Wednesday, September 23, 2009
Thursday, September 3, 2009
Just a note.....
How is the feeling if you got so many doubts and uncertainties?
Why can’t you just throw away everything and ignore the way you are being ignored?
Why can’t you just run away from the things that troubled you?
Why there are so many things in your head? Why you are such a thinker?
Why can’t you go on with life?
Why must burden yourself to the thing that doesn’t worth your present?
Why cant ppl understands you?
Why you are being you?
Why they are so many WHY and how to be strong to face all of this?
Hakikat kehidupan:
Kesibukan sentiasa ada, ketenangan dan keluh kesah silih berganti, suka dan duka menghiasi setiap simpang dan liku-liku hidup. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari semua ini. Sedar ataupun tidak kita kadang-kadang tewas dengan ujian yang kecil sedangkan kita pernah gagah berdepan dengan ujian yang lebih berat sebelumnya. Kita pernah kecewa dengan bebanan yang ringan sedangkan kita begitu tabah berdepan dengan bebanan yang berkali ganda lebih hebat diwaktu silam.
Jadi apa yang menyebabkan kita kadang-kadsang kuat dan kadang-kadang lemah. Kita sebenarnya lemah apabila jiwa kita kecil dan kita kuat ketika jiwa kita besar. Inilah hakikat kehidupan kita; yang hidup dan mati itu adalah jiwa kita, yang kuat atau lemah itu adalah jiwa kita.
Manusia sering memenuhi keperluan fizikal atau jasadinya tetapi jiwanya sering dilupakan. Jiwa kita sebenarnya memerlukan makanan dan pengisian lebih tinggi berbanding keperluan jasadi kita. Kita mungkin pernah baca kisah-kisah kekuatan jiwa manusia; ada yang terperangkap dalam gua berminggu-minggu tetapi masih hidup, ada yang tersesat di hutan berbulan-bulan tanpa makanan yang cukup tetapi masih boleh meneruskan kehidupannya walau serba lemah tetapi disudut dunia yang lain ada yang mati tergantung di dalam biliknya sedang kemewahan menyelimuti kehidupannya.
Apakah yang membezakan manusia-manusia ini? Tentunya jiwa mereka. Bagi yang berjiwa besar mereka kan sanggup berdepan dengan apa saja cabaran tetapi bagi yang berjiwa kecil kadang terkurung dalam dunia yang sempit dan penuh kekecewaan. Ada yang masih terselamat ketika berdepan dengan musibah yang besar tetapi ada juga yang mengorbankan dirinya bagi sesuatu yang remeh dan murahan.
Ketika Islam berkembang sampai ke Andalusia, pernah suatu hari gabenor Islam memanggil ketua paderi di daerah tersebut. Gabenor Islam tadi bertanya kepada paderi tersebut kenapa mereka tidak bangkit menentang sedangkan tanhair mereka dijajah oleh tentera Islam. lalu balas Paderi tadi "Disebabkan kami telah diadili dengan sebaik-baiknya dan kami tidak pernah sekalipun dizalimi oleh tentera kamu maka kamu berhak mendapat jawapan yang betul" Paderi itu meneruskan lagi "Kami tidak bangkit menentang kerana kekuatan prinsip (keteguhan jiwa) yang ada pada tentera kamu. Dengan kekuatan yang kamu miliki ini, walaupun kami mempunyai tentera yang ramai, kami tetap akan kalah, walaupun kamu memiliki senjata yang lebih baik pun kami akan kalah. Oleh itu kami akan tunggu hingga tentera kamu dijangkiti cinta dunia, berebut pangkat dan kekuasaan, pada masa itulah kami akan bangkit menentang."
Jadi apa yang menjadikan kita kuat dan lemah, apa yang menjadikan kita tabah dan kecewa dan apa yang menjadikan kita tenang dan keluh kesah? Oleh itu binalah kekuatan jiwa kita agar kita memandang kecil dan ringan segala cabaran yang akan kita depani, isilah jiwa kita dengan keyakinan dan prinsip agar kita kan tetap berdiri teguh menghadapi ujian hidup.
Ulamak menggariskan 3 perkara minimum dalam kita melakukan perubahan atau peningkatan diri:
1. Tarbiyyah Imaniyyah (Pendidikan Iman)
Kita perlu berada di dalam proses didikan iman secara berterusan dan berkala bukan sekali sekala sahaja. Hati kita perlu sentiasa diberi peringatan agar kita tidak lalai. Ada jadual tetap untuk kita bina kekuatan diri kita. Berapa kuliah/ceramah/tazkirah yang perlu kita hadiri atau dengari seminggu, buku apa yang perlu kita baca dan sebagainya. Perubahan itu tidak semestinya berlaku mendadak tetapi sekurang2nya kesalahan kita tidak semakin bertambah.
2. Murabbi Mithali (Pendidik yang boleh dijadikan contoh)
Carilah pembimbing yang ikhlas dan beramal dengan kefahaman atau ilmu yang disampaikannya. Bukan guru yang mengajar kerana ada suatu kepentingan diri dan sebagainya. Sekarang kita berada di zaman ICT, zaman teknologi maklumat dan komunikasi....jarak dan lokasi tidak lagi menjadi halangan.
3. Bi'ah Solehah (Suasana yang baik)
Carilah suasana, kawan, tempat kerja dan sebagainya yang dapat berikan kita kekuatan.
Kata-kata hikmat seorang cikgu.....yang boleh dijadikan panduan..
Sunday, August 16, 2009
Monday, July 27, 2009
Friday, July 24, 2009
C I N T A
bukan tertera pada nama...
bukan hanya mengingati...!!!
Namun... Rindu itu mengenang setiap nafas realiti yang pernah hidup dalam mimpi.
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dgn menganggap bahwa cinta kita tak diterima, cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai. Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita di saat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima tapi.. lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itu lah yang memberikan pahit yang menghiris dada.. Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu... Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian. Tapi... percayalah pada diri selalunya cinta yg kita berikan seadanya takkan pernah bertepuk sebelah tangan...
Ada perbezaan cinta, kasih dan sayang, "di sebalik perkataan kasih sayang itu ada perkataan lebih halus lebih bermoral dan lebih mendalam maksudnya serta ada hubungan dengan keindahan dan kemurnian sedangkan perkataan cinta hanya lah bersifat luaran seperti mahkota di atas kepala seorg wanita.....
"Rambutmu hutan, hutan hijau yang tebal, nafasmu udara deras dari gunung, terlalu keras ku rasa, cintamu badai gelombang di pantai dan nafasmu bagai badai tak terkawal"... Dan kasih syg hanya berbisik... "Syg... jika kau ingin tahu betapa dalamnya kasih ku padamu apabila kujatuhkan airmata ini kedalam lautan jika seseorang menjumpainya ketika itu baru lah aku berhenti menyayangimu..". kasih sayang adalah sesuatu yg mendalam namun cinta hanya fizikal...
Kasih syg yg harus kita ketahui, sesama insan, nafsu alam dan puncaknya adalah kasih syg kpd Tuhan.. Cinta akan tetap menjadi peluit kapal yg menjeritkan perasaan yg tak pernah puas dgn kepuasan tapi cinta itu indah bila cinta yg pertama kepada diri sendiri... bila kita cintai diri kita mesti punya harga diri dan punya hati yg tulus
Monday, July 20, 2009
Our love
Tuesday, July 14, 2009
Sayangi Diriku....
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hatinya tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Bak kata pujangga, ianya cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya menjadi realiti.
"Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan"






