Rabu, 09 November 2011

Seksualiti Merdeka

Saya tak CAKNA

Kamis, 31 Maret 2011

Soalan Cepu Emas

Apa yang merapatkan hubungan Melayu Malaysia dengan orang Arab yang jauh beribu-ribu kilometer tapi menjarakkan hubungan dengan kaum-kaum lain di negara sendiri?

Rabu, 16 Februari 2011

Kisah Dulu-dulu #2

2006

Waktu aku tahun satu dulu, antara Maghrib dan Isyak biasanya aku akan melepak di Masjid Jamiah. Satu hari tu waktu aku tengah melepak, ada sorang pakcik Arab panggil aku nak ajak berbual. Umur macam lebih kurang 60-an.

Dia macam suka dengar aku cakap Arab walaupun masa tu Bahasa Arab aku agak hampeh. Aku cakap dengan dia aku nak beli kamus al-Mawrid lepas tu untuk baik pulih bahasa Arab aku.

Dia keluarkan business card dia dari dompet.

‘’Doktor Yusuf al-Miqdadi, pakar ENT(Ear, Nose and Throat)’’

Sebelum dia beri pada aku kad tersebut, dia tulis sesuatu kat belakang kad itu.

‘’Bagi budak ni kamus al-Mawrid dan bayarannya minta dari aku’’

Dia cakap kat aku kalau nak beli kamus Mawrid kat kedai ‘Alim Kutub bagi saja kad tu pada cashier.Aku rasa terharu sampai tak tau nak cakap apa.

2008

Waktu tu aku balik Malaysia. Tengah-tengah bosan, aku belek dompet aku dan terjumpa semula business card Doktor Yusuf. Aku hantar mesej kat dia

‘’Ramadhan Mubarak ya Doktor Yusuf. Ana sekarang berada di Malaysia’’

Tak berapa lama kemudian, mesej dari nombor beliau sampai

‘’Terima kasih atas ingatan. Sebenarnya Doktor Yusuf sedang berehat di tempat yang lapang sejak beberapa bulan lepas(aku tak ingat ayatnya dalam Bahasa Arab tapi lebih kurang beginilah maksudnya)’’

2-3 kali aku baca baru aku faham.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un


Rabu, 09 Februari 2011

Orang Belgium

''Isk, isk, isk budak Baljeeki ni'' kata aku sambil merujuk kepada mamat Palestin kelas aku. Saja nak guna perkataan yang aku baru belajar semalam.

''Apa kau cakap tadi'' kata Anas. Muka macam terkejut dan tak puas hati.

''Baljeeki''

''Lain kali jangan cakap macam tu dengan orang Palestin. Diorang rasa offensive dengan perkataan tu''

''Mamat botak tu yang ajar aku''

''Ah, dia pun orang Palestin''

Baljeeki ni kalau dari segi bahasa maksudnya orang Belgium. Tapi tak taulah kalau ada maksud lain dalam Bahasa Arab pasar. Sama dengan orang Indonesia yang tak puas hati dengan panggilan Indon, orang India dengan panggilan keling dan orang kulit hitam Amerika dengan panggilan Nigga.

(Keluar tajuk)

Teringat kisah Akbar Zeb, seorang diplomat Pakistan yang negara-negara Arab tak sudi terima dia sebagai duta sebab namanya

Akbar Zeb- kote besar walaupun dalam bahasa Pakistan namanya bermaksud kacak(Zeb). Dan akhirnya dia dapat bekerja di Kanada. Peh.


Senin, 07 Februari 2011

Kenapa?

Kenapa bayi comel?

Ada orang cakap untuk survive. Sebagai tarikan kepada orang dewasa untuk membela dia supaya dia dapat hidup. Dan bila kita perhatikan bayi-bayi yang kurang comel yang menghidap pelbagai jenis syndrome seperti Syndrome Down tak hidup lama, katanya. Tak dapat survive.

Jawapan jenis tadi jawapan yang menjelaskan perkara terkehadapan(tak ingat istilah dia)

Aku lebih suka jawapan jenis historical, yang menjelaskan perkara sebelumnya? Kenapa bayi comel? Sebab kau tak jumpa(atau jarang jumpa) bayi yang tak comel. Kenapa tak jumpa? Sebab dia mati awal berpunca dari penyakit-penyakit yang datang dalam bentuk pakej bersama-sama syndrome yang dia ada.

Atau mungkin bila dia survive dan dewasa, tak ada orang nak kahwin dengan dia.

Sebenarnya aku macam susah nak percaya setiap fungsi pada badan manusia ni ada tujuan tertentu. Macam lebih kepada random. Jangan salah sangka yang aku nak cakap hidup ni tak ada tujuan.

Aku bagi satu soalan, sama ada salah satu daripada dua jawapan. Adakah apa yang ada sekarang bertujuan untuk meng'ada'kan sesuatu pada masa hadapan atau disebabkan tiada benda yang meng'tiada'kan dia pada masa lalu?

Aku pernah terbaca perbincangan kenapa manusia mati, kenapa manusia mendapat penyakit? Ada orang cakap supaya Bumi ini tak penuh dengan manusia dan untuk menyeimbangkan alam.
Tapi bagi aku manusia mati sebab dia memang terdedah kepada sumber penyakit dan badannya tak dapat melawan penyakit.

Entahlah.

Sabtu, 05 Februari 2011

Jumat, 04 Februari 2011

Abang Nik Yang Legend

Hari tu giliran Doktor Simpson(bukan nama sebenar) mengajar grup aku waktu round. Jadi dia pun cakap

''Aku nak bawa korang tengok budak kena pneumonia(jangkitan paru-paru)''

Dia panggil mamat Jordan

''Cuba ko auscultate(dengar dengan menggunakan stetoskop) budak ni dan cakap kat aku apa yang ko dengar''

Mamat Jordan cakap

''Aku dengar bunyi macam argela(shisha). Dia ni ada crepitation dan memang sah dia kena pneumonia''

Doktor panggil awek Syria pulak buat auscultation

''............................''

Awek Syria cakap benda yang sama

Doktor panggil Abang Nik suruh buat benda yang sama

Abang Nik buat dan jawab

''Aku tak dengar apa-apa. Macam biasa je''

Doktor pun cakap sambil buat muka mengantuk

''Budak ni normal sebenarnya''

p/s Sebenarnya budak tu cuma disyaki pneumonia saja

Sabtu, 15 Januari 2011

Kisah Dulu-dulu #1

Hampir semua pelajar dalam kelas itu berdiri. Lelaki dan tak ketinggalan juga perempuan. Kecuali dia dan beberapa orang kawannya. Lelaki dan tak ketinggalan juga perempuan, sama-sama uzur barangkali. Harap muka je baik.

Tiap kali sebelum kelas hadith, ustazah lulusan negara Arab itu akan bertanya

''Siapa yang solat tahajud malam tadi boleh berdiri''

Kemudian, ustazah itu berjalan menuju ke pelajar-pelajar yang soleh itu sambil mendoakan mereka berdasarkan hadith riwayat Ibn Abbas

''Allahumma faqqihhu fi al-deen wa 'allimhu al-takweel''

Ya Allah, pandaikanlah mereka dalam ilmu agama dan ajarkanlah mereka ilmu takwil

Kalau lelaki, ustazah itu akan menyentuh atas songkok mereka sambil membacakan doa. Dan kalau perempuan tudung mereka disentuh supaya mengalir doa itu ke dalam otak mereka. Ustazah berjalan ke depan dan sempat mengatakan kepada dia

''Bila agaknya awak nak bangun tiap kali saya tanya''

Dia seperti biasa malas nak layan.

Selasa, 28 Desember 2010

Aku dan Psikiatri #1

Cuba kita analogikan manusia tu sebagai sebuah komputer. Maka, neurologis adalah pakar dalam membetulkan perkakas, litar2 dan wayar2 dalam komputer manakala psikiatris adalah pakar yang membetulkan software. Mungkin software boleh rosak tanpa kerosakan hardware. Dan boleh juga rosak disebabkan oleh hardware yang rosah. Peh, gua dah la tak berapa pandai komputer.

Dalam psikiatri, ada 2 ekstrim. Orang yang normal terletak pada satu ekstrim yang kita tak kacau dan orang yang betul-betul pasti sakit pada satu lagi ekstrim yang tugasnya dikendalikan oleh neurologis, sama seperti doktor2 lain. Dan yang tengah2 itu adalah tugas psikiatris yang tugasnya merawat orang yang entah-sakit-entah-tidak itu. Tugas dan reputasi psikiatris sebenarnya agak dikucar-kacirkan oleh definisi normal atau tidak itu sendiri seperti isu2 homoseksual dan lain2.

Timbul satu persoalan. Kenapa nak jadi psikiatris kena jadi doktor perubatan dulu? Apa beza psikologis dengan psikiatris? Dan yang lebih menyayat hati, tadi pagi 2 kawan Arab aku berbual nak jadi psikiatris cuma kena tau 4-5 penyakit(skizo, depression, anxiety, dan lain2) dan beberapa jenis ubat. Aku gelak sendiri dalam hati(baca : otak). Sebenarnya lebih daripada itu kawan2.

Psikiatris ni sikit lagi nak jadi neurologis. Ada sesetengah penyakit mental yang mempunyai perubahan organik pada otak. Sekadar beberapa nama, dementia, Alzheimer, kuru dan lain2. Dan psikiatris berkuasa untuk meng 'order' test untuk MRI. Seperti doktor2 perubatan yang lain, psikiatris berkuasa untuk prescribe ubat2an untuk pesakit dan tentu saja mereka mesti berpengetahuan tentang kesan sampingan ubat2 tersebut. Penyakit skizofrenia yang masih tak dikenal pasti puncanya pun sekarang masih dijalankan ujikajinya ke atas tikus. Klik sini

Dan agak best jugak di mana psikiatris ni mempunyai banyak pengetahuan seperti psikologis dan psikiatris lebih saintifik daripada psikologis yang lebih kepada sains sosial.

Tapi ada beberapa kritikan terhadap psikiatri dari segi diagnos dan rawatan. Pada tahun 1970-an ada psikologis merangka satu eksperimen untuk mengantolkan psikiatris di US. Beliau menghantar 12 orang upahan ke 12 hospital mental di US untuk menyamar sebagai orang gila. Kesemua orang upahan beliau tidak dapat dikesan sebagai orang yang berlakon gila malahan 11 daripada mereka didiagnos menghidap skizofrenia dan seorang lagi aku tak ingat apa diagnosisnya. Dan beliau dengan bangganya berkata '' Tak ada beza pun orang gila dengan tak gila di hospital mental''

Aku dah malas nak menulis lagi. Siri seterusnya aku nak tulis tentang sambungan eksperimen beliau dan tentangan terhadap psikiatri oleh psikiatris2 sendiri.

p/s Aku punya formspring

Minggu, 27 Juni 2010

Doa Usaha Tawakal

Azan berkumandang. Abang Nik meninggalkan kami bertiga untuk menunaikan solat di Stesen Bas. Kami yang juga jejaka kurang thiqoh menahan teksi untuk menuju ke rumah.

''Patutlah Abang Nik score. Dahlah rajin pergi masjid,'' kata Abang Wan. Bunyi dialek timurnya masih dapat dikesan walaupun dia barangkali sudah berusaha sehabis molek.

''Ah, budak-budak perempuan Kristian grup aku yang tak pernah solat score lebih banyak daripada Abang Nik,'' jawab aku bersahaja dengan bernada sedikit geram seterusnya dapat menghentikan Abang Wan daripada meneruskan topik perbualan sehari-hari itu.

''Memanglah. Dah diorang buat muka comel depan doktor, memang dapat markah lebih,'' sampuk Abang Abu. Aku dan Abang Wan buat-buat tak dengar. Takut makin jauh dia mengarut.

Selang beberapa hari kemudian, Abang Abood yang jarang-jarang menziarahi aku akhirnya menjejakkan kakinya di bilik keramat aku. Segan aku. Dahlah bilik bersepah, nasib baik dia tak kisah.

Entah bagaimana, dia terbuka topik tentang pembukaan Konstantinopel. Katanya

''Ramai yang cakap kejayaan Mehmet Fatih ni disebabkan dia menjaga amalan tapi tak ramai yang tahu macam mana dia usaha untuk buka Konstantinopel. Dia kaji punca kekalahan askar-askar sebelum dia dan ambil iktibar. Dia cipta strategi baru dan dia bersama tentera-tentera dia ditakdirkan berjaya''

Setuju benar aku dengan Abang Abood.

Kalaulah hanya kerana doa dan ''amalan'', maka nabi tak perlu pun 313 tentera Badar itu. Seorang malaikat pun cukup untuk selesaikan tentera musyrik yang jumlahnya lebih kurang 1000 orang itu.

Dunia ini adalah tempat untuk bersusah payah membasah keringat. Bukan doa dan buat amalan sikit, terus dapat balasan. Score subjek ini, dapat bini thiqoh yang cun dan lain-lain contoh yang kononnya menggambarkan kelebihan amalan yang dibuat. Dah macam surat berantai pula. Anggap saja balasan semuanya di akhirat. Semoga ilmu Epidemiologi yang datangnya dari Allah menjadi sebab membawa mereka ke jalan kebenaran.

Lagi satu perkara yang aku tak puas hati, ada sesetengah orang yang bila tak nampak kesan baik daripada rawatan di hospital mereka mula mencuba sesuatu yang dikatakan perubatan alternatif. Mulalah mereka mencari dukun-dukun, bomoh-bomoh yang tak diselidik dulu mereka ini menipu atau tidak. Ikhtiar kata mereka. Bomoh yang mendapat formula membuat ubat dalam mimpi lebih mereka percaya daripada doktor perubatan yang kadang-kala tak tidur malam untuk mengulangkaji. Baik percaya kat aku sebab aku tidur dan siap bermimpi lagi dalam kelas. Boleh minta formula nak buat ubat dari aku. Haha.

''Makbul atau tak, bagi aku doa ni menunjukkan kita ni hamba yang lemah yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah,'' kata Abang Abood lagi. Subhanallah.

Sekian update untuk bulan ini. Jumpa lagi bulan hadapan, InsyaAllah.

p/s Terasa janggal sebab dah lama tak mengarang


Sabtu, 01 Mei 2010

Berpaling

''Eh, dia dah tak pakai tudung?''

Pelik dan terkejut.

Pagi tadi, seorang aku yang kebosanan mula membuka segala akaun yang aku ada di Internet. Dari Facebook hinggalah Youtube. Aku sebenarnya menunggu satu komen dari orang Turki yang aku komen videonya sehari lepas. Tapi dia tak balas lagi.

Dan entah bagaimana aku tergerak untuk membaca mesej-mesej lama aku di Youtube. Salah satunya berbunyi begini

eply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Reply to your comment on: Mari aku bicara bhs! (Indonesian-Malaysian)
Saya mualaf yg bisa ngomong bhs Indo. :)
Liat video nya.

Dari Kimdonesia. Mesej bertarikh 23 November 2008.

Aku klik akaun dia. Dan aku tambah terkejut. Secara spontan badanku tersandar ke dinding.

Siapakah dia? Klik di sini

Aku teringat lagi 2 tahun lalu. Selepas aku melihat akaun dan menonton beberapa video yang ada, aku baca blognya. Dan tak lupa aku add YM dia. Adalah 2-3 kali aku chatting dengan dia. Aku tak sembang benda berat dengan dia. Dia terlalu muda untuk perkara ini.

Satu perkara terlintas dalam fikiran aku. Sungguhkah dia memeluk Islam? Kalau dari segi zahirnya memang nampak bersungguh. Dalam keluarga dia, kalau tak silap aku hanya dia seorang saja dalam keluarga yang Muslim. Dalam hati aku, aku puji mak ayah dia sebab benarkan anak dia membuat pilihan sendiri. Bukan macam sesetengah orang. Nak kahwin pun paksa-paksa.

Dan aku terfikir lagi. Apalah yang ada pada pertimbangan budak yang berumur 16 tahun? Apa yang dia fikir untuk masuk Islam. Nampak kawan-kawan Islam yang baik? Nampak Islam menjaga maruah manusia? Dia dah nilai dari segi falsafahnya? Dia dah pertimbangkan dari sudut tauhidnya?

Bagi aku agama bukan semata-mata cara hidup. Cara bertingkahlaku. Perkara yang terpenting adalah prinsip. Siapa Allah? Sifat-sifatnya. Kenabian. Dan lain-lain. Memang rumit. Aku tak fikir budak berumur 16 tahun dapat fikir semua ini. Hatta orang dewasa sekalipun. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Penyayang. Dia takkan membebankan hambanya. Jangan disamakan seorang professor dengan orang asli yang tak berhubung dengan dunia luar. Semua ada balasan masing-masing yang ditentukan dengan kemampuan yang diberi. Cuma buat yang terbaik.

Jadi, aku cuma diamkan diri. Soal Islamnya dia itu bagaimana, urusan dia dan Allah. Begitu juga soal kafirnya dia, biarlah Allah yang menentukan. Jangan terlalu mudah menghukum.

Terkenang juga aku dengan rakan Arab aku yang seorang itu. Mereka berdua keluar dari Islam bermula daripada terfikir tentang Hari Kiamat. Begitu juga dengan kelompok Muktazilah. Mereka memikirkan terlalu dalam perkara yang tak begitu rumit. Allah itu Maha Adil. Tak perlu fikir siapa yang masuk ke syurga, siapa ke neraka. Susahkah?

Semoga mereka diberi hidayah dan tak lupa untuk kita juga.

Sabtu, 03 April 2010

Cerita Bosan #2

Satu hari, seorang Sheikh sebuah kabilah mengeluarkan arahan ''Siapa yang paling bodoh di kalangan kita akan dihukum bunuh''. Maka anak-anak buah beliau pun bersetuju atas arahan itu mungkin untuk menjaga kemaslahatan kabilah mereka. Salah seorang daripada mereka dipanggil dan diberi soalan ''3+5 apa jawapannya?''. Pengikut yang disoal itu memberikan jawapan ''8''.

''Sheikh, tolong beri dia peluang sekali lagi,'' pujuk pengikut-pengikut yang lain setelah menyedari 'kebodohan relatif' sahabat mereka.

Jumat, 12 Februari 2010

Kencing Tak Lawas

Waktu aku Tingkatan 5 dulu, ada seorang kawan bercerita tentang masalah kencing tak lawas beliau. Katanya, ada senior memberi 2 petua kepada beliau, iaitu sejenis postur yang ideal ketika berkumuh(kalau nak tau, jumpa aku) dan berdehem-dehem setelah selesai menunaikan hajat.

Apa itu kencing tak lawas?

Dalam Bahasa Inggerisnya adalah Urinary Incontinence yang bermaksud kebocoran atau titisan air kencing yang keluar tanpa sengaja. Mungkin ada banyak sebab yang boleh menyebabkan penyakit/ketidakselesaan ini, tapi aku beri sedikit dari maklumat yang aku tahu.

Secara umumnya,kebocoran berlaku apabila tekanan pundi kencing melebihi tekanan salur kencing bawah(urether; bermula dari pundi kencing hingga ke hujung kemaluan), otot pelvis( pelvic floor muscle) yang lemah atau otot pundi kencing yang terlebih aktif.

Boleh disebabkan oleh kehamilan. Dan di sini ada ditunjukkan cara untuk menguatkan otot pelvis.
Baca di sini untuk membaca tentang otot pundi kencing yang terlebih aktif
Kasut tumit tinggi baik untuk wanita yang mengalami kencing tak lawas? Baca di sini
Dan lain-lain

Walaupun nampak seperti masalah remeh, tapi bagi sesetengah orang ia amat merunsingkan lebih-lebih lagi kalau nak menjaga wuduk dan nak pastikan kebersihan seluar. Sikit-sikit nak ke tandas nak tengok ada 'kebocoran' atau tidak. Ada juga yang membawa kain pelekat atau seluar ganti ke mana-mana. Mungkin lama-lama boleh jadi Obsessive Compulsive Disorder.

Jawapan dari sudut agama ada di sini dan di sini.

Nak tanya orang Arab tentang simptom-simptom kencing tak lawas. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan.

kam marrah ttbawwal kull youm?
berapa kali saudara kencing setiap hari. kalau nak lebih nampak ramah, gantikan ttbawwal dengan t6eer mayy

geddisy muddah tegdar temna3 7alak min tabawwul?
berapa lama saudara boleh tahan kencing?

7asseit isyi zai ge6rah mayy 6ala3et/waja3 lamma temna3 7alak min tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar/rasa sakit ketika saudara menahan kencing?

7asseit isyi zai ga6rah mayy 6ala3et bas khola9t tabawwul?
saudara ada rasa seperti titisan air keluar bila selesai kencing?

Sekian

p/s ''Subjek urologi adalah subjek yang paling susah bagi aku,'' Doktor Khaled

Sabtu, 30 Januari 2010

Sedikit Tentang Hudud

من شروط الحدود ان يؤمن الحاكم المسلم للفرد المسلم الغذاء و المسكن و الملبس و ان يكفيه مؤونة الزمن 11:57 PM

الرسول صلى الله عليه و سلم قال ادرؤوا الحدود بالشبهات 11:57 PM

و قد عطل عمر بن الخطاب رضي الله عنه الحدود عام المجاعة11:57 PM

لانه لم يستطع ان يطعم الناس11:58 PM

ليست الحدود مقصودة لذاتها11:59 PM

فلا نقطع ايدي الناس لمجرد القطع11:59 PM

لكن الله تبارك و تعالى امرنا بزلك و قد قار رسول الله صلى الله عليه و سلم لحد يعمل فيه في الأرض خير من ان تمطروا اربعين خريفاً12:00 AM

يعني اربعين سنة


Kamis, 07 Januari 2010

Teka-teki #1

Aku ada jumpa satu teka-teki yang menarik. Jadi, aku nak berkongsi dengan para pembaca di sini. Silakan menjawab

-----------------------------------------------------------------------

Teka-teki ini tidak mengandung trik, hanya murni logika.
Ada lima buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeda.
Setiap rumah dihuni satu orang pria dengan kebangsaaan yang berbeda-beda.
Setiap penghuni rumah menyukai jenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu dan memelihara satu jenis hewan tertentu.
Tak satupun dari kelima orang itu yang minum minuman yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

PERTANYAAN: Siapakah Yang memelihara IKAN?


PETUNJUK:
1.Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah
2.Orang Swedia memelihara anjing
3.Orang Denmark senang minum teh
4.Rumah berwarna putih terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna coklat
5.Penghuni rumah berwarna putih senang minum kopi
6.Orang yang merokok PallMall memelihara burung
7.Penghuni rumah yang terletak ditengah-tengah senang minum susu
8.Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill
9.Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama
10.Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
11.Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
12.Orang yang merokok Winfield senang minum bir
13.Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norwegia
14.Orang Jerman merokok Rothmans
15.Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yang minum air.


Sumber : Rahsia

-------------------------------------------------------------

Aku dapat jawab dalam masa lebih kurang 2 jam. Mula-mula aku guna kaedah senarai keluar(rule out). Tujuannya nak mengurangkan kebarangkalian yang mungkin terjadi. Kaedah ini mengurangkan kebarangkalian sehinggalah satu nilai tetap diperolehi. Bermula dengan premis nombor 7, aku gabungkan segala maklumat dalam satu bentuk yang difahami dan berhubungkait. Kemudian aku buat proofread untuk memaksimumkan signifikasi satu-satu maklumat itu.

Kaedah rule out yang aku buat tak mencapai jawapan muktamad. Agak rumit. Masih banyak lompong di antara puzzle maklumat yang aku susun. Tapi, disebabkan aku dah agak jauh menggunapakai kaedah itu, nampak sedikit sebanyak hasilnya. Kebarangkalian semakin menghampiri nilai/pemalar yang tepat. Kemudian, aku gunakan kaedah cuba-cuba(try and error). Aku letakkan mana-mana pemalar secara rawak. Bila ada pertentangan(error) aku letak tempat lain sehinggalah bertepatan dengan kesemua 15 premis yang ada.

Aku tertanya-tanya sama ada jawapan muktamad adalah jawapan tunggal atau ada beberapa jawapan yang sesuai. Bila aku bandingkan dengan jawapan orang lain, aku dapati bahawa jawapannya betul-betul sama dengan jawapan aku. Aku berhipotesis jawapan untuk teka-teki ini adalah jawapan tunggal. Jadi, aku rasa kaedah rule out lebih sesuai untuk membuktikan hipotesis ini.

Lepas bangun tidur pagi tadi, waktu aku berak, aku ada terfikir nak selesaikan kaedah rule out sampai habis. Aku ada terfikir tentang model yang paling sesuai. InsyaAllah aku akan kemas kini blog aku dengan model yang sesuai dan lengkap. Sekarang nak bedah buku Illustrated Textbook, In A Page dan nota-nota lecture.

Selamat mencuba. Doakan kejayaan aku.

Minggu, 03 Januari 2010

Peribahasa #1

Kadang-kadang aku minta kawan aku ajarkan peribahasa tempatan. Jadi di sini aku nak berkongsi satu peribahasa yang beliau ajarkan dan cerita di sebaliknya.

اللي بعرف بعرف اللي ما يعرف يقول كف العدس

''Illi bi'raf bi'raf, illi ma ye'raf ygool kaff al-'adas''

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Nak dijadikan cerita, ada sepasang suami isteri yang mempunyai gudang. Gudang tersebut mengandungi kacang adas yang baru dipetik. Memang banyak kacang adas di situ. Jadi pada satu hari, kedua-dua pasangan tersebut terpaksa bermalam di gudang tersebut. Mungkin tak sempat balik rumah.

Lalu datang seorang penceroboh yang tidak diketahui niat sebenarnya. Mungkin mahu mencuri adas atau mengisi masa bosan. Sedang beliau mengusha gudang kacang adas itu, beliau ternampak isteri pemilik gudang tersebut yang sedang tidur lena. Mungkin wanita tersebut adalah 'farfoor'( awek cun), jiwa lelaki beliau bergelojak. Dan beliau sedang berkira-kira untuk mengambil kesempatan. Kesempatan apa, aku tak tahu.

Sedang beliau baru beberapa detik melakukan kerja terkutuk itu, wanita tersebut tersedar dari tidur. Apa lagi, dia pun menjerit sampai mengejutkan suaminya. Suaminya menangkap penceroboh tersebut dan isterinya memanggil jiran tetangga.

Sampai saja jiran-jiran mereka di situ, si penceroboh mengeluarkan segenggam kacang adas yang sempat dicurinya dari poket dan berkata

''Aku cuma amek kacang adas saja''

Jiran-jiran tetangga yang kecewa dengan sikap menggelabah pemilik gudang tersebut pun berkata dengan bengangnya

''Orang curi segenggam kacang pun dah kecoh-kecoh kejut kami dari tidur. Blah la weh''

Pemilik gudang tersebut bertambah bengang. Sudahlah isterinya di------(sila isi dengan perkataan yang sesuai), dikutuk pula dengan jiran tetangga. Dia cuma mampu berkata

Siapa yang tahu memang dia tahu, siapa yang tak tahu dia cuma dapat cakap ''segenggam kacang 'adas saja''

Tamat kisah

Soalannya, peribahasa Melayu apa yang lebih sesuai dengan peribahasa di atas, ''cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'' atau ''hanya jauhari mengenal manikam''? Atau ada peribahasa lain yang lebih sesuai?

Rabu, 30 Desember 2009

bakal doktor sakit jiwa

dulu waktu di sekolah, dia memang minat subjek matematik dan bahasa. tidaklah dia hebat dalam kedua-dua jenis subjek tersebut, cuma dia lebih memberi tumpuan berbanding subjek lain. dia pernah menyimpan cita-cita ingin menjadi sasterawan negara. tapi tiada sesiapa yang memberikan galakan dan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meneruskan impiannya itu. tiap bulan memang ibu bapanya membelikan majalah berkaitan sains, agama dan sosial untuk dia dan adik beradiknya. nak baca komik memang kena pinjam dari sepupu dia.

oleh kerana keputusan peperiksaannya sedikit elok, dia layak belajar di kelas sains. sedang rakan-rakan lain bercita-cita untuk menjadi doktor atau engineer, dia menyimpan hasrat untuk menjadi ahli falak, kerana terinspirasi oleh guru syariahnya. gurunya bilang orang negaranya kurang ahli falak syarie sampai terpaksa meminta bantuan orang luar mencerap bintang. dia tak tahu. dia telan bulat-bulat. ada juga dia terfikir untuk menjadi ahli fizik. nak jadi doktor, dia pula pemalu. lagi-lagi dia memang berminat dengan matematik. minatnya dengan bahasa masih ada, cuma agak kabur dengan masa depan bidang itu. hanya sekadar nilai tambah bak kata sesetengah orang.

dipendekkan cerita, peperiksaan akhir sekolah setaraf spm dia mendapat sedikit elok. dalam kepala dia, dia ingin meneruskan pengajian di luar negara. nak mencari pengalaman baru. memang dia kurang pendedahan mengenai pengajian tinggi. guru-guru di sekolah memang menggalakkan anak didiknya menjadi doktor dan jurutera, bagi pelajar aliran sains. lebih-lebih lagi kebanyakan pelajar cemerlang yang menjadi role model rakan-rakan junior adalah pelajar perubatan. ibu bapanya turut begitu. tapi kalau nak diikutkan, dia tak boleh menyalahkan mereka. kenalan ibu bapa dia yang mempunyai imej baik kebanyakannya adalah doktor. jadi mereka ingin melihat anaknya menjadi salah seorang daripada orang yang mereka kagumi. dia terpaksa redha.

dia akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. anak muda belasan tahun mana yang tak terliur dengan duit biasiswa yang lumayan tiap-tiap bulan. lebih-lebih lagi belajar di luar negara. memang dasar materialistik. dulu dia pernah bilang sama mamanya untuk belajar agama atau bahasa di tanah arab. mamanya kata kurang pasaran kerja. dia faham dan tak menyalahkan mamanya. dek kerana imej baik kenalan doktornya dan sedikit pengalaman buruk dengan golongan agama.

oleh kerana dia sudahpun menjadi pelajar perubatan, dia terpaksa memilih bidang yang satu itu juga kalau nak menyambung pengajian. dia menyimpan hasrat untuk menjadi pakar psikiatri, pakar sakit jiwa. menurut apa yang dia tahu, doktor sakit jiwa memang tugasnya tak serumit pakar-pakar lain seperti pakar bedah. belajar pun sekejap cuma, hanya setahun setengah. itu yang dia dengar. tapi kena melayan kerenah orang sakit jiwa. dia tak kisah. ada rakan dia bilang dia ini magnet orang gila. tengok saja kawan-kawan baik dia memang golongan terpinggir. baik dari negaranya atau dari negara lain. golongan terpinggir yang kecewa dengan hidup dan juga golongan terpinggir dari kalangan orang yang kuat berfikir dan 'berfalsafah' sehingga dikatakan mengarut. namun baginya melayan golongan istimewa ini adalah hiburan baginya. kadang mereka nampak sesuatu yang orang lain tak nampak atau terlepas pandang.

waktu lapang atau tidak dia digunakan untuk untuk membaca sesuatu tentang bahasa. dia ada banyak kamus di rumah. kamus arab ada tiga, kamus inggeris ada dua, kamus yahudi, kamus cina dan juga kamus turki. kalau boleh kamus tamil pun kalau boleh dia nak beli. kadang-kadang dia merasa bahagia hidup dengan kamus-kamus itu. buku-buku anthropologi dan biologi memang lebih banyak daripada buku medik. dia memang dah gila. mujur ada seorang pak cik tua yang rajin melayannya dan bersembang tentang apa yang dia baca. kalau tidak mungkin dia akan cakap seorang diri.

dia kadangkala hidup dengan tekanan. tekanan sebelum peperiksaan lagi-lagi dia memang kaki study last minute. kadangkala tertekan dengan kerenah pesakit di hospital. ada yang lain ditanya, lain dijawab. ada yang menghalaunya dengan kata-kata kurang manis. kena tengking dengan doktor? memang sudah biasa. mukanya sudah tebal menahan malu dimarah doktor di hadapan pesakit dan rakan-rakan. dia kena kuat. lagipun sudah separuh jalan diharungi. kalau berpatah balik, memang rugi dari segi masa dan wang. kalau dia berhenti belajar begitu saja, dia terpaksa menanggung bebanan hutang sebanyak 6 angka. depan kawan-kawan dia buat muka ceria dan buat cerita yang paling lawak semampu mungkin. bak kata pepatah arab ''luar nampak galak, dalam cuma allah yang tau''

walaupun dia tak berapa cemerlang dalam pelajarannya kini, dia diiktiraf oleh pakar psikiatri sebagai bakal doktor sakit jiwa. memang hebat. dia kini mendapat 'tugas istimewa' di wad sakit jiwa di ibu kota negara pengajiannya. dia memang bakal doktor sakit jiwa. atau lebih tepat bakal doktor yang sakit jiwa.

sekian

p/s cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. kalau anda dapat mengambil pengajaran dari cerita ini, maka beruntunglah anda

Jumat, 18 Desember 2009

stetoskop

ada seorang ikhwah bertanya ana tentang bagaimana stetoskop berfungsi ya3ni bagaimana ia boleh menghasilkan bunyi yang jelas lagi nyata. jadi ana sukacita untuk berkongsi sedikit maklumat di sini setelah ana menjalankan aktiviti menggoogle

1. bahagian hujung stetoskop yang dinamakan bell(yang lebih kecil) dan diaphragm(yang lebih besar) mempunyai getah pada hujungnya. bertujuan untuk memerangkap udara bagi menghalang udara keluar sekaligus menghalang kehilangan tenaga bunyi yang dihasilkan

2. tenaga bunyi bergetar di ruangan tertutup dan menambahkan kekuatannya dan memaksa udara melalui ruangan yang seterusnya ya3ni tiub getah

3. menurut prinsip bernoulli, bunyi dan udara yang melalui ruangan sempit akan bertambah laju dan apabila bertambah laju, ia akan pergi bertambah jauh. dan akhirnya tenaga bunyi sampai ke telinga pendengar.

4. menurut prinsip tekanan(ana lupa namanya) semakin kecil luas permukaan, semakin tinggi tekanan. diaphragm pada telinga pendengar adalah lebih kecil daripada diaphram/bell pada hujung stetoskop maka kekuatan bunyi yang terhasil adalah lebih kuat.

5. jangan lupa getah pada diaphragm untuk telinga pendengar adalah untuk memerangkap udara dan memastikan tenaga bunyi tidak terlepas keluar. dan mungkin juga untuk mengelakkan kecederaan pada telinga

seringkali stetoskop dianggap sebagai lambang profesion seorang doktor. malah ada sahabat menegur ana 'wah, kau memang ada gaya doktor' sewaktu ana menggantung stetoskop pada leher ana. sudahnya ana masukkan stetoskop dalam beg ana. betul ana setuju. tapi lebih tepat kalau stetoskop itu dikatakan sebagai lambang seorang doktor yang menghormati dan menjaga maruah pesakitnya.

mengapa ana berpendapat begitu?

mari kita kaji sedikit sejarah penciptaan stetoskop. penciptaan stetoskop pada awalnya merupakan buah fikiran rene leannec, seorang doktor di negara perancis. sebelum penciptaan stetoskop, para doktor terpaksa(mungkin bagi doktor yang keji atau pervert, buat-buat terpaksa) melekapkan telinga pada dada pesakit untuk mendengar bunyi degupan jantung dan nafas. jadi doktor leannec yang juga seorang kristian yang taat runsing memikirkan hal ini. runsing takut-takut pesakitnya malu. mungkin juga runsing kalau dirinya menjadi kurang tsiqah(warak/alim). kalau ana berada di tempatnya mungkin jua ana berasa runsing. hehe.

dipendekkan cerita, sewaktu beliau pulang dari hospital, beliau terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak yang bermain suatu permainan ya3ni permainan di mana seorang mengetuk hujung pokok yang tumbang, manakala seorang lagi melekapkan telinga pada pokok itu untuk mendengar bunyi yang terhasil. entah mengapa beliau ikut serta permainan budak-budak itu, tak seperti sesetengah orang yang bila orang bermain dengan budak-budak dikata tidak matang.

akhirnya beliau mendapat ilham, bagaimana kalau beliau mencipta suatu alat yang dapat mendengar degupan jantung dan nafas tanpa perlu melekapkan telinga pada tubuh pesakit.

gambar di sebelah merupakan gambar stetoskop pertama ciptaan beliau. dan akhirnya bentuk stetoskop semakin diperbaiki hinggalah sekarang.

antara pengajaran daripada kisah di atas adalah, ke'tsiqah'an dan profesionalisme hendaklah sama-sama dijaga. untuk menjaga kedua-duanya kadang-kadang kita perlukan kebijaksanaan. seperti kisah dr laennec, beliau dapat menjaga ke'tsiqah'an dan maruah pesakit di samping menjalankan tugasnya dengan berkesan malah membawa kemajuan dalam bidangnya.

buat sahabat yang tsiqah, tahniah ana ucapkan dan jadilah seorang yang bijak dalam bertindak. buat sahabat yang tak tsiqah dan keji, tsiqah tak menghalang anda menjalankan tugas dengan cemerlang. ada hikmah yang tersembunyi ibarat udang di sebalik batu.

ana pernah terlihat gambar betapa profesionalnya presiden mahmud ahmadinejad ketika seorang wanita non-muslim ingin bersalam dengan beliau. beliau mendekapkan kedua-dua tangannya di dada beliau(bukan di dada orang lain) dan memberi tunduk hormat kepada wanita tersebut. kesannya wanita tersebut tidak malu dan bengang dengan beliau malah semakin bertambah kefahaman terhadap islam.

akhir kata, moga kita tsabat di jalan ini. wassalam.

Sabtu, 12 Desember 2009

Tengok Betul-betul
















Rahsianya adalah pada kecerunan kedua-dua segitiga (merah dan hijau) tersebut. Kalau diperhatikan betul-betul kecerunan kedua-duanya adalah tidak sama.

Kecerunan segitiga merah=tinggi/panjang=3/8

Kecerunan segitiga hijau=tinggi/panjang=2/5

Maka, kecerunan kedua-dua segitiga besar(hasil gabungan semua petak) adalah tidak rata

Mari kita kira keluasan;

Untuk segitiga besar atas

=Luas segitiga merah + Luas kawasan di bawah kecerunan segitiga hijau

=12 + 20

=32 petak

Untuk segitiga besar bawah

=Luas segitiga hijau + Luas kawasan di bawah kecerunan segitiga merah

= 5 + 28

=33 petak

Luas segitiga besar bawah - Luas segitiga besar atas

=33 -32

=1 petak

Maka, wujudlah lebihan satu petak persegi pada segitiga besar bawah

Kesimpulannya, ilusi optik dapat membuatkan ruang kelihatan lebih luas

Copy paste komen rakan-rakan yang cuba menjawab

eshi 6ae3i natej 3n far8 el 6ool beeen el 8a3edah el orange wel greeen
orange = 3 square
green = 2 square
:P
pada 25hb September pukul 7.19 ptg · Lapor


in the first figure:
red=8 square
green=5
the sum=13
in the second figure:...
green=5
dark green=5
orange=2
the sum=12
.........had hoe elfare8 fe el square
pada 26hb September pukul 12.10 pagi · Lapor

msh mn hoooon alshbab..........!!!!
pada 26hb September pukul 1.07 pagi · Lapor

lah ya zalaaaaaaaaaaaaaameh enta weah
alshabab 3aba8erah abu na3lawy bde asmek THE SUM ya mal3oon sharfak sayer tefham o say8 feha al sha6ara o ba3deen abo alrabab3a ma fe as8a3 min heek so2al o khaled bas 7ab a8olak besm allah ma sha2 allah, allah y5alyk la omak althaka2 ele 3endak mish 6abi3i kooooooooooooooooooooh
pada 26hb September pukul 2.10 pagi · Lapor

msh zay ba3eth ya 7mar.. el second is bigger with a square left white !! thats it.. 7mar inta walak

Kamis, 05 November 2009

Deman Keluarga Laut Mediterranean

Ada seorang budak perempuan Arab. Umur baru 5 tahun. Pelajar yang agak cerdik di taman asuhan kanak-kanak menurut ibunya. Satu hari dia mengadu pada ibunya sakit pada bahagian lutut. Tak lama setelah itu dia tak dapat berjalan. Dalam masa yang sama dia mengalami sakit pada perut. Sebelah kanan bawah kalau tak silap aku.

Jadi, ibunya mengambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital, di daerah mereka menetap. Doktor mengesahkan bahawa anak itu mengalami radang apendiks. Dan dia menjalani pembedahan membuang apendiks. Namun keputusannya mengecewakan. Sakit si anak tak bertambah baik membuatkannya terpaksa dirujuk kesnya ke hospital yang lebih besar.

Waktu aku dan kawan-kawan aku bersembang dengan ibunya, ibunya memaklumkan kami yang anaknya berkemungkinan menghidap leukemia. Tapi belum benar-benar pasti kerana anaknya dikehendaki untuk mengambil CT scan pada hari yang sama. Sedih juga aku tengok budak tu, dah rasa macam adik perempuan aku yang sakit.

2 hari selepas itu, seorang doktor pakar kanak-kanak mengajak kami membincangkan masalah anak itu. Kami pun main teka-teka. Ada yang menawab rheumatoid arthritis iaitu radang pada sendi yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian abdomen. Ada lagi beberapa jawapan lain cuma aku tak ingat.

Rupa-rupanya anak itu mengalami penyakit Familial Mediterranean fever. Semua simptom yang ada memang kena dengan penyakit ini. Anda boleh rujuk laman Wikipedia. Baru aku ingat sebelum itu ada gadis Melayu bertanyakan maksud penyakit bahar mutawassit( laut Mediterranean). Kali pertama dengar. Nampak sangat aku ni malas membaca.