BERANI NAK IKUT??

Tuesday, December 21, 2010

SILAT PAKAI BATU

.
.
.

sedikit cerita pasal kerja. semalam. pengalaman pertama aku menyertai pemeriksaan bomba. di tumpat, kelantan. kewl. siapa-siapa di aliran akitektur pasti biasa dengan proses ini. pemeriksaan bomba perlu dilakukan untuk memastikan segala keperluan bomba diaplikasi dan berfungsi dengan baik pada bangunan. apa itu keperluan bomba? ya. bagus. taktahu mesti tanya. hahaha.

fire hydrant
hose reel
smoke detector
heat detector
emergency light
fire curtain 
fire escape
exit staircase
fire door


ini antara senarai keperluan. banyak lagi sebenarnya. pemeriksaan semalam dijalankan oleh 2 orang pegawai bomba dan disertai oleh kira-kira 11 orang lelaki. merangkap wakil jurutera, wakil kontraktor, wakil teknikal mekanikal, wakil teknikal elektrikal dan wakil tnb. wah. pastinya. aku seorang perempuan. di situ semuanya senior. dan aku lah yang paling banyak dibuli disoal oleh pegawai bomba, tuan zahari. nyata. tak semua aku tahu. akan tetapi, bos dari awal dah pesan,


' jika tak tahu jangan sesekali jawab taktahu '


hahaha. dalam keadaan panik aku jawab,


' tak pasti '

disambut dengan senyum sinis tuan zahari,


' macamana ni akitek tak pasti pulak dia '


tapi. satu kelebihan jika menjadi seorang perempuan dalam 11 orang lelaki, pasti nasib akan jadi agak baik. melihat aku terkulat-kulat, banyak juga soalan yang ditolong jawab oleh pegawai bomba itu sendiri. huhu. 

bagusnya pemeriksaan kali ni sebab pegawai bomba sangat informatif. aku suka. boleh dikatakan setiap satu point dia akan terangkan dengan detail kenapa ianya diperlukan.  kenapa perlu emergency light? kenapa pintu kecemasan perlu ditolak ke luar? dalam keadaan panik dan ruang dipenuhi asap, manusia hanya mampu bertahan selama 3 minit sahaja sebelum sesak nafas dan pengsan. dan hanya boleh bergerak tidak lebih dari 12 meter dalam masa seminit. jadi travel distance untuk larian menyelamatkan diri ke tempat yang selamat mesti tidak lebih dari 12 meter. wow!

paling kewl bila melihat bagaimana fire curtain berfungsi. apabila smoke detector atau heat detector diactivate, dalam masa 30saat terus fire curtain turun dan menutup bilik yang disembur dengan gas co2. timing perlu diset dengan betul supaya manusia sempat keluar dari tempat kejadian.


banyak yang aku perlu belajar. balek dari tumpat. terus aku cari jawapan.

















dalam buku ini. 
ilmu perlu digali.


tak perlu takut berhadapan kumpulan senior.
jika kita betul ingin belajar, pasti mereka bantu.


ye tak?


sesekali cerita pasal kerja. dunia aku.


.


moral of the story: 
lain kali sehari sebelum inspection
buat la revision sikit. bukan pegi ou.
layan koir krismas jingle bell.
hahahaha


dengar tu nasehat! 

.




TINDAKAN REFLEKS

.
.
.

kalau flight jam 7 pagi
dan terjaga dari tidur jam 520 pagi
mata terus terbeliak jadi segar
dan perkataan pertama yang laju keluar dari mulut ialah


SHIT!


.


















terpaksa tampal kat pintu bilek depa
gara-gara transition time tak sama dengan housemate!
hahaha

kalau dengan hubby [nanti], tak sempat jumpa
mesti dah tampal


' i love u everyday. sila jangan nakal.'


eheh!



:)


.




Sunday, December 19, 2010

AYAM HITTEM


.
.
.
imbasan
 
khamis, 16.12.10
jam 9 malam

keluar dari masjid melati
tina bersuara


ayen, mana keta kau?
 
asal?

aku nak set radio keta kau. kau dengar apa?

aku? aku dengar cd je. baru setengah lagu dah sampai opis!
hahaha



.
.
.


malam tu aku pulang diiringi saloma dan rafeah buang
87.7 fm




seram!

.

Thursday, December 16, 2010

APA INI ITU?

.
.
.

aku suka budak yang suka tanya. budak macam ni punya rasa ingin tahu yang tinggi. walaupun kadang-kadang soalan yang ditanya tu soalan-soalan bodoh. suka aku melayan. 

kenapa kapal terbang boleh terbang? dia bukan burung kan?
 
kenapa kita kena tulis dengan pensel?

kenapa darah warna merah? kenapa bukan hijau? 
 
kenapa kalau demam, hingus nanti keluar sama?

kenapa kalau cikgu tanda cikgu bagi bintang? kenapa tak bagi bulan?

ni antara soalan budak-budak umur 5 tahun masa aku mengajar tadika dulu. ah. lama dah. masa tunggu result spm. takda apa nak buat. baik keja. layan jugakla. hahaha. nak jawab pun kena pandai tau. kalau tak, rosak akhlak budak-budak ni. dan masa aku pegi kuantan, anak sedara kawan aku ni memang best. sebab? mulut dia tak penah benti dari bertanya soalan kat aku. 

kak azreen, cemana nak setting iso?

kak azreen, f number ni apa?

kak azreen, ni shutter speed kan?

bagus. aku suka. ada attitude. healthy discussion. then kami sembang pasal photoshop. lightroom. photo editing. composition. and he is only 16. susah nak jumpa budak rajin sekarang. sebab rata-rata suma pakat dok sembang pasal games, ps2, psp. kan? ah. teringat zaman sekolah dulu. balek sekolah terus join budak-budak main tuju selipar kat padang belakang umah. nak main ni pun kena skill ooo. bukan sebarang. balek umah badan birat. tapi best. main. lari. kejar-kejar. keluar peluh. ada kawan. budak sekarang main games kat umah. kawan dengan sapa? good thing to ponder is it? eheh. cakap omputih. ok cukup. puasa hari ni. jom?













ini hariz. he is ambitious.
aku nak tengok dia berjaya.
dia ada karakter. dia rajin.


:)

.
 .

nota: hari ni 10 muharram
hari as syura
selamat beramal!
.






SIAPA BELUM TENGOK HANTU KAK LIMAH SILA BERBUAT SEGERA!! BEST GILA!! 
AKU GELAK MACAM NAK PENSAN!

 


Wednesday, December 15, 2010

MAJALAH BONEKA

.
.
.

 flashback

ahad, 12.12.10.

bangun pagi di duta village resort. penginapan tajaan pasangan pengantin. kewl. asalkan ditaja semua kewl la kan. kan dah kata aku student. WAJIB SENGKEK. hahaha. entri kali ni paling banyak gamba kot. let the pics tell the stories la heh. jom.
 

BANGUN

MANDI

SARAPAN

SIAP!


lepas beberapa AFTER WEDDING PHOTOSHOOT [hahaha. ada ke term ni? belasah~] aku telah dibawa pasangan pengantin berjalan-jalan di bandar kuantan. tadi dah breakfast kat hotel so makan tengahari [juga ditaja..uuuuu yesss!!!] di pantai telok chempedak. jeng..jeng...first time sampai la katakan. eksaited. cis. 

lunch sotong bakar dengan siakap bakar. makan dengan nasik kukus panas. memang kewl lah. i tell u. tepi pantai lagi. lepas makan aku jalan-jalan. biarla pengantin deting kan. layan pakcik-pakcik pelukis potret. memang best ah. lama gak aku berdiri situ. lukis potret ni bukan calang-calang kebolehan woo. aku jeles!! upah rm10 je untuk 1 A4! effort org melukis tu is like triple! mula la fikiran aku ke laut. kan best kalau semua orang seni ni kita kumpul bagi galeri? kan? kan? kesian tengok diorang ni berpanas. melukis dekat setengah jam. dapat rm10? huh. memangla modal pensel dengan kertas. kalau lukis sendiri, kau reti? hahaha. gifted depa ni. aku respek! tabik.


pallette water colour yang tak bercuci. aku suka!
dulu aku pun ada ni masa stadi uia. so plis.
sapa yang amek pallette aku pi cuci memang aku 
maki la kan. hahaha. tak style langsung! 


so inilah dia telok chempedak. chanteks!



apa lagi nak cakap? wiken escape yang simple tapi bermakna.

:)





.
.

rajin pulak aku updet
pelik
.