Memaparkan catatan dengan label lepas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lepas. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 22, 2010

KENAPA UNGKIT PERKARA LEPAS?


Masih ramai orang tak faham konsep bebas akhbar WATAN. Ketika saya menjadi editor akhbar WATAN (dari 1 April 2008-31 Mac 2009), saya beri kebebasan kepada mana-mana stringer untuk menulis sebarang isu. Jika si stringer itu menghentam si A, kalau boleh dia beri peluang kepada si A untuk menjawab hentamannya dalam isu akan datang supaya WATAN benar-benar bebas dan tidak berat sebelah kepada sesiapa.

Itulah konsep sebenar WATAN. Saya tak tahu apa motif blogger Jarang Anak Melayu, Abdul Mubin Ismail menyiarkan semula tulisan saya dalam WATAN pada tahun lepas dalam posting terbarunya pada 20 Januari lalu. Tulisan itu dikatakan menghentam Bendahari UMNO Bahagian Kemaman, Haji Abdul Sidek yang lebih dikenali sebagai Haji Dol.

Bila tersiar rencana itu dalam akhbar WATAN, Haji Dol telah menghubungi saya. Saya balik ke Kemaman menemui Haji Dol untuk menjelaskan isu itu kepada Haji Dol. Maka saya beri peluang kepada Haji Dol untuk membuat penjelasan yang sepatutnya disiarkan dalam WATAN keluaran berikutnya. Tetapi entah macam mana Haji Dol hubungi saya semula beritahu tak payahlah siarkan penjelasan itu. Jadi saya sudah bersikap adil memberi peluang kepada Haji Dol menjawab isu yang berbangkit.

Saya tak tahu apa motif Mubin menyiarkan semula tulisan saya itu dalam blognya sedangkan isu ini sudah lama selesai. Saya dengan Haji Dol semakin rapat sejak tersiarnya rencana itu. Kami kerap bertemu setiap kali saya balik Kemaman.

Seperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selama ini orang marah kepada Haji Dol. Bila kita kenalinya dari dekat Haji Dol bukanlah seperti yang disangka oleh semua orang. Memang sudah menjadi sifat orang Melayu, suka dengki bila lihat orang Melayu lain naik. Saya kagum dengan Haji Dol kerana dia naik dalam perniagaannya bukan kerana politik tetapi dia bangkit kerana kebolehannya sendiri sebagai taukeh hardware dan pemaju perumahan.

Oleh itu ahli-ahli UMNO Kemaman tak perlu marah kepada Haji Dol. Beliau banyak berkorban duit sendiri untuk UMNO Bahagian. UMNO Bahagian bukannya ada duit. Nasib baik ada orang macam Haji Dol dan Datuk Wan Zaki Wan Muda UMNO Kemaman boleh bernafas. Bila saya tulis begini, tentu ada orang kata saya jadi penulis upahan Haji Dol pula. Apa yang dibuat oleh Haji Dol tak perlulah didengki. Beliau bukannya merebut projek kerajaan. Selama ini dia bangkit sendiri tanpa memperolehi tender kerajaan. Jadi kita semua, ahli UMNO Kemaman, patut beri sokongan kepada Haji Dol kerana tanpa pengorbanan wang ringgitnya, sudah tentu UMNO Kemaman sudah hidup segan mati tak mahu.

Soal anaknya dapat naik pangkat, apa salahnya jika prestasinya bagus. Kalau dia kerja malas, tapi naik pangkat, itu yang patut dipersoal. Takkan anaknya tak boleh naik pangkat. Bukannya Haji Dol CEO KSB. Dahulu Datuk Yaacob jadi CEO PWTC ambil anaknya, Dr. Fazley sebagai eksekutif PWTC, orang tak bising pun. Padahal mereka dua beranak bekerja di tempat yang sama, sedangkan bukannya Haji Dol bekerja di KSB. Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Mubin ini bukannya isu besar.

Isnin, Januari 26, 2009

BERITA LEPAS KERUSI DUN HANYA SPEKULASI



Kuala Terengganu - Sudah dua kali dalam bulan ini akhbar Mingguan WATAN seolah-olah sengaja mencari pasal dengan PAS.


Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari akhbar tersebut mendakwa Abdul Wahid Endut dijangka melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sekaligus satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu akan diadakan


(Gambar - sessi minum petang bersama wartawan di rumah Wahid 18 Januari lalu, Editor Buletinonline turut hadir, tiada kelibat wartawan akhbar Watan).


Dalam keluaran tersebut, akhbar itu meletakkan tajuk utama muka depan 'Wahid Lepas Adun' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut


Pada keluaran sebelum itu, Watan turut membuat percubaan ‘mengusik’ PAS dengan tajuk sensasi ‘PAS Beli AKIM’, selepas penarikan diri calon AKIM pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu.


Muka depan Watan bertarikh 10 Januari itu menyiarkan menyiarkan berita PAS dikatakan telah membeli calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad supaya menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan bagi bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Ekoran dari siaran Watan yang dianggap fitnah itu, Harakhdaily melaporkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.


Pada petang 18 Januari lalu, dalam sesi bersama wartawan di rumahnya di Seberang Baruh, dekat sini, ketika ditanya, Wahid menegaskan beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.


Katanya beliau tidak sama sekali akan meletakkan jawatan walaupun ada pihak-pihak tertentu mendesakknya berbuat demikian.


"Saya dipilih oleh rakyat, bukan dilantik... tiada sebab untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN," katanya.


Mohd. Abdul Wahid menjelaskan beliau ada menerima SMS yang meminta beliau melepaskan jawatan ADUN jika menang.


"Saya tidak membalas SMS itu dan saya pun akan tetap kekal sebagai ADUN," katanya.


Jelasnya, beliau tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua kerusi ADUN dan Ahli Parlimen serentak memandangkan telah mewakili DUN Wakaf Mempelam dengan baik.


"Malah ada juga wakil rakyat memegang kedua-dua kerusi peringkat negeri dan Parlimen seperti Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan beberapa wakil rakyat yang lain.


"Cuma saya hendak membahagi-bahagikan masa dengan seimbang dalam hal ini," katanya
(Last Updated on Monday, 26 January 2009 08:18 . Dipetik dari buletinonline.net)


Saya selaku Editor akhbar WATAN ingin mengulas isu berita WAHID LEPAS ADUN merupakan berita spekulasi. Jadi tak perlulah beliau saman akhbar WATAN. Lagipun beliau mengaku banyak menerima sms yang mendesaknya melepaskan kerusi DUN Wakaf Mempelam itu.