Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, December 03, 2012

Forum: Sendiri buat AKTA sendiri langgar AKTA.



Taknak cakap banyak..esok ada forum pasai penyu. Buleh pi baca kat bawah ni..aku amik sikit quote pasai kenapa perlu forum penyu ni.

Pasir Panjang, yang terletak kira-kira 2 km dari Segari dan 5 km dari Pantai Remis, mempunyai pantai sepanjang 6 kilometer, dan merupakan  pantai terpanjang di daerah Seri Manjung. Dengan pasir pantai yang halus dan dikelilingi oleh pokok bakau, kesunyian persekitaran menjadikan ianya tempat yang paling sesuai untuk penyu bertelur.

Penyu laut, dimana 90% daripadanya tergolong dalam spesis Agar dan Lipas, akan mendarat untuk bertelur dari bulan March hingga Julai setiap tahun. Untuk memberi perlindungan kepada penyu-penyu ini, kerajaan negeri telah membina satu pusat penjagaan penyu pada tahun 1990 seluas 0.1 ekar. Dua tahun kemudian, pusat penjagaan penyu tersebut telah memohon untuk membesarkan kawasan tersebut kepada 10 ekar tetapi kerajaan negeri hanya meluluskan 5.5 ekar pada tahun 1994.

Rekod menunjukkan bahawa jumlah penyu yang bertelur telah menurun sejak beberapa tahun lalu, dimana hanya 38 ekor mendarat pada tahun ini berbanding 200 ekor pada tahun 1994. Lebih menyedihkan, hanya satu jenis penyu yang masih lagi datang bertelur berbanding tiga jenis sebelum ini.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/02/hentikan-tangisan-penyu-segari-1/

Dengan kehadiran dua projek mega yang dirancangkan di Tanjung Hantu, para aktivis alam sekitar meramalkan bahawa penyu-penyu laut ini akhirnya tidak akan mendarat lagi.

Pusat Penetasan Penyu Segari dibangunkan pada tahun 1994 dan merupakan satu daripada dua tempat yang membenarkan pelancung melawat dengan percuma. Sebuah lagi di Terengganu.

Seorang pekerja disitu, En. Ramli, memberitahu Guang Ming Daily bahawa penyu-penyu laut akan hanya mendarat ditempat sunyi yang tidak dihuni oleh manusia. Kilang-kilnag yang dibina dikawasan pantai bukan saja akan menyebabkan bunyi bising malah akan menyebabkan pencemaran alam.


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/03/hentikan-tangisan-penyu-segari-2/


Monday, September 24, 2012

Cacatan Sejarah: Sultan vs Umno


KRISIS SULTAN DENGAN UMNO
 
Krisis antara Sultan Idris Shah dengan Ghazali dan sekaligus dengan UMNO Negeri Perak telah menular ke seluruh negeri Perak dan menjadi berita-berita besar. Beberapa orang pemuda UMNO yang tidak puas hati terhadap pentadbiran Ghazali Jawi, telah menyebelahi Sultan Idris Shah. Di antara mereka itu, ialah Abu Bakar Ashaari(guru sekolah kerajaan) dan Abdullah Haji Mohamad (ahli perniagaan).

Mereka itu penyokong kuat Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa yang telah berundur dari kerusi Menteri Besar Perak kerana Ghazali Jawi kembali telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya 1974 dan menjadi Mentgeri Besar. Haji Kamaruddin telah memenangi kerusi Dewan Rakyat (Larut). Kemudian memegang jawatan Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama Islam. 

Kerana Sultan Idris tidak puas hati dengan sikap Perdana Menteri, Hussein Onn yang tidak mengendahkan ’kehendak’ Baginda, supaya dipendekkan tempoh Ghazali Jawi menduduki kerusi Menteri Besar Perak. Tetapi pucuk pimpinan parti dan kalangan parti itu di negeri Perak telah memanjangkan percakapan hingga sampai kepada Sultan Idris Shah, iaitu dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak ada satu perenggan atau ayat (clause) yang perlantikan yang telah dibuat oleh Sultan ke atas Ghazali Jawi boleh dengan ’sementara’. Ertinya perlantikan ke atas Ghazali Jawi oleh Sultan Perak menjadi muktamad dan kekal, kecuali diberhentikan oleh pucuk pimpinan parti.

Sultan Idris Shah telah mengambil langkah ’membantah’, iaitu Baginda telah bernazar menyimpang janggut, misai dan jambang dalam satu istiadat yang dihadiri oleh para wartawan, di Pulau Pangkor. 

Saturday, August 11, 2012

3 Minit bersama MB Perak Zambry Kadir..

Oleh : Meor Razak (Sahabat Alam Malaysia)

PENGALAMAN AKU MENGHADIRI HARI BERTEMU PELANGGAN DGN PEJABAT YAB MB PERAK



Pada 8 hb lalu hari Selasa aku telah menghadiri sesi Hari Bertemu Pelanggan di SUK iaitu dgn Pejabat YAB MB. Aku hadir atas kapisiti staf SAM & hanya hadir seorang saja. Aku sampai lebih kurang pukul 9 pg terus daftar. Lebih kurang setengah jam nama aku pun dipanggil. Aku sungguh teruja nak berjumpa dgn YAB MB.

Tetapi pd ketika itu YAB MB tidak kelihatan tetapi hanya ada Pegawai Khas dia shj iaitu Dato' Azahar. Setelah bersalaman dgn Dato' Azahar beliau bertanya apa perkara yg nak saya kemukakan. Saya hadir bertujuan pertamanya nak serah surat batahan dpd SAM berhubung pemilihan lokasi cadangan dua projek di Tg Hantu.

Dato' Azahar kata isu ni sebaiknya dikemuka kpd YAB MB dan dia yg akan jelaskan.

Selang beberapa minit YAB MB pun hadir, tetapi beliau selesaikan dulu pelanggan yg lain, aku sabar menunggu. Apabila lebih-kurang 10 minit menunggu tiba giliran aku berhadapan dgn YAB MB, teruja rasanya.

Apabila Dato' Azahar menyatakan tujuan aku hendak berjumpa dgn YAB MB, beliau tengok sambil lalu surat yg aku bagi dan terus kata okle2 & persoalkan SAM highlightkan dlm media sebelum ini.

Dari air mukanya beliau memang tak berapa nak suka aku berjumpa & membangkitkan isu ni. Aku pun tak boleh meneruskan penjelasan dan aku rasa perjumpaan aku dgn YAB MB Perak tu hanya tak lebih 3 minit aje.

Kesimpulannya aku rasa Hari Bertemu Pelanggan terutama dgn YAB MB hanya sesuai utk hal2 berkaitan mintak bantuan, hal2 kemasyarakatan & kebajikan, hal2 berkaitan tanah & beberapa perkara tertentu shj.

Tetapi sekiranya kita kemuka hal2 @ isu2 yg membabitkan dasar pembuat keputusan beserta dgn fakta2 pulak apa lagi sekiranya kita datang utk tujuan membantah memang dia tak berapa suka & tak berapa mau layan, hanya kata ok2 aje.

Itulah pengalaman pertama aku menghadiri Hari Bertemu Pelanggan bersama YAB MB Perak.

p/s: haadooiii la zambry..awat camtu? camne nak amik hati penduduk ni..kalu takat kata ok-ok..suruh adik aku pun buleh..hahahahaah