KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kes penipuan 'Love scam' melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi oleh warga Afrika , ialah kes jenayah siber kedua tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas dengan 2,498 kes melibatkan kerugian RM98.98 juta.
Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, DSP Yeap Yoke Peng berkata: "kebanyakan mangsa yang diperdayakan oleh sindiket itu ialah golongan profesional seperti doktor dan guru.''
Yeap yang membentangkan kertas kerja mengenai "Jenayah Siber di Malaysia: Trend, Cabaran dan Inisiatif masa depan" pada Persidangan Keselamatan IT ASEAN 2017, di sini hari ini berkata, polis menerima laporan mengenai 12,175 kes jenayah siber dengan jumlah kerugian RM230,264,128 juta.
Kes jenayah siber tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lepas ialah penipuan e-dagang dengan sejumlah 6,151 kes melibatkan kerugian RM29,967,149 juta membabitkan jualan, pembelian dan pelaburan dalam talian, kata beliau pada seminar sehari itu bertemakan "Security in a Hyper-Connected World" anjuran Perbadanan Data Antarabangsa (IDC) Malaysia.....v
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Sabtu, Mei 27, 2017
Jumaat, November 01, 2013
GURU TAKMIR PERLU KUASAI ILMU BAHARU
TAWAU: Guru takmir atau guru agama yang mengajar di
masjid dan surau perlu menguasai ilmu pengetahuan baharu sesuai dengan
perkembangan semasa bagi menghasilkan kuliah berkualiti, kata Menteri Belia dan
Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Katanya langkah itu juga akan menarik lebih ramai jemaah untuk turut serta
dalam sesi kuliah, sekali gus memperlihat sifat profesional guru-guru berkenaan.
"Guru takmir merupakan barisan hadapan di masjid dan surau yang pastinya
dapat menyampaikan ilmu dan dakwah secara berkesan kepada seluruh masyarakat,"
katanya ketika menangguhkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Takmir
Negeri di sini hari ini.
Tawfiq berkata golongan guru itu juga perlu bijak merencanakan kuliah
masing-masing supaya mempunyai unsur perpaduan dan menghindarkan masyarakat
daripada berpecah-belah akibat percanggahan pendapat dan fahaman.
Terdahulu, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam di Jabatan Kemajuan Islam
(Jakim) Ramlah Yong berkata beliau akan mengemukakan masalah yang dihadapi
guru-guru takmir di pantai timur Sabah kepada pihak pengurusan Jakim untuk
dipertimbangkan.
Menurutnya guru-guru di kawasan tersebut memohon agar kadar elaun mereka
dikaji semula berdasarkan cabaran tugas terpaksa mereka hadapi seperti tempat
mengajar yang jauh di pedalaman.
-- BERNAMA
Selasa, Julai 27, 2010
GURU DG41 HINGGA DG48 BOLEH BERPOLITIK

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.
Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)

