WE ARE FAMILY

WE ARE FAMILY

Sunday, December 29, 2013

My premmie boy nak sekolah dah! :-)

Ibu tak dan nak tangkap gambar mamin sebab dok sibuk kepung adik ain.

Semua gambaq ayah yang tangkap pastu share ngan ibu.

Jadi la. Dok tengok je gambar tu n rasa sgt bangga. I can't help it. I'm his ibu.

Rasa mcm semalam je duk jaga min dlm nicu, esok dah nak masuk standard 1.

My premmie boy dah bechar. Sob sob sob. Ibu ohver la. :-P :-P :-P

Saturday, December 28, 2013

Min daftar darjah 1

Pagi ni, ibu, ayah, mamin n adik g sekolah.

Daftar abang sekolah darjah 1.

Syabbash anak ibu. Dia rilek je.

Wednesday, November 20, 2013

Wednesday, November 6, 2013

WW - I need a serious boss. I seriously need a serious boss.

Being boss-less for a bit more than 3 months is tiring and heart-wrenching and its no joke!!!

Oi! Give me a boss oredi so that I can focus on THE REAL WORK, and the boss can focus on the politics and the rest of the NON REAL WORK thingy.

And again, our feveret picture, ever, kot


Friday, November 1, 2013

November - Prematurity Awareness Month

Hari ni bermula sambutan bulan kesedaran kelahiran bayi pra-matang.

17 Nov ialah prematurity awareness day.

Happy prematurity awareness day n month ayah n anak2!!

Dan semua yg same kes mcm kami ;-)

It's almost impossible!!

I just can't help it.

Sehingga hujung bulan ni, almost confirm, I have no time to write on my blog.

Seriously.

Aku ada byk benda nak cerita.

Kisah aku masak juadah RAYA HAJI di RUMAH SENDIRI --->>> 1st time tehehehe

Kisah aku dan bepang badam --->>> yang sentiasa laku setiap kali buat

Kisah aku, lakiku dan 'adventure' baru --->>> clue: hartanah

Kisah2 harian di opis dan di rumah

Siri bercakap dengan Muhaimin --->>> banyak di FB tapi ibu nak kopipes kesini juga =D

Just give me some time my dear blog

It's year end and the opis demands all kinds of mak nenek attention

=(

Have to put up this pic again =(


Wednesday, October 9, 2013

Cerita panjang di hari Rabu?

Apabila draft dibuat di henpon, dan nak diedit di desktop, terus jadi bercelaru T_T

Baru nak tulih dah ter-publish ... boooo....

Setelah 15 min blog ada gambar 3 keping jer baru update cerita kah kah kah



T_T

Just nak stori .... purchase online terlama nak sampai kat ai kot nih =p =p =p

Booo lagi ....

Memang la dah 2 minggu hati ni dok tertanya2 

Especially bila ai tertengok transaction lama dalam akaun beng

16 Ogos tuuuu

Ai recieved it today at 4pm T_T

Sebulan setengah ++ ... T_T

Gua ingat ini barang ekceli pre-order punya kot ...

Sebab tu beli kat website yang mcm groupon or coolpon or apa2 tah lagi tu dia boleh bagi murah.... kata diskaun 70%++ ko ... mau tak mak menggelupur beli lupa dah anak dan laki ... sekejap ... hahahaha

So....

Memperkenalkan.......

Taraaaaaa.....

Air-O-Dry!!!


Seriously jangan tanya how does it work (terus keluar lagu team umizoomi)

I wonder? How does it work?

How does it work, how does it work

How does it work, how does it work

How does it work, work, work!!

Emak yang menerima pengaruh katun dari anak2 begini la yer tuan2, puan2 =p

 
Bukak and check semua barang dia cukup ke tak

Nak on kat opis tak berani takut blower dia bunyik kuat gila nanti =p =p =p
   
Dah bukak bosau2 dah tadi bagi berdiri benda tu lupa la pulak makcik nak tangkap gambar

Faktor usia sangat sekarang ni =p

Tunggu la ai cuba dulu kat rumah karang

Nak tau dari mana datangnya idea nak beli benda ni?

Dari mummy pengguna CD ;D

Its a brilliant idea kalau kau travel kan?

Tapi ibu dah malas nak bagi dak Ain pakai CD =(

Ibu malas nak basuh ... booo... T_T

So, anyway, will have to try. Kalu ai teringat ai buat la review =p

Kalau tak, kirim salam, masuk angin, keluar asap, bau musyuk jer la yer...

Blog kau pun bersawang ado hati nak buat review meh?

Boooooo

Hahahaha

WW - Versi nak menceceh tapi pendek2, so, WW =p

I am done with this book (a)

 Next, I idam kan this book (b)






















But in order to understand better the new, belum beli lagi book, I need to ulangkaji this book =p (c)






















My 1st ever JG book

Baca lepas watched the muvee

Best!!

The thing is, I never repeat a book lepas dah baca sekali

Maknanya, I baca for the thrill =p

Baca the second time ko dah tau ending dia pun

Ntahapahapatah aku ni =p

Ok. Why I need to revise book (c)

Coz book (b) is a sequel of book (c)

The best thing kan, I get to picture a face for Jack Brigance when I read both books.

Just picture Matt Maccaunaghey jer ---->>> sori malas nak gugel cemana nak eja nama dia pfftt

But I didn't know diorang aim Denzel untuk 'hero' buku (a)

Which, aku just imagine mana2 je pak tam yg jauh beza dengan Denzel kot =p

Aku jer ke tak rasa MB = Denzel? hahahaha

Eh!!!! Kata WW!!!

Ok. Daaaa.....

Wednesday, October 2, 2013

WW - Busy and bersalah!

Bersalah kerana berjaya membiarkan blog bersawang lama.

GUILTY! :-P

Wednesday, September 18, 2013

WW - Progress buku

Aah. Finally. Some progress T_T ahaha.

Wednesday, September 11, 2013

WW - Progress #ccs

Pheww!!! 2 bulan beb! Nangis nak lepas T_T

Tuesday, September 10, 2013

Sambutan Raya ARK 2013

Perkara: Sambutan Aidil Fitri 2013 Taska/Tadika ARK 2013
Tarikh: 6 Sept 2013 bersamaan 30 Syawal 1434H (last day ;D)
Masa: 4.30 petang - 7.00 malam (after opis hour yaw)
Tempat: Taska Mamin and Ain ler =D

Gitu.... nampak sangat kuat tulis memo hantar orang gi training and event =p

Zoom stret ke main story terus, kelas ko jah

Pastuh tabur gambar jer hahahah

Sap sap soi siap dah satu entry =p

Ok la no fair no fair

Event2 dalam diari hidup anak2 semuanya amat bermakna buat ibu

Walaupun ibu ko malas buat entry T_T

Hehehe =p






















Banner yang mengalu-alukan kehadiran ibubapa =D
Ibu n ayah sampai dalam kul 5 lebih gak la hehe





















Gerai2 yang ada

Gerai DJ pun kira gerai hahaha
DJ adalah best
Pak lawak sangat
Dikejarnya cikgu2 taska yang manis2 tu tak dapat2 =p
Konon nak interview
Macam la kita tak tau motip =p
Kahkahkah
Ampun abang DJ
Lenkali semoga ARK tak serik untuk jemput lagi abg DJ yer
Terbahek lah!

Gerai makanan yang ada ialah: Sate, Mee/Mihun/Nasi Goreng, Ayam Goreng Soley Soley, Gerai Air, Gerai Karipap dan Cakoi dan Gerai makanan2 seperti kek2, kuih2 yang disedekah oleh ibubapa students ;D

Ibubapa2 ARK memang super sporting ting ting
Ai sedekah duit
Sedekah juga ;D

Ibu tak capture semua gerai2 yang ada tu =p
Ibu kan blogger pemalas tahap cipan comey
Hehehe





















Anak teruno den
Ibu suh pose senyum tapi dapat cenggini, jadi la

Oh ye, belajar dari 'kesilapan' lampau, hahaha
Eh, kenapa lak tuh?
Ibu dah pakat dengan ayah untuk makan dulu kenyang2 atau separa kenyang
Baru panggil anak2 keluar
Hah itu trick nyer
Tahun lepas ibu ayah sampai terus panggil keluar
Sekali tu ticer adik tanya, akak dah makan belum
Ibu cakap la belum
Laaa akak gi la makan dulu
Haah kan 
Ye tak ye jugak
Mendapat la makan dengan tak kosentret pada makan2 yang sedap2 kerana anak2 tiba2 terlebih gula T_T
So, tahun ni, makan sate dulu, 3-4 cucuk, pastu mee, pastu nasi impit, minum air puas2
Agak2 separuh kenyang
Amik makanan anak2 
Baru panggil
Kenapa tak kenyang betul2 ibu
Kang dah nampak slides kat luar tu, takde makannyer
Dengan dah kawan2 yang dah pun keluar panggil main
Makan la sikit tapi tak berapa nak kenyang
Ibu awak dah malas nak pikir nak makan apa malam kang
Kira ini la makan malam
Hewhewhew
Ampun yer anak2 =p





















Tengkiu ticer Ain, siapkan anak dara ai somel2
Masa ni baru dapat kuar
So layan feeling dulu
Mesti dak adik pikir
Oh bila la Ain dapat main kat luar ni petang2 macam abang

Taska ni memang best sebab luas dan ada la playground kecik ni di tepi taska
Untuk anak2 beriadah petang2
Dan guna juga untuk sports activity seminggu sekali
Takde la terpengap jer kat dalam
Adik untung la coz dari baby ibu terus masukkan sini
Abang awak tu dah merasa segala mak nenek hell jenis taska
Mostly nice, pengetua dan ticer ok
Tapi Min memang ada 'pengalaman tersendiri'
Tak mampu ibu nak cerita kan
Kang ibu akan sangat sentap =(





















Masa awal2 keluar dari 'kurungan' hahaha
Ibu melayan anak taruno makan
Masa dia nak makan, biar dia makan kenyang2
Adik dapat sate secucuk terus 'hilang' T_T




















Ayah tengah tambah lagi nasi impit untuk Min dan ibu ahaha






















Disini 'menghilangnya' anak dara den
Sobar yo lah
Suh turun tak mau der
Kalau ibu tau, tak bawak kan kasut
Tapi ibu tau juge, adik tetap akan lari jugak kaki ayam T_T
Cargas adik cargas =p





















Adik bergambar dengan kawan sekelas ;D
Maknanya sebaya la jugak, 2 years old 
Abang dia lak sekelas dengan abang Min




















Sila cari mana Ain Khayra?
Tu ayah buat muka susahnya nak pujuk anak balik
Masa ni dah nak gelap dah
Pukul 6 lebih dah jugak
Tapi dia takmo balik T_T





















Ni jer satu2 nya gerai yang kita tak boleh nak makan makanan yang dihidangkan tu
Hahahaha
Hasil kreatif teacher2 ARK la ni
Buat acah2 tangkap gambar jer la =p





















So, dah kenyang makan
Kenyang tengok anak main
Anak jer tak kenyang2 lagi dok main dan explore T_T
Bila nak balik ni nak
Dah dokek kul 7 dah hah




















Ibu tau apa dalam hati Ain
Memang kat rumah, tak dapat la dik macam ni
Itu pun dah banyak bekas ibu dah pecah2 kamu kerjakan T_T
Kuali and periuk ibu, nehi nehi
nanti betul2 tak berasap dapur tu =p





















Ibu dan pengetua, Puan Saida
Anak2 panggil ticer Saida
Hari ni ticer macam princess
Pakai lawa2
Sejak balik dari UK, adalah 2 kali je kot ibu jumpa dia
Super busy woman
Timing memang tak pernah ngam
Pengetua taska yang paling ngam dengan kitorang sejak ibu jadi ibu, ayah jadi ayah
Memang dah dia pun suka buat kawan dengan semua parents ;D 
Ye lah. Bila ibu jadi ibu, no satu kena deal ialah pengusaha dan teacher2 taska yang nak asuh anak kita
Ibu tak pernah letak dengan BS kan
Rasa kat sini paling puas hati setakat ni, mudah nak cakap apa2
Walaupun fees nya agak boleh tahan =p hehehe





















Ok last
Photog kami tak bawak kamera
Malas kot nak usung
Dengan handphone gini pulak dia punya posing
Kelas ko Pak Tom
Ahahaha

Ok la
Kesimpulannya, makan memang best
Jumpa kawan2 pun best
Tengkiu ARK for the feast
Tahun depan mesti buat lagi
Ibu pun laju2 sain borang setuju menghadiri ahahah

Monday, September 9, 2013

Belum sempat

Belum sempat start walau satu chapter pun lagi hari ni

Busy busy busy

Tapi dah dapat 4 chapter dah

Nak hashtag gedik2 la

#bukuceritabaru :-P :-P :-P

Friday, September 6, 2013

Lunch talk. Mum talks. Claim points, eh.

Lunch dengan Nanie, Dayah S & Echot

Kisahnya, Dayah nak belajar cara guna pam susu Medela Swing yang ibu bagi pinjam kat dia

Ye ler main pass jer, tapi tak ada manual nya T_T

Hahaha =p =p =p

Yang penting, makan dulu =D

Venue: Ikan Bakar Seri Empangan

Pernah stori-mori di kisah dinner anak beranak nih






















What I had for lunch today =p =p =p

Memang suka nau dengan lemak cili api daging salai dia

Gulai kawah pun macam best

Kerabu mangga dia tu, meletops 

Tadi pulak ada ikan tamban goreng cili kering tu yang aku tak sure betul ke tak nama masakan tu aku hentam saja lah labu tapi sangat kesedapan mana ko nak carik kat putrajaya ni kat sini la woi

T_T

Ahahaha =p =p =p

Ibu boleh jer sajes kepada semua anda di luar sana

Kena tak kena dengan tekak memasing, sila la rasa sendiri dulu

Kena jer dengan tekak ai n kawan2 

Harga pulak ok ok dengan menu ;D





















What moi frens had

Nanie amik gulai kawah rasanya

Daya pun amik kerabu mangga so sedap tu

Tapi lupa nak amik gambar makanan Echot T_T





















What's left.... after the 'battle' (-_-)''

Ahahaha =p =p =p
.
.
.
Terus echot sajes sesi mengajar guna pam buat di surau di situ

Terus solat zuhur

Dan 'Lunch talk'

Topiknya tadi "Breastfeeding and breast-pumping @ work" ;D

Hahaha =p

Memasing 'nak claim CPD points' konon sebagai 'penceramah'

Penceramah 3,  ibu muda 1 (-_-)''

Personal coaching, abaq angggggggg =p =p =p

Mana nak dapat (o_O)''

Lain tempat tadek

Maka cari la saya, dan kekawan saya

Ibu Emmy, Ibu Nanie dan Bonda Echot ;D

Great friends, good times ;D

Hope to do this again soon

Ibu muda perlu banyak moral and emosional sapot dari kawan2 segelombang ;D

Wednesday, September 4, 2013

Monday, September 2, 2013

Cerita Kawin di Raya ke 17

Pada entry yang ni, masa cerita pasal kami beraya di rumah Along di Ayer Itam, ada mention pasal bakal pengantin tolong amikkan gambar kan?

Anak bongsu Along aka sepupu ibu kawin pada minggu ke-2 raya

Tapi kitorang tak dapat nak attend di side perempuan =(

Tak berapa nak koser coz dah berempas pulas balik masa raya, maka rentikan la nak buat lagi sekali plus ibu dah takde cuti rehat banyak sangat dah T_T

So kami menjadi anggota rombongan pengantin perempuan semasa kenduri side lelaki

Memandangkan kenduri buat di Somban yaw, dah dekat cenggitu, takkan la tak pegi =p

Maka ber-rombongan lah kami =D

Pagi yang tak pagi tu, pakat jumpa Mak Ngah budak2 and Acu diorg di R&R Dengkil

Oh sungguh kesian diorang menunggu kitorang yang bersiap laju sikit jer dari siput dan kura2 (-_-)''

Lepas dah jumpa, terus zupp ke somban coz Cu anak beranak pun tengah otw jugak

Cu cakap terus gi dewan dan tunggu la dulu kat situ, jangan masuk dulu =D

Ate, rombongan perantin, katenye... =D






















Venue majlis pihak lelaki di Dewan MPS

Dapat tau, pihak lelaki ni duduk kat Senawang je

Tapi lagi mudah buat majlis kat sini

Kami pun mudah nak cari ;D

Pilot ibu pun dulu belajar kat somban ;D





















Sepupu sepapat dan adik beradik

Note ada sorang je bujang bersama anak kecil

Yang lain, taken ;D





















Ni la bapa pengantin pempuan iaitu Along kami

Anak2 ingat yer, ini Tok Long ;D





















Pengantin ni kira pangkat Mak Su la untuk dak Min and Ain

Pengantin lelaki sungguh teruja gitu =p





















Lawa pulak kazen ai sorang ni bila dah mekap2 gini =D

Ibu rasa pelik sangat, entah kenapa, lepas 2-3 hari masih dok terpikir2

Coz rasa macam baru semalam dia budak kecik yang comot ahahah sori Intan =p

Semua kazen2 kecik ku dah godang2 =p

Yang bapak orang, mak orang, semua pangkat dan size ada lah ahaha =D

Rasa rindu pulak zaman comot momot kitorang dulu tu

Rindu masa innocent tu dulu -_-






















Kami2 anggota tambahan kepada rombongan dari Penang

Auxillary army gitu cecece hahaha

Majlis lelaki bertemakan biru tua 

Pelamin cantik gabungan putih-babyblue-babypink

Entah wujud ke tidak kaler yang ada baby-baby tu

Saje ibu ni suka tokok tambah ahahah






















Satu yang unik dan istimewanya, acara tarian piring untuk pengantin =D

Ibu dan ayah kawin dulu pun ada ;D

Ibu ingatkan itu tradisi di kampung ayah jer =p

Bila tanya ngan ayah, dia kata memang kawin orang Minang ada

So betul la kot =p

Kot-kot ada orang Minang yang baca blog ibu ni, kalau salah lah info ni, harap diampun

Maknanya side lelaki orang Minang la ;D

Oh, itu semua, tak sempat lagi ibu nak interview dengan Mak Su Intan 

Nanti bebila jumpa lagi, leh la ai bzbodi n find out =p





















Oh ye, btw, ada 2 pasang pengantin yang di rai

Dua beradik lelaki dengan Intan-Intan mereka ;p





















Opkoz, tanpa photog peribadi ai, gambar2 di atas itu semua tiada =p hahaha

Sori ayah, ibu cilokz lagi dari FB ayah yer

Ala, i'm ur wife kan, Mr Tom ;D (kenyit mata lebih2 sambil buat mulut itik T_T)

Opkoz u dun mind muahahah

Gambaq ayah tu kena kaverline dia ckit ahahah =p

Kesian dia makan berebut coz Ain dah mula kuar bunga2 hyper dia dah masa tu

Jadi mak ayah ni, manade dah makan macam pengantin gitu

Semua setel dalam 2 minit =p

Hadam tak hadam, tak tau la T_T

So nanti bila ibu rajin, ingat nak buat entry jamuan raya opis

Tengok la kalu rajin T_T

Dah lama gak ibu tak cerita hal opis, kan?

Adios for now