Showing posts with label kunyit. Show all posts
Showing posts with label kunyit. Show all posts

January 06, 2009

Temu lawak, bukan kunyit


Temulawak mempunyai rupa fizikal seperti kunyit, temu pauh dan ibu kunci .Bezanya adalah dari lebar daun, ketebalan daun dan rasa ubinya.Daun temu lawak ini ada sejalur warna unggu ditengah dekat pelepah. Daunnya tak berbau seperti kunyit.Ketinggian pokok biasanya lebih 2 kaki. Daunnya lebih tebal dari daun kunyit biasa. Daun temu lawak tidak digunakan dalam masakan. Biasanya daun temu lawak digunakan untuk direbus bersama daun2 lain , buat mandi untuk wanita lepas bersalin.

Khasiat temu lawak tak banyak yg saya ketahui. Cuma ada maklumat dari maid indon mengatakan temulawak ini boleh diambil ubinya segenggam,ditumbuk lalu diperah airnya, dicampur dengan sesudu perahan limau nipis dan diminum boleh menghilangkan sakit ari2 (pundi kencing). Minum 2 kali seminggu hingga sakit sembuh,

Rasa ubi temu lawak ini sedikit pahit dan berangin. Inilah bezanya dengan temu pauh walaupun pokoknya seakan-akan sama.Temu pauh rasanya seperti mangga muda.Temu lawak mempunyai ubi yang agak besar seperti halia. Warna berubah, jika masih baru, warnanya seperti halia muda-kuning cair. Jika sudah tua dan beberapa hari dikeluarkan dari tanah, warna kulitnya akan bertukar ke warna coklat.

Mengikut maklumat dalam carian internet temulawak mempunyai khasiat antara lain:

Kegunaannya
1. Digunakan sebagai agen pencegah penuaan dan penawar sakit puan - banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik
2. Dapat mengubati penyakit2 seperti reumatoid dan kesakitan otot, demam , batuk, masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang dan penyakit kulit.
3. Dapat menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
4. Dapat mengatasi buasir, masalah kerengsaan pada rektum, berak berdarah dan disentri.

Allahuaklam.

January 02, 2009

Kunyit terus-foto pada 30 dec 2008


Ini adalah pokok kunyit terus. Tingginya sekitar 1.5 kaki-2.5 kaki sahaja. Daunnya macam daun halia,halus dan runcing.

Khasiat kunyit terus?.Saya tak tahu banyak tentang khasiatnya tetapi bukan untuk dimasak gulai yer.Dalam keluarga saya kunyit terus digunakan untuk merawat demam disebabkan 'tetegur'. Kalau tak tahu apa 'tetegur' tu, tak payah lah guna kunyit terus ni. Buat tambah demam jer ..maaf lah. tak gheti nak explain. Biasanya demam panas yg disebabkan kita merayau2 pada waktu tengahari rembang.

Tentang rupa bentuk rupanya, ia sejenis pokok berubi. Ubinya berwarna kuning dan bukan warna oren seperti kunyit yang biasa kita buat masak.

Baunya pengit, kalau ditumbuk satu bilik boleh berbau. Kalau nak guna kunyit terus ni , kena tumbuk dalam lesung batu dan air darinya di sapukan dibelakang cuping telinga, belakang lutut dan celah2 jari kaki. Biarkan ianya kering.Dan ulang hingga demam berkurangan.

Kunyit terus amat sukar didapati dan biasanya kalau tanya di nusery, mereka tak tahu atau akan tunjuk pokok bonglai. Bonglai seakan kunyit terus dari segi bau, tetapi bonglai berdaun lebar dan ianya merendang. Bonglai biasanya dibuat ramuan air mandi untuk memulih tenaga (biasanya lepas bersalin atau demam teruk)


Saya tak pernah merasa kunyit terus sebab baunya yang pengit.
Tak sanggup nak memamahnya.


Gambar-gambar dia atas di ambil pada 30 Dec 2008. Emak saya begitu gembira kerana selama ini kunyit terus sukar ditemui dan rumah kami pun dah beberapa tahun tak ada kunyit terus kerana ianya mati. Kini kunyit terus sudah disemai semula dan ada 3 pasu baru yg ditanam kunyit terus ni . Yang di tanah tu pun akan dialih ke pasu nantinya, insyaAllah. sesiapa yg teringin sangat nak tahu rupanya bolehlah tempah untuk saya poskan.