Showing posts with label Uitm. Show all posts
Showing posts with label Uitm. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Konvo konvo konvo yeayy yeayy!!


Assalamualaikum ;)

Tengok tajuk kat atas pun korang dah tahu kan aku nak cerita pasal apa teheee. Minggu lepas 18 May, dengan rasminya aku dah jadi alumni UiTM ;) Happy gila doe bila dah konvo ni. Rasa macam 1 kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata*cewaaahh* Tapi seyes la, siapa yang pernah konvo je dapat rasa apa yang aku rasa. 3 tahun kat UiTM bukan sekejap. Dalam tempoh tu macam-macam yang aku rasa. Pernah rasa give up sebab rasa macam tak boleh nak buat assignment, research. Pernah juga aku rasa macam aku tak boleh nak teruskan apa yang aku buat masa tu sebab course yang aku ambil tu bukan course yang aku nak *tapi tu masa mula-mula masuk UiTM la heee* Tapi bila dah konvo rasa macam semua tu berbaloi sebab dapat grad on time ;) Alhamdulillah semua member aku pun dapat grad on time juga ^__^ Yeayy kita semua dah ada degree..;)

Bila dah habis belajar ni aku rasa rindu time jadi student dulu, tapi bukan rindu kat assignment, test, final exam tapi rindu masa dengan member-member, masa enjoy. Sekarang ni memang non hadoo la benda-benda macam tu lagi. Kelas aku bukannya ramai, dalam 13 orang je tu pun bila dah final sem jadi 11 orang sebab lagi 2 orang grad dulu. So sebab kitorang ni tak ramai, kitorang selalu la hang out pergi shopping, karaoke, main bowling, overnight, tengok wayang. Memang best sangat bila ingat time tu. Aku rindu saat-saat tu. Tapi bak kata orang la kan sedangkan lidah lagi tergeget ini kan pulak member- member. Kitorang ni bukanlah tak pernah ada salah faham, gaduh ke apa. Pernah la juga berperang mulut sebab masing-masing tak puas hati. Tapi alhamdulillah sebab last-last semuanya dah ok macam biasa. Aku belajar 1 benda, hidup ni terlalu singkat untuk benci membenci, gaduh dan bermasam muka. Bila dah bergaduh masing-masing tak puas hati, kita juga la yang rugi sebab kita bukannya akan bersama dengan orang tu sampai bila-bila. Bila sampai masanya kita akan berpisah dan bawa haluan masing-masing. Masa tu kita akan lebih menghargai saat-saat bersama yang dulu-dulu tu..*_____*

Aku ni terEMO la pulak heee. Tu selingan je sebenarnya. Yang sebenarnya nak cerita pasal konvo. Konvo 18hb May tapi aku pergi sehari lebih awal. Aku pergi sana 1 kereta je dengan mak, kakak aku, abg ipar aku dan encik tunang. . Sampai je KL terus pergi Times Square. Pastu pergi shopping kat Jalan Tar. Seriously aku suka pergi Jalan Tar sebab banyak choice pastu kalau bernasib baik memang korang akan dapat barang-barang yang berkualiti tapi murahhhh youuu. Lepas dah shopping kat Jalan Tar tu kitorang terus balik Puncak Alam, rumah cousin aku. Malam tu kitorang stay kat situ sebab aku konvo kat UiTM Shah Alam.

Esoknya pagi-pagi dah gerak dari Puncak Alam sebab kalau terlambat sikit confirm jemmm. Tapi biasa la bukan Shah Alam namanya kalau tak jemmm. Tak pasal-pasal aku terlambat masuk dewan. Sedih beb sebab tak dapat duduk dengan dak-dak kelas aku sebab dorang sampai lebih awal huk3 T____T




Time ni kat dalam dewan. Kitorang konvo kat dewan baru u olsss. Time ni aku cuak sikit sebab fikir macamana la aku time naik stage nanti. Kot-kot la aku terpeleot ke apa kan. hehe




Tadaaa time ni masing-masing dah dapat scroll. Suka bebenor masing-masing*aku tak pasti kenapa muka aku nampak tua dalam gambar tu-monolog dalaman*

Aku suka gambar ni. Like duapulohempatkali..




Flowerssss. Family aku dan encik tunang bagi ;)


Family aku ;)



En Tunang.Aku.Mak

Pics kat bawah ni aku tak nak letak caption. Layan jela ea. Bak kata omputih, lets the pictures do the talking.awwwww













Aku rasa cukup la setakat tu gambar yang aku nak share kat sini. Sebenarnya gambar kat mukabuku pun sama sebijik macam gambar kat dalam blog ni hahaha. Ada juga orang tanya aku tak nak ambil master ke? Aku rasa belum sampai seru lagi aku nak ambil master. Kalau dah sampai seru seruan InsyaAllah aku akan ambil master juga..;)


To all alumni IS2216A, I'm gonna miss u guys ;(

Ok till then, bubbye darlingsss ;)

Wednesday, December 1, 2010

Event kat Putrajaya + Cerita lain


Assalamualaikum..;) How was your day readers? Hari ni dah masuk 1 disember. Oh how time fly. Pejam celik bangun duduk tido makan dah 3 tahun jadi student UiTM dan rasa macam sekejap giler. Masa mula-mula masuk UiTM dulu serius naif. Tak tahu pape pasal course yang aku ambil ni. Aku tak pernah ada basic dalam Information System Management.

Pastu masa mula2 masuk belajar pun tak sepenuh hati sebab course ni bukan pilihan aku. Yang aku duk imagine masa tu aku akan dapat masscom.. Tapi sekali dapat course ni daa. Tapi aku tetap bersyukur sebab aku dapat masuk U. Cita-cita sejak tadika der haha...Masa mula2 dapat offer letter from UiTM tu aku happy sangat but at the same time aku rasa takut sangat sebab aku memang tak de basic langsung dalam bidang sistem ni. Tapi mak aku banyak kali menstabilkan emosi aku masa tu. Caya laa mak. I lebiu..! huhuhu.. Sekarang ni aku pun dah habis study tapi kena attend kursus 3P for 2 weeks. 3P is stand for Kursus Pentauliahan Profesional.. Lusa exam untuk kursus tu. Hopefully aku pass la ek. Lepas kursus tu secara rasminya aku dah tak pegang title student. Pasni hunting job la pulak.

******************************************************
Event kat Putrajaya
********************************************************
Semester lepas aku ada ambil kursus Java J2EE.. Kursus tu agak best la duapulohsen tapi aku ni kalau bab coding2 lambaaaatt sikit pikap. Aku pun memang tak suka berkawan dengan coding bagai ni tapi sebab course yang aku ambil ni banyak kena main coding maka suka ke tak suka ke aku kena suka jugak. Kursus Java tu lebih kurang 3 minggu pastu yang bestnya dapat 2 sijil, tak de test ke ape ke. Belajar jerr.. Orait la tu. Aku kalau dengar pasal test2 ni aku cuak sikit weh. Aku memang sukee jadi student tapi aku tak suke EXAM ke TEST ke.. Boleh ke camtu??

Tadi ada KDI Certificate Presentation Ceremony kat Putrajaya. Event tu untuk sape2 yang ambil kursus Java macam aku ni la. Aku ingatkan tak ramai pergi sana sekali berduyun2 daaa. Pastu naik atas stage sorang2 ambil sijil (Padahal bukan sijil pun. Dorang bagi kertas biasa jew). Sijil tu aku dapat aritu. Aku tabik spring toink2 kat dorang yang arrange event tu sebab event tu tamat on time. Macam paham2 pulak aku dah lapau tahap cipanzi masa tu. Tak nak citer banyakkk2 jom layan gambau..;)




Baru sampai time ni.. aktiviti wajib..



Muka tahan lapar...


Dengan zara A.K.A mok2

Pas dah bercamwhore..makan time..part yang aku sukeee..teheeeee




Nasi goreng + Mee goreng + Lasagna...super duper sodappp..Lepas makan separuh baru teringat nak snap gambau. Gelojohkah aku?


Yang ni pun sedap juga..



Mushroom soup..tak nyummy sangatla..


Satay + Nasi Impit..Yang ni memang nyummy..Tak syak lagi.




Pehh yang ni memang sedap tapi pas makan baru aku teringat ada belacan dalam kuah tuu. Baru plan nak pantang makan belacan 3 bulan. Adesdesdesdes



Lepas makan ajak lecturer yang super duper cantik bergambau... Puan Hasnah anda sangat cantik..;)


Oke-oke yang ni gambau last untuk entry ni..Cukup-cukuplah tu kan. Esok lusa aku upload lagi. Muehehe.. Oh ya lupa nak show off.. Tote bag kaler pink tu aku dapat tadi..Sungguh cantik taw dia punya kaler..Heee

Oke have a good night my dearest readers..;)