Countries we have visited
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com
Showing posts with label hatyai. Show all posts
Showing posts with label hatyai. Show all posts
8

Last Part: Samila Beach,Songkhla/ Floating Market

Acara seterusnya, kami menuju ke stesen bas naik tuk-tuk untuk pergi ke Samila beach, Songkhla. Tu pon lepas da survey & tanya2 kat orang sana cara nak sampai sana dgn jimat. Dari central ke stesen bas agak jauh gak, so mungkin tuk-tuk akan charge lebih tapi sebenanya korang kena survey lagi sampai jumpa tuk-tuk yang offer 20baht sorang. Kadang2 diorang ni suka amik kesempatan sbb tau kita ni orang luar.

muatan lebih kurang 15 orang

Sampai je stesen bas, kami terus survey bas ke Songhkla. Alhamdulillah last2 ada jugak satu van nih yang mmg pick-up orang ke Songkhla, tambangnya sangat murah hanya 27baht je. Yang kami terkejut tuh dier terus suruh kami masuk dalam van pastu tutup pintu. Macam kena culik pon ade.huhuh. Sampaila van nak gerak, cuma kami dua orang je dalam van. Vannya besar & baru lagi. Sangat selesa. Aku sempat lagi tidur. Rupanya pemandu round lagi skali bandar Hatyai nak pick-up orang. Barulah kami tahu, kalau nak g Songkhla bole jugak tunggu van camni kat area market.



Perjalanan ke Songkhla ambil masa dalam 40 - 50min. Cara pembayaran, sediakan duit secukupnya. Bila pemandu pass bakul duit barulah letak duit dalam tuh. Kalau bayar lebih pandai2la tukar & amik bakinya ye. Kami orang pertama & terakhir sekali dalam van sebab Samila Beach agak ke dalam sket. Bole tahan ramai jugak orang kat sini. Kami memang da semangat nak mandi laut. Sebelum tu, harusla bergambar dulu ngan Mermaid. Rupanya banyak cerita dongeng pasal mermaid nih. Ada orang cakap mermaid nih ngah tunggu cinta sejati dier kat tepi pantai. Kalau satu hari cinta sejati dier muncul, mermaid ni akan hidup semula. Nak tergelak aku dengar cerita nih. Padahal kat patung mermaid tu ada je batu cerita salah-silahnya xde pulak mention pasal cintan-cintun nih.













Elok je lepas abis posing kat mermaid nih, ujan turun dengan lebatnya. Kelam-kabot kami cari tempat berteduh. Punah harapan nak mandi pantai. Lama jugaklah menunggu sampai hujan reda. Last2 xjadi terus kami nak mandi. Bila hujan da berhenti, jalan-jalan jap pastuh decide nak balik je sebab nak pegi floating market balik. Dari Samila Beach memang payah nak carik van ke Hatyai. So kami kena naik tuk-tuk & bagitau nak turun kat tempat pick-up van untuk ke Hatyai.  Sampai sana memang banyak van da menunggu. Tapi van kali nih memang menyeksakan jiwa raga kami sebab pemandu dier yang tamak haloba boleh pulak sumbat penumpang ramai2 sekaligus! Bayangkan bole pulak dier letak papan nak sambung antara kerusi so bole penuhkan setiap lane. Aduhai sesak nafas betul kitorang dalam tu.



Sampai je stesen bas, kami terus cari tuk-tuk nak ke floating market. Sempat lagi tanya sorang kakak yang sama2 naik van ngan kitorang. Dierlah yang tolong kami survey harga paling murah ke floating market. Kata kakak ni, paling murah naik motor je. Kami terkedu japlah, alamak aku kena naik moto kah??hahah..lepas kakak tu tolong deal harga ngan 'teksi moto' tuh dapatla 160baht untuk dua hala. Kami ingat da murahlah sebab naik tuk-tuk kena 400baht rupa2nya 160baht tu untuk satu moto je kalau dua moto kena 320baht. Itu pon baru tahu masa nak bayar bila da sampai hotel. Ceht memang kena tipu kaw2 kitorang ngan 'teksi moto' tu. Kalau taulah baik kami naik tuk-tuk je,lagi selesa & harga pon tak jauh beza. HANGIN SATU BADAN!!




sampai floating market dalam kol 6ptg


cuba sotong yg siap ada kuah..sedap giler!!mula2 beli sekor je share2..pastuh sedap punya pasal beli lagi 2ekor=30baht bawak balik hotel


pisang bakar ngan kuah santan. Macam pengat pisang pon ada.




yang ni pulak kononnya nak makan sosej. Aku pon orderla benda nih,rupanya bukan sosej daging/ayam cam biasa kita beli tapi dalam tu nasi!! pelik okehh..aku makan sket je.. 



kami beli lagi cawan tembikar untuk dibawak balik. Banyak jugak kami borong tapi kecewa bila sampai KL lebih kurang 4 cawan da pecah. hukhuk. So kalau nak beli tembikar kena hati-hati ye sbb fragile. 

Sampai hotel, lepas da hangin satu badan pasal naik motor tuh, kami naik bilik mandi dan terus kuar balik sebab nak pegi lagi Idea Market. Saja nak tengok2 kalau ada lagi yg berkenan, bole beli terus.


nilah dier barang yg kami beli. Cover luar untuk laptop. Comelkan??harganya 149baht



Dalam shopping complex tuh ada Swensen's yang sentiasa penuh ngan orang. Kami pelik gak sbb kalau kat Malaysia xdelah ramai sangat camnih, mungkin sbb harganya mahal. So kami pon surveyla harga eskrem kat sini. Mak aiiii patotla ramai orang rupa2nya harganya Swensen's kat sini sangat murah!!! Harga eskrem diorang kebanyakannya bawah rm10. Kalau eskrem tema bola macam kt atas ni, cuma rm7.50 je.



african brownies for us!!!


bergambar depan McD


aku suka sangat tengok water cooler KFC nih. Sangat comel. Kalau tak beli makanan harganya 69baht siap isi penuh coke dalam water cooler tuh. Since duit pon ada lagi, kami beli je utk bekal naik bas sok hari.


beli lagi somtam depan Lee Gardens


mintak kurang pedas tp still lagi pedas!!



malam terakhir di Hatyai, kami pergi lagi gerai tepi jalan yg jual lai chi kang tu. Kali ni nak try makanan diorang pulak. Senang je nak try cari kedai nih, memang sederet ngan Sakol Hotel. Kalau nampak yg menjualnya pakai tudung tulah gerainya. Diorang pon pandai cakap bahasa kita sebab rupa2nya akak tu penah keje restoran tomyam kt KL lebih kurang 12 tahun.  



aku cuba Kuey Tiaw Sup. Memang best sbb isinya banyak!!

hubby makan nasi goreng ngan telur dadar. Rasanya memang jauh beza ngan Hamid & Salma. Tak lokek ayam/udang ngan sayur.

So far memang kitorang suggest makan kat sini jelah ehh..Walaupon gerai tepi jalan je tapi at least kualiti makanannya tetap terjaga.

Besok paginya kami bangun awal sebab nak catch up bas balik ke KL kol 9.30pagi.

complimentary from sakol hotel. Minum kt lobby ye.

Sebelum naik bas, kami pergi cari bekfas kat kedai muslim berdekatan. Kebetulan tanya kakak yg meniaga Lai Chi Kang malam tadi, katanya ada dua kedai muslim kt simpang hotel nih. Tu yang kami carik nak makan bekfas.



nilah dia ROCKY MUSLIM RESTAURANT (axim,aku rasa ko makan kt sini kot)


hubby makan nasi berlauk terus..daging goreng kunyit dier nmpak sedap..

aku amik mee goreng!

Makan kat sini pon memang sedap & murah!!! Sayangnye tau kedai ni last minit...

Dalam tengah2 makan tuh, kami bercerita la ngan makcik kat kedai ni pengalaman makan kat Hamid ngan Salma. Rupa2nya pekerja diorang penah keje kt Salma Restoran tu, dier bgtau memang diorang recycle balik makanan. Nasi kalau tak habis, diorang akan simpan dalam peti ais. Makanan seafood diorang akan rebus dulu & simpan dalam peti ais. Sebab tu bila kita makan seafood rasanya da tak fresh. Apa nak jadilah...


tapau roti canai siap ada susu pekat ngan gula. Bekal dalam bas.



nilahh bas kami...

terkejut kami bila masuk dalam bas..siap ada TV, bantal & air mineral!! patutla masa beli tiket tu mahal sket harganya..RM55 sorang tapi memang BERBALOI!!!




Ada movie, lagu....pilih je!!

Baki duit kami ada lagi, so sampai je border kami beli jambu jeruk, keropok ngan ayam goreng. Orang lain pi cop passport kami sempat lagi shopping.

Selamat tinggal bumi Thailand, insyaALLAH kami sampai lagi...



dalam perjalanan aku layan tegok citer hindustan ngan korea...memang tak terasa pon 10jam dalam bas ke KL!!! Sampai KL dalam kol 7.30mlm kami turun kt Central Market je senang naik tren terus balik.

Alhamdulillah, trip kali ni walaupun frust xdapat pegi KK & perjalanan yang mencabar ke Hatyai pada awalnya tapi kami cukup berpuas hati. At least pengalaman tu dapat beri kami pengajaran untuk trip seterusnya.

SEKIAN.... 




2

Part 3:Nightlife in Hatyai/Salma Restoran & Idea Market


Nightlife in Hatyai

Selepas penat jalan2 kt floating market, kami balik ke hotel untuk berehat. Lewat malam sket baru kami keluar menikmati panorama Hatyai di waktu malam. First thing yang kami carik haruslah makan dulu..Aku teringin nak makan pulut durian tapi hubby tak berapa suka sangat pulut so tak jadilah niat nak membeli. Kami terus pergi kat gerai makan tepi jalan jual nasi lemak ngan teh tarik spesel. Dulu penah try makan gak nasi lemak ni tp kongsi2 makan dalam bilik hotel. Sodapp...akak yang jual ni pon manis je orangnya. Sekarang tengah ngandung pulak. Gigih lagi mencari rezeki..


dalam pink lady complex..harga baju harus tawar ye..hubby nak beli baju rugby tp xde yg berkenan dihati. Yang ada pon agak mahal.. 

ingat nak cubalah udang ni sekali harganya rm20 sekor..cancel terus!



pulut durian & mangga

abang ni ngah tarikk teh dgn style!

nasi lemak ayam

teh tarik

som tam

som tam ni mmg feveret kami...kalau da kt thailand mestilah cuba..bole mintak nak pedas ke tak pedas.




Dekat je ngan hotel kami, ada satu gerai muslim jual dessert nihh..macam lai chi kang gaklah. Diorang pon ada jual goreng2 macam nasi goreng,mee goreng & sup..ramai pelancong Malaysia makan kat gerai ni. Tp gerai ni dibuka kol 9mlm sampai 2pagi je. Oleh kerana dah kenyang makan nasi lomak,kami cuba Lai Chi Kang aje. Macam2 khazanah diorang letak dalam dessert. Yang penting boleh hilangkan haus!


Salma Restaurant

Ada satu lagi restoran halal terletak dekat je ngan Hamid Restoran. Kami pon ingat nak mencubalah kat sini. Masa pon da pukul 11pm so order makanan tengahari terus. Jimat belanja.







Lengang je..tak ramai orang..sebab???


Nasi Goreng Daging Merah

terus terang aku kata makanan kat sini memang tak best!!rasa je da tau yg diorang recycle balik masakan diorang. Nasi goreng yg aku makan ni pon rasa cam nak basi dah. FAIL!!


Hubby order Nasi Goreng Paprik Seafood...presentation ada kelasss tapi rasa biase je..yang buat menarik pon pasal ada kupang sekali dalam lauk tuh.

Idea Market

Kewujudan Idea Market ni kami tau bila jalan2 dalam shopping complex sebelah Lee Gardens tuh. Saje nak naik tingkat atas sekali tengok ada market nih. Tapi mase tuh nak tutop da sebab da kol 9mlm. Idea market nih cuma dibuka pada Sabtu & Ahad mula jam 10pg smpai 9mlm.

Nama 'Idea Market' diberikan mesti sebab hasil idea & kreativiti orang Thailand dalam menghasilkan kraftangan masing2. Serius aku memang sangat suka pegi market nihh..Barang2 yg dijual memang sgt2 menarik & kreatif.






gila jap tengok FM yang sangat banyak & murah!!!

aku sedang memborong FM..nampak tuh siap bawak pintu fridge lagi..hahaha





abang ni cool je..mungkin sebab kami da borong banyak..pastuh siap dapat free lagi..



tabung Ultraman ni telah pon menjadi hak milik kami..hahaha




betul-betul depan Idea Market nih ada Dairy Farm yang menjual produk-produk tenusu. Nampak cam menarik je kann..Jangan risau, ada logo halal disitu. Kami pon cubalah roti bakar sebab ramai gak beli roti nih.



Roti coklat & Roti Sambal...yummy!!

chup!chup!

sambung ke entri terakhir kami di Hatyai!! 


Back to Top