Showing posts with label Zikrullah. Show all posts
Showing posts with label Zikrullah. Show all posts
| 0 comments ]

Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" pada 15 Jan ini antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi merupakan lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini Khamis.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300km merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Jan 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan 'Dawn of the Space Age' dan 'SOS Planet' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta 'Eclipse Mints' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sains Negara dalam kenyataan di sini Khamis berkata pusat itu akan ditutup kepada orang ramai dari 18 Jan hingga 31 Mac untuk kerja pengubahsuaian. Ia akan dibuka semula pada 1 April.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 17:19pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin meningococcal quadrivalen (ACYW135) yang digunakan di semua fasilitinya adalah halal.

Vaksin ini tidak mengandungi unsur-unsur dari babi atau pun lembu.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan Selasa ini sebagai memperjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan yang menyebut Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara itu kerana ia mengandungi enzim babi.

Suntikan vaksin tersebut diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa untuk jemaah haji dan umrah.

(Sumber: Bernama - 9/6/2009 - 21:13pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]


Kita dah dengar kekejaman Israel pada saudara kita di Palestin. Gaza dah diserang hebat. Beratus orang Islam dibom, dibunuh. Rumah dan bandar musnah. Israel bukan sahaja menyasarkan orang tertentu, tetapi memang terbukti nak bunuh orang-orang Islam. 

Presiden USA, George Bush menghabiskan baki-baki pemerintahan zalimnya untuk meneruskan misi pembunuhan besar-besaran umat Islam kali ke-3 di abad ke-20 ini selepas Afghanistan dan Iraq. Manakala Barack Obama pula menyatakan dia hanya akan "berkata" sesuatu setelah rasmi pengambil alihan kuasa presiden pada 20 Januari depan. Jadi, Israel ada hampir 2 minggu lagi untuk membunuh.. setiap hari.

Jadi apa yang kita patut buat? Duduk saja? Buat Tak Tau?

Nabi pernah bersabda: "Cegahlah sesuatu kemungkaran dengan tanganmu (kekuasaan), atau dengan lidah kamu, atau dengan hati kamu. Dengan hati itulah sekecil-kecil iman".

Maknanya jika kita tiada sebarang perasaan bila mendengar, membaca atau menonton berita berkaitan kekejaman Israel - maknanya iman kita amat teruk! KOSONG!

Jika kita ada perasaan simpati pada saudara kita dan rasa benci pada para pembunuh itu - maknanya kita ada iman, tetapi 'selemah-lemah iman'. Sebab? hanya simpan dalam hati, tidak diucap, dibantah dan dilawan.

Jika kita ada lidah, bersuaralah membantah, itu lebih baik dari simpan sahaja. Terus teranglah. Bantahlah penindasan Israel. Jika para pemimpin negara buat tak kisah, tegurlah mereka agar berbuat sesuatu. Agar azab tak kena pada kita semua. Ranking 'lidah' ini lebih baik dari sekadar mengecam dalam hati. 

Jika kita ada lidah, berdoalah.. berdoalah pada Tuhan manusia.. semoga Allah membantu umat Islam. Jangan hanya sekadar doa dalam hati.. itu lemah.  Menangislah di malam yang sunyi, meratap pada Tuhan. semoga Allah membantu menguatkan hati-hati kita dan menaikkan kekuatan umat Islam.

Kita ada tangan. Tangan ini melambangkan kekuasaan kita. Kita ada duit.. ? Kita mampu untuk menderma. Dermalah untuk Gaza. Dermalah jika kita ada duit lebih. Dermalah pada yang memang memerlukan. Dermalah, bersedekahlah, berinfaqlah - sebelum tiba hari yang tidak berguna lagi harta benda dan anak pinak..

Kita ada kuasa ekonomi. Ada duit..  dermalah, bantulah. Boikotlah barangan yang bersangkutan dengan Israel. Persatuan Pengguna Islam Malaysia dah mula kempen di peringkat negara. Tiga barangan kroni Israel yang diboikot ialah Colgate Palmolive, Coca-Cola dan Starbucks. 

Gantilah dengan barangan buatan tempatan lagi halal seperti ubat gigi Mukmin. Minumlah kopi di mana-mana kedai kopi orang Islam merata jalan di Malaysia. Macam-macam jenis air ada boleh dibeli atau dibuat sendiri. Ayam goreng pasar malam tetap mengenyangkan setanding KFC, malah lebih murah. 

Bersyukurlah, kehidupan kita di Malaysia aman damai serta mudah.. buka kepala paip pili.. air terus mencurah. Tak sama dengan umat Islam di Gaza, mereka tentu sukar sekarang.. dan mereka itu saudara kita.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh disampaikan terus kepada:
  • Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, atau ..
  • Akaun Maybank: 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza
Sumbangan juga boleh diserahkan kepada pejabat NSTP seluruh negara serta syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8tv, ntv7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya. 

Tabung NSTP Untuk Gaza dibuka sehingga 7 Februari ini. 

Alhamdulillah.. PakTeh ada tangan untuk menaip di blog ini. Ini antara 'kekuasaan' yang Allah kurniakan untuk PakTeh. Anda juga begitu! Sebar-sebarkanlah kempen menderma ini, serta mendermalah. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Insya Allah.

UPDATE! Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat 10/1/08 bagi mendoakan keamanan di bumi Palestin. Kerajaan telah menyalurkan bantuan dana sebanyak RM3.5 juta melalui Mercy Malaysia, sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan sukarela.

Seperkara lagi, ada beberapa amalan yang boleh kita lakukan. Bacalah Surah Al-Fath (ayat 26-27) dan Surah Yunus (ayat 85-88). Doakanlah sesungguh hati pada Tuhan - (1) kemusnahan Israel, Yahudi dan Nasrani. (2) kemenangan umat Islam.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Esok kita dah masuk Tahun Baru bagi umat Islam, iaitu Tahun 1430 Hijrah. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.

Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.

Marilah kita baca Doa Akhir Tahun pada petang ini (sebelum maghrib) dan Doa Awal Tahun selepas maghrib kelak, semoga kita mendapat kebaikan dari tahun yang ditinggalkan dan keberkatan dalam tahun yang akan datang, Insya Allah. Bacaannya seperti berikut: 
Kita sering mencipta pelbagai azam baru untuk awal tahun Masihi.. mengapa kita tidak berazam dengan sesungguhnya untuk Tahun Hijrah? Tahun kita, umat kita dan agama kita!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Syukur kita mempunyai ramai pakar astronomi (ahli falak) di Malaysia. PakTeh tertarik dengan satu kajian Dr. Azhari bin Mohamed dan Wan Kamel bin Wan Hussain yang mengeluarkan Jadual matahari berada di zenith Kaabah dan Bandar-bandar Utama di Malaysia untuk dikongsi dengan kita semua.

Berdasarkan jadual tersebut, rakyat Malaysia berpeluang memperbetulkan hala kiblat kita 2 kali sepanjang 2009.

  • Mac-April, 2009
  • September, 2009
Rujuk bandar utama negeri kita berada, tarikh dan masanya untuk kita tetapkan arah kiblat. Bagusnya jika ketika itu, kita tandakan terus arah kiblat itu secara kekal pada ruang tempat solat di rumah atau pejabat sepertimana di bilik-bilik hotel.

Terimakasih pada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semoga akan banyak lagi mengeluarkan kajian penyelidikan yang bermanfaat untuk umat manusia seluruhnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]


Kad ucapan ini pengganti diri PakTeh sekeluarga kepada semua
saudara mara, sahabat handai serta pelawat laman blog The Journey.

Semoga kita semua diampuni, diberkati dan dirahmati Allah SWT
dalam semua keadaan. Maaf dzahir dan batin.
Selamat Hari Raya.
Berhati-hati di jalan raya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Hari Raya Aidil Fitri

  • Sunat bertakbir 1 hari - bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, 'Isyak, Subuh, Dzuhur & 'Asar.
  • Tamat sebaik masuk maghrib 2 Syawal.
Hari Raya Aidil Adha - Haji - Korban
  • Sunat bertakbir 4 hari - bermula maghrib 10 Dzulhijjah (malam raya) sehingga hujung asar 13 Dzulhijjah.
Takbir Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha

 Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 12 comments ]

Esok, Ahad (13.01.08). PakTeh & MakTeh nak ke Bota lagi. Nampaknya, gitulah rutin tiap2 minggu agaknya. Kalau campur esok, Insya Allah.. dah 4 kali kami ke sana sejak Zaim masuk asrama hari Selasa 02.01.08 lalu. 4 kali dalam 11 hari? hahaha. Tapi semuanya memang ada hal tertentu. Mungkin lepas ni, masa untuk melawat akan dijarakkan sedikit. Dalam masa yang sama, mudah2an Zaim akan lebih selesa dengan persekitaran barunya dan rakan-rakan.

Petang semalam, Zaim telefon rumah - MakTeh yang jawab. Masa tu PakTeh ada mesyuarat PIBG di sekolah. Rupanya pertandingan azan Khamis lalu, dia jadi Johan. Dapat hadiah kain warna coklat 4 meter. Dia pesan kat MakTeh, tak payah beli baju Melayu untuk raya tahun ini. Dia nak pakai baju sepasang dijahit dari kain hadiahnya. "Lembuuuut kainnya, mama." ajuk MakTeh semasa cerita pada PakTeh.

Kata Zaim lagi, dia nak test As-Sajadah Ahad ni dengan PakTeh. Senyum PakTeh dengar kata MakTeh. Memang Zaim ni sparring-partner PakTeh dari dulu dalam hal hafazan dan bacaan. Dia baca, PakTeh check. PakTeh baca, dia check. Dia ada 'rasi' dengan PakTeh - abahnya dan gurunya. Sejak dia kecil, PakTeh dah rasa dia ada talent yang tinggi dalam pengajian Al-Qur'an. PakTeh ajar Iqra' umurnya lima tahun. Dia tahan lasak dengan kaedah latihan PakTeh yang keras. Sebutan pada makhraj huruf dijaga, panjang mad diukur, dengung Ikhfak dan Idgham diperhalusi. MakTeh pun tak tahan..

Habis setahun belajar Iqra` 1-6 yang perit, PakTeh terus ajar masuk Qur'an : Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Tidak masuk ke muqaddam seperti sesetengah guru yang lain. Dia terus dikerah mengambil nafas untuk ayat2 yang panjang. Awalnya, memang dia menangis juga kena latihan tersebut. Setelah melalui surah2 panjang, dia mula steady dan happy dengan surah2 pertengahan dan akhir Al-Qur'an yang semakin pendek.

Sejak dia khatam Qur'an kali pertama dengan PakTeh semasa bulan Ramadhan, umurnya masa tu 7 tahun. Keberkatan kaedah itu, Alhamdulillah - dia dapat hafal seluruh juz 30 (Juz 'Amma) sejak umur 10 tahun. Naib Johan Negeri - Tahfiz Sekolah Rendah : 2 tahun: 2006 dan 2007. Dia tewas 0.5 peratus pada 2007 dengan Johan yang dari Kuala Kangsar, di mana tuan rumah pertandingannya juga di Kuala Kangsar. Tiada rezeki Zaim ke peringkat Kebangsaan. Apa-apapun, PakTeh selalu ingatkan dia bahawa - ilmu Al-Qur'an bukan untuk pertandingan, tetapi untuk difahami kandungannya, dihayati dan diamalkan - sepanjang hayat.

Yang menyeronokkan PakTeh ialah Zaim ni mahu 'memahami'.. Alhamdulillah.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Semoga Allah SWT merahmati, memberkati dan terus mengampuni kita walau kita sentiasa tidak pernah lekang dari melakukan dosa. Semoga kita juga terus melipatgandakan amalan hidup yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, sebagai tanda bersyukur kita kepada-Nya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Dua juta jemaah wukuf di Arafah (19.12.07)

LAUTAN manusia yang berpakaian putih memenuhi jalan raya enam lorong untuk berhimpun di Padang Arafah semalam untuk berwukuf sebagai menandakan kemuncak kepada ibadat haji yang melengkapkan Rukun Islam kelima.

Mereka mula bergerak ke timur Makkah tengah hari kelmarin sama ada dengan berjalan kaki, menaiki bas atau kenderaan lain dari Mina atau kawasan lain menuju ke tempat perhimpunan utama umat Islam itu.

Solat Zuhur dan khutbah di Masjid Namera adalah acara utama sebagai mengingati apa yang dilakukan Nabi Muhammad dari bukit itu pada tahun kewafatan beliau pada 632 Masihi.

Padang Arafah juga adalah tempat dipertemukan Nabi Adam dan Hawa serta tempat pertama di bumi di mana Allah menerima taubat umatnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...