WE ARE FAMILY

WE ARE FAMILY

Saturday, August 31, 2013

Raya di Rembau Most Wanted Yaw

Raya ketiga

Pukul 11 pagi start gerak dari SP menuju ke Rembau dengan singgah kejap di Klang hantar Acu budak2 ni

8 jam jugak seluruh perjalanan (-_-)'

Tapi dengar2 orang2 yang travel di hari-hari berikutnya stuck dalam jem yang main angka dua jer =( lagi parah

Jaja gambar ek?

Aktiviti melemoihkan diri dan baju T_T
 












































If I'm not mistaken, gambaq2 me-lemoih-kan diri ni was taken by ayah on Monday, which is raya 5.
Apesal tetiba cakap omputih dah nih (-_-)' ahahah

Dah takdek kronologi dah lagi =p 





















Gambar atas, Min and Daniel, sepupu feveret jam main mercun bunga api dan sesi me-lemoih-kan diri =p

Ok chup Raya ke-4 

T_T  ahahaha

Tengahari raya ke 4 kami ke umah Mak Ngah aka Kak Ngah ayah budak2 ni di Felda Palong 8


Bebudak ni mengerjakan motor pink dak Qilah, anak kepada sepupu Min












































Porch deme besar okeh






















Boleh jadik kampung boy and girl, tak takut panas ke hitam ke

Main jer =p

Min and Aqilah, anak saudara Min okeh







































Gambaq blur dari hp ibu, main dalam umah

Ain tabur barang mainan qilah sebakul

Buat macam rumah sendiri ek adik?






















Lebai Nuar baru nak isi duit raya untuk anak2 buah dia T_T =p

Petang raya 5 balik umah sendiri and esoknya ibu dah keje

Lobai cuti lagi

Dia tolong jaga anak2

Bagus Lobai ni

All in one gitu

Okey lah that's all la kot ceta raya ek ;D

Thursday, August 29, 2013

Entry Hari-hari Rayer seterusnyer

Raya pertama, petang raya pergi beraya ke Pokok Sena, Kepala Batas

Bukan Pokok Sena, Kedah yer






















Ni jer sekeping gambar dari hp ibu di rumah nenek pokok sena

Nampak sangat dua2 rupa comot momot tunggu nak mandi n salin baju lain

Petang nak maghrib gerak semula ke SP coz nak melawat Pak Su Karim di nursing home

Sejak dia kena stroke, baru kali ni jer dapat melawat dia

Kesian sangat tengok dia

Kurus T_T

Sori gambar takde

Kena jaga sensitiviti family dia plus ibu memang tak ingat pun nak tangkap gambar =p






















Oh siaran semula gambar pagi raya yang ketinggalan dari post lepas

Sesi mintak ampun coz nakai nooo hahahah





















Yang cek mek ni pulak, sesi melarikan diri laju2 pastu peluk ayah kuat2 kalau ada orang nak datang dekat adik T_T

Next
 
Raya ke-2

Sebelum Jumaat, masih melepak kat umah Maksu

Petang lepas Jumaat, kami gi beraya rumah Along Lah di Ayer Itam, Penang

Along ni abang tok wan aka abah ibu

Pun tak banyak snap gambar






















Baju cinonet di petang raya 2 di rumah Along@Tok Long





















Kami dan Along bergambar kenangan

Rumah along ni unik ckit

Tapi takde gambor jadi tak payah la cerita T_T

Masa kami sampai rombongan keluarga Cu dan Ngah dah habis makan dan dah nak beransur

Kami pulak just stay sampai dekat kul 7 gak la

Oh yer, yang tolong tangkapkan gambar tu bakal pengantin ;p

Nanti ibu akan up kan post pasal kenduri nyer ;D

Tapi sebelum tu

Kisah raya di Rembau dan Palong dulu

Nantikan nyer

Sementara masih dok rajin nih T_T hahaha parah betui

Akhirnya, Entry Raya 2013...

Masa karangan ni dibuat sudah 21 Syawal okeh

Tuan blog pun baru nak start puasa, boleh?

Entah dapat enam ke tak ni =p

Post konon nak auto publish esok coz menghormati hari rabu yang entry takde ayat - WW

=p

Tapi biasanya, hari Rabu la mesti nak datang idea blogging nan mencurah2

So dah 2 minggu mcm ni, maka mari la kita mulakan juga entry raya =p

Terus amik 1st day lah yer ;D

Raya pertama, kami memang dah ada di Sg. Lalang, Sg. Petani rumah maksu sebab maktok ada di situ

Rumah kampung dah takde lagi dah di Gurun, jadi kalau raya memang di rumah Maksu since beberapa tahun dah pun

Sebelum kawin lagi. Ada dah 10 tahun gitu kot?

Kurang ingatan dah, bila last raya di rumah papan kampung tok nek tu =p

Tok nek ni panggilan orang utara untuk moyang perempuan, maktok untuk nenek ;D

Kali ni family yang ada di rumah maksu/maktok hanya family kitorang, Acu (adik ibu) dan family Alang (adik arwah Mama, anak maktok no-3)

Part kurang meriah tu memang tak leh nak tolong dah, coz memang sejak mama n angah dah takde, memang terasa sangat tak meriah, bila raya, belah kedah =(

Di pagi raya, tema kami purple =D

Warna pilihan sempena kain sari India mari hahahah =p

Ayah macam boring je kaler purple

Ibu rilek jer ;p

Tahun lepas kan ayah dah pilih warna tema =p 

Kasi can marrrrr






















Si 2 ketui ibu =D

Gambar courtesy Tom's Photography

Pakat amik dari fb ayah jer =p, coz ibu malas gila nak copy dari lappy dia T_T





















Yang ni gambar feveret ayah of the 2 beradik

See siap dia watermark kan lagi

Kalau suka sangat tu memang bubuh watermark la siap2 haha

Memang ibu rasa pun sangat homey 2 ketui itu =D

Ain penuh innocent melayan abang yang rupanya suka kemhor wakakak =p






















Gambaq lain ai grid ja lah

Bukan banyak pun

Saja ai malaih nak tanda nama

Tu dia aih

Keluaq dah cakap utagha dia

Nampak muka maktok kami, otometik kuaq teruih aih

Hahahah

Sengal jer ibu ni =p





















Yang ni lakonan =p

Coz ai pi salam beraya dengan maktok laju2, sekali kemeremeng kata la tak sempat nak capture, kenapa salam laju sangat

Beraya je kot, kena lama2 ke salam?

Pfftt ... ibu ni memang aptb sikit hahaha

Maka berlaku lakonan semula =D

Dan expression maktok pada gambaq yang bawah tu adalah priceless dan penuh persoalan ngeeee heheheh

Bulih buat dialog lah gituh 

"Apa2 jer la budak2 ni", atau

"Ai kena kontrol ayu, depa nak masuk fb ni"

T_T

Ibu ni memang aptb ok =p

Ampun maktok haha





















Budak melalak =p

You see my problem the entire stay at kampung during raya?

Atlis semasa ada orang2 lain la

Kalau orang lain takde, dia ok la sikit =p

Bila nampak je bayang manusia lain, jadi macam ni la

Melalak macam ngan kena pukui





















Kinda blur but nice

Tepaksa ngaku nice coz ni sekeping je yang ada gambar lengkap sekeluarga yang sedondon di pagi raya T_T

Ayah dengan selipar T_T

Abang Min baju dah nak terkeluar dari dalam sampin T_T

Tapi nice =D =D =D

Jadi tak leh komplen banyak2 yer ibu =p
Si tecik manja yang asik nak melekap jer

Si abang yang kuat makan nasik impit, no matter what

Berapa hari tau dia tahan dengan diet nasi impit semata tu

Macam ibu la min ni

Penggemar nasi impit tegar ;D
 





















Ni masa beraya di umah Tok Tam kat Gurun

Nak cerita salasilah sikit campur2 cerita raya, yer?

Adik beradik Maktok aka Mak Ngah yang tinggal ialah Tok Tam and Tok Su je

Keluarga yang masih ada di Gurun hanya Tok Tam dan Mak Long Tini

Rumah depan belakang je

Rumah anak2 tok tam yang lain pun berdekatan jer, except sorang di KL

Tapi kami tak pi la pulak beraya

Sebab dah dapat jumpa di satu port, senang kan

Semua anak2 dia ada tahun ni

Kebetulan tak lama lepas kitorang sampai, family Tok Su pun sampai

Tahun ni anak2 dia semua raya di rumah mentua dulu

Tahun depan baru nak kumpul anak beranak diorang di Alma, BM

Terbalik pulak

Jadi kalu balik raya utara tahun lagi sekali, tak dapat jugak jumpa geng2 yang tu hmmm.....

Takpe, coz biasanya, bila geng2 Taman Sri Andalas @ geng Sg Koyan (anak2 arwah Tok Lang) pulak bukak rumah, jumpa juga akhirnya semua

Sampai raya ke 20 lebih ni, naik lemau tengok muka aku, muka kau, tetiap kali ada open house hahaha

Ampunkan aku, ahlil keluarga =D

Haaa memang bila beraya kitorang punya family besaq punya cerita main sebut nama@pangkat Tok tu je

Tak sebut nama@pangkat anak2

Masih belum glamer lagi generasi seterusnya wakakak

Ok lah dah tatau nak bebel apa 

Terima lah gambaq raya dari tuan tanah dan si anak kecik yer =D

Wednesday, August 28, 2013

WW - Anak kembar

Susah woo mau tangkap ini budak kici punya gamba
Walaupun konon ada kembar, kembar pun meligat :p

Tuesday, August 20, 2013

Make an appointment! ;D

















 Taken from FB page - Suzie's Daily Quotes


Terutama sekali di musim2 perayaan ni

Kalu mari rumah nak tengok rumah

Make an appointment first ;D

Sunday, August 18, 2013

Esok dah nak sekolah dah Min

Dulu2 ibu pernah buat siri bercakap dengan Min yang ni dan ni

Masa tu konon2 dialog tu Min yang cakap

Padahal ibu yang buatkan =p

Min sekarang memang pandai dan banyak cakap

Walaupun Min cakap lambat

3 tahun pun cakap tak terus lagi

Orang semua pressure ibu

Ibu memang pressure la jugak tapi ibu degil

Ibu biar jer anak dengan progress dia sendiri

Sekarang kau... tak larat nak layan loyar buruk dia

Contoh seperti yang ni, yang ibu baru tepek kat FB ibu tadi =p

Status update di FB:
Rasanya, orang yang paling kecewa sekali cuti raya dah habis ialah abg Min =p

Ibu: Abang dah kemas beg sekolah dah? esok nak sekolah...
Abg: eh, esok cuti lagi la ibuuu (either in denial @ yakin je esok cuti lg =p)
Ibu: betul la. esok min sekolah dah.
Min: berapa hari sekolah? (cubaan mem-bargain bil. hari sekolah????)
Ibu: sekolah 5 hari, cuti 2 hari, mcm selalu lah....
Min: Alaaaaa... tak best la mcm tu ... bukan 1 hari sekolah pastu cuti lagi (his offer tu!!!)
Ibu: eh, mana boleh mcm tu (dlm hati, xkira 6 yo ke tak ke, nk ckp yg real jer =p)
Min: ok la ok la

Esok pagi kita tgk drama apa yang jadi... =p


Seriously, esok pagi kita tgk drama apa yang jadi okeh ... ;p

Saturday, August 17, 2013

Nota 10 Syawal - raya macam tak raya

Betul la blogging ni is not for everibodi

Dah 10 syawal

Cite 1 syawal xbuat lagi

Gambar ayah dah up kat fb dia

Byk nak kena watermark tu jd malas nak pikir, biar la dulu

Hari ni ibu cite pasal agenda hari ni je

Bangun pagi, yang tak pagi sangat, berangan atas katil sambil main #ccs

Aja @ makngah budak2 ni tipun

Ingatkan nak tanya jadi ke nak g kenduri kawin anak jiran rumah lama.

Rupanya nak cakap pasal abah @ tokwan

Jarang ibu bukak cite pasal family ibu selain kita, kat sini

Tokwan kena tahan wad dah beberapa hari

Blk dr cuti raya, selasa ibu dah keja smp khamis

Jumaat bz dgn hal ayah

Memang dah kontek tokwan kata nak p tgk dia wiken

Aja kata abah dah majuk sbb tak call hari2

Br 1 hr xtipun pun

Ok xpe

Serabut hal semalam

Dgn plan hari ni yg tak tau apa lg

Ibu tipun tokwan tanya cemana exam n test doc dah buat kat dia semalam

Dia kata result dpt tau pun next week

Tanya waktu melawat apa semua

Pas dah ckp sekejap

Ibu pun bangun

G mesin baju

G siap beg anak

Sidai2 baju

Suh anak bangun mandi

Pastu baru kabor kat ayah plan ibu nak g tgk tokwan tghari, br leh g beraya tpt lain

Hahaha

Long story short, g mkn lunch kul 11 kat awan besar, lawat tokwan, singgah solat kat mesjid, singgah umah aja, g beraya umah abg@paklong n tjumpa family abg@pakcik, pastu balik, mandi, tido

Amboih lajunya siap karangan

Ibu ngantuk ni

Dah kul 11pm dah hah

Ibu doa tokwan cepat sembuh n result test tu nothing serius la harap2nya

Nite, 10 syawal

Tuesday, August 13, 2013

Back to work

Takde mood sebenarnya nak celoteh

Buat syarat je coz hati dok memujuk2 write la something on ur blog =p

Anak2 duduk dengan ayah diorang untuk 3 hari ni, taska tutup for the whole week

Jumaat cuti balik

Cuma petang ni bawak Min datang opis

Lasak sangat tak daya ayah nak ngontrol dengan adik lagi, dengan badan dia tak sihat sama

Tak mood la nak wat keje =(

Malas pun ya juga =p

Kenangkan orang yang tak sihat kat umah tu, rasa cecepat je nak balik =(

Kang kul 5 tajam2 nak punch, nak balik

Esok cemana la gaya nak seret kaki (dan hati) gi kerja ni =(


Monday, August 5, 2013

27 Ramadhan = 2nd last day kerja

Masih kerja lagi

Kerja la sangat kan =p

Kalau ikutkan dah malas dah nak buat apa2

Ada la buat sikitttt benda pagi tadi sebelum semakin malas

So sekarang melayan blog sekejap, sebab dah lama sangat malas dengan blog

Sori blog T_T

Puasa kali ni paling bercelaru peraturan hidup sendiri

Macam takde masa

Tapi masa ada =p

Pfftt apa tuh??? T_T 

Semoga diberi kerajinan untuk update blog from henpon semasa raya

Huhuhu... =p 

Oh ye...

Malas juga sebenarnya nak buat kad raya T_T

So...
.
.
.
.


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin (kalau ada =p)

0-0 bak kata najwa latif

O ye esok kononnya nak half day

Nanti kita tengok macamner dengan blog kita yer =p