Monday, March 9, 2009

Konservasi kertas

100309 - Konservasi kertas akan dimulakan dengan diketuai oleh En. Ismail dan dibantu oleh Pn. Dila sambil dipelajari bersama staf konservasi yang lain. Koleksi Cetakan Rusia tahun 70-an menjadi objek untuk dipulihara akibat kesan kekuningan dan bintikan kulat yang tak tertanggal.
Proses ini merupakan proses cucian basah.

Sebuah baldi 100liter digunakan, tetapi hanya 50liter air suling yang digunakan

Bahan campuran yang digunakan adalah 25gm kalsium karbonat + 50liter air suling yang digaulsebati

Bekas ini akan ditutup dan dibiarkan selama 24jam supaya kalsium karbonat mendap.Selepas 24 jam barulah proses cucian basah dijalankan.




Inilah antara proses-proses cucian basah karya kertas(russian print).


Thursday, March 5, 2009

STORAGE BOX

Kerja-kerja membuat storage box untuk simpanan koleksi seramik BSLN sedang dilakukan oleh Lie n Hud.Terdapat beberapa seramik perlu disimpan didalam bekas khas kerana saiz yang terlalu besar dan mudah pecah. Penyediaan kotak khas ini amat penting bagi memastikan keselamatan khazanah negara ini sentiasa terpelihara.



Kotak dah siap....!!!... apa lagi??... maka dengan penuh hati-hati, seramik pun dimasukan ke dalam kotak simpanannya.


Bagi memastikan keselamatan yang lebih terjamin.. Mic Pac adalah sejenis polisterin yang digunakan sebagai alas, perlu dimasukan kedalam kotak bersama seramik.. Ini amat penting kerana ia boleh membantu menahan seramik dari terhentak dengan kuat dan mendatangkan kerosakan. Mic Pac ini digunakan kerana ia adalah bahan yang tidak mengeluarkan toksik apabila terbakar ,anti statik, tidak menarik perhatian serangga dan tikus , bahan kitar semula dan bebas CFC

ON CANVAS..

Ujikaji bitumen diteruskan lagi keatas beberapa jenis kanvas pula. Kali ini lokasi di tepi tingkap untuk melihat kesanhasil interaksi laluan angin, tempias hujan, wap air, bahang matahari, sejuk air-cond, terangan flourescent dan sejuk gelapan malam hari.


Wednesday, March 4, 2009

UNITY AND HARMONY

Salah satu aktiviti mingguan yang dilakukan pada setiap hari rabu ialah mencuci dan membersihkan arca yang berada di luar bangunan BSLN. Salah satu daripadanya ialah
arca UNITY AND HARMONY - CHIN WAN KEE.



Antara tugasan yang dijalankan bersama adalah rataan batuan , membuang bendasing seperti dedaun kering dan rerumput daripada tapak arca dan cucian permukaan yang berdebu dan kotor
Semua staff koleksi dan konservasi bekerjasama membersihkan arca bermula jam 8.30 am sehingga 10.30 am.Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas semua staff masih menjalankan tugas dengan tekun.Apa yang penting.....? KERJASAMA

Monday, March 2, 2009

Simpanan Seramik

Hari ni karya seramik yang di bawa pulang dari Muzium Pulau Pinang dibuka , diperiksa dan disimpan didalam bekas plastik mengikut saiz yang bersesuaian, manakala saiz yang lebih besar akan diusulkan untuk dibuat kotak mengikut saiz. Team konservasi sekali lagi bergandingan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan penuh keutuhan...SYABAS !!

















Rosli dan Rahimi bekerjasama menyimpan salah satu karya yang telah diperiksa.




Hati- hati Zahut... nanti jatuh.. begitulah disiplin dan cermatnya apabila mengendalikan sesuatu karya yang diangkat sebagai khazanah negara supaya tidak rosak. Barulah kesihatan dan kondisi karya terjamin. Melalui disiplinlah ia akan terpelihara, kalau selalu rosak atau dirosakkan atau tak jaga dirosakkan dan dikonservasikan selalu, hilanglah keasliannya.. sama- samalah kita menjaga khazanah negara dengan disiplin yang tinggi.

Wednesday, February 25, 2009

LAWATAN PELAJAR UIA


25 /02 /2009 makmal konservasi telah menerima lawatan seramai 13 orang pelajar daripada faculty of Kulliyyah of Architecture and Environmental Design.


Kenangan bergambar bersama.........

DILA BERCERITA....


Dila sedang bercerita mengenai kajian bitumen yg telah dijalankan sehingga kini telah dieksperimentasikan ke atas lima jenis alas.

Monday, February 23, 2009

Kedai Ubat Jenun

Konservasi karya Susyilawati Sulaiman, Kedai Ubat Jenun , 1997 , 2001 -004


Sebanyak 33 tin dikenalpasti untuk dicuci permukaannya, Jufri sedang meneliti salah satu tin untuk di cuci sambil dipantau oleh Baha


Kerja - kerja cucian permukaan karya menggunakan English Distilled Turpentine secara berterusan

Tuesday, February 17, 2009

Konservasi Preventif Karya Dato' Mohd Hoessein Enas

Pada 07.01.2009 karya ini telah dibawa dari repositori ke makmal BSLN.Setelah melakukan penelitian terhadap karya Dato' Mohd Heossein Enas ini,terdapat beberapa bahagian yang perlu dibaiki dan menjalani proses rawatan.Antara proses tersebut adalah melakukan surface cleaning, mematikan kulat, penukaran mounting board, dan pemasangan backing board.Kerja ini selesai disiapkan pada 09.01.2009.


Rahimi sedang melakukan surface cleaning pada karya ini.

Uv light digunakan untuk mematikan kulat pada karya ini.







KLIRIENG.....

Tanggal 18 Feb 2009 tepat jam 8.30 pagi sepasukan unit KnK bersama-sama bergabung tenaga membersih laman klirieng dan menyapu minyak wood perservative pada lapisan permukaan klirieng. Tugasan ini merupakan salah satu daripada aktiviti mingguan yang diadakan pada setiap hari rabu yang merupakan agenda penting bagi kerja-kerja konservasi arca awam.

Staff KnK sedang menyapu minyak pada klirieng dibantu oleh pelajar praktikal dari SEGI Kolej.

Berpengalaman... En. Ismail dan En. Baha tidak ketinggalan melaksanakan tugasan.

Mencabar, Panas,...... Demi tugas Jazmi tetap tersenyum.

Sunday, February 15, 2009

KONSERVASI ARCA KAYU


Karya Ibrahim Ghaffar (1978) koleksi BSLN, bertajuk Bentuk Meninggi mengalami kerosakan pada bahagian atas dan tengah. Kerja-kerja konservasi pada karya tersebut telah dijalan oleh tim konservasi BSLN yang terdiri daripada Amerrudin (Kurator / Penasihat), Rosli , Rahimi dan Zahud.

Kerja-kerja ini mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan.









Berikut adalah proses kerja pemuliharaan yang telah dijalankan.


Menebuk lubang untuk memasang pasak bagi mengukuhkan bahagian cantuman.




Proses pengukuhan sedang dijalankan menggunakan bahan pelekat dan clamp.

Kerjasama antara staff konservasi bukti keserasian dan kesefahaman dalam menangani tugasan.

Penyediaan bahan untuk menampal lubang dan rekahan pada permukaan objek.

Proses menampal lubang paku dan kesan rekahan.

Thursday, February 12, 2009

Konservasi Catan Bersama Pelukis

Julung kalinya cawangan konservasi bersatu tenaga dengan pelukis En. Ismail Mustam dalam melaksanakan kerja-kerja konservasi ke atas koleksi BSLN yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1963. Karya catan minyak atas mezonite board bertajuk " Mandi Di Taman Templer " telah menjalani rawatan pembersihan permukaan dan belakang serta kerja-kerja pengukuhan pigmen dan seterusnya proses infilling. Pelukis pula berperanan untuk pelaksanaan kerja-kerja inpainting.Cawangan konservasi berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan bersama lain-lain pelukis di masa hadapan.


Staff konservasi sedang berbincang bersama pelukis bagi
mengenal pasti tindakan lanjutan oleh pelukis.


Pigmen yang rekah dan rapuh diperkukuhkan dengan sapuan
gelatin ke atas acid free japanese tissue paper.


Acid free japanese paper ditanggalkan setelah pigmen kukuh seperti
sediakala sebelum kerja-kerja infilling mengambil tempat.