Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Teman Baru: Nikkor 18-200mm

Perkenalkan teman sepermainan D90 kami yang baru...Nikkor 18-200mm. Hampir beberapa bulan menanti, akhirnya dalam genggaman. Target asal nak beli before pergi NZ hari tu, tapi budget non cukup waktu tu, so terpaksa postponed beli.

Pagi tadi pegi 3 kedai, termasuk la FotoEdar di Sg Wang Plaza tu, tapi semua stock habis, diorg telephone semua branch FotoEdar takde stok, call Nikon pun kata takde stok, tak tau masuk bila katanya. Humm frust menonggeng kitorg time tu, nak pakai lens apa plak kan, 50mm yang sedia ada cam kurang sesuai sangat, buat potret boleh la, yang ada dulu dah jual kat John.. Hmm tak kan pegi Singapore nak pinjam lens John plak?!!! hahahahaha..apa cer..

Last kedai yang kitorg pegi, Bintang Maju, stock ada, harga lebih kurang macam FotoEdar, murah dalam RM70 je kat Bintang Maju, lepas tu terus test dekat body, snap, snap, snap, picit sana sini, tekan sana sini, zoom in, zoom out 15 kali, Cawan terus withdraw duit di mesin ATM sebelah Watson tu, cina tu bungkus-bungkus, keluarkan resit, maka selesai la urusan jual beli lens tu..

Masih fresh dari oven..baru la dapat tidur lena, selagi tak dapat, mengigau tiap malam hahaha ;p
Sempat tembak gambar kotak lens je baru...


Friday, January 6, 2012

SOLD OUT - Entry Khas Untuk Yang Berminat

OK ENTRY NI DAH TUTUP. LENS DAH DIJUAL KE ABANG LEMAN YUSOF!!  YABEDA BEDUUU. I LOVE U ABANG LEMAN YUSUF!!!! kiss2 sikit :p (aku nak pergi wrapping sekarang jugak hehehe)

 

Kepada: John @Leman Yusof/ pengemar fotografi/ atau sesiapa saja diluar sana yang saja-saja nak beli lens untuk dijadikan mainan/koleksi/lens basahan (eh ada ke?)/ lens utk apa2 je la, dan mahukan lens secondhand tapi berquality untuk merakamkan moment-moment indah anda, sila baca entry ini sehingga ke penghujungnya, kerana anda mungkin berminat hehehehe..

Aku nak jual lens ni (jika ada buyer la :p), Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 VR lens, aku dah pakai since August 2010, so far aku rasa ok je lens ni, takde sebarang masalah yang luar biasa, yang biasa-biasa pun tak ada lagi.

Sedikit info pasal lens kitorg ni, dia ni pun kaki travel gak, HK, Macau, China, India, NZ, dan merata-rata dia dah jalan, jadi nak let go dia ni bukan senang, sebab ada sentimental value jugak, dah beberapa kali kitorg ada terpikir nak jual, tapi macam sayang, tapi sebabkan tadi macam ada dengar gosip yang dibawa angin sepoi-sepoi kata seseorang tu tengah meroyan mencari lens, so kitorg nak cuba nasib la, kot-kot orang tu berminat hehehe.. Kalau ada rezeki kitorg kali ni, boleh la merasa pakai yang lain pulak :)

Ok meh review sikit pasal lens Nikkor 18-105mm ni. Ni sebenarnya dia berada dalam kategori standard zoom, ada VR (Vibration Reduction) yang ni untuk avoid motion movement pada camera (contohnya tangan korang terketar2 masa nak amik gambar), focal length nya pula 18-105mm, dia juga compatible pada body Nikon yang jenis DX macam D3000/D5000/D90/D7000 dan yang seangkataan dengannya (sila cek website Nikon). Pada pandangan aku, performance lens ni memang tidak menghampakan dan aku amat berpuas hati dengan gambar-gambar yang dah diambil dengan lens ni (mungkin sebab aku amateur, bukan pro, so aku mebi tak pasan detail-detail yang lain) - dan contoh gambar ada pada entry NZ, India, HK, Macau, dan semua entry selepas August 2010 hehehe

Ok jom kita lihat rupa bentuknya pula..

Rupa lens ketika zoom in. Aku kasi dengan lens hood sekali ni tau..

Lens 18-105mm dalam keadaan tidor..kitorg jaga dia seperti macam anak sendiri, tiada cacat cela lagi setakat nih..

Ini pun inclusive dalam harga jualan, satu UV filter, dan satu lagi CPL filter brand Hoya, slim frame. CPL filter tu aku baru je beli sebulan before pergi New Zealand hari tu, memang masih baru. Tak tahu pakai CPL filter? jangan risau, Cawan akan demo nanti masa hantar barang kat korang hehehhe..

Dah kasi lens, mesti la ada pouch untuk simpan lens kan? Ini pun aku sertakan sekali, so jangan risau nak simpan lens korang dimana nanti ok? Brand Nikon, memang ada sekali dalam kotak camera aku beli haritu.


Amacam? berminat? tak minat? Takpe, apa-apa soalan tentang lens, dan harga, atau apa-apa saja berkaitan ini, sila email blue_oct@yahoo.com/cawanz@yahoo.com.sg, atau tingalkan komen korang di entry ni, insya Allah akan dibalas..


p/s: sorry la, aku memang tak reti nak jual-jual barang ni, sebab tu aku tak buat sales, kena mintak ilmu dari cik Maimon nih hahahah...

Wednesday, July 27, 2011

Sleeping Bag

Look what I found.............





Comel tak??

Banana Sleeping Bag
RM 65.00



Colorful Caterpillar Sleeping Bag
RM 75



Penguin Sleeping Bag
RM 60


Agak-agaknya Aqilah The Monster tu mau tak duduk diam-diam dalam sleeping bag ni nanti masa kat NZ?? Hmmmm.. (sambil menggaru dagu).. Kalau la ada saiz untuk adult, confirm aku amik yang colorful caterpillar untuk diri sendiri huhuhuh, suka warna warni nih..




...............................................

Countdown ke New Zealand makin hari makin kurang.. tak sabar! tak sabar! tak sabar! Ok kasi cuci mata sikit untuk trip New Zealand kepada sesiapa yang nak pergi tak lama lagi tu..termasuk la aku nih :p


Mt Cook

Queenstown


Haihh meloncat-loncat dah ni tgk gambar ni...hehehehe





Sunday, June 26, 2011

Netbook ASUS EeePC 1015PW


Dah lama plan nak beli, tapi tak juga beli, sebab Cawan selalu buatkan aku dalam dilema. Tak habis-habis dia tanya tak menyesal ke kalau beli netbook tapi orang lain pakai Ipad 2? Aku ada sebab tersendiri sebab apa memilih netbook dari Ipad2... hehehe.. Antara sebabnya, Ipad2 takde external port untuk USB, nanti susah la nak cucuk external HD, mouse ke, atau apa-apa yang leh cucuk guna USB la kan?, memory card slot pun takde!!!! Ha kat situ saja sudah fail.. (aku kan suka amik-amik gambo, pastu upload kat blog la, flickr la, FB la..ha cane? cane?).

Laginya, sebab senang nak guna MS Office, macam Excel or Words, sebab aku kan travel agent organizer/secretary untuk Chawanna :p, jadi selalu la guna dua benda nih, nak buat calculation, jadual itu ini, nak simpan document pun senang, sebab storage kat netbook besar.. hehehe. Multitasking pun senang dengan netbook ni ha, sambil-sambil tulis blog, boleh upload gambo dari memory card dan yang paling mustahak sekali, mana-mana browser pun dia boleh pakai, sebab dia support flash, senang la aku nak berblog :) ngeee.. Setelah Cawan mendengar hujah aku yang berjela-jela pagi tadi bagi menjawap soklan Ipad 2 vs Netbook, makanya terdiam la dia, tak boleh cakap apa-apa, sebab aku tau apa yang aku nak hahahahaha....buwekkk padan muka!!

Niat dihati mula-mula nak ambik HP Mini/Toshiba NB520/Inspiron Mini, tapi bila dah lihat dan sentuh bendanya, rasa macam takda jiwa!! Test pertama yang aku buat adalah typing, ish ish, memang fail. Tak syok betul bila tengah syok-syok menaip pastu ada berlambak typo error kan? Hanya dua netbook yang lulus ujian typing (mengikut piawaian aku, sebab aku kan seorang blogger, so typing tu sangat la pentingkan??) ialah Samsung NC210. Jiwa terus melekat, sebab keyboardnya jenis chiclet dan sangat best, tapi en.Cawan tak suka SAMSUNG pulak, abis ditentangnya, macam-macam alasan la, sampai aku dah tarik muncung..

Dengan hati yang dicarik-carik, aku try pula Asus Seashell, hmmmmm, ujian typing dilakukan sejurus bertentang mata dengan Asus ni, dan bila selesai ujian, terus aku tersenyum, dan memberi tanda ok sambil tersengih puas hati... 

Tau-tau je terus pergi kaunter bayar..huhuhuhu


Gadget terbaru saya ASUS EeePC 1015PW (Seashell Series)
Processor: Intel Atom N570 (1.66GHz) (N570 dual core CPU)
Memory: 2GB (DDR3)
Hard Drive: 500GB
Display: 10.1" LED Backlight WSVGA
Operating System: Windows 7 Starter

Dan antara features yang menariknya sebab ada Express Gate (Dual operating system). Tak perlu masuk sampai ke Windows tapi masih boleh surf internet, chatting, atau main game online :)

Chiclets Keyboard.. lebih mudah nak typing sebab jarak key jauh antara satu sama lain dan boleh kurangkan typo error... touchpad pun besar berbanding HP Mini, dan Toshiba NB520. LIKE 1000x!!

Slim dan light, cuma 1.25kg saja.

Macam seashell..




Kos yang ditanggung oleh Chawanna untuk sebijik netbook di atas adalah seperti berikut..

Jumlah Jam yang digunakan: 5 jam  
(termasuk waktu makan, melihat-lihat, mencuba-cuba, bertegang lidah demi menegangkan pendirian, pegi toilet dan minum-minum)

Jumlah RM yang dilaburkan : RM 1xxx 
(Parking RM 9 - nasib ada hasil!!, RM 25 makan minum, dan selebihnya untuk Netbook :p}




P/s: Entry ni ditaip guna netbook baru :) SEKIAN... eh lupe nak ucapkan TERIMA KASIH Cawan untuk Netbook ni..muahssss... Mudah-mudahan rezeki u lagi BESOR lagi pas ni..Amin..

Thursday, May 12, 2011

Ice ke Dry?

Cawan: U, kawan i camera dia kena fungus...adeh.....
Aku: Huh ye ke...camera apa??
Cawan: DSLR dia la..dah la baru plak tuuuuuuuuuuuuuu....
Aku: Ye ke...apsal leh fungus plak dah..dia taruk mana??
Cawan: Entah la, dah nak kena..nak buat cam mana.. Bahaya betui nih...
Aku: (DENGAN CONFIDENT NYE YE KAWAN-KAWAN SEKALIAN) emm tak boleh jadi nih..kite kene beli ICE BOX nih, kang tak pasal camera kite pun kena fungus plak!! (Berkobar-kobar tau nak beli ICE BOX!)
Cawan: Apa kejadah u nak beli ICE BOX plak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! DRY BOX lerr..aduiiiii..mende tah dia nihh... Ice box letak ice boleh laaaaaa...alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa buat malu betul la dia nih!!
Aku: (Termalu kejap) ohh silap la tuuuuu... (cover line dengan sopan) so dia nk buat cam mana tu?? Kena cuci la fungus tu kan? kan?
Cawan: Ha a..kena cuci la..emm abis la pecah dara camera tu nanti... ish ish..
Aku: Ooooooo

Pengajaran:
1. Jangan main cakap je, cek dulu betul-betul, nanti malu kalau salah cakap, lihat contoh di atas.
2. Beli la Dry Box sementara camera anda masih sihat dan kuat, nanti kena fungus, susah ooo..


Contoh Dry Box yang berada di pasaran masa kini.

Brand Aipo
Category Dry Cabinet / Dry Box
Model # AP-KRK-K30DPX (30 Litre Durable Polymer)
Price: RM 230.00


  • An affordable solution to keep your gears always dry. No matter where you are!
  • No need 24 hours electrical power supply.
  • Analog RH Gauge
  • Highly portable for always on the move photographers. Suitable to place in the car boot.
  • Durable polymer in 'DP' series (Karakka K-30DP) offers added protections while on the move.
  • Most affordable drying solution in the market.
  • Best for beginners! (Kita la tu!!)

Brand Aipo
Category Dry Cabinet / Dry Box
Model # AIPO-AS41L-BLK (41 Litre)
Price: RM342.00
  • Analog Control
  • High Accuracy +-3% RH
  • Slide/Pullable Trays
  • Anti-Rust Cabinet (special coated paint)
  • Silent Operation and Ultra Thin Hydrystat (paterned technology)
  • Low Power Consumption
  • Worldwide Voltage: 100-240V
  • Lockable Door (comes with two keys)
  • Magnetic Sealed Door for best RH control

Ha amacam?? Mau beli??Jangan beli Ice Box plak yek huhuhuhuh

Tuesday, February 1, 2011

Deuter Fox 40

INI BUKAN ENTRY PROMO.... Saja nak update sebab dah dua minggu sepi je..

Pagi tadi dah selesai amik visa India untuk 5 orang manusia yang ingin mengembara ke India, mid February ni. Alhamdullilah, semua permohonan lulus dengan jayanya (macam amik exam plak dah..). Emm intro yang takde mengena dengan tajuk kan?

Ok berkenaan dengan tajuk diatas, selepas ambil visa, Chawanna sekeluarga telah pergi ke Pertama complex untuk menCARI backpack untuk trip akan datang ni. Dalam kepala, cuma terpikir nak beli yang paling murah je, janji boleh letak barang.

(Flash back) Beberapa minggu sebelum ni, dah pegi cari dah backpack jenis brand TAH APA-APA kat Jusco Setiawangsa, Giant, Carrefour Midvalley, dan yang seangkatan dengannye (maklum ler nak yang murah!!) , ada jumpa semurah RM 49.90. Design pun cun, warna merah pulak tu, kalau tengok dari jauh, ala-ala Deuter la sikit heheheh. Dah set dalam otak, nak yang tu jugak, tak kisah la apa sekali yang mendatang (ewahhh). Tapi Cawan menghalang dari aku meneruskan niat murni ku itu. Dia suruh bersabar dulu, sebab ada banyak masa lagi nak survey... Cuba menjadi seorang isteri yang mendengar kata (walaupun dalam hati rasa macam nak beli jugak!- memang aku kedekut bab-bab macam nih, sebab bukan nak pakai selalu pun, selalu travel bawak luggage biasa tu jek) aku pun setuju dengan kata Cawan tu.. Hari demi hari berlalu..bermacam-macam backpack dah aku jumpe, tapi asyik teringat yang RM49.90 (tak tau brand apa, tapi ada jual kat JJ Setiawangsa jek hahaha). So semalam, sambil membeli belah barang dapur kat Carrefour MidValley, aku pun pegi la mengintai kat department bag kat situ, ada banyak choice backpack, tapi entah APA-APA brand la, dan yang paling tak percaya sekali, harga ranging from RM 60-RM 199!!.. ish ish, tak patut betul.. dari beli yang entah apa-apa, baik beli yang betui punya, kalau dah harga macam tu. So aku pun balik kerumah dengan kehampaan..sedih betul.........

(Di Pertama Komplex) Ok sambung balik cerita hari ni. Setibanya Chawanna di kedai yang dimaksudkan (suggestion oleh Biqque, beberapa bulan yang lalu), kami pun tengok-tengok la backpack yang ada. Tanpa membuang masa (sebab Cawan baru balik keja shift malam dan tak tidur lagi!!), terus aku tanya kat auntie tu, backpack mana yang murah, saiz cabin, dan sedap nak bawak untuk travel, tapi yang paling penting MURAH! Terus dia suggest NorthFace 50litre, harga lepas discount RM 150. Emm macam menarik. Harga pun murah. Lagi auntie? Yang sebelah tu pun murah jugak, boleh masuk cabin, harga lepas discount RM 130... Oooo lagi murah.. Dah nama pun manusia, mana pernah puaskan, so bertanya lagi aku kepada auntie tu.. Option lain lagi ada tak? Ada, tapi harga dua ratus ke atas... Ooo yang mana?.. Itu Deuter Fox 30 ada, Dueter Fox 40 pun ada.. Ni berapa harga yg Fox 30 nih? Itu after discount RM 220.. Fox 40 berapa? Itu after discount RM 270.

Lepas berbincang dengan Cawan, aku terus cakap nak amik yang Northface tu je la, baru RM 150. Sekali auntie to cakap yang tu imitation punya pulak dah..adoi laaa.. Last-last lepas berbincang dan mencuba pakai bag Deuter Fox 30 dan Fox 40 tu, Chawanna, membuat keputusan untuk membeli Fox 40. Tapi sebelum tu, call Biqque dulu, nak tanya dia punya yang mana? Sebab seingat aku, dia punya warna hijau jugak, yang aku nak amik ni pun warna hijau jugak, auntie tu kata Fox 40, semua color sama je. Penyudahnya, Fox 40 jugak la Chawanna rembat (bersabor je la Biqque yek..huhuhu jangan tertukar dengan Biqque sudah la, nanti terjumpa diapers Aqilah plak :p). Dan yang paling tak boleh blahnya, ni la first time beli barang tak buat research awal-awal, main hentam je. Balik rumah baru pegi google..apa kes kan?? Dan-dan tu jugak check dari website tengok ori ke tak, kot-kot la auntie tu tipu ke apa kan, nasib la betui.. Nak tau macam mana nak check ori ke tak, sila ke sini


Chawanna dah ready nak ke Delhi..Biqque dan Sharul, dah ready ke??????????? :))

Sunday, January 16, 2011

Malaysia Hot Wheels 2nd Anniversary Dinner


---------------------------------------------
Venue;
Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, KL

Date & Time
15-01-2011 / 6 Pm - Midnight

First 50th registered members (qualify for club car + dinner car)

---------------------------------------------

Nak dijadikan cerita, sabtu mlm pergi dinner Hot Wheels Club Malaysia.. tp Aqilah ngan Mummy nye kena ikat kat rumah.. kesian..

Bawak balik this exclusive cars

+ lucky draw.. best!!


Video by Member *Atom

Ringkasan nye, macam2 perangai dr member club, aktiviti racing tak dilupa, dgn charity bid untuk kereta custom, dan cabutan bertuah.. hope tahun depan dpt join lagi.. Penganjur memang best!

Another club member blog: Kurz

Tuesday, August 24, 2010

Camera oh Camera..

Dua kamera ni banyak berjasa dah kat kami, ke mana saja kami pergi, pasti diorg ada sekali, luar negara mahupun dalam negara, ibarat macam kekasih la, kalau tiada, tak senang duduk kami, macam tak cukup korum pun ada rasanya..


Olympus SP 550uz (gambar kiri) dibeli pada tahun 2007, masa ni harganya lebih kurang RM1700, agak affordable la untuk kami yang middle class ni. Nak beli DSLR tak mampu time tu, mahal beb. Kiranya ni camera untuk buat main-main prektis hahaha..Jadi tahun ni genap 3 tahun dah umur dia..Hasil gambar setakat hari ni, amat memuaskan.. Sayang betul kitorg kat Olympus ni..

Lumix FS15 (gambar kanan) dibeli tahun lepas, 2009. Sebabnya time tu nak pergi Melbourne. Aku tergedik-gedik ajak Cawan beli jugak camera ni, sebab nak jadikan 2nd camera. Kalau nak harapkan Olympus saja, nanti tak cukup pulak nak snap kiri kanan hahaha. Harganya sangat murah, RM 600 ++ je. Tapi walaupun murah, gambar yang dihasilkan boleh tahan juga. Silap-silap Olympus Cawan pun kalah hohohoho...

Gambar yang dah diambil rasanya dah beribu-ribu, mana tak nya, duduk rumah pun ambil gambar, pergi shopping pun angkut camera, pegi makan pun bawak (Cawan la tu, aku jarang).. Harddisk kat pc buruk tu pun macam dah mampat sangat, macam kena beli HD baru lagi semata-mata nak store gambar je..

Emm tapi kalau dua-dua kamera tu ada dalam gambar, kamera mana pulak yang ambil gambar Olympus dan Lumix kat atas nun???? Wink* Wink*


Saturday, August 15, 2009

Panasonic Lumix DMC-FS15

Dari malam tadi aku dan Cawan sibuk research pasal compact camera. Tapi nak beli yang murah-murah je, sebab kami dah ada camera digital semi-pro Olympus SP550 tu. Tapi satu camera je la kan.. Lagi pun cam malas nak pinjam camera Sony Along tu, diorang confirm nak pakai time raya nanti...

So cari punya cari, ada la 3-4 jenis yang berkenan. Yang paling utama sekali, nak amik gambar outdoor yang cantik, dan color mesti cun. Megapixel aku tak berapa kisah, 7-8 Megapixel dah cukup bagus, bukan nak print poster saiz pun kan..hehehehe..

Antara camera yang menjadi pilihan dari hasil research kami adalah Canon Powershot A480, Sony Cybershot S930, Nikon Coolpix L20 dan Lumix DMC-LS85. Harga camera ni semua under RM600 (harga dari forum Lowyat, kat luar mesti lebih sket) , iaitu dlm range budget aku...kedekut gile kan??

Tup-tup sampai sana, tertukar pikiran pulak. Tiba-tiba je macam terminat Lumix DMC-FS15, salah satu sebabnya, sebab ada sale, pas tu dah test camera tu dengan model-model yang kami cari malam tadi, cam yang ni lagi best, ada wide angle 28mm, Leica DC Vario-Elmar lens with 5x optical zoom (tak heran, Olympus kitorg ada 18x optical zoom), 12 megapixel (alamak terlebih pulak), intelligent auto mode, intelligent scene selector , mega I.O.S (menghalang blur akibat dari hand shake) intelligent ISO control, color pun cantik dan yang paling penting, navigation dia very user friendly, battery lithium ion, boleh shot sebanyak 330 shot. Yang lain-lain features tu ada la lebih kurang macam compact camera lain, image stablization la, 2.7 inch LCD screen la, dan blah blah blah. Yang ni dapat memory 2G je, kira ok la kan? lagi pun pakai SD card, kalau nak tambah lagi 2G, baru RM20++ je. Ni tak pe, leh pow kat Cawan suh dia belanja nanti..hehehe

Ni lah camera nya (pic was taken with Olympus :p)

Harga asal dari kedai Panasonic RM899. Harga Camera Fair kat Sg Wang Plaza RM799. Harga promosi kat Tarita RM699, tapi pas pusing kat 2-3 kedai Tarita yang lain, dan jugak kedai-kedai yang seangkatan dengan nya, last-last dapat la RM670. Terlebih RM 70, ok tutup mata!!! Terus amik!!!

Lepas ni aku leh la amik gambar sesuka hati dan sesedap rase aku, tak yah nak suruh Cawan, sebab dia suka jalan-jalan, pastu tiba-tiba hilang, so aku kena tunggu, jenuh plak tu nak tunggu dia, dah la amik gambar lama-lama pulak tu, leh naik temperature aku kadang-kadang tu.. Sekarang? Tidak lagi..sebab dah ada 2 kamera..hehehehe..

Hari berikutnya, kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk aktiviti bergambar, klik utk hasilnye :p