Social Icons

Pages

Showing posts with label DAP.... Show all posts
Showing posts with label DAP.... Show all posts

Thursday, August 24, 2017

TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???


Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah,Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN".Laungan yang disambut kemudiannya oleh semua perwakilan PAS untuk menjahanamkan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Mat Sabu itu.Kemudian,Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membuat usul agar PAS putus hubungan dengan PKR.“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan” kata Khairuddin. 11 Mei 2017, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta,kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh. Kerajaan negeri Selangor bergoncang sekejap dengan keputusan Majlis Syura ini namun akhirnya hubungan “tidak sah” PAS dengan PKR di Selangor diteruskan juga oleh Azmin Ali. 

Bermakna,DAP tahu parti PAS masih ada nyawa kerana ada orang dalam PKR masih simpati dengan PAS. Oleh itu, DAP kena cari jalan untuk "jahanamkan" terus PAS.Semalam,orang kuat PKR telah keluar parti.Bukan calang calang orang,berjawatan Bendahari lagi.Sebabnya adalah kerana tidak puas hati dengan Azmin yang masih tetap mahu meneruskan hubungan politik dengan PAS. "Saya tidak boleh (pertahankan kerjasama dengan PAS).Apabila saya tidak dapat mengikut arahan ini maka saya perlu berundur," kata William Leong yang merupakan Bendahari PKR.Politik kayu tiga cara Azmin Ali sudah mula dibenci oleh pemimpin atasan PKR sendiri. 12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor. PAN adalah "isteri yang sah" mengikut gabungan baru Pakatan Harapan manakala PAS pula sudah jadi janda sejak Pakatan Rakyat sudah diiktiraf mati oleh Kit Siang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor. Hayat "janda" yang bernama PAS ini sudah tidak lama lagi di "rumah" itu. Ini kerana, dalam PRU14, bermulalah "proses menghalau janda" oleh PAN. 


Inilah yang menyebabkan William Leong keluar dari PKR.Khabarnya bukan William Leong sahaja yang akan keluar daripada PKR. Ramai lagi yang akan mengikuti William kerana tidak puas hati dengan Azmin. DAP dipercayai menjadi dalang menghasut William keluar dari PKR. William Leong memang sudah lama tidak puas hati dengan ADUN PAS Taman Templer iaitu Zaidy Abdul Talib kerana beberapa isu berkaitan agihan peruntukan di kawasan terbabit.Kerusi Taman Templer ini dijangka akan ditandingi oleh calon PAN yang akan ditaja oleh DAP nanti. Begitu juga dengan dua lagi kawasan di Kuang dan Rawang, dulu PKR yang masuk tanding di situ. Dipercayai di dua kawasan ini juga, DAP akan meletakkan calonnya untuk menguatkan kedudukan DAP dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Sebenarnya pengundi di dua DUN situ adalah bukanlah ahli PKR tetapi mereka lebih cenderung kepada DAP. Samalah juga dengan William Leong, dia dapat undi banyak dari penyokong DAP. Jika Azmin terus berkeras mahu kerjasama dengan PAS dan William masih lagi berada dalam PKR, kemungkinan besar William juga akan kalah di parlimen Selayang. Bukan sahaja di Selangor yang bergolak dan pecah belah, PKR di Kelantan juga tengah bergaduh teruk kerana hubungan dengan PAS. Satu puak PKR diketuai oleh Ab Aziz Ab Kadir,Pengerusi PKR Kelantan yang lebih cenderung untuk kerjasama dengan PAS. Satu puak PKR lagi diketuai oleh Mohd Khairul Amin Abdul Rahman, Naib Ketua AMK Kelantan yang lebih suka kerjasama dengan PAN bersama Husam Musa. Di pihak Ab Aziz, diam diam “hubungan dengan PAS” dilakukan oleh membolehkan semua penyelia yang dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan boleh menerima elaun bulanan dan keistimewaan lain. Ab Aziz buat begitu kerana orang orang PKR ini sudah buat perjanjian sulit mahu undi PAS dalam PRU14 nanti. 

Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Husam Musa pun.Dengan Husam Musa beriya iya benar hendak menjadi Menteri Besar baru di Kelantan, dia sanggup melakukan apa sahaja cara agar PAS dapat dilumpuhkan dan PKR berkerjasama secara penuh dengan PAN. Husam tidak mahu lagi PKR bersikap seperti Azmin, secara bersembunyi sembunyi jalin hubungan dengan janda, PAS. Husam minta bantuan DAP bagi jahanamkan PKR yang pro PAS di Kelantan. Inilah yang sedang berlaku di Selangor dan Kelantan. PKR sedang berpecah belah kerana mahu rebut kuasa dan kedudukan. Di Selangor, berpecah kerana pemimpin PKR masih mahu jalin hubungan sulit dengan PAS. Di Kelantan pun begitu, pemimpin PKR masih lagi mahu jalin hubungan dengan PAS. DAP akhirnya berjaya memecah belahkan PKR dan juga PAS.DAP tubuh PAN sebagai parti serpihan PAS. Kemudian untuk menjadikan PAN kuat, DAP gesa pemimpin PKR yang pro PAN agar bergaduh dengan semua pemimpin PKR yang masih lagi pro pada PAS. Ini bukti DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan. Mencaturkan segala perkara yang berlaku dalam pembangkang. Jangan dilupakan, logo Pakatan Harapan pun masih belum diserahkan lagi kepada ROS.

Pendaftaran Pakatan Harapan pun masih berstatus “tidak sah”.Begitu juga dengan hal CEC DAP.Sebenarnya DAP masih lagi berstatus parti haram,sama taraf seperti kilang haram di Pulau Pinang. Namun dalam pakatan pembangkang, DAP adalah ketua sebenar.Yang menentukan segala galanya hinggakan buat PKR berpecah belah dan menubuhkan PAN untuk melawan dengan PAS.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 17, 2017

KANTOI !!! #DAP LINDUNGI KILANG HARAM DI #PULAUPINANG !!!


Sudah terang lagi bersuluh.Imej satelit telah membuktikan kilang haram dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.Ketua Menteri DAP,Lim Guan Eng cuba lari dari tanggungjawab bila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu kononnya kilang berkenaan sudah ada di zaman ketika BN memerintah Pulau Pinang.Ini adalah kenyataan yang tidak benar.Padahal bukti imej satelit dari aplikasi Google Earth menunjukkan kilang berkenaan masih tidak ada sehingga Mac 2008.Pemeriksaan oleh Tzu P Wong mendapati tapak kilang berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP menang di Pulau Pinang.

"Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong.Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.Umum mengetahui pada tarikh ini,DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.Dan selepas itu,kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.Maka sekali lagi,terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong.Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP,walaupun penduduk Pulau Pinang hidup dalam bahaya,” katanya semalam. 

26 Februari 2012,satu himpunan memprotes Lynas dianjurkan di Pulau Pinang. Guan Eng dalam ucapan memprotes Lynas itu menyatakan ; "Mereka yang sokong Lynas ini tiada perikemanusiaan.kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita selamat" kata Guan Eng.Hari ini siapa yang tidak ada perikemanusiaan ??? Guan Eng sendiri,bila sanggup melihat hampir 7 orang penduduk di kampung Sungai Lembu mati akibat dijangkiti kanser akibat kilang haram.Selepas lima tahun,tiada orang yang kena apa apa penyakit pun akibat Lynas di Pahang.Namun di Penang,ada kilang haram yang membahayakan keselamatan penduduk.Tuduhan jahat yang dibuat ke atas kilang milik syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd ada yang nakal termasuk mendakwa ada penduduk akan berubah menjadi "zombie" dek kerana terkena radiasi bahan radioaktif nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan. 

Tuduhan terhadap Lynas ini sudah terbukti karut.Bagaimanapun,sebuah kilang haram penapis karbon di Bukit Mertajam,Pulau Pinang sudah ada bukti jelas ia berbahaya kepada penduduk sekitar yang menderita akibat pencemaran yang dihasilkan. Seorang penduduk,Ong Cheng Giap mendakwa dia serta 11 orang ahli keluarganya mengalami masalah alahan kulit termasuk gatal gatal sejak kilang haram yang terletak 100 meter dari rumahnya beroperasi. Untuk rekod, kilang haram itu sudah 10 tahun beroperasi tanpa lesen. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan DAP Penang, malah kilang ini dilindungi lagi.Exco DAP Penang dipercayai melindungi kilang haram ini biarpun mengetahui kewujudannya dan sudah pun mendapat bantahan dari penduduk setempat. 

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, 11 dari 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu, Penanti sudah pun disahkan menghidapi kanser. Pengarahnya, Datuk Dr M Sukumar berkata, Penolong Ketua Kampung berkenaan mengatakan bahawa 7 orang muda telah mati kerana kanser sejak dua tahun yang lepas Lebih menakutkan jika ia ditukar kepada nisbah,11 daripada 500 orang ia akan menjadi 2,200 orang daripada 100,000 orang.Kata Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007 - 2011 oleh Institut Kanser Kebangsaan,  kadar peringkat nasional insiden kanser untuk lelaki dan wanita pada kadar 86.9 peratus dan 89.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk. Bahayanya di Pulau Pinang ini, kadar nisbah kanser di Sungai Lembu adalah amat tinggi iaitu 2,342 peratus. Lebih tinggi dari kadar purata kebangsaan dan 7 orang telah mati akibat kanser. Kasihan penduduk Pulau Pinang khususnya di Sungai Lembu.Tujuh orang mati akibat kanser dan berpuluh orang lagi alami penyakit gatal gatal dan risiko kanser. 

Guan Eng masih lagi buat pekak badak dan salahkan BN.Jual tanah di Jalan Peel Penang salahkan BN, banjir berlaku di Penang salahkan BN,beli banglo harga murah pun salahkan BN juga.Ada orang mati kerana kanser akibat kilang haram pun,Guan Eng masih mahu putar belit salahkan BN.Ini Ketua Menteri sudah gila agaknya. Rakyat Pulau Pinang kena bangkit dan bantah perangai Ketua Menteri sebegini. Sampai bila hendak memperbodohkan rakyat ??? Cukup cukup sudah.Rakyat kena hukum DAP di Pulau Pinang atas kertas undi nanti.Guan Eng dan DAP tidak berperikemanusiaan lagi terhadap rakyat Pulau Pinang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 16, 2017

KILANG HARAM YANG ADA KANSER DAP SOKONG !!! LYNAS YANG SELAMAT PAKATAN SERANG !!! APA CERITA NI ???


antara kebimbangan wujud kilang haram di Sg Lembu,Penanti yang membawa kepada penahanan seorang Exco DAP di Pulau Pinang kelmarin ialah,kilang itu mampu menyebabkan risiko kesihatan seperti kanser kepada penduduk setempat.Menurut ADUN Penanti dari PKR yang mula-mula membangkitkan perkara ini, termasuk data yang disokong Jabatan Kesihatan negeri, 11 dari 500 penduduk Penanti didapati menghidap kanser – mengejutkan kerana jumlah ini walaupun nampak tak banyak tapi sebenarnya 2,342% lebih tinggi dari purata kebangsaan !!! 

Tapi kenapa selama hari ini,yang kita tahu DAP kempen atas sebab bimbangkan masalah kesihatan kepada rakyat ialah pembinaan kilang Lynas di Kuantan pulak ??? Kononnya Lynas yang akan menyebabkan rakyat berdepan risiko kanser,radiasi dan sebagainya sedangkan ada kilang haram di Pulau Pinang membawa risiko kanser yang lebih besar kepada rakyat ??? Nampak sangat rakyat dibodohkan DAP.Disangka Lynas benar benar membawa risiko kesihatan bila sebenarnya yang berlaku, ia adalah kilang haram di Pulau Pinang sendiri yang menyebabkan kanser – bukan Lynas.

Ini bukan bimbangkan kesihatan rakyat tapi nak sabotaj ekonomi negara bagi pihak entah siapa yang membiayai kempen berkenaan.Dalam kes Lynas,ada maklumat mengatakan ia adalah kempen yang dibiayai pengeluar nadir bumi di China yang terjejas dengan pembinaan Lynas.Mana-mana satu pun,tindakan DAP menentang pembinaan Lynas dulu dan membiarkan kilang haram yang sebenarnya menyebabkan kanser kepada rakyat terus beroperasi di Pulau Pinang,jelas merupakan satu tindakan politik.Risiko kesihatan dalam kes di Lynas itu hanyalah alasan semata-mata.Entah berapa banyak kilang haram yang membawa risiko sama masih beroperasi di negeri tersebut,hanya mereka saja yang tahu.

Inilah wajah DAP yang sebenarnya dan rakyat menjadi mangsa mereka. 


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, August 14, 2017

BONGKAR !!! RUPANYA DAH 10 TAHUN EXCO #DAP MELINDUNGI KILANG HARAM ???


Selama dua penggal,DAP merobohkan 26 kampung orang Melayu dan banyak gerai orang Melayu yang didakwa mereka sebagai haram.Namun selama dua penggal juga DAP memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan melindungi kilang-kilang haram di negeri itu.Terdapat kira kira 200 kilang haram dan tidak ada satu pun yang dirobohkan selama 10 tahun iaitu sama jangka hayat DAP memerintah negeri di bawah Ketua Menteri,Lim Guan Eng.Perkara itu sudah terbongkar apabila Exco Pulau Pinang dari DAP,Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melindungi kilang haram di negeri itu. Siasatan turut melibatkan sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam.

Ada dakwaan,kilang berkenaan sudah mengeluarkan asap berbahaya sejak 10 tahun lepas tanpa ada satu tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu.Boon Poh ditangkap anggota SPRM ketika memberi kenyataan di pejabat agensi pencegahan rasuah itu.Dikatakan Exco DAP berkenaan ada menyerahkan surat kepada kerajaan negeri supaya kilang berkenaan tidak dirobohkan padahal ia sudah lama beroperasi secara tidak sah.Surat itu menunjukkan campur tangan rasmi kerajaan DAP lindungi kilang haram. Kalau hal kampung Melayu atau gerai tepi jalan, kerajaan DAP paling 'juara' dalam merobohkan dan melenyapkannya dengan bermacam-macam sebab. Kerja merobohkan gerai-gerai khususnya gerai orang Melayu juga banyak merata-rata di Pulau Pinang.Cari sahaja dalam Google sudah pasti akan menemui video penguatkuasa Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai orang Melayu. Malah, hanya di Penang sahaja, ada peniaga gerai sanggup curi lori penguatkuasa dan maki Guan Eng secara terbuka dalam Facebook.Dalam isu kilang haram ini,Pengarah Jabatan Kesihatan,Datuk Dr M Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 orang penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser. Sejumlah 2,200 orang penduduk di sekitar kilang haram itu hadapi kanser. Maknya setiap tahun,ada 220 tahun hidap kanser.Ini menunjukkan kadar barah di kawasan kilang haram itu,2,342 peratus lebih tinggi dari purata kanser peringkat kebangsaan. 

Menurut laporan Institut Kanser Kebangsaan, kadar kanser peringkat nasional adalah sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan. Kanser boleh adalah penyakit yang boleh membawa maut, tetapi DAP sanggup lindungi kilang haram dan biarkan rakyat kena kanser. Exco Alam Sekitar jadi dalang pula lindungi kilang yang akibatkan kanser ini daripada ditutup. Sejak DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13,sampai sekaranglah kilang ini dilindungi oleh kerajaan DAP melalui Boon Poh. Takkan Guan Eng tidak tahu menahu berkenaan perkara itu ??? Menurut beliau,dia sendiri tidak tahu perkara ini berlaku. Ini hanya lakonan Guan Eng semata mata. Sebagai Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Boon Poh mesti tahu statistik kanser akibat kilang haram berkenaan. Kalau terus melindungi kilang haram itu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya. 

Oleh kerana itulah,Boon Poh ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan unsur rasuah lindungi kilang haram.Bila Boon Poh dipakaikan baju lokap SPRM,Guan Eng mulai gelisah.Khabarnya Guan Eng takut dipakaikan baju lokap yang sama pada 14  November ini. Kalau yakin tidak bersalah kenapa tidak mahu cepatkan tarikh ??? Bermakna Guan Eng tahu dia akan kena pakai baju oren selepas ini. Penangkapan Boon Poh baru permulaan,banyak lagi skandal akan terdedah lepas ini.Rakyat Pulau Pinang kena tolak kerajaan DAP yang amalkan rasuah ini.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, July 12, 2017

#CEC #DAP TIDAK SAH !!! APAKAH STATUS SEBENAR #ADUN DAP DI SARAWAK ??? - @RAMESHRAOAKS !!!


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mempersoalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Sarawak selepas mereka yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun lepas dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Presidennya,Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata watikah pelantikan mereka untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan sepatutnya tidak sah kerana jawatan tidak diiktiraf. "Adakah kedudukan ADUN DAP di Sarawak sah ??? Memandangkan ROS mengesahkan CEC DAP dalah haram, maka orang yang menandatangani watikah calon PRN DAP juga statusnya haram," katanya. 

Pada 7 Julai lepas,ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan semula pemilihan CEC yang baru dan sah.Kenyatan dibuat oleh Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah kerana pelantikan anggota CEC sekarang dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 adalah tidak sah."Ingin ditegaskan di sini bahawa ROS menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini ROS tidak berniat sama sekali untuk membatalkan (pendaftaran) DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Mohammad Razin,ROS berpendapat pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan pada 2013 adalah tidak sah. 

"Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC bertarikh 15 Disember 2012,iaitu melibatkan 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan."Justeru, ROS mengambil pendirian supaya DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC diiktiraf.Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP," katanya.Bagaimanapun,Ramesh berkata sehingga kini DAP dan pemimpinnya dilihat seperti tidak mahu mematuhi arahan ROS walaupun sudah tiga hari DAP diarahkan mengadakan semula pemilihan. 

"Jika mereka DAP masih degil dan enggan adakah pemilihan,kita desak pihak ROS ambil tindakan tegas dan jangan benarkan parti itu bertanding pada PRU14 nanti. "Itu adalah taktik DAP untuk pancing ROS supaya benarkan DAP untuk buat pemilihan CEC DAP itu selepas berakhir PRU 14 nanti," kata Ramesh.Beliau berkata tindakan DAP ingkar arahan ROS ini juga menunjukkan parti pembangkang itu tidak mahu mematuhi peraturan pun di bawah Akta Pertubuhan 1966.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 06, 2017

#DAP PARTI HARAM !!! TAKKAN TAK TAHU LAGI ???


kelmarin,Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan tuduhan bahawa wujudnya rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri.Tuduhan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali.Tidak wujud konspirasi.Sebenarnya DAP yang sengaja membiarkan parti mereka menjadi haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan pendaftar pertubuhan.Sejak 2012 lagi, DAP menjadi parti yang haram.Tangan Kit Siang dan Guan Eng sendiri yang menjadikan DAP parti haram.Sehingga ke saat ini, status CEC DAP masih menjadi tanda tanya apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan semua jawatan tertinggi DAP pada 29 September 2013. Pemilihan yang dibuat Disember 2012 lalu didakwa tidak sah kerana menerima undi daripada perwakilan yang bukan lagi menjadi ahli. 120 cawangan DAP tidak mendaftar tetapi mengundi dalam pemilihan CEC. Bagaimana boleh jadi begitu? Undi hantukah? Jumlah perwakilan yang hadir pada pemilihan CEC, 15 Disember 2012 adalah 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Ini yang sah. Namun hasil campurtangan Guan Eng dan Kit Siang untuk memastikan legasi mereka kekal, maka diisytihar jumlah cawangan yang hadir adalah 985 cawangan.

Lebih 120 dari jumlah yang didaftarkan. Inilah punca DAP menjadi parti haram. Bila disuruh buat pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 cawangan, Guan Eng dan Kit Siang takut. Takut kerana tanpa 120 "cawangan hantu" itu kemungkinan besar Kit Siang dan Guan Eng akan hilang kuasa dalam DAP. 753 orang ahli DAP dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan parti yang menggunakan pakai nama demokrasi. Ini sebenarnya bukan amalan demokrasi, ini adalah amalan kuku besi. Sekali gus, sudah 5 tahun kedudukan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP adalah haram dan segala proses pentadbiran parti itu boleh dipersoalkan dan dipertikaikan. Isu status DAP ini bukanlah perkara baru. Perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP,  pada bulan April 2013. Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966. Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP. Bukti DAP menjadi haram kerana kerja DAP sendiri adalah bila Kit Siang menangis pada 20 April 2013, di saat menjelang PRU13. Kit Siang menangis kerana bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding pada PRU13. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang digunakan dan menuduh ROS aniaya DAP. Tangisan Kit Siang adalah bukti Kit Siang mengakui kekesalan dan kesilapannya menyebabkan DAP menjadi haram. Menuduh ROS dan membuat lakonan air mata sekadar untuk raih simpati sahaja. Padahal pada waktu itu, Karpal Singh juga tidak bersetuju cara CEC DAP dikendalikan. Jawatan yang disandang oleh Guan Eng dan Kit Siang sekarang tidak sah dari segi perlembagaan pertubuhan. 

Pada 1998, wujud Parti Demokratik Malaysia atau singkatannya PDM yang merupakan serpihan pada parti DAP. Apakah akan wujud parti serpihan seperti itu jika status DAP terus menjadi haram? DAP kini angkuh dan sombong menjadi "king maker" dalam Pakatan Harapan. Bila sudah jadi parti haram, DAP tidak layak lagi jadi apa apa pun dalam Pakatan Harapan.Sebenarnya, 37 ahli parlimen DAP pun boleh diragui status halalnya kerana kedudukan DAP yang masih lagi parti haram di sisi ROS. Zaid Ibrahim, sebagai ahli terbaru DAP bolehlah menasihatkan agar DAP mengguna pakai logo PAN atau PPBM dalam PRU14 nanti. Jika di negara lain, sesebuah parti yang sampai 5 tahun tidak mematuhi peraturan boleh dibatalkan terus pendaftarannya. Namun di negara demokrasi Malaysia ini, masih wujud parti DAP. Mengapa takut sangat DAP hendak buat CEC semula? Mengapa takut panggil senarai 865 cawangan itu ??? Takut jawatan yang disandang selama 51 tahun secara kuku besi akan hilang. Inilah sebenarnya parti yang paling tidak demokratik di Malaysia. Hanya dikuasai secara kuku besi oleh anak dan bapanya sahaja.Sampai jadi haram parti itu dikerjakan mereka berdua.Memang haram pun.5 tahun dah.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, June 15, 2017

EKSKLUSIF !!! 10 FAKTA #PULAUPINANG BAWAH #DAP NEGERI YANG GAGAL DI #MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


Sejak 2008,Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang,banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh penduduk di negeri berkenaan.Semakin lama,semakin banyak yang terdedah.Sekali gus menunjukkan kegagalan Guan Eng serta DAP memerintah Pulau Pinang.Kerajaan DAP telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal.Berikut adalah 10 fakta tanda Pulau Pinang adalah negeri yang gagal. 

1 - Ketua Menteri yang terlibat dalam kes rasuah.Guan Eng telah didakwa pada 30 Jun 2016,atas pertuduhan rasuah.Kes rasuah di mahkamah belum selesai tetapi masih tidak malu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri. 

2 - Tanah di negeri itu habis digadai.Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni.Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion.Sejak 2008,aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion. 

3 - Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun.Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.

4 - Industri Kilang Tutup,Pekerja Dibuang.Beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur kini semakin goyah.Ini kerana sembilan kilang dijangka berpindah. Kilang Western Digital & Seagate sahaja telah buang 3,000 orang pekerja.6,000 lagi dibuang di kilang kilang lain yang ditutup dan berpindah. 

5 - Pelaburan makin kurang.Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia,MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Penang.Pada Januari hingga Ogos 2016,pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.

6 - Masalah banjir tidak selesai.Pada 15 Disember 2013,Malaysiakini,Guan Eng kata akan selesaikan masalah banjir dalam tempoh sepenggal sahaja. ADUN DAP Tanjong,Ng Wei Aik pernah cakap mahu selesai masalah banjir dalam masa 9 bulan sahaja pada tahun 2008.Banjir terus berlaku di Penang sampai tahun 2017.Sejak 2011, sudah RM38 juta dibelanjakan kerajaan DAP Penang untuk atasi banjir. Dalam Bajet 2017 menerusi duit kerajaan pusat, RM150 juta lagi diberikan untuk atasi banjir. Ke mana hilang semua duit ini ??? 

7. Kerajaan Penang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta.Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun. 

8. Pertumbuhan ekonomi Penang lembab.Purata gaji pekerja di Penang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional,RM2,463. KDNK Penang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Penang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.

9. Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat.Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang.Sesatunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang.Cukai katil,caj plastik 20 sen,cukai pintu naik 14.29% pada 2015,sewa warung naik dan harga rumah naik.Inilah  padah yang rakyat Penang dapat. 

10 - 33 Manifesto "Just Change" pada 2008 & 51 projek gagal.Manifesto pada 2008 tidak ditunaikan.51 janji projek pembangunan juga gagal dilaksanakan kerajaan DAP Penang.Itu belum lagi disentuh soal kroni Guan Eng yang kuasai kerajaan negeri.Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew pernah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) serta harta bumiputra dan zakat yang dikebas. 

10 perkara ini sudah jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang.Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya.Bolasepak pun gagal juga.Rakyat Pulau Pinang kena berubah.Serik seriklah undi DAP di Penang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 14, 2017

FAKTA !!! #DAP NAK #ANWARIBRAHIM #DSAI ATAU #TUNMAHATHIR #TUNM ??? TOLONG JAWAB !!!


11 Jun 2017,Malaysiakini menulis "Anwar dipersetujui jadi Ketua Umum Harapan".Ini merupakan cerita dalaman tentang apa isi kandungan perbincangan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung pada Jumaat,9 Jun 2017.Nampaknya,perbincangan itu masih lagi buntu dan gagal memuktamadkan siapa sebenarnya calon PM bagi pihak Pakatan Harapan.Seminggu sebelum itu mereka mesyuarat perkara yang sama di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 Jun 2017.

9 Jun 2017,Zaid Ibrahim, yang kini bersama dalam DAP menyatakan PPBM patut ketuai Pakatan Harapan.Cadangan ini ditolak oleh PKR.Keputusan rasmi tidak diumumkan,bermakna sudah berkali kali mesyuarat pun,mereka masih lagi gagal berpakat sesama mereka.DAP nampaknya cenderung untuk memilih Anwar.Kit Siang sudah angkat plakad sokong Anwar Ibrahim jadi PM yang ke-7.Namun dalam masa yang sama Mahathir masih lagi mahu memujuk dan menagih simpati DAP untuk menyokongnya menjadi PM sekali lagi.Kali pertama Mahathir cakap mahu jadi Perdana Menteri ialah pada 1 Jun lepas,dalam satu temubual di Facebook dan kali kedua dalam satu wawancara di Nikkei Asian Review,Jepun pada 6 Jun lalu.Sampai pergi ke Jepun pun,mengulang lagi niat hendak jadi PM.Anwar masih lagi di dalam penjara.Cerita RM9.5 juta ini sengaja diadakan semata mata untuk beri harapan untuk membebaskan Anwar. PKR pun buat bermacam cara bagi menunjukkan Anwar masih relevan dan kuat.Maka timbullah cerita untuk melantik Anwar pula sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.Jawatan yang dulu diwujudkan dalam PKR itu,mahu dibuat sama dalam Pakatan Harapan. Dalam satu kenyataan semalam, pemimpin 51 tahun DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa Anwar yang ketika ini masih dipenjarakan, tetap menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. 

Bagaimanapun,kerana dia masih menjalani hukuman kerana jenayah meliwat, orang lain perlu dipilih untuk mejadi Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan dan dari bunyi kenyataan Kit Siang,orang itu tetap bukannya Mahathir.Mungkin DAP sudah nampak keupayaan sebenar Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.Parti yang baru setahun jagung tubuh pun tidak ke mana mana.Ramai yang lari, keluar parti,gaduh sama sendiri dan mulai pertikai kekayaan Mahathir dan skandal Muhyiddin.PPBM tuduh kononnya exco Armada itu diupah oleh pihak UMNO untuk buat kenyataan media. Tuduhan yang sama pernah dilempar pada Cikgu Kamarul,Setiausaha Kerja PPBM yang juga keluar PPBM.Tuduhan itu hanya tinggal tuduhan.Tiada bukti dan hanya mahu mengelak menjawab soalan sebenar yang ditanya exco Armada itu. Boleh jadi PKR yang upah exco Armada ini untuk menunjukkan PPBM lemah dan tidak kuat. Boleh jadi juga. Musuh utama PKR kini bukannya UMNO, tetapi Mahathir.Musuh dan penghalang utama Mahathir hendak jadi PM semula bukannya UMNO, tetapi PKR. 

Jika sanggup reka cerita RM9.5 juta untuk bebaskan Anwar,PKR juga sanggup reka cerita RM5 juta dibayar Mahathir kepada Musa Hassan pada kes liwat 1999,juga kerana untuk bebaskan Anwar.Sekarang ini,PPBM dan PKR berlumba lumba hendak memujuk hati DAP.Apa pun berlaku,DAP lah yang buat keputusan.DAP adalah "king maker" dalam Pakatan Harapan.soal lukisan logo pun,DAP yang tentukan menerusi Teresa Kok.Apatah lagi soal siapa hendak jadi PM.Kenapa DAP yang tentukan ??? DAP yang paling banyak kerusi dan berkuasa.DAP juga ada agenda lain selepas itu. Sesiapa pun naik,DAP akan pergunakan,kerana mungkin selepas itu orang yang jadi PM adalah DAP.Jangan cuba cuba menukar kerajaan di Putrajaya.Silap sekali,bukan boleh ditukar lagi. Menangis air mata darah pun tiada guna lagi jika DAP sudah kuasai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.Kuasa di tangan DAP, Anwar atau Mahathir ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 06, 2017

KANTOI !!! MANA JANJI #DAP BANTU RAKYAT UNTUK NEGERI #PH ???? #GUANENGKAKIGADAITANAH !!!


Pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU),janji atau manifesto dipersembahkan kepada rakyat sebagai akujanji parti untuk mendapatkan kepercayaan dan undi rakyat.Semua parti akan buat manifesto dan janji.Namun bila sudah dapat undi,ada juga parti yang sanggup memungkiri janji kepada pengundi tanpa rasa bersalah sedikit pun.Sehingga 31 Mac 2017,Barisan Nasional (BN) sudah pun melunaskan 97% manifesto pilihanrayanya kepada rakyat.Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion sudah yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan. 14% lagi merangkumi 804 projek bernilai RM255.17 billion adalah dalam fasa perlaksanaan.Bermakna sudah 97% janji manifesto BN sudah dilaksanakan dan ditepati.Baki 3% lagi merangkumi 167 projek bernilai RM60.43 billion adalah dalam proses pra perlaksaan.Pencapaian Manifesto BN ini adalah bertepatan dengan slogan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 'Janji Ditepati' selain 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan'.Janji manifesto yang dilancarkan pada 6 April 2013,sudah 97% sudah ditunaikan.Sejumlah RM19.33 billion pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberikan sejak 2012.Pada tahun 2016 sahaja,sejumlah 7.28 juta isi rumah mendapat mendapat BR1M bernilai RM5.36 billion. 6.2 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat meliputi penyediaan jalan sejauh 6,041.7 km,bekalan elektrik untuk 153,821 rumah luar bandar, bekalan air bersih untuk 350,094 rumah luar bandar dan sejumlah 94,605 rumah telah dibaik pulih di luar bandar. Mass Rapid Transit (MRT) fasa pertama sudah pun disiapkan "below what was budgeted".

Kalau ikut logik Rafizi,MRT ini pakatan pembangkang tidak mahu buat kerana duit itu menurut Rafizi mahu digunakan untuk subsidi minyak.Logik ekonomi Rafizibila harga minyak turun maka harga barang akan turun.Ternyata setelah hampir 4 tahun berlalu selepas PRU13,logik ekonomi Rafizi ini adalah tidak tepat sama sekali.BN juga menunaikan janji untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion dengan jarak 1,633km di kedua-dua negeri itu sedang disiapkan.Ini bukti BN serius dengan janji yang diberikan kepada rakyat. Tidak seperti sebuah negeri yang sudah ditadbir oleh rejim DAP selama dua penggal sejak 2008. Kerajaan DAP dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng, ada membuat janji  kira-kira 51 projek di seluruh Pulau Pinang. Ada pernah dengar Guan Eng bentang laporan "progress" 51 projek ini? Guan Eng tidak berani buat sebagaimana yang dibuat Dato Seri Najib dalam pembentangan laporan National Transformation Program, NTP.Jika berpegang pada konsep CAT,Competency, Accountability and Transparency maka Guan Eng kena berani bentang laporan 51 projek ini.Pada 23 Mei 2017,Datuk Muhammad Farid Saad, Adun BN Pulau Betong mempersoalkan 51 projek yang dijanjikan DAP ini.Antara 51 projek itu adalah ; 

1) Projek Aerobus yang hubungkan bahagian pulau dengan Seberang Perai pada 2008, 
2) Projek Kereta Api Bawah Tanah 
3) Projek sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar 
4) Projek pembinaan tasik buaya 
5) Projek tebatan banjir di Pulau Pinang 
6) Projek banteras tempat letak kereta haram 
7) Usaha mengekal surcaj air 
8) Projek mengekalkan perlindungan hutan di Pulau Jerjak 
9) Projek kawasan khas taman botani 
10) Projek pelaburan Blackberry 
11) Projek The Light Penang Waterfront Convention Center 
12) Projek pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia 
13) Projek mewartakan rancangan kawasan khas Bukit Bendera 
14) Projek pembinaan sistem aliran transit ringan (LRT) 
15) Projek pasar malam Chow Rasta
16) Projek mengatasi kesesakan lalulintas 

Ini adalah antara 16 projek dari 51 projek yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan DAP Penang.Semuanya telah dimungkiri dan dicapati oleh DAP.Janji DAP untuk membina sebuah hospital Islam berkonsepkan wakaf di bawah Yayasan Islam Pulau Pinang juga tidak kedengaran apa kesudahannya sampai ke hari ini.Apa yang kedengaran adalah Guan Eng sibuk menjual tanah di Penang tanpa tender terbuka untuk projek hospital swasta yang mewah. Apa yang DAP buat selama dua penggal di Penang ??? Tanah Penang habis dijual,nilai keseluruhannya hampir RM16 billion. Projek yang dijanji tidak dilaksana pun pada rakyat. Guan Eng membentangkan manifesto untuk PRU13 pada 15 April 2013.Janji itu tinggal janji sahajalah.Dalam manifesto rakyat DAP pada PRU13, tertulis "caj air yang lebih rendah" tetapi kita surcaj air naik 4 kali di Penang. BN sudah laksanakan 97% janji projeknya kepada rakyat.4,844 sudah dilaksana dan 804 lagi sedang dilaksanakan mengikut apa yang dijanji dalam akujanji manifesto BN..DAP baru berjanji 51 projek sahaja di Penang, itu pun mereka sudah mungkirinya. Memalukan sungguh bila Exco DAP Penang,Chow Kon Yeow menyalahkan BN kerana gagal menunaikan janji 51 projek ini.Bukan BN yang sabotaj, 

DAP sendiri yang terbukti gagal.Bukan BN yang suruh Guan Eng beli rumah banglo,Guan Eng yang beli sendiri. Biarpun tidak memerintah kerajaan negeri Penang, kerajaan pusat BN tetap melaksanakan 209 projek bernilai RM2 billion kepada rakyat Penang. DAP janji 51 projek sahaja, jumlahnya suku sahaja dari jumlah projek kerajaan BN.Itu pun DAP tidak boleh buat.DAP pandai laksana projek untuk kroninya sahaja. Rakyat Penang mesti ingat lagi manifesto mudah DAP pada 2008 iaitu "Just Change".33 perkara kecil dalam manifesto ini, tidak pun ditunaikan DAP. PRU14 adalah detik terbaik untuk mengajar rejim DAP ini,ubah sahajalah.Jangan teragak agak lagi.Serik seriklah percaya janji DAP. "Penangnite can do better without DAP". 

#PiMana16Billion 
#16billionHilangPiMana  
#GuanEngKakiGadaiTanah

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI DAN FAKTA !!! HABIS TANAH TERGADAI BILA #DAP DAN #PKR MENJADI KERAJAAN !!! #GUANENGKAKIGADAITANAH !!!


Tanah adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri.Pada tahun 2008,bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak,mereka telah bertindak 'menggadaikan' 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.Nizar sendiri tanpa sedar telah mengakui perkara itu semasa berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu.Selepas 8 tahun baru hendak mengaku.Namun satu perkara yang tidak dilupakan semua orang adalah bila DAP mempergunakan Nizar memberikan status milikan kekal tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru Cina di Perak.Di Rancangan Kampung Tersusun,RKT yang lebih ramai jumlahnya dari kampung baru hanya diberi 99 tahun sahaja Terdapat 73,703 penduduk pada ketika itu dengan pecahan 44.02% Melayu,37.93% Cina dan 18.05% India.Inilah sikap "double standard" dan chauvinis DAP.

Pada Disember 2012, Nga dan Ngeh turut memperdayakan kerajaan PAS Kelantan untuk mendapat 10,500 ekar tanah balak.Dua orang pemimpin DAP ini menerusi syarikat Upayapadu Plantation Bhd mendapat tanah balak di Hutan Simpan Relai,nilainya dianggar RM40 juta.Itu di Perak,yang mana DAP menjadikan Nizar sebagai MB boneka untuk meluluskan apa yang DAP mahukan.Nga Kor Ming dapatlah sebuah "White House" bernilai RM10 juta di Ipoh sebagai hasilnya.Tanah juga menjadi kegilaan PKR di Selangor.Kerajaan PKR telah dipercayai menyeleweng 619 hektar tanah Paya Indah Wetland.17 Februari 2015,dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan Azmin Ali,pertukaran tanah Wetland dari status pertanian kepada komersial telah diluluskan.Zon Hijau Paya Indah Wetland,kawasan ekosistem yang paling besar ditukar statusnya.Nilainya RM784 juta.Inilah yang terjadi bila PKR mendapat kuasa dan menjadi kerajaan,habis tanah dikerjakan untuk tujuan komersial.31 Mac 2017,Azmin Ali dikatakan sembunyikan fakta sebenar bagaimana 9.3 hektar tanah di Kampung Bukit Cerakah boleh dijadikan tanah perkuburan Cina.Pada asalnya,tanah itu mahu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dijadikan tanah perkuburan Islam, akhirnya Azmin campur tangan dan jadikan tanah itu jirat Cina.Bagaimana ini boleh berlaku ??? Di Perak,ada campur tangan DAP.Di Selangor,PKR bersubahat dengan DAP.

Di Penang,DAP perintah secara sepenuhnya.Sebanyak 12 peratus hak milikan tanah menyusut di Penang sejak di bawah rejim DAP.Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP.Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land. Pada 2014,DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group. Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura.RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land. Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.Apatah lagi,proses jual beli berkenaan dilakukan oleh Lim Guan Eng mengikut kaedah rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka. 

Adakah ini dilakukan untuk 'mengenyangkan perut' kroni Guan Eng iaitu Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) ??? Jangan kita lupa,isteri Guan Eng iaitu Betty Chew juga pernah dilantik menjadi AJK PCCC bersama-sama penjual banglo murah kepada Guan Eng iaitu Phang Li Koon. Guan Eng juga kini terpalit isu rasuah kerana isu tanah. Guan Eng didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon,Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran. Hunza Group mendapat projek pembangunan bernilai RM3.5 billion di Penang.Tanah milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang telah dijual kepada Hunza Land, proksi Guan Eng. Bila Guan Eng buat kutipan derma,Hunza Land menyumbang dana RM200,000 untuk bebaskan Guan Eng. DAP mengkayakan proksi kemudian bila pemimpin DAP susah, proksi ini membantu kembali.

Inilah jadinya bila DAP dan PKR mendapat kuasa.Habis tanah dikerjakan dan dijual mereka. Itu belum lagi Pakatan Harapan yang diterajui DAP perintah Malaysia. Tanah di mana lagi yang mereka mahu jual dan gadai nanti ??? Minta simpanglah jauh jauh agar jangan Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tergadai habis tanah dikerjakan mereka jika diberi peluang sekali sahaja. Jadikanlah cerita di Perak, Selangor dan Penang sebagai tauladan.Betapa rakusnya DAP & PKR bila dapat kuasa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 22, 2017

TU DIAAA !!! @RAMESHRAOAKS CABAR MELAYU SOKONG #DAP,#PAN,#PKR DAN #PPBM SELAR SUPERMAN #HEW !!!


Bekas ahli DAP,Hew Kuan Yau dengan selamba kata orang Melayu yang mengundi UMNO sehingga parti Melayu itu boleh menang 88 kerusi dalam Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah bodoh kerana sudah dihasut oleh pemimpin terdahulu.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata ini membuktikan bahawa pemimpin parti DAP, PKR,PAN dan PPBM juga adalah bodoh kerana ada di antara mereka pernah menyokong UMNO khususnya bekas pemimpin UMNO di dalam parti itu.Dalam satu kenyataan,beliau berkata betapa penakutnya para pemimpin Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) kerana membiarkan sahaja Hew berkata sedemikian kepada bangsa mereka dengan nada yang menghina. 

"Sudah pasti kalau mereka tak pilih UMNO pun,ada saudara mara dan ahli keluarga mereka yang undi UMNO ketika PRU13 yang lepas,jadi mereka ini seakan dayus kerana membiarkan bekas ahli DAP ini menyalak dan mengatakan orang Melayu bodoh," kata Ramesh.Hew dalam satu ceramah mengatakan bahawa kononnya angin perubahan hendak menjatuhkan UMNO begitu kuat tapi pembangkang masih gagal menumbangkan UMNO sebaliknya UMNO menang 88 kerusi."Ini ialah bukti bahawa penduduk dalam 88 kawasan Parlimen ini ialah orang Melayu yang degil dan tak pandai.Walaupun saya kata orang Melayu ini bodoh tapi saya tak salahkan mereka kerana sudah dipukau oleh UMNO," kata Hew dalam ceramah itu. 

Ramesh mencabar orang Melayu yang sokong DAP,PAN,PKR dan PPBM menyelar tindakan Hew jika mereka tidak bodoh setidaknya bersuara bagi ahli keluarga mereka yang sudah mengundi dan menyokong UMNO sejak dulu."Melayu DAP,PKR,PAN dan Bersatu Melayu dayus? Bodoh? Kalau bukan kenapa tidak tegur Superman?," kata Ramesh mencabar.Kebanyakan parti di dalam PH amat penakut dan pengecut jika mahu berdepan dalam arena politik dengan DAP."Apa sahaja yang dilakukan oleh DAP biarpun kurang ajar kepada orang dibiarkan sahaja oleh pemimpin Melayu dalam parti lain dalam pakatan khususnya Presiden PAN, Mat Sabu, Presiden Bersatu, Muhyiddin dan Presiden PKR, Wan Azizah," katanya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, May 18, 2017

FAKTA !!! SEBENARNYA #DAP YANG AJAR POLITIK BIADAP DAN KURANG AJAR !!!


Sebelum PRU13 dahulu,ketika Datuk Seri Najib menghadiri satu perjumpaan di Pulau Pinang,di mana ada kehadiran "Gang Nam Style" dari Korea,DAP dan Lim Guan Eng amat takut dan risau dengan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang yang hadir.Apa yang DAP lakukan adalah mereka membuat lakonan kononnya Datuk Seri Najib kena boo dalam satu video. DAP arahkan kepada semua ahli serta jentera yang digelar “Red Bean Army” untuk menyerang klip video Youtube itu bagi tujuan memalukan PM.Ketika panggil Michelle Yeoh bersama PM di Klang,geng "Red Bean Army" turut menyerang Michelle Yeoh dan melakukan "cyber bullies" di page Facebooknya.Sebelum itu lagi,pada 2008,Adun Adun DAP yang bersikap biadap dan kurang ajar dalam Dewan Undangan Negeri Perak.Ketika Nizar tumbang di Perak,DAP juga yang menggesa orang PAS tidur atas jalan di Kuala Kangsar.Kini DAP mengajak rakyat agar membenci Najib.Apa sahaja yang berlaku adalah salah Najib. Ini mentaliti yang cuba DAP programkan kepada rakyat.Mainan persepsi menyalahkan pemimpin yang dimulakan DAP ini diteruskan oleh Rafizi dan Mahathir hari ini.

Menanam satu kondisi persepsi kepada minda rakyat secara berulang supaya prinsip "Big Lie" Goebbels ini dapat mempengaruhi rakyat.Rafizi dengan bohongnya dan Mahathir dengan tuduhan Najib pencuri.Mereka tetap ulang tuduhan yang sama walau pun tidak dapat membawa sebarang bukti dan sudah dijawab berkali kali.DAP juga berjaya menghasut "pak lebai" untuk menderhaka pada raja. Bekas MB Perak,Nizar Jamaluddin pernah mohon derhaka kepada Sultan Perak.Kerja kerja kotor DAP dilaksanakan oleh tangan Melayu.Seperti di Pulau Pinang,DAP screw Adun Melayu untuk meluluskan RUU ladang babi mega.Di Perak,Melayu sanggup untuk baring di tengah jalan menghalang kenderaan raja.Begitulah budaya biadap & kurang ajar didikan DAP. Ketika demo jalanan di Kuala Lumpur,DAP meletakkan gambar pemimpin Melayu UMNO untuk dipijak pijak oleh Melayu yang telah pun dirasuk oleh DAP. Melayu yang hadir himpunan haram BERSIH di sama tarafkan dengan anjing berbaju kuning BERSIH bila ahli DAP juga ada membawa anjing mereka turun sama berdemo. DAP membiarkan budak budak menunjukkan punggungnya sambil membuka seluar pada gambar dan wajah pemimpin negara. Inilah hasil didikan budaya biaDAP dan kurang ajar DAP. Tidak diajar dalam mana mana agama untuk berlaku biaDAP dan kurang ajar sebegitu. Kini nyata sekali, sifat kurang ajar dan sifat tidak sopan dalam politik di Malaysia ini berasal dari didikan DAP. Orang Melayu yang pak lebai pun terikut ikut dengan rentak DAP. 

Tidak perlu lah DAP susah susah untuk menggunakan pihak lain untuk bersifat kurang ajar,kerana semua rakyat tahu DAP lah pelopor kepada politik kurang ajar itu di Malaysia Cuma kali ini apabila kurang ajar itu kembali kepada DAP,mohon terima dengan besar hati dan bersifat “gentleman” macam Datuk Seri Najib.Memaafkan kembali orang yang pernah cakap begini di rumahnya pada 2013 ; "Ini last time kita jumpa Najib di Seri Perdana,lepas ni orang lain dah duduk sini hahahaa!" sambil disambut gelak tawa kumpulannya.

Semalam, Najib masih lagi berada di rumahnya.Orang yang sama datang lagi dan cuba membuat provokasi pula.Berlaku sedikit pergelutan dan akhirnya secara "gentlemen" Datuk Seri Najib memaafkan orang itu.Semua rakyat melihat sikap biaDAP itu semalam.Hasil didikan siapa sikap biaDAP dan kurang ajar itu ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 09, 2017

FAKTA !!! PEMILIK BANGLO #DISNEYLAND SUDAH DIGANTUNG #PKR,#DAP BILA NAK GANTUNG PEMILIK BANGLO #PINHORN ???


gaduh sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang.Gaduh sebab rebut kerusi,gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.Terbaru,apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang,Adam Rosly,tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu.Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly,keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin.Rafizi pula diserang oleh kem Azmin Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali.

Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti.Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.Itu cerita dalam PKR.Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP,iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang,berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu.Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.Namun DAP bertindak kejam.Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan.Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang berlaku di Melaka,Negeri Sembilan, Kedah,Johor,Sarawak,Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang,bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini ??? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah ??? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti,maka ia tidak perlu menerima hukuman parti ??? Sebaliknya,jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim',maka dengan mudah mereka perlu dihukum ??? Apa yang nyata,pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang.Namun,pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka. 'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa.Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan.Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri.Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah.Bila DAP mahu bertindak ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 21, 2017

FAKTA !!! SENARAI PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM OLEH PARTI #DAP DIDEDAHKAN !!!


- Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam. 

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Umat Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor,Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ 

 Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014,yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Sumber

"PKR..PAN..PPBM... renung2kan lah dan selamat berfikir....."

Thursday, April 20, 2017

TU DIAAA !!! 10 FAKTOR KERAJAAN #DAP #PULAUPINANG AKAN TUMBANG DIDEDAHKAN !!!


Percaya atau tidak,penggal ini merupakan yang terakhir bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang berkuasa di negeri pulau mutiara itu.Penggal pertama dan kedua,DAP perintah,kerana ada rakyat terpengaruh dengan propaganda jahat mereka.Namun sekarang ini,DAP tidak mampu lagi hendak menipu pengundi buat kali yang ketiga.Kenapa ada cakap cakap bahawa roket DAP di Pulau Pinang bakal jatuh pada PRU14 ??? Ada 10 faktor utama yang menjadi penyebab kepada kekalahan itu. 

Pertamanya 25 buah kampung Melayu telah lenyap hasil pemerintahan 'kejam' DAP.Keahlian Umno pula naik dengan mendadak sehingga 35 peratus,di samping keahlian PAS juga naik 30 peratus.Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.

Faktor keempat yang paling menakutkan DAP,apabila terdapat 18 DUN di negeri itu yang majoritinya adalah pengundi Melayu.PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini.Kerana sikap diktator Guan Eng,kajian mendapati sokongan terhadap DAP menurun 25 peratus di kawasan sebelah pulau.Ini menjadi faktor kelima mengapa DAP akan tumbang di sana.Bukan sahaja di sebelah pulau,sokongan pengundi terhadap 'parti chuavinis' itu juga turun merudum sebanyak 35 peratus di Seberang Perai.Ini diakui kerana ketidakcekapan kerajaan DAP dalam isu-isu seperti tebatan banjir serta tambak laut yang menjejaskan kehidupan nelayan. 'Bala' terbesar buat Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah skandal banglonya.Guan jelas sudah kantoi dalam isu banglo ini,hanya menunggu masa untuk mendapat hukuman sahaja.Skandal banglo,rasuah kroni dan isu Taman Manggis menjadi faktor penyebab pengundi bakal menolak DAP di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Faktor kesembilan yang sedang menghantui DAP di Pulau Pinang adalah isu rasuah yang melibatkan kroni Guan Eng,isu terowong,serta isterinya sendiri.Rata-rata pengundi sudah mula muak dan rasa tertipu dengan Guan Eng yang sebelum ini amat sombong bila bercakap soal kronisme dan nepotisme.

Faktor terakhir yang bakal membuatkan DAP 'berputih mata' untuk terus mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang adalah perpecahan dalaman parti,yang kebanyakan pemimpjn akar umbinya tidak berpuas hati dengan Guan Eng dan keluarganya.Apa tidaknya,keseluruhan parti itu diurus mengikut cara mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa 'Legasi Lim'.Sebab itu sudah ada suara suara mendesak Guan Eng meletak jawatan sahaja.

Inilah 10 faktor yang menjadi penyebab kerajaan DAP di Pulau Pinang bakal kalah teruk dan akan dihukum oleh pengundi pada PRU14 nanti.DAP dijangka akan hilang 5 kerusi,PKR dijangka kalah semua kerusi pada PRU14 nanti.BN dan PAS akan menambah kerusi.Rakyat Pulau Pinang tidak mahu jadi bodoh buat kali ketiga.Cukuplah dua kali terkena dengan janji janji manis DAP,rakyat tidak sabar hendak menghukum DAP di atas kertas undi nanti.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 12, 2017

FAKTA !!! KEMELUT #DAP IBARAT KEPALA NANAH YANG BAKAL MELETUP !!!


Walaupun sudah boleh menjangka nasib yang bakal diterimanya,namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga Teh Yee Cheu terpaksa juga membuka mulut meminta Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng untuk meletak jawatan.Desakan itu dibuat kerana pertuduhan kes rasuah skala besar yang telah terang lagi bersuluh yang sedang dihadapi oleh Setiausaha Agung DAP berkenaan. Selaku pemimpin tertinggi DAP dan kerajaan negeri,Guan Eng sekarang ini benar-benar berada dalam kemelut dan kesempitan.Isu banjir,kajian terowong dan isu dalaman DAP menjadikan Guan Eng dan Kit Siang berada dalam keadaan bernanah.Sudah ramai ahli DAP di peringkat bawah bangun memberontak melawan cara kuku besi Kit Siang dan anaknya itu.Keadaan ini bakal membawa keruntuhan pada DAP.Tidak mustahil bakal memberi impak kepada kekalahan besar Pakatan Harapan di Penang. 

Kemungkinan besar DAP akan hilang kerusi Ketua Menteri di Penang.PAS kini ada satu kerusi dan PKR ada 9 kerusi.Jika PAS masuk dan kacau semua kerusi PKR ini maka PAS atau BN akan dapat lebihan 9 kerusi ini.PAS boleh jadi 10 kerusi atau BN boleh jadi 20 kerusi pada PRU14 nanti.Jumlah kerusi DUN di Penang adalah 40 kerusi. Ada dua situasi boleh berlaku : 

1) BN dapat 11 kerusi dan PAS dapat 10 kerusi.Sudah jadi 21 kerusi. 
2) BN dapat 20 kerusi dan PAS dapat 1 kerusi. Sudah 21 kerusi. 21 kerusi sudah "simple majority" dalam DUN Penang yang mana kesemuanya ada 40 kerusi DUN.Ini yang dibimbangi oleh ADUN Tanjong Bunga itu.

Punca utama PKR boleh kalah semua kerusi ini adalah kerana faktor skandal Guan Eng.DAP juga mungkin hilang 4 atau 5 kerusi pada PRU14 nanti kerana perpecahan dalaman yang kini kian teruk.Walaupun begitu,Guan Eng tetap ego dan keras kepala tidak mahu turun dari kuasa yang dimilikinya.Bukan itu sahaja,masalah banjir di negeri itu juga sudah menjadi sebuah mimpi ngeri buat 1.89 juta (data tahun 2016) penduduknya saban tahun.Malahan,menurut beberapa pemerhati politik dari PAS,BN dan Parti Alternatif Rakyat (PAP), banjir hanyalah sebuah isu sampingan semasa BN memerintah,sebaliknya bertukar menjadi isu kritikal sejak DAP perintah Pulau Pinang sehingga saat ini. Sekali lagi Guan Eng telah gagal dalam urus tadbir negeri Pulau Pinang.Lebih 'memucatkan muka' Guan Eng apabila pihaknya telah gagal menjawab persoalan tentang kos kajian terowong dasar laut yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM305 juta yang ditanggung Kerajaan Pulau Pinang dengan sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar pada Mei 2016 kepada sebuah syarikat. Malahan, tanah di Pulau Pinang bernilai RM2.83 bilion yang ditukar untuk projek itu telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong berkenaan kepada sebuah syarikat disenaraikan pada satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari,2016 yang dihadiri Guan Eng sendiri. 

Juga satu lagi kisah skandal dan beban DAP pada PRU14.Terbaru,pendedahan bekas pemimpin DAP bernama Asoghan tentang bagaimana cara parti itu menyingkir keluar tanpa belas kasihan mana-mana pemimpin yang tidak memberi manfaat kepada agenda 'Legasi Lim'. Sebagai contoh,nama-nama pemimpin veteren DAP seperti Balasundram, Sanmugam dan keluarganya kini dibuang bagai 'sampah tidak dikutip' oleh kepimpinan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng bersama-sama ayahnya, Lim Kit Siang. Turut didedahkan Asoghan bagaimana Karpal Singh 'dihalau' keluar sebagai Pengerusi DAP hanya kerana mendiang itu terlibat dengan masalah di mahkamah oleh Guan Eng.Sedangkan pada hari ini,Guan Eng sendiri sedang terpalit dengan masalah yang sama tetapi enggan meletak jawatan.Semua kemelut ini sedang bernanah dan menanti meletup sahaja. DAP di Pulau Pinang tidak boleh menafikan bahawa mereka sedang berada dalam sebuah kemelut yang amat kronik. 

Sebagai pengundi,cukuplah memberi peluang kepada DAP dan Pakatan Harapan memerintah selama dua penggal di Pulau Pinang dan Selangor.Kali ini jangan lagi beri muka kepada DAP lagi untuk mewakili rakyat di peringkat Dewan Rakyat dan DUN. Ahli bawahan DAP sedar mereka akan hilang kuasa di Penang.Sebab itulah DAP Melaka sudah keluar dan ramai lagi veteran DAP turut sama keluar. Beban utama dan isu utama DAP sekarang adalah Kit Siang dan Guan Eng.Kerana mereka berdua ini adalah liabiliti terbesar DAP sekarang. Ibarat kepala nanah yang sedang tersembul keluar. Hanya menanti detik untuk meletup sahaja.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA #DAP DIDEDAHKAN !!!


Penguasa Pakatan Harapan,Lim Kit Siang akhirnya terpaksa 'menundukkan' ego sendiri apabila perlu melutut dengan pengundi berbangsa Melayu untuk terus mencari pengaruh dan undi.Ini jelas melalui kenyataan anaknya Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan Dr Mahathir Mohamad berjaya urus negara kita dengan baik selama 22 tahun.Umpama tangan kanan yang bawa madu,DAP akan cuba sedaya upaya mereka untuk menarik hati para pengundi Melayu.Sebab itulah mereka sanggup membenarkan Mahathir melalui PPBM menyertai Pakatan Harapan yang dikuasai mereka.Tidak cukup dengan itu,Kit Siang turut mengangkat Mahathir dan Wan Azizah dari PKR sebagai penasihat Pakatan Harapan.Inilah "madu terbesar" DAP untuk umpan undi orang Melayu.Kononnya DAP amat menghargai bangsa Melayu dan meletakkan kedudukan tertinggi terhadap pemimpin bangsa Melayu dalam pakatan pembangkang.Namun sebenarnya 'tangan kiri dibelakang sedang memegang pisau'.Tajam dan amat bersilau.Niat sebenar dan "hidden agenda" itu sudah dapat disaksikan bila DAP meroyan tak tentu pasal dalam urusan hal ehwal agama Islam dalam Dewan Rakyat. 

Tidak mahu beri peluang langsung kepada Ahli Parlimen PAS Marang,Haji Hadi Awang untuk membentangkan RUU 355 yang berkaitan agama Islam dalam Parlimen.Kenapa perlu DAP bangun menghalang ??? Inilah bukti bahawa DAP 'elergic' dengan mana-mana usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia.Kelakuan yang sama pernah berlaku dalam dewan undangan negeri Perak pada 2008.Mereka biadap pada Sultan Perak dan beraksi bagai sarkas dalam dewan sedangkan pada masa sebelumnya mereka menjadikan Nizar sebagai "madu" dan tawaran mereka.Nasib baik "madu" itu hanya tahan untuk 9 bulan sahaja. Itu pun sudah cukup untuk DAP, Nga dan Ngeh memegang pisau melaksanakan beberapa "hidden agenda" DAP di Perak.Jadi pengajaran yang harus pengundi beragama Islam sedar adalah tentang bahayanya mengundi DAP dalam mana-mana pilihan raya.Apatah lagi sejak 2015,pelbagai pihak yang berlatarbelakangkan agama telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa undi DAP sebagai haram.Bukan seorang,malah beberapa tokoh agama termasuklah Mufti Pahang telah lama memberi peringatan kepada umat Islam bahawa bahayanya DAP ini.Maka sedarlah semua,imej baik yang DAP cuba tonjolkan untuk bangsa Melayu dan agama Islam itu sekadar mahu memancing simpati sahaja.

Dalam genggaman tangan kanan DAP beri madu.Kalau ada yang terpedaya,lekalah Melayu itu dalam kemanisan sementera madu DAP itu.Orang yang makan madu itu menunggu masa sahaja untuk ditikam DAP.Orang PAS yang sudah makan madu DAP di Penang sudah kena tikam.PAN jadi pisau DAP untuk merobek robek dan menikam PAS.Kini DAP dapat pisau baru untuk merobek robek UMNO,Pisau itu adalah PPBM.Dua pisau ini iaitu PAN dan PPBM sedang digunakan untuk memecah belah orang Melayu.Mahathir dan Wan Azizah adalah madu untuk menjerat dan mengumpan Melayu masuk dalam perangkap.Bila sudah terperangkap,madu sudah habis,pisau pun sudah berkarat.Roket DAP akan menembak habis Melayu yang terpedaya ini.Sudah pun berlaku di Penang dan Perak.Apakah itu tidak mahu diambil sebagai iktibar oleh Melayu ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 31, 2017

KANTOI !!! RUPANYA #DAP TAK IZINKAN #PPBM KETUAI #PAKATANHARAPAN ???


Dalam satu mesyuarat "ad hoc" Pakatan Harapan baru baru ini,Presiden PPBM,Muhyiddin dikatakan mahu Pakatan Harapan menampilkan imej diketuai oleh sebuah parti berasaskan Melayu.Saranan Muhyiddin ini atas sebab kononnya untuk bersaing dengan Barisan Nasional.Di mana imej BN dilihat diketuai oleh UMNO,iaitu parti berteraskan Melayu.Maka Muhyiddin mencadangkan Pakatan Harapan juga harus dilihat diketuai oleh parti berteras Melayu juga seperti PPBM.Persoalan,apakah parti PAN bukan didominasi oleh Melayu yang beragama Islam ??? Atau seperti umum sedia tahu,PAN milik Mat Sabu hanyalah bertaraf barua sahaja dalam komponen Pakatan Harapan.PAN hanya terima arahan DAP sahaja dan tidak boleh ada pendirian sendiri.Namun begitu kerusi PAN lebih banyak dari PPBM.PAN ada 6 kerusi,PPBM ada 1 kerusi sahaja.Ahli PAN lebih ramai dari PPBM.Macam mana parti yang ada satu kerusi hendak jadi parti teras ??? Parti PKR pula sudah diketahui umum adalah parti pelbagai kaum yang didominasi oleh Melayu,tetapi tidak boleh memiliki agenda Melayu.Bahkan lebih teruk,bila menyokong semua agenda anti Islam seperti menyokong ngo ngo pro Murtad,LBGT dan Comango dan lain lain lagi.

Pada dasarnya saranan Muhyiddin itu tidak berpijak di bumi yang nyata.Namun,"setback" terbesar adalah PPBM harus sedar,mereka adalah sebuah parti baru,kecil dan tidak ada sokongan “grass root” di mana mana kawasan pun.Di seluruh negeri Kedah pun tidak sampai tujuh ribu orang ahli.Macam mana hendak jadi parti teras ??? Bahkan semua kerusi yang dipegang oleh PPBM dimenangi ketika Muhyiddin dan Mukhriz masih dalam UMNO.Kekuatan PPBM hanya ada pada Pengerusinya sahaja iaitu Mahathir.Itu pun namanya sudah mula merudum semenjak rakyat mula sedar kemarahannya kepada Perdana Menteri adalah atas sebab kehendak peribadi yang tidak dilayan.Sambil itu rakyat juga mula sedar bahawa dia mahu anaknya menjadi Perdana Menteri pada tahun sambutan Tahun wawasan 2020.Oleh kerana itulah Mahathir telah mencipta isu perniagaan 1MDB sebagai isu politik.Nama “Mahathir” juga sudah mula hilang serinya apabila penipuan demi penipuan serta "U TURN" yang dilakukannya hanya untuk memburukkan nama Perdana Menteri semata mata.

Sambil itu,dalam Mahathir menyerang Perdana Menteri,tindakan balas terhadap serangannya telah mengakibatkan banyak kisah tersoroknya mulai muncul semula.Maka atas permintaan Muhyiddin yang mewakili PPBM, kita dapati Wan Azizah telah cuba menjauhi mesyuarat yang bakal mengikatnya.Wan Azizah mahu melindungi kepentingan Anwar.Mana mungkin sekian lama Anwar pejuangkan Pakatan Harapan,tiba tiba datang Mahathir dan Muhyiddin mahu mengambil alih setelah kepentingan mereka dalam UMNO telah terpadam selama lamanya.Ini baru halangan dari PKR,bagaimana pula dengan DAP ??? Tentu sekali DAP tidak akan mengizinkan ini terjadi.Imej DAP di kalangan pemegang sahamnya iaitu kaum Cina memustahilkan DAP mengizinkan Parti PPBM mengetuai Pakatan Harapan.DAP tidak akan korbankan logo roket mereka untuk buat logo baru. Jika ikut peraturan ROS, DAP tidak boleh bertanding kerana isu CEC.Namun DAP tetap langgar peraturan dan tanding di PRU13 dan PRN Sarawak. 

DAP tetap dengan nama,logo dan ideologi DAP mereka.DAP paling banyak kerusi.DAP akan sampahkan begitu sahaja cadangan Muhyiddin dan Mahathir.Pakatan Harapan yang baru disertai oleh PPBM memiliki agenda tersendiri dan masing masing.Mana mungkin mereka akan mahu berkompromi dan duduk dalam keadaan rugi. Pakatan ini bak kata orang putih “doom to fail”.Mereka akan gaduh di tiga peringkat.Menyeragamkan logo,pembahagian kerusi dan menamakan siapa calon Perdana Menteri.Pakatan Harapan akan hancur kerana mereka melihat PRU14 adalah peluang terbaik mereka berarak ke Putrajaya sebagai kerajaan. Maka atas sebab ini masing masing mahu bahagian yang besar dan pasti sekali tidak mahu kalah dalam berkompromi. DAP terutamanya, tidak akan beri seinci pun tuntutan mereka sejak sekian lama dipadam begitu sahaja. Apatah lagi melayan kehendak budak baru dari parti PPBM.Dan akhir sekali faktor “PAS” menunggu mereka,sama ada PAS di saat akhir akan masuk atau tidak tetap ada kerugian juga kepada parti dalam komponen PH.Rampasan kerusi PAS harus diserahkan semula oleh PPBM dan PAN. Jika PAS tidak menyertai,3 penjuru menunggu Pakatan Harapan.Yang juara dalam pergaduhan ini tetap parti DAP. Sekarang mereka yang jadi abang besar,bukannya Mahathir dan Wan Azizah.Penasihat hanyalah simbol sahaja bukan ada kuasa apa pun.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 24, 2017

TU DIAAA !!! LOGO #PAKATANHARAPAN !!! AKHIRNYA #DAP TUNJUK KUASA MEREKA !!!


Tidak sampai seminggu pun selepas Pakatan Harapan (PH) mengetahui berkenaan cadangan Mahathir untuk membuat satu logo,simbol dan manifesto yang sama,akhirnya DAP membuat keputusan menolak cadangan itu.DAP tolak tanpa ada mesyuarat pun.Mengenepikan langsung mesyuarat yang Wan Azizah adakan pada Isnin lalu.Itulah kuasa DAP,parti yang banyak kerusi dalam Pakatan Harapan.DAP menolaknya kerana jika PH bergerak sebagai satu gabungan rasmi,mereka perlu menerima keputusan secara konsensus seperti apa yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN).Perlu ada Ketua PH dan Timbalan PH,siapa yang jadi ketua dan timbalan ketua sudah pasti adalah calon PM dan TPM.DAP sudah pasti mahu jadi ketua dan bukan sekadar timbalan sahaja. Mahathir pula sudah pasti tidak setuju jadi begitu.Anwar Ibrahim lagilah tidak setuju.PAN pula akan sokong DAP. Kemelut akan jadi teruk jika PH didaftar secara sah.

Kemudian, dengan mempunyai logo yang sama ini juga,perlu ada satu parti yang mengetuai pakatan.Sedangkan DAP lebih selesa dengan keadaan sekarang dimana tiada ketua atau tuan tapi orang tahulah DAP yang memimpin kerana jumlah kerusi mereka lebih banyak.Jika parti dominan membuat keputusan atas satu-satu perkara sepertimana UMNO dalam BN hari ini,parti lain dalam komponen yang sama perlu menurut.Ini yang DAP tidak mahukan kerana itu bermaksud gerak kerja politik mereka akan dikawal selia secara tidak langsung.DAP mahu mereka dilihat sebagai parti yang menentukan ke mana hala tuju pembangkang.Senang bergaduh dalam tikam parti lain dengan tiadanya parti, logo dan perlembagaan sama yang mengikat.Seperti di PRN Sarawak,DAP buat hal sendiri tanpa peduli pun PKR.Di Selangor pun sama,DAP amal sikap berlainan terhadap PAS dan PAN. Strategi DAP boleh diubah ubah sesuka hati oleh mereka tanpa ada peraturan yang mengikatnya. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,Anthony Loke berkata cadangan untuk meniru politik gaya BN sepatutnya tidak boleh ditimbulkan semula kerana PH sememangnya mengambil keputusan secara bersama dalam apa juga keadaan. 

“Memang dalam PH kita buat keputusan melalui perbincangan.Selepas kita kerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia),semangat ini akan diteruskan tidak timbul kita akan ikut acuan BN tetapi dalam PH memang budaya sebegitu sudah dibentuk,” katanya dalam satu sidang media di parlimen.Kenyataan itu menunjukkan keinginan DAP untuk mengekalkan keadaan sedia ada dalam PH.Jika keadaan sedia ada dikekalkan,itu membawa maksud hanya DAP yang akan memimpin,yang lain ikut saja tanpa banyak pilihan untuk berkata apa.Kesimpulannya,sebagai pemimpin yang pernah menjadi musuh DAP,jelas sudah Mahathir dan partinya diterima hanya untuk menjadi saingan kepada UMNO semata-mata,bukan mengubah Pakatan menjadi apa yang diingininya.Mahathir sudah kena "screw" dengan DAP berkaitan logo ini.DAP dah tunjuk kuasa.Kit Siang senyum sahaja membiarkan apa yang diputuskan oleh Anthony Loke.DAP adalah "king maker" dalam pembangkang, bukannya Mahathir.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 17, 2017

FAKTA !!! WABAK KELUAR PARTI #PPBM DAN #DAP BERPUNCA DARI #TUNMAHATHIR #TUNM !!!


Amalan  politik songsang akhirnya memakan diri kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.Antara yang tergolong dalam “maksud” atau terma songsang adalah seperti yang diamalkan oleh Mahathir sendiri.Anak didik Mahathir juga telah songsang dua kali,dua kali juga kena masuk penjara.Umpama gadis OKU yang membawa kereta melawan arus,begitulah politik Mahathir hari ini.Apa tidaknya ,berpuluh tahun mengajar setiap ahli parti UMNO supaya membenci DAP dan Anwar,kemudian berakhir dengan tuan punya badan yang mengajar kebencian itu pula yang menjilat semula apa yang diajarkan.Itulah contoh politik songsang.Maka atas sebab itu jugalah apa yang dikatakan oleh Mahathir hari ini,dianggap sampah sahaja kerana esok lusa atau mungkin lima tahun lagi dia akan kata yang sebaliknya pula.Hanya orang yang tidak periksa otak sahaja akan mempercayai kata kata Mahathir.Malah ajakan Mahathir supaya membenci Najib pun ramai orang tidak akur kerana mereka lebih kenal Mahathir dari penyokong Mahathir sendiri.Ada yang sudah buat teori jika esok lusa Mahathir U-Turn suka Najib “kita semua habuk pun tidak dapat”.Maka tidak salahlah orang tidak mahu dengar kata Mahathir lagi.Bayangkan ketika  di London pada tahun lepas,di hadapan pelajar ketika di tanya siapa calon Perdana Menteri pembangkang oleh wartawan,Mahathir menjawab orangnya adalah “Muhyiddin”.Tetapi beberapa hari kemudian di Kuala Lumpur,katanya belum ada nama calon lagi dan tumpuan adalah untuk tumbangkan Najib terlebih dulu.

Khabar terkini,ramai ahli parti PPBM sudah mula hendak keluar parti.Malah sebelum habis panas pun sudah ada yang keluar dari parti PPBM tetapi tanpa membuat pengumuman.Selain itu,yang tidak pernah masuk pun umum keluar iaitu Khairuddin Hassan dan yang baru masuk sudah keluar iaitu Ezam Mohd Nor merangkap Ezam Kotak.Begitu parahnya parti milik Mahathir.Bahkan bukan sahaja kejadian keluar parti terjadi kepada parti PPBM, parti yang berkait "bau hanceng" Mahathir juga mengalami “virus” keluar parti iaitu DAP.Antara sebab disebut ahli DAP adalah kerana rasa tertipu dengan kepimpinan DAP.Di mana mereka dididik sekian lama bahawa Mahathir itu seorang yang diktator, amal kronisma dan perkauman,tetapi akibat amalan politik songsang Kit Siang menerima Mahathir dalam dakapannya, lalu menghilangkan kepercayaan "grass root" DAP.Mahathirlah punca 182 orang ahli DAP dan 4 orang wakil rakyat DAP keluar parti di Melaka.Kini,parti PPBM yang baru setahun jagung sudah bermasalah seolah olah parti itu sudah wujud lama.Parti bunga parti baru,tetapi memiliki bagasi yang besar.Kepimpinannya mahu kaut semua pemuda menyertainya.Caranya dengan memacing keahlian baru dengan mengumpan dinosour tua sebagai maskotnya.Selain pemimpin zaman dinosour,PPBM juga memiliki masalah moral dan penyelewengan wang. 


Muhyiddin akan hadapi isu nafsu di Mahkamah Syariah Johor dan Mahathir bakal mengadap RCI isu seleweng wang BNM.Itulah bagasi parti PPBM.Ada juga yang memasuki parti PPBM tanpa membatalkan nama mereka dari UMNO.Apakah niat mereka ??? Adakah atas sebab tidak yakin dengan parti bunga dan jika apa apa terjadi boleh lompat semula ke dalam UMNO ??? Di jangkakan akan ada lebih ramai ahli DAP akan keluar parti dan begitu juga dengan parti milik keluarga Mahathir.Amat sah sekali mereka keluar kerana Mahathir,kerana tidak pandai menjaga ahli yang sedikit. Mahathir sibuk pergi ke merata negara memburukkan Najib dan UMNO atas pentas,tetapi terlupa pentas yang dia pijak sedang roboh hendak membenamnya.Pasti sekali, jika apa apa terjadi kepada PPBM,Mahathir akan kembali kepada pelan asalnya iaitu letak anaknya Mukhriz di tempat kawasan selamat yang dikuasai DAP.Tetapi apa akan terjadi kepada ahli PPBM yang lain ??? Fikir sendirilah,UMNO yang dia tunggang sekian lama memperkayakan dia dan anak beranak serta kroni pun dia tidak ada kesetiaan.Masakan parti hidup segan mati tak mahu ini dia hendak kisah sangat.Ahli seluruh negeri Kedah pun hanya ada 6,700 orang ahli sahaja.Di Jerlun hanya ada 1,700 sahaja.Semalam keluar 500 orang di Baling,sudah 7% dari jumlah ahli di Kedah.Wabak ini akan berterusan dan tidak boleh diubati.Ianya akan merebak dan terus merebak.Bunga akan layu tersadai di tepi roket sahaja selepas ini.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates