For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label Anjan wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anjan wedding. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

Dah Pregnant baru aku update story dorang bersanding...ko mampu???Hahaha..

 Assalammualaikum uolls...

Woah...berjanggut tondan baru aku update story pasal adik aku kahwin kan?
Sory lah uolls. mak busy sangat sampai tak terupdate blog uols.
Sebelum aku terlupa terus nak cerita pasal wedding dorang ni,
meh aku flashback balik cerita..
Hari sabtu dorang nikah kat Masjid area Kg. Lindungan.
Malam sabtu pulak ada acara bersanding lagi uolls.
Tapi gambarnya aku taruk kat bawah.
Actually ada banyak.
Tapi sempat snap pakai henpon garu 2 ketul.
Selebihnya tumpang glam pakai camera orang lain.
Dasar henpon garu yang sentiasa kena cas. puii betul.
Elok jer snap second pict,
Henpon pun padam.
Hahaha. nampak lawak kan?
Ketawalah....
esok aku beli henpon 3310.
Dah tentu tahan lama & maki.

Pengapit sebelah kak cik a.k.a Mak su (Ajar rayyan panggil mak su) adalah adik kakcik.
Comei dak kak ton?
Eh...nama dia Aisyah. Comei kan....
Baju dia lawa uolls...
Ramai orang dok berkenan.

Pengantin mengenakan tema dark purple pada siang hari.
Macam tiru aku jer kan?
Eh...tak lah...aku jenis tak obses pada warna.
Aku beli ikut dan & kesukaan.
Bagi aku tak perlu obses sangat.
Sebab nanti mati jugak.
Tapi, Kak cik ngan adik aku obses warna Purple.
Semua benda pun nak warna Purlpe.
Tapi macam pelik pulak...masa dorang bertunang dulu pilih Pink.
Herm...konfius pulak aku. titiba teringat sekarang nikan..

Yang berdiri sebelah adik ipar aku tu Shawn Ann.
Aku bukan kenal dia sangat.
Dia pun dah sasah tak kenal aku.
Tapi, dia empunya pelamin dan pakaian pengantin.
Korang boleh google FB dia.
Now dah buka butik kat PJCC Kampung Medan.
Sebelah adik aku tu make up dorang pada hari menikah & bersanding.
Sangat cantik uolls.
Jeles tengok kereta dia...
eh ke situ pulak.


Dari kiri :

Along, Ecah (nama glamer uolls) , Kak cik, Kak Yang  & Kak Ngah.
Aku tahu nama nick name dorang jer.
Malas nak jengah jengah kat FB dorang.
Haha.
See..semua cun cun uolls.
Iolls je yang tak bermake up bagai masa majlis tempohari.
Busy uolls.
Make up tebal pun cair sebab hari panas nau hari tu...
Kakak kak cik yang bernama Kak Yang tu tukang jahit uolls.
Semua baju dorang dari sabtu sampai Ahad dia yang jahit.
Adoiyaii...jeles aku.
Kemain cantik cantik Kak Yang jahitkan.
Sapa sapa yang nak tempah baju boleh tempah kat dia.
Tapi dia kat Ipoh.
Peplum lah, kebaya ni aku rasa dia pandai kot, jubah pun reti & baju kurung.


Bergambaran sebelum turun ke bawah bersanding.


Make up kak cik sangat cantik.


Lepas selesai semua majlis persandingan, makan & potong kek
Dorang bergegas pergi tangkap gambar outdoor katanya.
Lokasi aku tak ingat kat mana dorang bergambar ni.
Yang pasti..lepas kitorang kira duit salam tetamu kasi,
Dorang sampai.
Haha.
Di sebabkan tiada majlis bertandang,
Jadi kenduri hari Ahad adalah besar besaran.
Mak & Abah aku pun happy sangat sebab selesai tugas mak menjaga kitorang semua.
Sekarang masing masing ada keluarga sendiri.
Terima kasih mak & Abah.
MakAbah & besannya Cik Midah & Pak Din ambil keputusan untuk membuat kenduri sekali harung.
bukan apa uolls, 
Buat sekali lagi senang dan jimat masa tenaga orang kampung.
Ada pulak yang bawak parang kalau tiap tiap minggu pasang khemah.kannnnn???
Dah la sekali pasang 12-13 khemah sekali.
Pitam uolls.

Menu pulak macam biasalah
Rendang daging, ayam masak merah, ulam ulam, yong tau foo (yang ni mak aku sponsor)
Ikan patin tempoyak (mak kak cik sponsor) ha..lain lain macam biasalah.
Ada desert gandum, cendol & air sunquik  grape & lemon.


Ok, berbalik pada malam sabtu tu,
kata orang majlis berinai macam gitulah..
Aku boleh sumbat kain baju macam nak pergi jogging ok.
Tu yang semua gambar aku tak ada.
Orang lain semua sibuk lawa lawa.
Aku sama macam bibik ok.
Dengan Abam yang demam panas time malam.
Adoiyai..itu yang bawak baju aci dan jer kot.


Peace...

Lepas tu dorang berdua seminggu honeymoon ok.
Genting-Cameron-Pangkor.
Ohya, aku nak bagi tau...Rumah kak cik & rumah mak adalah selang setingkat.
Berhadapan pulak ok.
Lepas dua - tiga hari adik aku tu pergi honeymoon ada orang naik atas rumah kakcik jumpa mak kak cik.

Alili : Assalammulaikum...Mak kak cik...o...mak kak cik..

Cik Midah : Wsalam....ooo Alili....kenapa alili datang sini? nak jumpa opah ke?

(Cik midah gunakan nama opah supaya alili ikut panggil opah. ada ke patut panggil nama mak kak cik ok.
ko mampu???)

Alili: Anjan ( Nickname adik bongsu aku) ada kat rumah mak kak cik tak..? 
(Sambil buat muka mengharap...)

Cik Midah : Eh...Anjan mana ada. dia kan pergi berjalan dengan kakcik...g genting...cameron..bla bla bla..

Alili: Alili ingat anjan tak nak turun rumah nenek dah.....
(Alololo...sedih uolls aku dengar mak kak cik cerita...kesian alili...)

CIk Midah : Haa...nanti hujung minggu ni Anjan & kak cik balik yer...Alili tunggu tau..

Alili : Yelah...(terus turun bawah ke rumah nenek..tanpa menceritakan apa apa pada neneknya)

Rupanya alili rindu pada Anjan.
Selalu Anjan yang suka babab & melayan budak tu.
Alhamdullilah...now Kak cik dah berbadan dua.
Wah...bunting pelamin katanya.
Semoga semua selamat lah ya.


**Ada rahmat disebalik semua kejadian....

XOXO,

Daela.

Selasa, 26 Mac 2013

Ke Ikea kita bawak Kembar Durian Crepe.. eceh...!!!


As Salam.
Kali ini entry aku sangat penuh dengan gambar.
Bukan warna warni.
Sebab lokasi berwarna samar.
Then aku gatal gatal tangan pergi edit sampai muka jadi putih melepak.
Jadi, segala product pemutihan yang glamer  di pasaran tidak digunakan.
Hahahahhaa.

Ok, Saturday lepas, aku , Farano , Anjan , Rayyan & Alili berjimba rama.
Apsal Abam x der?
Ok, Abam menoreh waktu pagi sampai waktu senja.
Apsal Acik atau adik aku azrul x der?
Ok, Azrul kerja sekarang ni sama level dengan bangla. Sabtu /Ahad kerja non-stop. kakakakaka
Apsal Anjan tak bawa isterinya?
Ok, Kak cik a.k.a Mak su kerja. Dia kerja lagi hebat. cuti hari biasa sahaja.
Jadi, kitorang yang cuti sabtu/ahad ni...terpaksa berjalan tanpa pasangan.
Bunyi macam aneh jer kan??


 Destinasi  utama adalah makan meatball.
Nak bagi lemak bertambah.
Meatball tembun yang paling best kat ikea kan?
Selalu aku makan rasa biasa jer.
Tapi hari tu over syok pulak.
Sebab kalau dengan Abam, muka dia muncung jer kalau aku nak makan meatball nih.
Sebab tekak dia tekak melayu.
Nak makan nasi.
Aku pulak semua pun makan.
Rasa rugi kalau tak reti makan.
Kecuali Sushi .
Korang campak sushi ke, yg gulung gulung sushi tu ke?
Heeeeee....mampuih aku tak boleh nak telan.

Abam usah cakaplah kan.
Melintas depan sushi pun dia tak mau.
Belum lagi ajak..
Pernah aku try nak makan kat Shogun.
Baru jer cakap restoren jepun..terus cakap tak payah lah.
Walaupun tempura kat shogun sedap kan?

1st time ever aku makan tempura kat shogun.
Itu aku boleh makan.
kahkahkah.


 Ewah....jangan nak sengih sampai nampak gigi sangat si tudung coklat.
Nampak macam dagu runcing sangat.
Tu sebab syok perasan.
Padahal...badan...macam tempayan.
Yang tudung merah tu....kuruih.
Dalam gambar nampak besar kot.
Sebab happy dah ada baby..
Ke..kuat makan kot?
Tapi...tak kisahlah...janji happy.
Owh...Rayyan muka macam tersepit jer kan?
Padan muka...
Ahahahaha...


Plan asal aku , farano & Rayyan jer yang nak pergi.
Malam tu dah tekad cakap kat Abam..
Kalau rayyan nangis nanti, pandai pandailah kitorang pujuk.
Abam kan selalu pujukkan rayyan kalau dia menangis.
So, perasaan cuak tetap ada...
Hapa hapalah perangai kan?
Esok tu, lepas abam selamat pergi menoreh,
Aku terus landing kat rumah mak.
Dalam pukul 11 am tu baru siap siap.
Tengah siap siap, anjan cakap dia macam bosan duduk rumah.
So dia amik keputusan nak ikut jugak.
Tengah kecoh kecoh nak kunci rumah, Alili pulak datang.
Dia pun cakap nak ikut.
Nak di tinggal...mak aku tengah busy tolong orang memasak.
Jadi, siapkan alili pulak.
Nasib ada baju kat rumah mak.
Kalau tidak....hahahaa...isi tempat kosong please.


Dah penat berdukung, time untuk kasi susu pulak.
Sekali uols, Rayyan sangat good boy.
Aduh...rasa macam sanggup bawak pergi jenjalan lagi.
Dah la baik, sengih sengih bila di agah.
Kemain lagi.
Langsung tak merengek.
Maybe happy kot dapat melihat keramaian umat manusia kat Ikea.
Yer...memang ramai orang kat sana.
Dalam setengah jam jugaklah baru dapat table nak mencekik.


 Barulah terasa macam mana ada anak kecik.
Time Farano makan, aku tolong pegangkan Rayyan.
Begitulah sebaliknya.
Nasib baiklah Rayyan belum boleh makan.
Kalau tak...confirm meatball yang aku beli tu tak cukup.
Kakakakaa..


 Alololo...comeinya muka Rayyan.
Yang tolong dukung tu memang comel dah lama.
Rayyan sekarang kuat main belon.
Mulut sentiasa jer ber belon.
Tu yang mummy Rayyan asyik cakap rambut tinggal sikit.
Rayyan kuat menyembur...


Ha...sapa nak makan durian crepe..?
Sekarang ni durian crepe ada.
Tapi, taklah macam hari tu.
Fenomena melanda. Aku pun terjebak seh...
Kitorang kat rumah dah ada kembar durian crepe.
Tapi tak boleh makan.
Gigit gigit sudah.
Lengan rayyan dengan durian crepe pun susah nak beza.
Ketak ketak uols, tangan anak buah aku tu.


 Muka macam tak happy je.
Kenapa eh rayyan?


Sikit lagi kaki Rayyan masuk dalam kuah meatball.
Jenuh tarik kaki rayyan agar tak tercelup kat kuah meatball.
Tu yang sampai terbujal perut rayyan terkeluar.
Comel?
Comel sangat bila nampak perut..


Aku Rayyan. Kau ada masalah??

Ini Gambar peberet Uncle Abam rayyan.
Siap buat wallpaper kat henpon garu.

Lepas berjimba, terus pergi KL pulak.
Nasib baik aku bawak pakar cilok jalan KL.
Kalau tak...menaya jer..
Lepas beli belah terus otw balik.
Tengah nak menyampaikan area rumah..
Farano pulak mengidam nak minum coconut shake.
Sory, gambar tak der.
Yer uolls, kedai tu buka time sabtu/ahad jer.
Isnin sampai jumaat tutup.
Isteri anjan teringin nak coconut shake jugak.
Terus tapau kan then buat delivery kat Sunway Pyramid.
Woahhhhh.....

Sungguh panjang perjalanan hari tu.
Lepas sampai rumah
Agah agah Rayyan kendian terus mamat tu menangis manja nak tidur.

Ok dah. babai

XOXO,

Daela

Jumaat, 22 Mac 2013

Babun Comel Untuk Aqiqah Rayyan Zariff.


Assalammualaikum....yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....Aummmmmm...
Korang...jangan nak mengaum sangat macam aku.
Aku kebusy-an tahap gaban.
Sikit jer lagi bertukar jadi Gaban.
Gaban Gemuk.
Kekekeke...lawak kan?
Lawak sangat!!

Ok, orang busy macam aku memang selalu lambat update.
Orang dah macam macam story.
Aku..?
Memang selalu ketinggalan.
Tapi..itu hak aku kan?
Masih tiada paksaan untuk bercerita.
Korang pun sama.
Tapi..mana mana blog yang selalu buat cerita sambung sambung tu..
Memang selalu aku tuju lah.
Sebab ketagih nak membaca.
Itu sebab blog aku pun ke draft je perginya last last.

Babun.
Apsal aku panggil binatang ni babun?
Apsal bukan teddy bear kecik?
Aik...kata suka hati nak sebut...atau cakap.
Kira suka hati nak panggil apa.
Lagi pun kalau panggil babun ni macam comel jer bunyik nya.
Kalau teddy bear...pun comel gak.
Tapi kalau aku punya istilah...
Teddy Bear adalah yang beasr.
Yang sedap untuk dipeluk ketika hendak tidur.
Tapi itu bukan aku.
Apa barang umur dah masuk 30 sen nak berteddy bear bagai?
Siap segala warna semua ada?
Owhhhh...itu bukan aku...

Step 1

Sila beli dawai size 25-26 untuk menyucuk punggung babun.
Beli juga lidi . Kemudian bahagian yang tajam tu dicucuk kan & diikat dengan dawai.
Ok, harga babun agak mahal kalau beli sikit.
Maknanya...korang kena beli banyak banyak baru dapat murah.


Step 2.

Pilih lah segala warna Riben yang korang suka.
Macam aku...& Mummy Rayyan memang kepala otak mereng.
Kitorang ikut warna kegemaran.
Asal terfikir jer terus sambar.
Lepas tu kan...jenuh nak mencari riben yang sama warna. tapi kat kedai lain.
Bijak pandai kan?
Dah sasah susah kan diri masing masing.
Aku bab bab macam gini tak payah di ajar pun.
Selalu buat.
Nice kan?



Yang warna Pink, hitam black metal  , ungu ni mak aku nak.
Untuk ahli persatuan katanya.
Mak nak jugak?
Kitorang layankan jer buat .
Owh ya...sekarang ni tengah mengah membuat bunga tisu untuk Abam polis kita.
Mula belum lagi.
Abam polis kita tu asyik tak tentu arah nak pilih warna bunga.
Nak aku paksa ke Abam pulis?
Kahkahkahkah...

Ke ikut warna yang aku suka?

Eh!!

Arggghhhhh... sakit pingggang membuat benda ni.
Walaupun sikit.
Tapi setakat 100 pcs tu 2-3 hari kitorang boleh siapkan.
Opsss.. maaf.
Aku tolong gunting gunting, & cantum kan jer.
Ikat dawai, ikat riben.. Mummy Rayyan & Nina.
Orang kata boleh berniaga dengan benda alah ni.
Aku pun nak open lah untuk sapa sapa nak order.
Limit 50 pcs/ order.
Warna boleh request.
Hahaha...
sambil menyambil!!


Peramugari Mas.
Muka tak boleh nak letak sangat.
Sekarang dia pulak ambik alih teman mak aku.
Dengan harapan mak ada kawan setelah semua anak mak bernikah.
Tapi...rumah mak mana pernah kosong.
Aku jer kalau balik dari tempat kerja...
Kat sana jua tempat aku menebeng.

Kata orang, kalau nak membuat gubahan, make-up kan orang kena tengok tengok tangan.
Aku bab bab make -up hampeh.
Tapi bagi bunga, riben...In sha Allah.
Laju je idea keluar.
Tak payah nak ditahan tahan.

Aku selalu macam tu.

Namun, bila aku lalai, aku lupa, aku akan terus jem.
Apa pun aku tak nak buat.
Apa idea pun hilang.
Last last Google jugak.


Keduanya buah hati kesayangan aku.
Aku sayang dunia akhirat.
Tangan si tembam membuat kan aku rindu rinduan.
Tangan si pemakai Jam membuatkan aku gundah gelana. kahkahkah.
Tak payah nak wek sangat. an......an.... an??

Nak marah dah besar.
Tak pernah nak marah sebenarnya.
Sebab dia memang macam gitu orang nya.
Serious bila aku buat salah.
Garang bila aku degil.
Bergambar macam itu memang dia suka.
Aku ambil gambar elok elok, dia delete.
Tinggalnya gambar ini.
Comel sangat katanya.
Herm. sekali lagi aku senyum dalam hati.

Tak moh muka kena jual dalam blog lah tu.
Aku tahu dia tahu.


Ok saja letak muka budak tembam ni.
Sebab aku dan dia sangat suka budak budak.
Sebab aku sangat sayangkan Rayyan.
Owh...korang ni...aku tetap sayangi Alili.
Dia tu mana boleh hilang dalam hati.
Tetap terpahat dalam hati sebagai anak buah kesayangan.
Namun, bila dah mula sekolah..
Dah mula berkawan...
Dah mula pandai berbelanja..
Mulalah...malu untuk dicium.
Malu untuk dibelai.
Semua dia malu.
Huh...itu aku sebagai mak saudara.

** Post gambar pasal bunga teddy bear / babun.
Tapi aku dah merapu rapu. ok bai.

Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu Aku # Menikah Time


Assalam uolls..
Adehhhhh......Sory uolls. Aku kemalasan melampau lampau sekarang ni.
Macam macam pikir , mengalahkan hapa jer kan.
Btw, Adik bongsu aku dah selamat menjadi seorang suami.
Majlis semua sudah berlepas minggu sudah.
Aku memang tak der mood sangat nak menghapdet blog.
Penat sangat lepas kenduri.
Hahahaha...macamlah cuci periuk kan??
Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Kg. Lindungan.
Masjid baru uolls.
Cantik... dan best jer aku rasa.
Sebab aku pun first time jejakkan kaki kat situ.


Aku dengan Abam memang start cuti dari hari Jumaat.
Abam pulak time orang busy busy macam gini demam teruk.
Adoiyai...macam macam hal pulak.
Abam demam satu hal.
Aku kena kehulu kehilir sensorang pulak.
Aku dah la penakut..
Kakakakakaka...
Pastu macam biasalahkan..
Orang demam memang mintaknya macam macam.
Ngada ngada lebih.
Nak sup ketam dikala semua orang busy...
Dah aku tawap meronda kat macam macam kedai.
Dan dan tu pulak banyak kedai tak jual ketam.
Stress pulak mencari ketam.
Last last jumpa ketam terus beli 5 kilo.
Kakakakakaka....susah sangat nak jumpa ketam kan???
Lepas tu masakkan sup..owhh..terus baik dari demam Abam tau..
Al-hamdulillah..


Mamat pasebukkkkkkk...
4 Kali baru sah ok.
Korang lain kali...kalau nak menikah..jangan lah letak hantaran ada singgit singit kat hujung.
Mamat ni tersasul sasul...
Last last pak mertua pulak tak tersebut singgit tu.
Dah kena ulang lagi..
Apapun semua juga selesai...


Pengantin perempuan yang sangat tenang.
Welcome to the club.
Club isteri isteri.
Puit....hahahahhaa.


Amboi...kemain happy selepas menikah uolls.
Eh..ada ke orang bersedih?
Hah. Ada...mak aku sedih.
Aku?
Jangan harap tak sedih..
sedih uolls.
Adik badik semua dah kawen mawen.
Lepas ni asyik pergi kenduri rumah orang pulak.
Kenduri cousin cousin pulak.
Dorang sekarang ni tengah tunggu Q untuk menikah.
Hujung bulan ni ada sorang.
Bulan 4 Kang ada lagi.
Bulan 5 kat Ipoh.
Bulan 6 Kat Pahang...
Adeh...banyaklah kalau nak tulis.
Tu baru cousin & kawan kawan terdekat.
Yang next year lagi...
Adoi....best kan?



Mesti uolls macam biasa tengok persalinan SIL aku nikan?
Memey laa...ni baju Puan Sue.
Dorang sewa.
Kalau korang nak sewa pon buleh gak.
Harga berpatutan sangat.
Siap vail, tudung eh...segala macam lah.
Ada warna gray & putih.
Bunga tangan pun boleh tempah uolls.
Warna boleh request.
Kalau nak bertanya boleh email aku atau Puan Sue.
Kitorang pun ambil tempahan bunga pahar,
Juga membuat hantaran..


Posing posing lepas menangis.
Kehkehkeh..

Ini semua lakonan semata mata.
Banyak kali kena dera sebab laju jer dorang bersalam.
Kata pengantin baru...
Nak ambik gambar kan??

Tema hari tu sebelah kitorang adalah biru, hijau
Suka hati jer baju yang kitorang pakai.
Uncle aku tak pasal pasal pakai baju biru tua.
Aih..gasaklah kan..
Abam yang sangat suka tidurkan anak.
Rayyan terlentok lentok tido hapah haram tak sedar.
Lantak piang lah korang nak bergambar ke...berdansa ke kan?
Yang penting tido...
Namun, pastikan keadaan mesti berangin dan sejuk.
Kalau tidak...Rayyan akan menagis seperti kena dera.
Adehhh...

Ohya, lepas majlis pernikahan
Ada majlis Aqiqah untuk Rayyan.
Jadi, orang kampung makan ada kari kambing masa itu.
Yuhuuu.. sedap weh.
Ok, sambung next entry.

XOXO,

Daela