Akhirnya dapat juga saya melihat dan merasa buah mencepu.Buah mencepu ini adalah buah tradisi yang banyak di Negeri Pahang. Rakan saya membeli buah ini dan mengenalkan kepada saya. Sememangnya pernah saya nyatakan hasrat nak merasa buah mencepu yang jarang2 didapati di pasar tani. Kalau ada pun mungkin tak kenal.
Buah ini rakan saya beli di Pasar tani Temerloh semasa kami berjalan-jalan sempena cuti sekolah Mac lalu. Kulitnya seperti mempelam sawah, lebih tebal dari kulit tomato tetapi lebih nipis dari kulit buah setoi.
Nak tahu rasanya kenalah rasa sendiri baru puas hati. Tapi bagi saya memang unik rasanya.Bentuknya isinya macam manggis, warna macam mangga. Rasanya masam2 manis. Rasa manggis + mangga . Two in one gitu. Kata orang tempatan sedap dimasukkan dalam sambal belacan. Buah ni berbeza dari manggis kerana lebih masamnya. Ia berbeza dari mangga kerana isinya lebih lembut tak boleh dipotong seperti mangga. Ia bergetah, getahnya berwarna putih seperti susu cair dan melekit.Mungkin buah ini tidak sesuai untuk mereka yang mengidap asma/lelah kerana getah itu boleh mengakibatkan alergy.Allahuaklam.
Di Perak buah ni disebut ceghopu. Hajat saya nak menyemai benihnya tak kesampaian kerana semua biji mencepu yang saya rendam untuk mengeluarkan akan tunas, telah dibuat mainan dan digigit2 oleh tikus tanah. Memang tikus tu pendengki...pokok kaktus jiran saya pun dimakannya. Tak apalah mungkin lain kali saya semai benihnya dalam rumah terlebih dulu.. insyaAllah.