Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Phytocol ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol ST. Show all posts

Tuesday, 4 November 2014

Kurangkan Risiko Sakit Jantung Bersama Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Zaman sekarang ni kan, selalu sangat dah kita dengar orang meninggal dunia secara mengejut disebabkan serangan sakit jantung padahal selama ni kita nampak orang tu sihat je.. Masalahnya, betul ke orang yang kita nampak sihat tu benar-benar sihat? Sungguh ke dia memang tiada sebarang masalah kesihatan? Itu persoalan yang mama hakim akan cuba sampaikan kat sini.

Bayangkan, seorang lelaki dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Bekerja di pejabat dan seminggu sekali bermain futsal bersama rakan. Tabiat pemakanannya biasa je, pagi roti canai atau mee goreng, tengahari nasi dan malam nasi lagi yang dimasak oleh si isteri. Secara tiba-tiba pada satu malam, lelaki ini rebah ketika bermain futsal dan akhirnya disahkan meninggal akibat serangan sakit jantung. Si isteri dan ahli keluarga lain merasa pelik sebab selama ni lelaki tersebut tidak pernah nampak seperti tidak sihat. Kasihan kepada 2 orang anak kecil yang mengerti apa-apa.

Sebenarnya, simptom-simptom sakit jantung ni kadang-kadang terasa seperti biasa-biasa je. Jika kita tak buat pemeriksaan asas untuk kolesterol dan gula dalam darah, maka kita sangat berisiko untuk mengalami masalah seperti di atas. Antara simptom sakit jantung ni termasuklah ;

-      Sering keletihan
-      Degupan jantung tak sekata/pantas secara tiba-tiba
-      Kuat berpeluh terutama di tapak tangan
-     Terasa ketat atau tidak selesa dibahagian kiri dada terutama ketika bangun pagi

Jika ada di antara korang yang mengalami sipmtom macam tu, segeralah ke klinik ye. Jangan nanti, bila dah terjadi sesuatu baru nak menyesal.

Selain mengawal pengambilan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi, Shaklee juga ada rangkaian vitamin yang membantu memastikan kita menjalani hidup yang lebih sihat. Jantung adalah organ yang memberi peranan terbesar dalam sistem badan kita. Tanpa jantung, darah yang membawa oksigen dan segala zat makanan tak dapat disampaikan dengan baik ke seluruh badan.


SET KESIHATAN JANTUNG

Ianya terdiri daripada PHYTOCOL ST, OMEGAGUARD, COQ HEALTH DAN VIVIX. Bagaimana setiap satu ini berfungsi? Meh mama hakim terangkan satu-persatu ye.

Phytocol ST – Sebagai langkah PENCEGAHAN, ia membantu menghalang penyerapan kolesterol dari makanan ke dalam salur darah. Fitosterol yang terdapat didalamnya mampu membentuk lapisan di luar dinding salur darah bagi menghalang penyerapan kolesterol. Phytocol ST adalah tanpa sebarang bahan pengawet, semualajdi dan selamat. Ia juga sangat pantas menyerap ke dalam badan (kurang dari 2 minit).

Omegaguard – membantu PENURUNAN paras kolesterol dalam darah. Ia membantu menghakis pembentukan plak dalam salur darah dan membantu meningkatkan penghasilan kolesterol baik (HDL). Omegaguard Shaklee sangat tulen, tidak mengandungi oksida dan lemak trans.

CoQ Health – membantu MENGUATKAN otot jantung dan memperbaiki pengaliran darah. Ia membantu memberikan tenaga kepada jantung supaya dapat mengepam darah dengan lebih baik. CoQ Health juga membantu menegangkan kulit dan melindungi dari sinaran UV.

Vivix – yang bertindak sebagai PERLINDUNGAN kepada jantung. Ia membantu meningkatkan kesihatan salur darah dan melindunginya dari kerosakan radikal bebas.

Secara keseluruhannya, SET KESIHATAN JANTUNG SHAKLEE ini membantu menghalang penyerapan kolesterol, menurunkan paras kolesterol sedia ada dalam badan, memberi tenaga untuk jantung dan memberi perlindungan kepada jantung.

Hubungi mama hakim untuk KONSULTASI SEPENUHNYA dan peluang bagaimana untuk mendapatkan KEAHLIAN PERCUMA bulan ini.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 4 July 2014

Halang Penyerapan Kolesterol Di Pagi Raya Dengan Phytocol ST

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masa Shaklee National Conference bulan lepas, macam biasa mesti ade pelancaran produk baru di Malaysia. Tapi kali ni mama hakim rasa terlebih teruja sebab poduk ni best sangat-sangat. Nama produk baru tu adalah Phytocol ST atau lebih senang nak kenal sebagai Cholesterol Blocker. Kenapa mama hakim kata produk ni best? Apa kelebihan Phytocol ni? Apa fungsi dia? Haa..meh meh teruskan pembacaan ye.

Apakah Phytocol ST?
Phytocol ST ni adalah hasil ramuan fitosterols yang diperbuat daripada 100% tumbuh-tumbuhan. Ianya mengandungi 2000mg phytosterol tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam lebih dari 80 kajian. Phytocol ni takde sebarang bahan pengawet, pewarna dan rasa tau!




Bagaimana Phytocol ST ni berfungsi?
Struktur fitosterols ni agak sama dengan kolesterol, maka ia akan bersaing dengan kolesterol ketika penyerapan di dalam usus. Makanya, lebih banyak sterols ni, lebih kurang la kolesterol akan terserap. Phytocol ST Shaklee ni mampu menghalang sehingga 80% kolesterol tau.

Berdasarkan kajian, satu daripada tiga orang dewasa mengalami masalah paras kolesterol yang tinggi. Jadi bayangkan, betapa ramainya antara kita yang berisiko untuk mengalami serangan sakit jantung dan strok. Mama hakim pasti sangat ramai yang aware pasal kesan kolesterol yang tinggi dalam badan tapi tak mampu nak makan oat hari-hari kan. Dan sebagai rakyat Malaysia, ramai yang tak mampu nak tolak kesedapan makanan harian kita yang sentiasa tinggi kolesterol..hihihi. Cakap je nak makan apa, nasi lemak, roti canai, lontong, roti jala dan kuah kari. Haa itu baru sarapan tau, belum lagi makan tengahari dan malam.

Jadi sayang-sayang semua, yang nak enjoy Malaysian food tapi masih nak jaga kesihatan, inilah penyelesaian terbaiknya! Lagi-lagi nak raya ni kan, dengan rendang lemang bagai. Kan mudah bila kita dapat pastikan lelemaks berlebihan tu tak menyerap pun ke dalam salur darah dan mendap dalam arteri. Yang PALING ISTIMEWA, pastilah ade kesan sampingan terbaik..! Berat badan pun insya Allah akan menurun bersama-sama paras kolesterol. Best kan Shaklee ni? Kesan sampingan pengambilannya mesti mengujakan semua..hihi.

Nak order? Nakkan konsultasi sepenuhnya? Call/sms/whatsapp je nombor henpon di bawah.

NAK BELI SEKARANG? KLIK AJE KAT SINI.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger