Baru2 nie opismate aku balik Sarawak.. Jadi, aku kirimkan lah beras nie sebab beras bario kat umah aku nie dah abis.. Selain tue, mcm biasa la.. mesti nak kirim ikan terubuk masin kan..? hehehe.. memang terubuk masin sana nie sedap. Berbalik pada beras bario tue.., nanti aku nak masakkan bubur untuk iman. Mesti iman suka punya sebab aku pun suka makan.. hehe.. Like mother like son.. Boleh tak mcm tue..??
Kawan-Kawan Saya
Monday, April 27, 2009
::: Beras Bario :::
Baru2 nie opismate aku balik Sarawak.. Jadi, aku kirimkan lah beras nie sebab beras bario kat umah aku nie dah abis.. Selain tue, mcm biasa la.. mesti nak kirim ikan terubuk masin kan..? hehehe.. memang terubuk masin sana nie sedap. Berbalik pada beras bario tue.., nanti aku nak masakkan bubur untuk iman. Mesti iman suka punya sebab aku pun suka makan.. hehe.. Like mother like son.. Boleh tak mcm tue..??
::: Tugasan 1 Dari Kak Zura :::

TUGASAN HARIAN...???? hehe.. inilah tajuk tugasannya... Malunyer anak jawab.. nak taknak kena jawab gaks.. hehehe..
1) bila terakhir anda cuci toilet?
~~ erm.. semalam.. ujung mingguku..
2)pencuci apa yg anda guna?
~~ Ajax Fabuloso (tul ker aku eja nie)
3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
~~ erm.. hehe skali skala ajer sebab mak aku yg slalu mop lantai.. (malunyer i...)
4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
~~ masak laaa... kalo tak masak, turn aku menjaga Nain dan Iman. mak aku laks yg masak.
5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
~~ sudah tentu sambal telor ajer...
6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
~~ MILO sebab seisi keluarga suka minum MILO.
7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
~~ Kaco iman tgh tido.. hehehe.. sebab aku nengok dia tido lena betul...
8) Tugasan ini aku nak bagi kepada :
~~ Alfidah Adim. Sila lah buat yea kak..
** antara memasak dengan mengemas rumah, aku prefer masak.. sebab aku nie alah sikit ngn habuk.. nanti hidung aku nie mula la mengeluarkan air2 yg tak sepatutnya.. huhuhu..!!~~
p/s : Kak Zura.., tugasan lagi satu jue siapkan malam kang.. sebab sekarang nie takder gambo dulu2.. hehehe.. :-)
Friday, April 24, 2009
::: Arini Kaya dengan Makan ::;
SO layanzzzzzz.....
Thursday, April 23, 2009
:: Wallpaper ku :::
Tugasan diberikan oleh Eda Melbourne.. Mama kepada Dora.. :-)
1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..jgn tipu2 ek..
Inila dia wallpapernya... Tgk la muka cute saper tue..?? Tak tipu pun.. watper nak nipu.. huhuhu..!!~~
2)Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
erm... nak kata suka tak de la suka sgt.. aku letak jer pic nie... Letak gambo anak sendiri jer la...
3)Tag 10 orang
** aku rasa takyah la nak tag sesapa... sebab semua dah buat.. Sesapa yg nak buat.. Silakan.. Jangan malu2 yea.. ;-)
::: Makan Malam Kami :::
Semalam aku teringin nak makan sambal daging.. Kat tekak aku nie tetiba teringin nak makan sambal daging.. Almaklumla dah duk berpantang ajer.. So, itu yang sesekali tekak nie nak makan benda lain pulaks... Erm.., boleh ker kalo nak diet camnie? sebab skang nie asyik lapar ajer la.. Kalo aku duk umah aje masa berpantang tempohari takde la rasa cepat lapar mcm skang nie. Skang, time dah masuk keje nie.. keje aku duk nak makan ajer.. asyik rasa lapar je.. Nape ekk..??
Itula.. aku nie memang takleh cakap nak diet.. kalo cakap nak diet ajer mesti jadi lagi kuat makan. Kalo aku thn tak makan.., nnt aku terngiang2 dengan makanan tue.. Sampai tak lelap la nak tido.. Korang pernah tak rasa mcm aku rasa nie.. Aku nie jenis badan yang senang naik da senang turun gaks tp ikut masa die.. sumtimes aku makan sikit ajer.. tapi, leh naik banyak.. sumtimes aku makan banyak tapi tak naik2 laks badan aku nie.. Apa yg pasti lepas kawin nie badan aku cepat mengembang la...
Before aku kawin, aku memang kuat makan. Lagi2 makan ayam.. Masa kat sekolah dulu ari2 aku makan ayam goreng. Kwn2 aku semua tau apa menu aku time rehat. Hanya ayam goreng tanpa makan nasi. Mesti beli ayam goreng kat kantin sekolah tue.. Ayam goreng dia sedap sgt tau... Sampai kawan2 aku gelar aku AYAM...
aaahh.. lupakan la.. aku nie kalo dah bercerita jadi panjang lebar pulaks.. Jom layan gambo menu malam tadi..
Wednesday, April 22, 2009
::: Nilai RM 1 :::
Tuesday, April 21, 2009
::: Aku Ingat.. Aku Ingat... :::
Tajuk Tugasan dari Kak Nas : Masihkah aku ingat..??
1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …
~~ Di Pekan Masjid Tanah, Melaka. Time tue aku study kat Uitm Lendu dan Asben aku pulaks mengajar kat situ. Pertemuan after 2years berkawan melalui Fon. Perjumpaan hanya 10 minit ajer sebab masing2 malu2 kucing.. hehehe..
2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
~~ Nampak sangat mcm seorang yang pemalu dan suka tersenyum...
3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
~~ Masa kawan2 jarang dating.. After declare baru rajin dating.. luahkan perasaan melalui FON ajer..
4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
~~ hehehe.. masih ku ingat lagi bila dia berkata " macamana kalo saya nak jadikan awak lebih dari seorang KAWAN.
5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
~~ Kami berkawan sejak 2001.. So, sampai ke Jinjang Pelamin masuk 6 Years NOW, sehingga sekarang dah masuk 8 TAHUN kami kenal daaa...
6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
~~ 1 Mei 2009 geanp 2 TAHUN usia perkahwinan kami.
7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
~~ hehehe.. time nak datang rumah masa 18 Mac 2006. Igtkan saja nak datang.. Rupanya datang MERISIK.. Siap bawa atok nenek skali.. terkejut beruk KELUARGA kami sebab masa tue akak aku pun belum kawin... hehehe cian akak aku... lekas2 dia nak kawin dulu..
8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
~~ Kami berdua minat pada business.. Impian kami ingin memiliki tanah untuk rumah sendiri dan tanah untuk dijadikan aset pertenakan dan perladangan.
9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
~~ Memang best...!! sebab mostly dia yg buat semuanya... Mandikan, pakaikan baju, buat susu tgh malam, main ngn dia dan sebagainya... Sebab dia memang suka kan anak... ALHAMDULILLAH boleh diharap..
10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
~~ tersangat la baik.. sebab ari2 duk kat umah mak aku.. hehehe... :-) ALHAMDULILLAH takder masalah...
11) Orang yang nak di TAG
~~ Only One iaitu KAK WANA (nak tag akak sebab nak tau camner kenal ngn abg DIDIE tue.. hehehe.. sama2 JAWA kan.. :-)
** Banyak memori kami di MELAKA. RIndunya kat Melaka Bandaraya Bersejarah...
::: Besarnya Bantal Pelukmu Tu nak.. ::
Gambar nie dah lama dah snap.. saja takder keje nengok kan si Iman nie tido.. Dia kul 7 dah mula lentok2 kn badan nak tido.. Aku nak tgk citer Spa Q (masa tue la) pun susah.. Skang nie layan Matahari laks.. slalu kalo aku nengok, mesti tak sempat nengok sampai abiss..Iyerla.. kul 7 ajer dah ajak masuk tido.. nak tak nak layan kan la.. aku tido kan dia dulu.. Then, bila nak sambung nengok.. dah ujung2 nak abis da... Cian aku... hehehe...

Nengokla aksinya tengah mendakap bantal peluk besar tue.. mesti dia ingat aku.. hehe.. kena sendal kat tepi tue.. takut nnt terhantuk kat dinding tue.. Kalo korang nak tau.. sekeliling katil tue abis aku halang dengan bantal...satu katil dia akan ROUND.. dia paling suka bhgn yg tempat sejuk.. tempat aircond tue menghala.. kalo dapat port tue.. Lena dia tido smp ke Subuh...
::: Kenapa Anda Perlu ambil PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..? :::
erm.. skang nie semua org duk mencari Insurans untuk diri sendir dan anak2.. Rupanya Insurans nie byk kelebihannya kan...? Lagi2 insurans untuk anak2 kita.. Boleh saving untuk dia belajar nnt disamping ada medical card.. Nnt dah umur 18thn dah ada da duit untuk continue study.. Tak mcm zaman kita dulu2.. org yg ada insurans nie dikategorikan org kaya. Tapi sekarang nie dah menjadi sebagai satu perkara wajib yang perlu diambil selepas anak lahir.. Lagi cepat kita ambil, lagi banyak faedah nya.. sekarang nie.., yang paling femes adalah 'PRUDENTIAL BSN TAKAFUL". Mcm aku sendiri pun amik kan untuk iman dan aku sendiri... Sebelum nie aku sendiri pun kurang mahir pasal benda alah nie.. Okla aku nak kongsi serba sedikit pasal skim prudential nie.. Apakah kelebihannya.
9 PERKARA MENARIK MENGENAI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
1. Kemudahan Kad Perubatan @ Medical Card (MMC)
Had Tahunan yang tinggi. Kad Perubatan @ Medical Card Prudential Bsn Takaful membantu menjelaskan kos perubatan hospital (termasuk kos perubatan/pembedahan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit lain) dari minimum **RM 150,000 hingga **RM 450,000 sehingga umur 70 tahun di samping anda akan diberi elaun harian tinggal di wad minimum **RM50 hingga **RM 400 sehari termasuk kadar bilik minimum **RM1OO hingga **RM 400 sehari.
2. Perlindungan Kemalangan Peribadi @ Personal Accident (PA) Serta Hilang Upaya Kekal.
Anda akan dilindungi jika berlaku kecederaan samada ringan, sederhana atau berat akibat dari kemalangan dan tuntutan boleh dibuat tanpa perlu anda duduk di wad.
3. Perlindungan Terhadap 36 Penyakit Kritikal
Prudential BSN Takaful akan membayar pampasan tunai sehingga **RM50,000 jika anda disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.
4. Manfaat Kematian (Manfaat Asas)
Prudential BSN Takaful akan membayar manfaat atas kematian biasa @ disebabkan kemalangan berserta Khairat Kematian dan nilai simpanan akhir caruman anda di mana tarikh kematian berlaku. Manfaat ini dapat membantu keluarga anda dan yang tersayang untuk meneruskan hidup jika sesuatu berlaku ke atas anda.
5. Pelaburan (Jaminan Pelaburan Syariah)
Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang mendapat kelulusan Panel Syariah Bank Negara Malaysia. Untuk itu anda tidak perlu bimbang di mana wang anda dilaburkan dan diurus oleh pengurus dana kami yang terbaik.
6. Kemudahan Pengeluaran Tunai (Tiada Tempoh Matang)
Tiada tempoh matang. Anda boleh mengeluarkan simpanan anda pada bila-bila masa setelah nilai simpanan anda berjumlah RM4000 dan anda akan terus menikmati perlindungan dari Prudential BSN Takaful.
7. Penepian Pembayaran Caruman.
Anda tidak perlu lagi membayar caruman bulanan jika mengalami hilang upaya kekal di mana pihak Prudential Bsn Takaful akan mengenepikan pembayaran caruman bulanan dan anda akan terus menikmati perlindungan dari PruBSN Takaful.
8. Kebebasan Memilih Hospital Dan Doktor.
Di Prudential BSN Takaful, kami memberi kebebasan kepada anda bagi memilih hospital-hospital dan doktor-doktor yang anda suka kerana kami mahu anda mendapat rawatan dan penjagaan yang sebaiknya.
9. Jaminan Simpanan Anda Tidak Terjejas.
Semua tuntutan atau pembayaran yang dibuat oleh Prudential BSN Takaful tidak akan menjejaskan simpanan anda.
Monday, April 20, 2009
::: Hepi Besday..!!~~ :::
HEPI BESDAY TO YOU....!!!~~
::: ~~ ARSYAD MIKHAIL ~~ :::
Semalam kami ke BESDAY PARTY anak member asben aku kat Taman Keramat AU4. Member baik masa zaman sekolah dulu.. Sedap nama anak dia.. Arsyad Mikhail.. Orangnya pun comel ajer.. Bila nengok besday party nie., baru aku pasang angan2 nak watkanbesday party iman.. hehehe... nak wat ke tak ek..?? erm, xsure lagi.. nengok la camne nnt.. Nak wat besday party nie.., kena merancang awal2 gaks.. kalo tak.., semuanya last minute. Itu yg serba tak kena nie.. Cuma aku harapkan supaya aku dapat buat besday party iman nie kat umah aku sendiri la.. baru aku rasa syok sikit...
Saturday, April 18, 2009
::: Iman Zafran 8 Bulan :::
Nie masa balik kg sg besar mggu lepas- Iman sekarang sudah pun maju kedepan.. Maknanya dia dah mula menampakkan ciri2 dah nak merangkak da..
- Dia paling suka ambil HP darfi benda2 lain..
- dah pandai minta di angkat..
- Dah mula kenal org, bila dia nampak org tak baper kenal, dia akan mencebik nak menangis sebab takut. Maksudnya lambat mesra sikit.. lepas tue Ok da.
- Mulutnya teramat labising.. suka menjerit2..
Friday, April 17, 2009
::: Celcom BERUKBAND aku BUAT HAL pulak :::
Inilah menatang CELCOM BERUKBAND aku..HAaa... Inilah namanya pantang dipuji terus terpeleot jadinya... HAHAHAHA...!!! Geram aku dibuatnya.. Mana Taknya CELCOM BERUKBAND aku buat hal.. Haaa.. kan dah dinamakan BERUKBAND.. Nyampah tul aku...!!!~~ sebab tue la blog aku dah 2 hari tak berUPDATE... Bukan aku takder cerita or malas tapi menatang nie buat HAL pulaks... Aku memang rajin nak mengUPDATE blog nie sebab ari2 aku kena UPDATE blog "BabyAndKids" aku tueee....
Dah bersawang pun blog aku even baru 2days tak UPDATE... Yang aku bengang dengan BERUKBAND nie sebab hanya YAHOO MAIL and nak sign BLOGGER jer tak boleh.. Yang lain2 semua boleh.. Heran tul aku.. Dalam sehari aku relax lagi.. Masuk hari ke-2 aku terus tepon customer careline dia... Haaa..!! mcm biasala jawapan yg diberi.. NAK UPGRADE...!! Katanya sampai 24 April nie.. Iyer ke..? kalo UPGRADE2 tak elok gaks camner tue....? Sapa nak jawab..? Nasib la arini dah boleh daaa.. lega sikit aku...
Lepas nie leh la aku berblogging balik.. huhuhu..!!~ yang aku rasa bengang sebab blog biz aku tak berUPDATE.. org sibuk tanya pasal barang baru dan mana yg available.. tue yg aku letih tuee, sebab byk brg dahSOLD OUT tp org sibuk tanya.. Penat aku nak jawab... hehehe... NOW!!! aku leh UPLOADkan stok2 baru aku....
Even aku tak leh nak update blog aku, tetapi aku tetap melawat umah2 korang.. cuma aku tak leh nak tgglkan komen ajer... :-)
** alamak!! aku terlepas nak joint baby cute contest dari MAMA AQISH laa... huhuhuhu..!!~~
Wednesday, April 15, 2009
::: Ini adalah satu PERMULAAN :::
Haaa... Apakah permulaan yang ingin aku lakukan yea..?? Erm.., actually kan pernah aku bgtau dulu yang ayah iman nak latih Iman pandai berenang kan..?? So, inilah permulaan yang kami nak lakukan.... Dah lama aku mencari swimming suit untuk Iman nie... Akhirnya berjaya juga aku mencarinya... Mana aku dapat ekk..?? Rupa2nya kat JUSCO pun ada... Aku beli masa JCARD last week...
Actually, aku nengok Khalif (anak Lea M.com) pakai.. so, dari dia lah aku bertanyakan mana nak dapat baju swimming suit besar tue ekk..?? Sebab susah nak jumpa yang besar tue.. Huhuhuhu...!! bukan susah nak jumpa tapi aku yang tak tau nak beli kat mana.. hehehe.. iyer la.. slalu aku nengok yg jual semua saiz besar2.. Iyerla... xpernah masuk kebek2 pun kat bhgn tue bila pie mana2 shopping complex nie...
Erm..., size yg paling kecik leh dapat 18Months.. Tapi aku belikan iman 2-3 years punya saiz.. Sajer beli besar sikit sebab leh pakai lama.. Lagipun size nie pun dah nampak kecik sebab dia custom fit kan.. Mcm saiz 12Months ajer....
So, lepas nie boleh la bawa iman pie swimming pool selalu... Swimming pool berbayar ada.. swimming pool FOC pun ada..... Semoga iman cepat pandai berenang nanti....
::: Dapat Award Dari TEHA - Riyadh :::
*** aku rasa aku tak pass kepada sesapa la sebab mostly semuanya dah dapat.. :-)
Tuesday, April 14, 2009
:: Sekitar Majlis Kahwin Kawan Baik Asben Aku :::
Kami gerak dari Ampang pukul 6.30 pg... Memandangkan Sabtu tue asben aku ada sekolah ganti, jadi kami terpaksa balik awal pagi.. Tetapi pagi tue, kami balik kg asben aku dulu untuk bersiap2 sebelum tolak ke majlis... Tema kawinnya adalah kaler GOLD... Majlis nie ada 2 pengantin.. kakak dan adik.. Buat sekali satu majlis..
jom kita layan gambo sekitar majlis perkahwinan ini..





















