Photobucket
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

ISTERI AMANAH SUAMI

Selamat di ijab kabul buat dua orang sepupu ku dan sahabat-sahabatku yang telah selamat diijab kabulkan.Selamat Pengantin Baru,Semoga berbahagia hingga ke Syurga..amin..Tadi aku ikut serta majlis Akad Nikah sepupuku,Tahniah dengan sekali lafaz dah sah menjadi suami orang.Sebelum diijabkabul, tok kadi berceramah dulu..agak panjang berjela juga la..apa yang menarik dapat aku simpan dalam kepala nie..

ISTERI AMANAH SUAMI,Setelah sekian lama ibu bapa mendidik Puteri mereka tibalah masanya anak mereka diserahkan kepada Lelaki yang bergelar Suami,Maka Puteri itu menjadi AMANAH kepada suami.Amanah yang perlu dijaga,dididik,dipelihara dengan segala kebaikan seperti mana ibu bapa mereka mendidik mereka.Amanah ini tidak boleh dipersiakan,dayus seorang lelaki jika mempersiakan isterinya kecuali sudah tidak ada lagi jalan penyelesaiannya.

AMANAH nie tak kira apa pun kalau kita tak amanah dengan AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada kita,berdosa kita.Bagi isteri pula,semua yang kita ingin buat kena minta restu suami dulu,nak keluar ke mesti minta izin,kalau dulu suka-suka hati nak keluar,bila dah menjadi amanah suami ,kena lah minta izin,kalau tak kering-kering je buat dosa.Baik suami atau isteri,masa bersama rakan-rakan perlu lah dikurangkan kerana tanggungjawab seorang suami atau isteri itu perlu di titikberatkan dahulu.Syurga di bawah tapak kaki suami,namun kita masih perlu hormat dan taat kepada ibu bapa kita,walaupun tanggungjawab mereka telah diambil alih oleh suami.

Begitulah yang aku dapat ambil dari khutbah nikah yang disampaikan oleh tok kadi tentang Amanah ini.Bila dengar khutbah nikah nie kadang-kadang sayu je dengar,terusik sehingga ke lubuk hati.bulu roma rasa nak tegak2 je.













Monday, 31 October 2011

JANGAN MALAS TUKAR PANTIES


Sekali dengar macam lucah pun ada kan..tapi ini lah realiti kehidupan kita terutama bagi kita yang beragama Islam..Islam mementingkan kebersihan..Kebersihan sebahagian daripada Iman.Bila minum air banyak,kita sentiasa akan buang air kecil..tambahan pula bila musim hujan nie..tentu kerap.Terfikirkah kita selepas buang air kecil atau air besar kita yakin bahawa diri kita dalam keadaan bersih dan suci?Tak kira samada lelaki ataupun perempuan.

Sebab apa kita perlu batuk atau berdehemm selepas buang air kecil,Supaya segala air kencing dapat keluar dan tidak ada kesan tinggalan.Kalau bagi perempuan lebih sesuai kepada tekan sikit dibahagian perut Jika kita tidak buat, ia akan keluar selepas buang air kecil. Jadi pakaian kita akan terkena najis. Selepas 4 jam kita memakai pakaian dalam terdapat, aliran peluh yang keluar melalui kemaluan atau dubur. Ia adalah kotoran yang kita tidak dapat lihat. Tambahan pula bila cuaca panas dan terik.

Periksa-periksa lah pakaian dalam kita supaya tidak tercemar dengan najis,kadang-kadang kita ambil remeh tentang semua ini.Satu kepentingan bagi kita umat Islam ,sentiasa dalam keadaan bersih terutama bila nak mendirikan Solat.Kebersihan diri dan kawasan tempat solat amat perlu dititikberatkan,supaya solat kita Sah.

Panties yang tercemar juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit mudah hinggap pada kita.Kebersihan melambangkan personaliti seseorang.Bila diri kita bersih,skaligus kawasan persekitaran kita tentu bersih,malah hati juga turut bersih.

P/S :info:facebook dan ditambah2:)













Saturday, 22 October 2011

TEMPIAS KISAH PENSEL DAN PEMADAM

Kisah pensel dan pemadam antara si jejaka dan si dara yang aku ceritakan sebelum ini berkait juga dengan jodoh yang tak kesampaian,mengapa kita tiada jodoh dengan seseorang itu,kadang-kadang bercinta bertahun-tahun akhirnya berpisah dan berkahwin dengan orang lain.Orang kata sudah tak da jodoh.nak buat macam mana kan.Hati dah tak dapat terima,tapi kadang tu ada juga yang berpisah bertahun-tahun, berjumpa kembali dan berkahwin,semua telah dirancang olehNya.Kita hanya mampu merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.


Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,mungkin ada lagi yang terbaik untuk kita.dengan kata pepatah ~Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"~ 
InsyaAllah ada yang terbaik yang masih menunggu kita,kita hanya perlu bersabar dengan ujian yang diberikan,hidup perlu di teruskan.Kadang-kadang hati kita jahatkan ,kita mesti terfikir kenapa kita putus cinta,kenapa Allah ketemukan kita dengan orang yang salah,sebenarnya ada hikmah disebalik apa yang ditentukan, Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
 
*. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
 
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..















Sunday, 16 October 2011

10 Surah..CAHAYA DALAM KEHIDUPAN

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was









Saturday, 15 October 2011

Istimewanya TANGAN IBU

Ketika kita lapar…tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus…tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis…tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira…tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk…tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi…tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah…tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit…di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu nak dimandikan…
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…




















Tuesday, 11 October 2011

Ayat Pembatal Sihir



Cara amalan ialah niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan untuk badan kita. Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan. Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita akan terpantul semula kepada si penghantar.

Semoga kita semua dilindungiNya.







SANTAU ..Pemusnah

Santau adalah sihir yang sangat bahaya,yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang dan menderita sampai ke akhir hayat..nauzubillah.Sejak akhir-akhir ini ramai pengamal-pengamal santau melepaskan santau-santau yang mereka pelajari kepada insan-insan yang tidak bersalah,orang kata testing ilmu,mereka gembira,sedangkan orang lain merana.Sebelum terkena atau disantau bolehlah mengamalkan ayat pendinding diri ini supaya kita sentiasa dalam lindunganNya.Ayat dari Surah Taha: ayat 1 -5

, Surah AS Saffat : ayat 7.atau amalkan ayat di bawah

 

Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda

Amalkan semasa hendak keluar dari rumah,naik kereta,hendak makan dan segala aktiviti harian kita..doa ini juga ada terkandung dalam Ma'thurat.

Mengapa guna Santau??

Sunday, 10 July 2011

7 Wonderful Qualities of a Leader

Dah lama tak join program-program dan handle program-program.Bila handle program ni memerlukan kemampuan dan kekuatan kita sebagai seorang leader ataupun ketua .Bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang leader yang sentiasa di hormati.Seseorang leader itu penting dalam sesebuah organisasi.Mampukah seorang pemimpin memimpin sesebuah organisasi dengan adil dan penuh berhemah.

Untuk menjadi seorang leader kita perlu mempunyai kualiti seorang pemimpin..bukan secara sukarelawan untuk memimpin.


7 Wonderful Qualities of a Leader


1) Leaders Have Good Communication Skills

Leaders are good communicators. They leave no doubt about the meaning of their message. That's what Stan Toler (2002) wrote in his book "Minute Motivators for Leaders". He added that communication process is not complete until the audience has both listened and understood the delivered message.

Bob Adams (2001) in his book "The Everything Leadership Book" said that effective communication skills are integral to any working partnership / team or personal relationship. Therefore, according to him, it is safe to say that good communication skills are one of the building blocks of being an effective leader.

Thursday, 7 July 2011

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan

Aku tak mau orang kata aku buang masa berbelog..korang pun tentu tak mau orang kata kita kan..sakit telinga ni kan..aku dapat satu artikel dari sumber iluvislam untuk dikongsi bersama kawan-kawan dan aku juga.Aku copy n paste saja.Senang kita nak faham..kalau guna ayat aku kan salah tafsir pula:)



Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.

Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.

Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...

Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.

Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.

Friday, 1 July 2011

Rehatkan MINDA di Air terjun

Semalam aku ke Air Terjun Lata Bayu.Seronok rasa dah lama tak berenang n main air..berenang pun dah lupa mcam mana.main belasah je.Penangan juga la aku dapat sehingga hari ini..air masuk dalam telinga ni.Dah lama betul aku tak berenang.Zaman belajar n kanak-kanak dulu memang agak kerap aku berenang.Masa ni badan ringan..sekarang badan kira memberat je..hahaa..Aku kena cari balik camne nak berenang..Untuk kanak-kanak memang sangat bagus berenang di usia muda.


Olahraga renang memang baik untuk perkembangan tubuh, kesihatan jantung dan paru-paru anak-anak. Dan saya yakin kalau kemampuan anak untuk berenang sejak usia muda banyak dipengaruhi faktor pemahaman orang tua akan pentingnya memperkenalkan olahraga renang dengan baik, benar, dan yang paling penting: aman!


Meskipun sampai saat ini mereka berenang masih menggunakan pelampung yang dipasang di lengan, tapi saya perhatikan bahawa mereka sudah tidak takut-takut lagi dan mulai dapat menggerakkan tangan dan kakinya untuk melaju di air.

Wednesday, 15 June 2011

Apa ada pada TEH TARIK

Jauhi Teh Tarik Jika Ingin Cepat Kurus ..Minum teh tarik boleh gemuk ke..Teh tarik la sedap tambah-tambah kedai mamak..coww punyer..apa kata ambil sarapan bersama teh tarik dan roti canai..waaa lemak-lemak..

Teh terbukti sangat efektif menurunkan berat badan, tapi manfaatnya akan hilang jika sudah dicampur susu dan menjadi teh tarik. Senyawa bermanfaat dalam teh akan diikat oleh protein susu, sehingga tidak mampu menghambat penyerapan lemak.

Khasiat teh untuk melangsingkan tubuh sudah banyak diketahui orang sehingga banyak yang memasukkannya dalam program diet. Teh hijau paling banyak mengandung epigallocatechin gallate, senyawa yang menghambat penyerapan lemak dan menurunkan kolesterol.

Selain teh hijau, hampir semua jenis teh mengandung 2 senyawa lain yang sama-sama berkhasiat menurunkan kolesterol dan mengurangi penyerapan lemak di usus. Keduanya adalah theaflavin dan thearubigin yang sudah terbukti mencegah obesitas yang dipicu oleh pola makan.

Penelitian terbaru yang dilakukan ilmuwan Jepang menunjukkan, kedua senyawa dalam teh tersebut mampu menjaga tubuh tetap langsing. Meski banyak makan makanan berlemak, penyerapannya di usus dihambat oleh senyawa tersebut sehingga tidak bikin gemuk.

Dr Hiroaki Yajima yang memimpin penelitian itu mengatakan, konsumsi teh secara rutin juga efektif menurunkan kadar kolesterol. Dampaknya, kesehatan jantung dan sistem peredaran darah lebih terjaga karena risiko penyumbatan pada pembuluh darah menjadi lebih kecil.

Namun penelitian itu juga mengungkap, penambahan susu ke dalam teh justru akan menetralisir manfaat tersebut. Dikutip dari Telegraph, Minggu (27/3/2011), protein yang terkandung dalam susu akan mengikat senyawa bekhasiat dalam teh sehingga tidak sanggup menghambat penyerapan lemak.

"Ketika berikatan dengan kompleks protein dalam susu, theaflavin dan thearubigin tidak bekerja. Ertinya kita tidak akan mendapat manfaat apapun baik dari susu maupun teh," ungkap Dr Devajit Borthakur dari Tea Research Association mengomentari penelitian tersebut.

Campuran susu sering ditambahkan dalam teh untuk membuat beragam variasi penyajian teh, salah satunya teh tarik yang cukup populer di Asia Tenggara. Selain untuk mendapatkan citarasa yang unik, banyak yang menganggap kombinasi ini bisa memberikan manfaat teh dan susu sekaligus.

Para peneliti menyarankan, jika ingin mendapatkan manfaat teh yang dapat melangsingkan tubuh maka sebaiknya tidak diberi campuran apapun. Teh tawar lebih dianjurkan, karena penambahan gula hanya akan menambah ekstra kalori yang justru memicu kegemukan.

Nak minum boleh tapi jangan amalkan selalu dan jangan mengambil bersama makanan yang berlemak..kalau tak mau gemuk.:)

Wednesday, 8 June 2011

Aku Tak Mampu Kehilangan Cinta

Aku search http://www.iluvislam.com mesti akan baca tentang cinta..hee..CINTA..korang pernah bercinta tak..aku rasa Cinta selepas kawin lebih manis nya dari sebelum kawin..Sehingga satu tahap aku rasa seperti aku tak mampu kehilangan cinta..hee..jiwang lak kan..Aku teruja tentang artikel ini..Bila dah kahwin ni tanggungjawab dah besar..Ilmu perkahwinan ni sangat penting untuk aku pelajari dan terus pelajari agar cinta aku dan si dia berkekalan hingga ke syurga..amin..jom baca artikel nie:

Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.

Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.

Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.

Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.

Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.

Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.

Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.

Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.

Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.

Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.

Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.

Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.

Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Wednesday, 25 May 2011

Sebab Mengapa Kita Masih Gagal Menjual Produk Di Internet

Pada awal tahun 2008, perniagaan internet berasaskan produk fizikal seperti menjual baju, kain batik, kasut dan pelbagai lagi masih lagi baru di Malaysia.

Ini kerana rata-rata pengguna internet masih lagi tidak nampak akan potensi perniagaan internet, yang mampu membantu kita untuk berniaga dengan hanya menggunakan komputer dan duduk di rumah.

Berbeza dengan kisah seorang usahawan internet tempatan, yang bermula sejak tahun 2008.




Ketika itu tiada sebarang buku atau panduan yang boleh dirujuk oleh beliau, bagi menjual produk fizikal di internet, khususnya di pasaran Malaysia.

Dengan berpegang pada prinsip, 'Just do it', beliau berjaya membangunkan sebuah laman web bagi menjual sebuah produk di internet. Namun membina laman web dan mempunyai produk untuk dijual adalah langkah pertama dalam perniagaan internet.
Potensi yang Mengejutkan... 4 Jualan Dalam Masa Setahun!

Promosi terus dilakukan oleh beliau, bagi mendapatkan jualan yang pertama. Antara teknik promosi yang dilakukan adalah menerusi ruangan Yahoo Messenger, yakni menerusi senarai rakan-rakan yang berada dalam senarai.

Meskipun laman web beliau mempunyai jumlah pelawat yang tinggi setiap hari, dan mendapat pujian daripada kawan-kawan yang singgah di laman web itu, beliau masih lagi tidak memperoleh sebarang tempahan produk.

Rasa putus asa itu semakin hampir menguasai dirinya. Namun hatinya berjaya memujuk, dengan menyatakan ini adalah adat resam dalam bisnes.

Setelah setahun laman web ini beroperasi, akhirnya beliau berjaya memperoleh jualan!

Tuesday, 10 May 2011

El-Nino...nino..nino

Sejak akhir-akhir nie panas bebenor..peluh sampai mencurah-curah..mandi tak mandi sama je kan ase..musim hujan pun dah berlalu..sekarang musim panas pulak.Tauke icon..tauke kipas angin tentu kaya kan..heee..tapi bil air dan bil elektrik tentu melambung naik..AWAS panas-panas nie boleh menyebabkan kebakaran..berhati-hati.jangan sesuka hati membakar.El-nino..menda nie..El-Nino nie fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia.
Sumber Kosmo mengatakan

FENOMENA cuaca panas melampau dengan suhu sehingga 38.1 darjah Celcius yang melanda negara turut dialami oleh beberapa buah negara Asia seperti Indonesia dan Filipina. Tidak terkecuali Australia. 

Namun apa yang dialami oleh penduduk negara ini mungkin tidak seburuk di Afrika Tenggara, India dan Brazil utara yang terpaksa berhadapan dengan cuaca lebih panas dan kering. Suhu normal di Malaysia ialah 32 darjah Celcius.

Meskipun fenomena itu jarang berlaku, namun kesannya cukup dirasai oleh sebahagian besar penduduk di negara ini. Kepada mereka yang banyak menghabiskan sebahagian besar waktu bekerja di luar, cuaca panas mengakibatkan rasa tidak selesa. Di sesetengah kawasan, cuaca panas mengakibatkan kebakaran hutan dan tanah kering mengakibatkan tanaman mati.

Persoalannya, apakah punca berlakunya cuaca panas yang melampau itu? Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng, kedudukan matahari yang hampir tegak di kawasan khatulistiwa dan liputan awan yang berkurangan antara faktor penyumbang keadaan tersebut.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan fenomena El-Nino sederhana yang berlaku di Lautan Pasifik Tengah.

PANAS yang keterlaluan boleh mengakibatkan air sungai surut.


"Cuaca panas dan kering ini bermula pada bulan Februari hingga pertengahan Mac 2010 di negeri-negeri di utara Semenanjung, Sabah dan utara Sarawak," katanya.

El-Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku setiap tahun di timur Lautan Pasifik berhampiran luar pantai Peru. Ia menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia.

Kesannya turut dirasai di banyak negara termasuk di Asia Tenggara.

El-Nino pernah melanda negara sebanyak 12 kali di antara tahun 1951 hingga tahun 1998. Kejadian El-Nino yang terburuk berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1982 hingga tahun 1983, 1997 dan 1998.

Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar.

Pada tahun yang sama, beberapa buah negara-negara di Asia iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit seperti taun, demam denggi dan malaria.

Walaubagaimanapun katanya, hujan mula turun bermula minggu ketiga bulan Mac lalu bagi mengurangkan sedikit impak cuaca panas dan kering yang berlaku.

CUACA panas yang melampau mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia.

Monday, 9 May 2011

Semut Oh Semut

Oh semut kenapalah Engkau bagi rosak baju-baju aku..haih tak ingat punya geram..baju yang aku sayang dimakan semut..semut nie suka sangat baju yang corak-corak getah tu.tu yang malas nak beli baju camtu.semut sudah tak de kerja menggigit baju-baju aku..
Agaknya musim semut kot..makanan kalau atas meja pun mesti dikerumuni semut..heran betul..semut yg bau busuk tu..macam mana lah cara nak hapuskan semut nie.Puas aku mencari barulah aku ketemui cara-caranya..tak makan saman betul la semut nie..korang tengok gambar-gambar semut nie pun mesti gerun kan..
 Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah dan tawon. Semut terbagi atas lebih dari 12.000 kelompok, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropis. Semut dikenal dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang terkadang terdiri dari ribuan semut per koloni. Jenis semut dibagi menjadi semut pekerja, semut pejantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk mendukung kegiatan mereka.


 Mencegah kerumunan semut

Berikut adalah beberapa hal penting yang patut anda coba sebelum anda mengambil insektisida, tergantung pada aplikasinya:

1. Tuangkan perasan jeruk sitrun pada sekitar tempat yang seringkali dikerumuni semut.

2. Taburkan bubuk kayu manis atau tempatkan dalam kantong kain tipis di tempat yang rentan dikerubungi semut. Kayu manis merupakan bahan yang paling diminati para pembaca karena sangat efektif.

3. Baking soda dapat mencegah semut. Tuangkan pada tempat-tempat aktifitas dan mereka tida akan melintasinya.

Saturday, 7 May 2011

INFO SIHAT : Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Sekarang nie penyakit banyak betul..naik takut tengok bila berkunjung ke hospital atau klinik..aku p melawat je..kalau aku nk p medical check up..mampus laa..aku ni lagi la penakut..tapi kata orang lebih baik buat check up kan..merawat sebelum parah..sebab tu la ramai orang di hospital..Penyakit ni kadang-kadang di sebabkan pemakanan yang tidak sihat dan faktor keturunan..kesihatan lah paling penting..kalau sihat wajah pun ceria..ceh macam doc pulak kan..tak de laa..just kasi info yang aku baca..dulu kita belajar subjek Sains tentu penah tengok piramid ni kan..bukan la piramid kat mesir tu..

Found this dalam webpage muslim consumer organisation...just to share with all my frends

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik


Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

Tuesday, 3 May 2011

Hari Purple

Setiap orang mesti ada colour kesukaan..colour paling aku terpegun n tertarik sangat purple,black n blue..like sangat..so hari ni n entah sampai bila adalah hari purple sedunia untuk blog aku..hee..bila terpandang warna purple nie memang sweet n tenang sangat bagi aku..tak heran lah sekarang nie pengantin-pengantin pun banyak memilih tema PURPLE dalam Majlis Raja Sehari..Purple atau Ungu nie MELAMBANGKAN KEWANITAAN DAN KEIBUAN ,WARNA UNTUK PERTUMBUHAN SPIRITUAL FALSAFAH KEJAYAAN DAN SIKAP YANG POSITIF.Sejuk mata memandang..Dulu zaman sekolah kita ada belajar warna asas..Merah,Biru,Hijau dan Kuning..haaa Ungu kenapa xde yer..Ungu ni hasil gabungan warna biru dan merah.


 nice kan bunga nie..sejuk tengok macam nak petik..


Tip memakai baju ungu

1. Jangan kenakan warna ungu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Mengenakan 1 item warna ungu yang classy mencerminkan sisi romantis dan misterius dari Anda.
2. Kenakan vest ungu cantik feminin, magenta, atau lila. Padukan dengan kemeja putih bersih. Atau dengan setelan hitam dengan kemeja atau blus putih. Untuk tampil berbeza, boleh kenakan kasut tinggi ungu.
3. Selain dipadukan dengan warna hitam, ungu juga boleh dipadukan dengan warna-warna neutral gelap lainnya seperti warna arang..
4. Ungu juga boleh dipadukan dengan warna-warna cerah seperti hijau rumput atau hijau jeruk nipis. Contohnya sweater ungu dengan scarf hijau.
5. Lengkapi makeup dengan warna ungu. Pewarna mata ungu misalnya. Syaratnya: pilih pewarna mata ungu muds dan oleskan tipis saja. Pewarna mata ungu yang terlalu gelap membuat mata tampak menonjol.

Sunday, 1 May 2011

Silat oh Silat

Hari ni nape tah tetiba je teringat kenangan Sek Menengah dolu2..bestnyer..ni mungkin tadi terbaca n tertengok banner Reunion x-Smp 85,86,97..waa best tu reunion...Lama dah ase tak jumpa kengkawan Sekolah n Uitm..rindu la korang.Petang nanti cadang nk jumpa diaorang tak tau jadi ke tak..hope jadi la nurul n nadia..Kenangan yang tak dapat aku lupa masa Sek Menengah dulu..zaman aku Silat dulu2..waa ganazzzzzzz tu..Kenangan sangat tak dapat aku lupa time belajar terbang laa..haaa semangat nak buat macam superman sampai tersembam..waduhhh sakitnyer.bayangkan lahh tersembam nasib laa atas tanah lembap..kalau atas tar ke..tak ke naya..Silat nie penting juga..ilmu mempertahankan diri..tambah-tambah kita orang pompuan ni haruslah sediakan payung sebelum hujan..malang tak berbau..kadang-kadang bila jalan sorang-sorang bahaya sangat sekarang nie kan banyak kes ragut..rogol..di sini lah pentingnya ilmu mempertahankan diri..




Jakim sekarang dah keluarkan garis panduan untuk Silat..bukannyer ape kan..kdg2 orang salah guna silat nie..makan diri nanti..bukan leh main-main..jom tengok apa kata JAKIM..


GARIS PANDUAN SILAT MENURUT ISLAM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين
(سورة يونس : 106)

Bermaksud:

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

Thursday, 28 April 2011

Ada Aku Peduli????

Untuk Tatapan para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...



Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...



Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....



Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...



Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.

Wednesday, 27 April 2011

Tak Rugi Mendaki

Tak rugi kan mendaki..Rupa-rupanya Sejarah Nabi dulu pun sudah memulakan pendakian.

Mukadimah

Imbas kembali sejarah nabi-nabi, rupa-rupanya aktiviti pendakian turut dilaksanakan oleh para nabi. Cuma coretan sejarah pendakian para nabi tidaklah ditulis seperti laporan aktiviti pendakian kita.

Rasullullah s.a.w & Jabal Nur
Diriwayatkan baginda mendaki ke Jabal Nur dan menyepi diri di Gua Hira' bagi mencari Maha Pencipta. Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur, ini bermakna Rasulullah mendaki sebelum ke Gua Hira'. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang bersifat tenang, banyak berfikir dan tadabbur. Baginda s.a.w kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Entah berapalah ketinggian Jabal Nur ini. Mengikut siri Jejak Rasul, ketinggian Jabal Nur 2500kaki menghampiri ketinggian gunung Datuk, N. Sembilan.