya jugak kek nya.
Walaupun tak dapat nak rasa, tapi aku dah pernah rasa..

ok, esok esok baru aku update gambar yang lain pulak.
Gambar hantarannya pulak.
Sama macam hantaran sapa ea????heeee....
Dah dah jangan nak berteka teki...memang tak buat standard retis weiii...

Edisi Pertunangan - Bab Bunga Bunga Cinta

 Puiii..Tajuk..tak hengat.

Assalammualaikum Korang...Sorry, blog senyap sunyi selama 4 hari.
Hari Jumaat aku MC. Sakit kepala yang teramat sangat.
Abam pulak dah pergi kerja.
Terpaksa aku call abah aku suruh hantar pergi klinik..Nasib baik rumah dekat kan..
Kalau tak..ish..ish..sebak sebak..
Terasa rumah berpusing pusing macam gasing. lepas makan panadol aku sambung tidur sampai pukul 630am.
bila sedar rasa macam nak pitam tak boleh nak duduk. rasa macam berpinar.
1st time aku kena macam gitu.
Nak call Abam memang dia tak layan...sebab dia tengah OTW pergi menoreh.
Lepas tu, abam call balik suruh abah aku hantarkan.. kesian pulak nak suruh abam patah balik..
Sampai klinik, Doctor pulak lambat. muntah muntah mak kat sinun.hahaha..
Nasib dalam toilet hahaha.
Terus aku terpikir..nilah gara gara pergi pasar malam tak bawak payung ketika hujan.
Yer...aku akan pening kalau terkena hujan...kalau sikit sikit aku boleh tahan..ini dah tak tahan...

OK, abaikan lah aku merepek kat perenggan yang atas tu.
Minggu lepas adalah pertunangan adik aku yang bongsu.
Lepas ni..ada 3 orang adik lagi yang belum nak berkahwin..sebab dorang masih sekolah.
Jadi..lepas ke klinik..terus abah ajak balik rumah.
Lepas tu abah call abam cakap aku ikut abah balik rumah...
Yeeee..titiba rasa aku ni manja..tapi memang lah tak..

 Arround 3pm baru boleh bangun.
Itu pun kesian dengan mak aku yang dah busy dengan macam macam.
Tak sampai hati nak biar dia buat kerja rumah sensorang.
Dengan nak menghias berbagai benda kan.
Walaupun aku dah lama sediakan untuk adik aku dan bakal tunang nya kan..
Ala...korang pun tahu..busy ke tak..kalau ada majlis beginikan..
Nak pulak aku anak pompuan sorang.
Apa apa pun semua aku yang sediakan.
Sebab time ni lah nak tolong adik adik aku..selepas dorang berhempas pulas masa majlis aku dulu..
Walaupun kitorang hanya menghantar ke rumah perempuan..
Dah tentu mak aku tak sediakan biskut kering untuk tetamu & sedara mara kan..?
Arround 4pm, adik  & aku keluar beli barang.
Itu pun sebab aku dah janji nak sponsor adik aku bunga dan buahan.
Jadi..larat atau tidak..memang kena jugak keluar.
Kalau ikutkan plan, nak beli hari sabtu seawal pagi..
Tapi..disebabkan aku dah boleh bangun, terus siap siap pergi Subang Parade.
Membeli buahan dia Cold Storage.
Dan bunga juga di area sana.
Ini adalah bunga untuk sirih junjung yang tak berapa nak junjung.
Sebab buat ala ala mendatar jer.
Tapi yang ni masih dalam pasu weii..
Belum deco deco lagik.
Owh ya..untuk kesegaran bunga seharian selepas digubah..
Sila masukkan bunga dalam bilik mandi.
Pastikan letak ditempat tinggi.Untuk mengelakkan dari bunga lebam.
So...bunga akan kelihatan fresh walaupun korang tak berapa nak siram.
Buktinya..bunga ini.
Ini kerana sejuk dari bilik air mempengaruhi juga..
**ini ikut pengalaman aku..:)

Khamis, 22 Oktober 2009

::Happy Birthday to my Both BRO::



Happy birthday to Both my Bro ...Today 22 Oct 2009..My bro punya bithday..Arul@ acik , Semoga panjang umo, murah rezeki..n kahwin lepas akk ko ni kahwin..Akakakakaa....Malam td, GF nya Cik Al-Farano telah menghadiahkan beliau cupcake yg come2..pastu ada card bithday kategori GIANT untuknya..tapi cupcake tu..dia sorok kat mana tah?pagi2 akk ko ni nak sapan bawak g keje, x der la pulak...haizzz.....suh mkn time balik la tu..

Walaupun Adik aku yang bongsu ni Birthday nya da lepas..tapi aku nk wish jugak..sbb aku x buat n3 pun tuk dia..Kang majuk pulak..Adik, happy belated Birthday..Semoga korang Terus Bahagia..

Khamis, 2 Julai 2009

::Satay Station KL::

Firstly nak ucap to cei to Acik a.k.a adik aku yang blanja besor malam td kat Satay Station..Aku mmg x penah g sana..Sbb malam kan..harus aku x memandang kiri kanan jalan..yang aku tau..jer..ada jalan naik bukit kecik yg curam..Gila la..kalau g naik moto CIK..menjunam gila jalan yg ko pilih tu..seb baik naik keto...Acctually Acik mmg selalu open table woo...cik..next kat..hahahaaha...matik la acik cekik aku balik kang kat umah...Sebelah acik tu chenta hati Acik yer..Miss Farah..Dia sangat la tinggi lampai..Kalau berdiri sebelah aku..jadi katik la aku nmpknya..
Ni adalah budak kecik yang sibuk nak mengeko kitorang...Sepatutnya dia dah balik umah masa kitorang nak kuar ni..Tapi, atas sebab sayang..cinta, kasih kat budak kecik ni..aku pun sudi jadi pak sanggup angkut dia jugak..mana x nya...masa abah aku baru balik umah..belom sampai kat umah lagi..afiq dah kejar atoknya..."atok...jom ikut makan satay atok..."korang bayangkan la..sayangnya afiq kat atoknya..patutla atok pun rindu afiq gakkan..

Ha..kalau ngan nenek..usah cakap la kan..mmg segala2nya nenek.Sampai bising semua orang coz nenek terlalu manjakan afiq..Masa ni afiq baru jer bangun tido..masih blur2 lagik..
Ni masa aweks ni amik order..sangat baik dia nih..Siap tukar table ngan org lain tau..coz dia kesian tgk aku tgk dukung afiq yg tgh tdo..thank u..thank u..

Adik aku yg paling kecik dekjan, Acik & farah

uii..korang terliur ark???sedap seh....

Ha....tu dia..satay station dah sampai...order 100 cucuk tuk 6 adult 1 kidos...take away 30pcs lagi tuk family Farah...Semua total RM116.30..mmg berbaloi dan sedap..Tumb up for Satay Station..No wonder la..Aku ternmpk PLUG jalan2 cari makan tv3 tu kat sana..

Ni adalah aksi afiq yang gelejat pas makan...dia x boleh duduk diam2 tau..ada jer koje dia..adoii...ponin palo...dekat2 pukul 11 kitorang balik..anta afiq balik umah dia..babai afiq...