Posts

Showing posts with the label PMRAM

LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN

Image
LAPORAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU 2018 : GENERASI ILMUWAN PEMANGKIN KESATUAN                     9 APRIL 2018, KAHERAH, Ketibaan mahasiswa/wi baru di Mesir telah disambut oleh Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru`18. Kehadiran mahasiswa/wi baru tersebut diiringi oleh dua wakil delegasi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang(JHEAIPP) iaitu Ustaz Haji Rosli Bin Haji Othman(Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) dan Ustaz Khairul Aman Bin Bistaman(Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP) disambut oleh beberapa wakil Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) 17/18 di International Cairo Airport. Semua mahasiswa/wi dan wakil delegasi telah selamat tiba di premis   BKAN BKPPPM dengan menaiki dua buah bas.              16 APRIL 2108, KAHERAH,   Hari Tak...

Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa HAMASAH

Image
 Laporan Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH) 5 Mac 2016 - Kaherah- Telah berlangsung dengan jayanya program yang disusun khas oleh gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri iaitu Hari Thaqafah Mahasiswa (HAMASAH) yang diadakan di Asrama Darul Aman. Diantara objektif program tersebut adalah memberi pendidikan kepada semua mahasiswa baru. Selain itu dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta. Program berlangsung selama sehari bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi berakhir pada pukul 5.00 petang. Peserta diberikan pengisian menarik tentang konsep amal islami, entiti jahiliyyah dan kenali musuh islam yang telah disampaikan oleh pengisi-pengisi yang tidak asing lagi seperti Dr Muhammad Zaim Bin Syamsuri ,Ustaz Nasrullah Bin Mustafa dan Ustaz Syed Ahmad Ridwan Bin Syed Md Zain.  Disediakan oleh,  Unit Penerbitan & Penerangan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 15'16

SEJARAH 3 MAC 1924 : KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH

Image
RINGKASAN SEJARAH KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH PENDAHULUAN Sebelum Khilafah umat Islam bertukar kepada Khilafah Uthmaniyah, umat Islam berada dibawah tampuk pemerintahan Khilafah Abbasiyah. Kekhalifahan Abbasiyah adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad (sekarang ibu kota Iraq). Kekhalifahan ini berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan dengan menerjemahkan dan melanjutkan tradisi keilmuan Yunani dan Parsi. Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani Umayyah dan menundukan semua wilayahnya kecuali Andalusia. Berkuasa mulai tahun 750 dan memindahkan ibukota dari Damaskus ke Baghdad. Berkembang selama dua abad, tetapi berada diambang kemusnahan apabila beberapa faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan khilafah Abbasiyah. Antara faktor kejatuhan Khilafah Abbasiyah adalah disebabkan serangan tentera Tartar yang melumpuhkan pemerintahan Khilafah Abbasiyah di Baghdad. Disebut oleh para ulama’, antara sebab penting k...

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

Image
Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang baik jika kadar penganggurannya rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber manusia. Masalah pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai dan kompleks. Bagi sesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang mana ianya merupakan satu proses semulajadi bagi individu-individu yang bergerak di antara satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengah individu yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Kenyataannya, kadar pengangguran merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi. Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3 peratus kepa...

HUKUM DERMA ORGAN SETELAH MENINGGAL DUNIA

Image
Apakah Dibolehkan Bagi Orang Islam Bersetuju Untuk Menderma Organ Apabila Ia Meninggal Dunia Kelak? ISU: Apakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut. PENJELASAN: Menderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah: حرمة الحي آكد من حرمة الميت Maksudnya: “Kehormatan orang yang hidup lebih kuat daripada kehormatan orang yang telah mati”. (Al-Syirazi, Al-Muhazzab, 1/456). Di Malaysia, keharusan menderma dan pemindahan organ telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangs...

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME

Image
PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME Allah berfiman didalam surah Ar-Rum ayat ke 39 yang bermaksud, . Artinya : “ Dan riba (tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bartambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keridaan Allah, maka itulah orang – orang yang melipatgandakan (pahalanya). Pengenalan:   Menurut pandangan Islam  : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t Ekonomi menurut pandangan Barat  : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME. ...

ACTIVIST COUNCIL `14 : LANGKAH MEMPERKASA AKTIVIS-AKTIVIS BKPPPM..!!

Image
Barisan Adhoc Pelaksana Activist Council 2014. 15 Oktober 2014 (Rabu): Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan sebuah program yang dinamakan Activist Council ’14 yang berlangsung di Dewan Soleh Al-masri rumah Pulau Pinang Hayyu 7. Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh BKPPPM bertujuan untuk mengumpulkan para aktivis yang terdiri daripada ketua-ketua pengarah dan unit serta timbalan yang sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap BKPPPM. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi semangat dan kesedaran kepada seluruh pengarah dan ketua-ketua unit serta timbalan di atas setiap gerak kerja yang mereka laksanakan. Di samping itu juga, program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi pengurusan setiap unit yang berada di bawah naungan BKPPPM dan yang terutamanya adalah untuk merapatkan lagi ukhwah dalam kalangan mereka. Activist Council ’14 berlangsung selama sehari bermula dengan majlis perasmian yang dirasmika...