Pembaca Blog Setia

Showing posts with label dear frens... Show all posts
Showing posts with label dear frens... Show all posts

Friday, 19 December 2014

5 Cara Paling Mudah Telan Ubat Jenis Pil/Kapsul/Tablet Supaya Tiada Lagi Rasa Tercekik..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tengok tajuk dah tahu dah mama hakim nak bebel pasal apa kan? Mama hakim pernah terima mesej pasal tak boleh nak telan supplement Shaklee jenis pil, kapsul mahupun tablet. Bila nak telan, rasa macam tersekat kat tekak, tercekik je walaupun dah minum sejag air.

Sebenarnya ramai je di antara kita yang masih susah nak telan ubat jenis pil/kapsul/tablet ni. Terutama bila dah jadi bakal ibu, mahu atau tidak, boleh atau tidak, doktor akan bekalkan kita dengan vitamin dan asid folik untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Tu belum lagi cerita kalau kita ada penyakit lain (Nauzubillah..) sebagai contoh kencing manis atau darah tinggi.

Sumber : Google


Jadi, dengan penuh semangat waja ni mama hakim nak tolong korang yang rasa tercekik bila telan ubat jenis pil/kapsul/tablet nih. Gigih tau mama hakim compile kan kat sini supaya boleh jadi rujukan sesiapa saja. Sharing is caring kan..hihihi.

CARA PERTAMA

Telan ubat dengan air yang diisikan di dalam botol yang mempunyai bukaan yang kecil. Contoh macam botol air mineral tu. Lebih kecil muncungnya, lebih mudah untuk menelan.

CARA KEDUA

Minum air melalui straw. Tak kisah la dalam botol atau cawan, tapi gunakan straw untuk sedut air selepas mencampakkan pil/kapsul/tablet ke dalam mulut. Terus telan air dan pil sekali, jangan pulak dikemam lagi airnya.

CARA KETIGA

Kalau kat rumah takde botol ataupun straw, boleh je nak guna cawan biasa. Tetapi muncungkan mulut kita seperti gaya minum melalui botol. Muncungkan betul-betul mulut tu sewaktu nak minum air untuk telan ubat.


Sumber : Google


CARA KEEMPAT

Instead of drinking plain water, tukar kepada jus buah-buahan. Rasa manis air buah tu akan memudahkan kita menelan segala jenis ubat pil/kapsul/tablet. Tapi INGAT! JUS BUAH-BUAHAN ATAU AIR YOGURT SAHAJA.

**Peringatan : Elakkan telan ubat/supplement dengan air teh/kopi/minuman berkarbonat/bercafein tinggi kerana ia menghalang penyerapan yang sempurna.

CARA KELIMA

Kalau tak boleh jugak nak telan dengan cara-cara di atas, cuba cucuk/sumbat ubat ke dalam pisang atau betik. Potong pisang ikut saiz yang boleh ditelan tekak, then cucukkan pil/kapsul/tablet. Baca bismillah dan telan lah pisang tu dengan apa cara sekali pun.

Haa.. amacam? Cukup tak LIMA CARA MUDAH MENELAN UBAT/SUPPLEMENT JENIS PIL/KAPSUL/TABLET ni? Cara yang mudah dan senang je tau. Tak memerlukan kos yang tinggi pun. Selamat mencuba ye korang..! Sharing is caring! Korang boleh kongsikan entry ni untuk sesiapa saja yang susah nak telan ubat jenis pil, kapsul dan tablet yang korang kenal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 30 November 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 By CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Friday, 28 November 2014

Air Mata Seorang Ibu Bernama Fynn Jamal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Airmata mak mak mana yang tak meleleh bila dengar lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ni kan. Lagi-lagi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik hari tu. Sejujurnya mama hakim tak tengok live pun.. Mama hakim tengok kat youtube je sebab kebetulan nak cari lagu Terbang Tunduk.

Bila tertengok rakaman Separuh Akhir Muzik-muzik tu, alahaiii.. sayunya hati sambil tengok si anak kat sebelah. Rasanya semua orang yang mengenali Fynn Jamal mesti tahu kisah anaknya yang pernah menjalani pembedahan besar satu ketika dulu. Dan fikiran mama hakim pulak cepat je teringat kat seseorang yang juga mengalami masalah yang hampir sama iaitu anak yang mengalami masalah jantung.

Sebagai mak, memang lah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kan.. Apa saja yang kita buat, semua teringat kat anak dulu..

Eh! Korang dah tengok ke belum Fynn Jamal nyanyi live masa kat Separuh Akhir Muzik-muzik tu? Meh mama hakim kongsikan kat sini. Selamat menghayati, selamat meleleh ayaq mata!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Perjuangan Belum Berakhir.. Hingga Ke Saat Yang Terakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hari Jumaat buat semua pembaca TowMater. Penghujung bulan, semua SID akan mengalami kesibukan melampau..hahah. SID tu Shaklee Independent Distributor lerr.. Hujung bulan, nak closing akaun, nak monitor progress anak cucu dan juga nak layan mesej-mesej customer yang nak beli supplement sebab dah gaji kan..



Maka untuk semua SID di luar sana, mama hakim ucapkan All The Best okeh! Perjuangan belum berakhir, ade berpuluh ribu saat lagi sebelum jam 12 tengah malam 30 November 2014. Teruskan berkongsi kebaikan, teruskan berkongsi manafaat dan teruskan membantu semua yang memerlukan!


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Tuesday, 11 November 2014

Tips Mudah Buat Ibu-ibu Yang Runsing Anak Asyik Menangis Minta Dibelikan Jajan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Jajan ni kan termasuklah keropok berperisa, coklat, gula-gula dan lollipop. Siapa ibu-ibu kat sini yang ada anak gemar makan junkfood atau jajan ni? Budak-budak kan, bukan boleh ditahan-tahan kalau mereka nakkan sesuatu. Ada yang asyik menangis minta dibelikan jajan nih setiap kali kita singgah ke kedai.

Sebenarnya mama hakim nak bagitau tips mudah ‘ceraikan’ anak dengan jajan. Cara mudah dan senang je supaya mak-mak ibu-ibu tak serabut nak sediakan ‘pengganti’ jajan nih. Semoga tips ni memberi manafaat bersama dan tiada lagi aksi si anak asyik menangis meminta dibelikan jajan.

Cara PERTAMA, gantikan jajan dengan buah-buahan yang berwarna-warni contohnya betik, tembikai merah dan tembikai susu. Potong kecil-kecil dan cucuk seperti sate secara selang seli warnanya. Tapi yang ini sesuai untuk yang berumur 4 tahun ke atas ye. Kalau untuk anak yang lebih kecil, potong dan campurkan sekali dalam mangkuk. Biar nampak seperti fruit salad gittew..hihi.

Cara KEDUA, tukar jajan kepada snek yang manis-manis. Ini bagi yang gemarkan gula-gula dan coklat. Tukarkan kepada kurma, kismis, buah prun kering atau apricot kering. Lebih kurang yang macam brand Sunsweet tu.. Kan ke lebih berkhasiat? Maka akan berkurang lah siri anak asyik menangis meminta jajan.

Cara KETIGA, bagi yang suka makan keropok berperisa dan masin tu gantikan dengan kekacang (tapi yang ini kena pastikan anak-anak tak alergik ye). Boleh gantikan dengan roasted almond ke, gajus ataupun pistachio.

Dan cara KEEMPAT dan terakhir, yang ini memerlukan extra effort dari si ibu. Apa kata kita buatkan sendiri nugget ayam, donut atau biskut yang simple-simple tapi penuh kasih sayang. Google resepi ringkas dan mudah, dan yang paling best sekali kita buat bersama-sama dengan anak. Mesti diorang teruja sebab diberi kepercayaan oleh si ibu dan bole sediakan makanan sendiri. Dah tentu mereka lebih menghargainya kan.

Semoga tips mudah dan ringkas ini dapat memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu yang runsing anak asyik menangis setiap kali singgah ke kedai sebab minta dibelikan jajan. Sharing is caring kan..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 4 July 2014

5 Sebab Anda Wajib Berdaftar Sebagai Pengedar Shaklee Dengan Team Magnifique

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Semenjak fenomena Shaklee melanda negara ni, ramai benor dah SID (Shaklee Independent Distributor) atau pengedar Shaklee bagai cendawan tumbuh lepas ujan kan. Ramai sungguh! Tahniah mama hakim ucapkan sebab dah berjaya mendaftar walau dengan siapa pun. Tapi apa yang mama hakim nak bagitau ni, selain dapat kelebihan dari Shaklee sesiapa yang mendaftar dengan Team Magnifique mama hakim ni wajiblah mendapat lebih dari sekadar ID je.


PENGEDAR SHAKLEE


Sebab yang PERTAMA, SID dalam team Magnifique akan diberi tunjuk ajar dari hal yang paling asas sampaila dapat membina satu empayar yang kukuh! Selain cara pengiraan point uv dan bonus tunai, bonus kereta, pelancongan 5/6 bintang dengan Shaklee, dan KHAS untuk bulan JULAI ini saja ada DUIT RAYA TAMBAHAN dari Shaklee tau! Kami ada FB group dan juga Whatsapp group untuk memudahkan perantaraan info dengan cepat dan tepat.

Sebab yang KEDUA, team kami ade support group dari nenek moyang jelita yang tak pernah kedekut turunkan segala ilmu. Mama hakim pernah cerita pasal program JOM HEBAT kan.. kat tempat lain ade? Malah ada program-program santai seperti Family Day dan sesi coaching one to one.

Sebab yang KETIGA, selain belajar pasal produk semata kami juga ada kelas-kelas asas blogging dan FB Ads. Nak berjaya kena la ada usaha menambah ilmu kan. Tak seperti MLM lain, kelas-kelas ni korang bole join TANPA PERLU MENINGGALKAN RUMAH DAN ANAK PUN. Sambil-sambil lipat kain dan susukan anak pun bole dapat ilmu tau secara online dan webinar.

Sebab yang KEEMPAT, matlamat UTAMA team kami adalah membantu orang lain menambah baik nilai kehidupan. Bukan sekadar dapat bonus gemoks di setiap tengah bulan tapi juga dapat membayar zakat dan bersedekah dengan lebih tanpa rasa ragu-ragu.

Dan sebab yang KELIMA, sebab kami mempunyai mentor yang hebat-hebat. Yang sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Saling membantu dan menyokong ahli-ahli dalam team. Malah kami ade web portal sendiri (ireach.com.my) untuk dijadikan panduan penuh dalam berShaklee.


PENGEDAR SHAKLEE


Masih tertanya-tanya nak join di bawah empayar yang mana satu?
Masih terfikir-fikir nak mendaftar dengan group yang mana satu?
Hubungi saya untuk PERTANYAAN LANJUT tentang kelebihan untuk berada bersama Team Magnifique.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 25 June 2014

Tatacara Dan Syarat-syarat Berdoa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dah tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan Al Mubarak kan. Bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang mana setiap amalan mendapat pahala yang berganda tau. Ramai yang mengambil kesempatan menambah amalan dan mengumpul pahala di bulan Ramadhan ni. Antaranya kita bole perbanyakkan berdoa dan berzikir.

Berdoa dan meminta adalah dua perkara yang berbeza. Dengan berdoa, kita merayu, merintih dan memohon pada Allah s.w.t. tetapi dengan meminta, kita seolah-olah memaksa dan tergesa-gesa. Mama hakim nak kongsikan syarat-syarat berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadi panduan dan bermanafaat buat kita semua.

Yang pertama, pastikan kita dalam keadaan suci dan berwudhu’ dan dalam keadaan menutup aurat. Adalah lebih afdal jika kita menghadap ke kiblat ketika berdoa. Berdoalah dalam keadaan yang khusyuk dan tawaduk, memohon dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Mulailah setiap doa dengan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selepas itu berdoalah dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa doa tersebut akan dikabulkan. Akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi. Jika berdoa dalam Bahasa arab, adalah sebaik-baiknya kita mengetahui isi dan makna di sebalik doa tersebut.


TEKNIK BERDOA


Moga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada semua. Perkara baik wajibla dikongsi, kan..!


Sampai jumpa lagi..wassalam

Wednesday, 18 June 2014

Pengalaman ohSem Seorang Mama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Pengalaman menjadi seorang mama, mak, ibu, ummi memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit ataupun sesuatu benda. Takde yang lebih bernilai dan berharga daripada melalui pengalaman seorang ibu kan..



image



Walau apa pun keadaannya, it is an AWESOME experience.

p/s: mula la gatai nak rindu-rindu zaman Azizul Hakim baby, zaman dia tak tido malam, zaman dia kencingkan mama sebelum sempat pakaikan pampers, zaman dia asek mengempeng je..wuwuwuuu.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday, 15 June 2014

Majlis Sambutan Hari Lahir Buat Adik Intan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hujung minggu korang.. Hari minggu yang sangat penuh dan padat. Rasanya sejak bulan Mei ari tu hujung minggu mama hakim penuh dengan aktiviti tau. Lagi-lagi sejak Incik Joni kerja ikut normal hours takde shift dah. Jadinya, hanya tinggal sabtu dan ahad je masa bersama keluarga.

Mama hakim baru balik dari jemputan majlis hari jadi kat Damansara. Majlis yang sederhana tapi meriah. Birthday girl menyambut hari lahir ke 2 tahun. Kan mama hakim penah bagitau, walaupun mama hakim ada seorang je anak lelaki tapi mama hakim sebenarnya ramai anak perempuan..hihihi. Untungnya badan! Alhamdulillah..




Si comel ni, mama hakim last jumpa masa hari raya tahun lepas. Kali pertama jumpa di Hospital Kajang. Tapi yang menyentuh hati mama hakim sebagai seorang ibu adalah si comel ni tetap kenal mama hakim ni tau. Lama dah kot tak jumpa. Tapi bila jumpa, tersenyum-senyum tersengih-sengih dia menyambut. Last mama hakim jumpa si dia, hanya duduk je tapi kali ni dah berlari terkedek-kedek pun! Gerammm nyaa..

Intan Nur Maisarah, baby miracle anugerah dari Allah. Walaupun jarang jumpa, tapi selalu ada dalam hati mama hakim. Semoga adik membesar sihat dan sempurna sebagai anak solehah yang menjadi kebanggaan ibu, ayah, mama dan abah.

Gambar? Ada la tadi 2 3 keping tapi belum di edit lagi..hehehe. Yang lain kita tunggu Ibu Intan yang update nanti. Sabaq naa..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 11 June 2014

Mengambil Kesempatan Dalam Kesempitan Diri Sendiri dan Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Siapa sini suka ambil kesempatan? Angkat mouse..hihihi. Alaaa malu-malu lak nak mengaku kan, bukan mama hakim nampak pun. Diri sendiri je yang tahu. Sebenarnya kan jika perbuatan ‘mengambil kesempatan’ ni dilakukan pada keadaan yang betul, ianya akan adalah sesuatu yang sangat baik.

Selalu yang kita tahu, kita ambil kesempatan atas kebaikan orang lain kan.. ataupun kita ambil kesempatan bila boss takde, kita mengular ke buat kerja lain ke.. No no no! itu tak bagus ye. Yang mama hakim nak bagitau ni yang baik-baik dan yang bagus-bagus je.. Echeh!! Sambil-sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Sebab…bila bosan-bosan mesti kita ni bukak blog sendiri dan baca balik apa yang ditaip! Siapa mengaku angkat mouse lagi..hahahha.

Mengambil kesempatan dalam kesempitan yang mama hakim maksudkan BUKAN lah perbuatan ambil kesempatan ke atas orang lain yang tengah susah atau bermasalah. Mengambil kesempatan dalam kesempitan ini ialah perbuatan menggunakan waktu sempit untuk buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Contoh? Ketika kita sakit, terlantar sebab demam atau sakit kepala, tak mampu nak angkat hatta sebatang jari pun.. apalah sangat yang boleh kita buat, kan? Haa..inilah masanya untuk kita betul-betul muhasabah diri, banyakkan berzikir, istighfar dan berdoa pada Yang Maha Agung.. Kalau tak mampu gerakkan mulut, maka berzikir dan berdoalah dalam hati.

Allahu.. betapa melimpah ruahnya kasih sayang Allah kan? Dalam apa-apa keadaan pun Dia tetap bagi kita ruang untuk mengingati dan beribadah padaNya. Sebab tu mama hakim kata, jika kita mengambil kesempatan pada keadaan yang betul maka hasilnya juga yang baik-baik aja.

Itu namanya mengambil kesempatan pada diri sendiri. Pada orang lain pulak macam mana? Kalau kita tengok orang sakit, maka ambil peluang ziarah dan doakan mereka. Jika kita nampak orang susah, ambil kesempatan untuk lakukan sesuatu dengan membantu mereka. Jika kita nampak seorang ibu yang mendukung anak sambil membawa barang, ambil kesempatan pegangkan barang tu.




Banyak cara nak mengambil kesempatan pada diri sendiri dan orang lain dengan membawa kebaikan kan? Tapi sesetengah orang agak skeptical dengan istilah MENGAMBIL KESEMPATAN tu sendiri. Tepuk dada tanya iman. Yang mana satu pilihan kita. Mama hakim percaya, antara kita semua yang sukakan kebaikan dan kebahagiaan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 27 May 2014

Mood Kerisauan Pasal Si Chentahati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


When something happened in our life, take a deep breath, clear your mind and try to see the positive side of it. ~ pesanan buat diri sendiri. 

Beberapa hari lepas si chentahati tetiba di serang semput semula, batuk-batuk muntah-muntah dan demam. Jadi ke Emergency Dept Hospital Serdang ler kami tiga beranak dan terus kena tahan wad. Jumaat malam sehingga Ahad petang. Itupun setelah mama hakim buat muka paling kesian kat doktor tu sebab nak balik.

Ok bukan nak cerita semua malam ni..hihi. Sorry ye. Masih mengatur strategi perancangan supaya si chentahati tak lagi kena tahan wad dan amik neb sejam sekali, 2 jam sekali, 3 jam sekali..grrr.. Hari Khamis ni, 5 Jun ade appointment kat wad paed Hosp Serdang lagi. Mama hakim percaya dan pasti sangat, mak mak ni bila anak sakit mesti doa supaya sakit tu ditanggung oleh kita kan.

Semoga si dia sentiasa sihat dan ceria seperti selalu. Walaupun masa sakit si dia masih boleh aktif seperti biasa. Cer tengok gambo kat bawah ni, ade muka orang baru lepas kena pasang branula tak? Doktor pun terkejut sebab dia sikit pun tak nanges masa kena cucuk!



Mohon doakan Azizul Hakim daku ye teman-teman..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 22 May 2014

Remembering MH370, Pray For MH370

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Some of you might already forget about MH370 tragedy. Some of you might still pray for the crews and passengers.. Its been almost 11 weeks since then. As for me, they are still in my mind, still in my prays and still in my heart. 

I may not know anyone on board in person, but the bond that once created between us make me feel like I am part of the family. One of the couple boarded MH370 as passengers, is one of my Shaklee family. (‘is’ selagi takde pengesahan yang tepat) One of the cabin crew, a senior crew if I’m not mistaken is one of my Shaklee sister’s uncle.


REMEMBERING MH370


Mula-mula mendengar khabar tentang MH370, hati tersentak dan terus mendoakan keselamatan mereka. Mama hakim memang sensitif sangat bila ada apa-apa yang related dengan kapal terbang ni..huhuhu. Walaupun dari dulu dah tahu segala risiko dan doa banyak-banyak agar takde la insiden macam ni berlaku, tapi siapalah kita nak lawan kehendak dan takdir YANG MAHA ESA.


REMEMBERING MH370


Kematian memang datang dalam berbagai cara. Kematian datang tanpa boleh kita tahan, tak pernah awal dan tak pernah lewat. Satu ketika, mama hakim agak geram dengan segala tuduhan dan isu yang seperti dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Langsung tak memikirkan perasaan keluarga krew dan penumpang. If we cant say something good, be silent. Its much better than saying something bad.

Sekarang ni selalu doa agar dikuatkan hati untuk terima semua, untuk redha dengan ketentuan. Kerja apa pun sama, penuh dengan risiko dan bahaya. Entry ni ditaip pun secara tetiba..out of the blue. Maybe sebab Incik Joni reminds me of something about going outstation again.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampuni dosa-dosa kami..
Kuatkan hati kami..
Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kami..
Ya Rabb,
Kami mohon petunjukMu
Kami mohon pertolonganMu
Kerana hanya Mu Ya Allah,
Pentadbir sekalian alam..
Yang Maha Mengetahui
Kejadian di langit dan di bumi..
Aaminn..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 May 2014

Cerita Minggu Lepas Yang Super Duper Hectic..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebenarnya sepanjang minggu lepas mama hakim tersangat lah huru-hara. Since monday, sakit perut dan ceri beri then sister’s wedding preparation lagi. Tiga hari flat terbaring je tak mampu buat apa-apa. Mujurlah Incik Joni biasa ke dapur, mama hakim cuma bagitau dari jauh je ape yang nak di masak.

Hari Rabu, cikgu Azizul Hakim pulak bagitau pasal nak adakan Sambutan Hari Guru pada Jumaat pagi. Jadi, ku heret si chentahati ke kedai buku cari kad dan cederahati kecik. First time kan, si anak nak sambut Hari Guru..kikikii. So kad di buat dengan kreativiti si anak je. Cikgu ade lima orang, bising la mulut Azizul Hakim cakap ‘nenat la mama, nenat dah tangan akim ni’. Jenuh suruh dia habiskan tulis dan hias semua kad.

Lepas tu rushing plak ulang alik rumah mak untuk tolong apa yang patut. Sekali lagi Alhamdulillah rumah mak dekat je. Penatnya jangan cakaplah..hihi. Tapi mama hakim kan ramai adik-beradik, keluarga besar jadi takde la terasa sangat bila dah dibahagikan kerja bersama. Pastu selit pulak Blogger Movie Day Out bersama Bro Framestone di petang Sabtu..! Sempat lari dari kenduri kan..hahaha. Mampus kalau ade adik beradik yang baca nih..

Dah namanya majlis perkahwinan pastila meriah sangat..haha. Mama hakim bagi teaser je dulu okey. Nanti baru cerita penuh pasal kenduri dan pasal Blogger Movie Day Out. Kena amik aura dan semangat nih sebab kedua-dua nya pun happening dan meriah..!

Nah belanja gambar dulu seketol dua..hihi. 



Yang beramai-ramai sampai tak muat frame ni, of coz la Movie Day Out. Takyah cari mama hakim, ramai sangat tak nampak pun terselit je kat belakang..haha.



Yang ini adik mama hakim bersama bonda ayahanda dan makpak mertua dia. Sebelah kami semua berbaju biru..!




Sampai jumpa lagi..wassalam.

Arghh..! Kenapa Stress Sangat Ni..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila kita stress, selalunya kita kaitkan ianya dengan perkara yang negative je kan. Mama hakim perasan, masa kerja opis dulu bila stress je mesti rasa nak terkam je orang-orang yang agak menjengkelkan atau boss yang masa tu lah semua pun nak urgent! Bila stress je nak moody.. Bila stress je nak marah.

Tapikan pernah tak kita terfikir ‘the beauty of stress’ (bak kata omputih) ni? Umpamanya, garam dan gula dalam kehidupan kita ni ha.. Bayangkan kalau kita termakan sesudu garam, masin kan? Tapi bila kita memasak, masih lagi kita campurkan sedikit garam dalam masakan supaya rasanya lebih sedap. Kalau kita duk hadap dan fokus pada stress tu, memangla terasa ‘masin sangat’. Tapi bila kita salurkan ke arah yang lebih positif, maka kita akan dapat rasai kebaikannya.


POSITIVE STRESS


Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kalau kita tak dapat cari, maka kembalilah pada YANG MAHA ESA. Insya Allah.. Begitulah dengan stress. Pasti ada hikmahnya setiap perkara itu. Dengan pengurusan stress yang betul, maka kita akan dapat kesan positif darinya. Sebagai contoh, disebabkan stress kat opis maka kita cepat-cepat siapkan segala kerja dengan pantas supaya bila kerja siap, stress pun kuranglah..hihi.

Stress itu perlu untuk menambah kenikmatan dalam hidup. Contoh lain, stress sebab asyik duduk dalam kegelapan memaksa Thomas Edison mencipta mentol lampu. Kalau takde stress, maka ‘tawarlah’ rasanya hidup ni. Stress itu salah satu nikmat, tetapi perlu diuruskan dengan betul. Stress perlu disalurkan ke arah yang positif. Kendalikan stress dengan baik sebelum ianya menguasai kita.

Jadi kawan-kawan tersayang, takmo stress lama-lama ye. Istighfar dan kembali pada DIA. Insya Allah hati lebih tenang dan gembira.


Sumber Inspirasi : Lyna Noh dotcom


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kelab Ibu Ohsem 2nd Giveaway

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam hari Isnin semua..!! Mama hakim nak buat satu pengumuman ni. Jom join Giveaway yang Super ohSem ni! Tapi bukan kat blog towmater, kat Page Kelab Ibu Ohsem ni.





Giveaway ni berlangsung setiap minggu tau. Hadiah pun best sangat..! Disebabkan mama hakim dah terlepas yang last week punya, so mama hakim takmo ketinggalan lagi nak join 2nd Giveaway ni. 

Cara nak join pun mudah aje. Hanya LIKE, SHARE dan TAG kawan-kawan atau adik beradik dalam Facebook masing-masing. Kat bawah ni mama hakim letak sedikit penerangan pasal Giveaway yang ohSem ni ye.

-----------------------------------------------------------


----------------------------------------------------

Jom beri sokongan yang padu untuk Page Keibubapaan yang ohSem ni ye!

LIKE | SHARE Kelab Ibu Ohsem



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 1 May 2014

Cara Mudah Meredakan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kalau tetiba kena serangan sakit kepala tu, memang sangatlah menyakitkan, kann..huu. Apetah lagi kalau kita tengah sibuk nak kejar deadline kat opis atau assignment melambak tunggu turn nak disiapkan. Mama hakim memang biasa sangat ngan situasi macam tu, rasa macam nak hentak kepala ke dinding. Kalau over sangat sampai muntah-muntah tau..! Ye mama hakim le orang yang dimaksudkan itu..huu


MIGRAIN


Tapi, sebab dah jadi mak mak ni pastilah tak boleh nak dibiarkan macam tu je kalau sakit. Tanggungjawab kita kan besar, kesian pulak kat suami dan anak kalau kita tergolek je menahan kesakitan sepanjang hari. Jadi mama hakim pun dengan rajin nyer bertanya ke orang-orang tua pasal petua dolu-dolu untuk kurangkan sakit tanpa telan Panadol terlebih dulu. Natural Remedy la kate omputih..hihi. Mama hakim listkan kat bawah ni cara mudah meredakan sakit kepala supaya semua orang bole kongsi sama-sama ehh..

Tips pertama, bila tetiba rasa menyucuk sakit kepala tu. Cepat-cepat potong limau nipis atau lemon (lagi best kalau yang sejuk disimpan dalam peti ais) dan tenyeh la kat ubun-ubun kepala atau area yang sakit. Ayat ganas skit..hihi. Gosok kan ke kepala sampai la kering limau nipis tersebut.


MIGRAIN


Tips kedua, genggam seketul ais sebesar yang mampu dipegang. Genggam sampai tangan terasa kebas dan ais mencair abis. Ulang semula kalau masih rasa sakit berdenyut.


MIGRAIN


Tips ketiga, rendam kaki dengan air sejuk berais yang diperah dengan limau nipis atau lemon. Rendam sampai rasa kebas dan lega.

Tips keempat, urutkan tangan di antara kawasan ibu jari dengan jari telunjuk. Mula-mula akan rasa sakit sangat kawasan tu tau.. bertabahlah dan teruskan mengurut dengan perlahan-lahan.

Tips kelima, yang ini boleh diamalkan secara berterusan untuk mengurangkan risiko terkena serangan sakit kepala secara tiba-tiba. Caranya mudah tapi mama hakim sendiri tak konsisten mengamalkannya..hihi iaitu minum air rebusan kulit kayu manis setiap pagi. Nak lagi sedap, boleh la tambahkan sesudu madu. Minum ala-ala teh gittew. Sedap tau..tapi malas skit merebus..kikiki.

Oklah sekian sahaja cara mudah meredakan sakit kepala secara alami dan semulajadi. Sesiapa yang sering kena tu nampaknya wajib la simpan stok limau nipis dalam peti ais lepas ni. Insya Allah boleh la membantu mengurangkan rasa sakit tu kan. Sekurang-kurangnya kita cuba J Tapi kalau sakit berpanjangan, lebih baik jumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar okeh..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 22 April 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 18 April 2014

Master Celebration Buat Dua Orang Master Coordinator Shaklee di Pullman Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Tetiba je muncul memalam ni kan. Memang jarang sangat mama hakim update belog secara live skang ni. Semua main scheduled je..hihi. Tapi malam ni special skit sebab tengah duk pening pikir nak pakai baju apa esok. Ada apa esok? Haa..jeng jeng jengggg..

Ada Master Celebration atau lebih senang disebut MasCel untuk dua orang Master Coordinator Shaklee. Ini lah salah satu cara Shaklee menghargai segala usaha dan penat lelah air mata darah dan keringat yang tercurah sebagai Shaklee Independent Distributor. Master Coordinator adalah rank tertinggi dalam Shaklee, tapi lepas tu ada lagi rank penghargaan dari Shaklee tau!

MASTER WAN FATIHANUM


Esok ada dua majlis sekaligus pagi dan petang. Master Wan Fatihanum dan Master Azrin Mohd bersama suami masing-masing. Biasanya pada majlis seperti ini la master-master ni akan kongsikan segala suka duka mendaki tangga tertinggi Shaklee ni. Masa ni la kitorang nak amik aura dan semangat dari mereka.

MASTER AZRIN MOHD


Ada yang tak tahu nak buat apa esok? Kalau korang berdekatan dengan Putrajaya, mari lah beramai-ramai memeriahkan suasana. Sambil-sambil berkenalan dengan lebih rapat pasal Shaklee dan juga mama hakim..hihi. Yang penting, confirm ada makan-makan tau..!

Oklah nak sambung cari baju untuk esok..hihi. Kalau ada yang nak join, roger mama hakim ye. Kita jumpa di sana..!!!

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018 2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger