Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Dec 15, 2011

28 weeks ... 7 bulan already

Alhamdulillah..

Harini genap masuk 7 bulan.. gerakan baby makin kuat sekarang. Syukur.. semoga baby ibu sehat sampai bila-bila.. setiap saat tak sabar tunggu kelahiran sayang. Ayah pun same.

Ya Allah.. Kau permudahkanlah segala-galanya.. sehatkanlah kandunganku, sembuhkanlah ia, hanya Engkau sebaik-baik penyembuh..

Amin.. amin ya rabbal alamin...


Nov 20, 2011

Trimester ke-3

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran ibu panjatkan pd Ilahi.. hanya die yg Maha Berkuasa...

24 weeks already.. 3 months to go.. Ibu dah tak sabar nak melahirkan adik.. tak sabar nak peluk adik erat-erat...

Boleh malam tadi ayah mimpi ibu dah bersalin hehehe.. bersalin kat kedah lak tu huhu. ayah cakap adik comel sangat. anak ibukan, mestila comel.. ibu yang tak sabar ayah yg sampai termimpi-mimpi. ayah pun tak sabar la tu hehe

dah 6 bulan++ sekarang... baru ibu teringat, ibu tak beli ape-ape pun lagi.. mule-mule plan mmg nak tgu pas bersalin je nanti. tapi, terfikir plak mesti kene sediakan keperluan basic jgk mcm pampers, wet tissue, baju sehelai dua, barut, myk angin, kapas, lampin n so on sbb brg2 tu mmg kene ade ms adik lahir nnt. kakak punye kalau ade lg pn kt rumah nenek hehe.. nanti ibu n ayah shopping yek.. sayang anak ibu..

Makin kuat menendang skrg ni.. kadang-kadang sampai ibu tak leh nak tido. telentang salah, mengiring pn salah aduhai anak ku sayang huhu.. sentiase buat ibu tersenyum sorang-sorang..

with Luv

Sep 30, 2011

17 Minggu

Alhamdulillah.. kandungan ibu dah masuk ke 17 minggu. Semoga adik selamat n sehat. tak sabar nak scan lagi.. tak sabar nak jumpe die.. nak tgk die loncat-loncat.. Agak-agaknye lelaki ke perempuan anak ibu sorang ni ye huhu..

tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan ibu sekarang. tak sabar menanti cahaya baru yang bakal menjelma. semoga sinar kebahagiaan itu akn muncul untuk ibu n ayah. tiap kali ibu tersa gerakan adik dlm perut ibu ni, ibu teringat pada kakak. tak ade sehari pun yg ibu lalui tanpa igt pada kakak. hanya Allah yg tahu betapa ibu rindukan kakak. kakak doakan adik selamat yer.. doakan ibu n adik sehat ye kakak..



kesihatan ibu sekarang Alhamdulillah. dah tak mabuk macam dulu. kadang-kadang je rase penat dan loya. tapi, takseteruk dululah. jgn risau, ibu kuat hehe... ibu ade ayah... ayah yg rajin jaga ibu n tlg ibu. Ayah yg sering memanjakan ibu n buat ibu bahagia.. kami tak sabar nk jumpe adik, nak peluk cium adik. kami juga tak sabr nak dipertemukan dgn kakak satu hari nanti...

We miss u kakak.

with Luv

Aug 16, 2011

16 Ramadhan

Alhamdulillah...

Tadi gi chec up... baby dah 10w 6d. Syukur.. baby sehat. Dah gerak-gerak dah. Tangan dan kakinya hampir sempurna.. Happy dapat tengok die masa doc scan tadi (^_^). Indahnye ciptaan Allah. Esok genaplah dia 11 weeks. Semoga anak ibu ni sehat sampai bila-bila (",)...

Tak sabar nak jumpe lagi. Tak sabar nak tengok die melompat-lompat pulak. Hurmmmm

Kakak.. tak lame lagi kakak dapat adik tau. tak tau la lelaki ke pompuan huhu... doakan kami yer sayang...

Sedih bila dengar lagu raya

Aug 13, 2011

Fuhhhh!!!!!!!!!!! berhabuk

Fuhhh... fuhhh.. fuhhhh....

huhuhu berhabuk blog aku lamenyer x hupdate. Mesti dah ramai rindu kan hahaha ade ker?
Pregnen kalini sangta mencabar fizikal n mental. Banyak aku nak hupdate tp tak ade daya nak mengadap huhu. sekarang Alhamdulillah dah sehat sikit boleh la aku nak membebel panjang berjela hihihi

Awal-awal pregnen aritu ade bleeding sikit. Aduhai berdebar sangat. Yelah taknak ape yg dah berlaku ni berulang. terus gi Hospital Pakar Putri, JB jumpe ngn Dr Laila. Die bg suntikan utk kuatkan rahim n ubat yang perlu dimakan untuk support kuatkan rahim. Kite berusaha jelah sbb Allah yg menentukan segala-galanya kan. Lepas ni aku kene follow up ngn Dr lalila every week sampai 12 weeks. dah terbayang RM RM yg akan melayang huhuhu. Tp, xpela demi nak dapat anak yg sehat kami xkesah. Alhamdulillah dimurahkan rezeki sejak akhir-akhir ni. Rezeki orang lain-lain. dah rezeki kami byk dugaan nak dapatkan waris.. kami redha. Semoga Allah sehatkan anak kami kalini. Hanya Dia sebaik-baik penyambuh. siang malam tak putus-putus aku berdoa. Hanya Allah yg berkuasa.

Now, Alhamdulillah dah masuk 10 weeks. Masih berdebar-debar lagi. Harap semuanye akan selamat. Kandungan kalini aku mabuk yg agak teruk. Tak macam sebelum2 ni tak ade la nak muntah2 segala bagai ni. Tapi kalini, ape yg masuk dlm mulut, jam tu jugak la keluar balik. huhuhu seksa mak. Sama jugak bila masuk bln ramadhan ni, mabuk makin menjadi2. badan aku jd sangat lembik dan tak berdaya. boleh dikire bape kali je masuk opis huhu. Sorry bos, tak sengaja. Masuk hospital Kulai, pas 1 botol air masuk, aku leh kuar. Tapi, tak ok lagi. pas jumpe Dr laila, Dr bagi ubat muntah, gastrik. Dr ckp pas makan ubat ni mesti ok. hehehe mmg Dr pakar.. sehari makan bdn aku terus segar. Alhamdulillah takde dah muntah-muntah. Tp, yg teruknye asik lapa n nk mkn je huhu.. dah bape hari dh tinggal posa. Aduhai teruk la nak menggantinye nanti. Dugaan.. dugaan... lasak anak ibu ni.. lelaki ke? hehe ape2 la ibu tak kesah janji selamat. sayang anak ibu.



Dah tak sabar nak jd ibu lagi (",)

Jun 29, 2011

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Pengambilan makanan, minuman dan ubat-ubatan tertentu semasa hamil mungkin tidak dibenarkan kerana ia akan memberikan kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang dikandung. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.


Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:

* Alkohol.
Pengharaman alkohol oleh agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepat melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus.

* Kafein.
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda (sila lihat rencana terdahulu mengenai kalsium).

*Rokok.
Merokok semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah. Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

*Ubat-ubatan.
Ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil).

*Gula.
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya.

*Vitamin A.
Pengambilan vitamin A yang tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dsb. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

*Raksa.
Mungkin kita belum pernah mendengar orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

*Makanan mentah.
Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah (atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan komplikasi yang buruk:oToxoplasmosis. Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

* E.coli (bunyinya E.kolai).
E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.

*Salmonella.
Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini
boleh menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.

*Listeria.
Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.

*Cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan
cacing. Ia tidaklah memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang diperlukan oleh bayi anda.

*Herba.
Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan
nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.

*Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid.
Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.

*Makanan lebihan.
Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman.

*Pemanis tiruan.
Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengurangkan kandungan kalori gula. Ia juga digunakan oleh orang yang ingin menjaga berat badan mereka. Antara yang sering diperkatakan ialah Aspartame (jenama EQUAL, PAL-SWEET, SLIM-UP, dan juga dalam minuman bertin) dan Saccharin. Saccahrin kini tidak lagi digunakan di Malaysia. Selain saccharine, bahan tiruan lain yang perlu dijauhi ialah cyclamates. Aspartame mengandungi phenylalanine, sejenis asid amino yang merbahaya untuk kanak-kanak yang menghidapi phenylketonuria, sejenis penyakit yang jarang berlaku. Selalunya ia tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi sebagai langkah penjagaan, penggunaan barangan ini masih lagi dibolehkan asalkan dalam kuantiti yang sederhana.

*Makanan yang diproses.
Makanan jenis ini seperti hotdog dsb mungkin mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan, oleh itu hendaklah dikurangkan pengambilannya.

*Bahan-bahan lain.
Kebanyakan bahan-bahan tambahan seperti additif adalah selamat digunakan
(ingat, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja). Antara yang sering diperbincangkan dan perlu dijauhi ialah:oMSG (monosodium glutamate) seperti di dalam Ajinomoto.oPewarna tiruan terutamanya blue 1, blue 2, green 3, red 3 dan yellow 6.


Sharing is caring,

Dec 10, 2010

Akhirnye... anak ibu pergi juga

10/12/10- Akhirnye persoalan terjawab juga.. Hmmm baby ibu yang ke dua ni pun nak terus masuk syurga jugak hihi...tak mau jumpe ibu n ayah sekarang ek.... takpelah.. ibu redha. Ibu yakin ade hikmah atas ape yang berlaku ni.Ibu yakin ade kebaikan yang berganda-ganda untuk ibu ngan ayah lepas ni. Insyaallah... sayang2 ibu ni doakan yer.

Macam tak percaya jer.. rase baru je lagi aku tahu aku mengandung. sedar tak sedar dh nak masuk 3 bulan dah. Tapi, nasib tak menyebelahi kami. Macam ibu-ibu yang lain... yang pernah keguguran, mesti sedih bila tahu anak yang kita kandungkan gugur. Tapi, semangat yang suami bagi membuatkan aku kuat.. membuatkan aku redha. sesungguhnya aku tak keseorangan menanggung semua ni. aku ade die. die yang tak jemu-jemu memberi semanagat.. aku bersyukur Ya Allah. kau hadiahkan insan yang terlalu istimewa untukku. Panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga. bahagiakanlah rumah tangga kami sampai bila-bila. Damaikanlah anak-anak kami di sana.

‎" Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya: Sesungguhnya janin yang gugur itu akan menggiringi ibunya dengan tali pusarnya menuju surga, bila sang ibu bersabar dan mengharap pahala dari Allah" (Ibnu Majah)

" Cobaan akan terus menerpa tubuh, harta, dan anak seseorang mukmin dan mukminah, sampai ia menemui Allah tanpa dosa sedikitpun" (At-Tirmidzi dan Malik)

Aku ibu yang diuji,

Dec 7, 2010

Minggu Muhasabah Diri

Seminggu Doc HSA bagi mc. kerje kat opis mmg melambak2.. byk gile pending. Tapi, aku lupekan semua sebab aku nak rehat puas-puas. Lega dapat duk rumah. Tenang, relax, xde la nak stress macam kat opis tuh.

Kemas-kemas rumah, layan blog, layan face book.. tengok TV, makan tido hehe. tak ade kerje lain. menghitung hari untuk foolow up check up.Pakar wanita Taman U suh datang this week. HSA suh datang nextweek. Yang mane eh nak gi. tengok la nanti.

Bila banyak sangat dugaan yang datang ni, mendekatkan diri aku dengan Allah. Memang tak dinafikan aku sering bertanya dalam diri.. kenape aku? kenape anak aku? kenapa aku tak senang2 dapat anak macam orang lain. Tapi, bila aku fikir-fikir balik. Aku bersyukur. sekurang-kurangnya aku merasa untuk mengandung. Merasa melahirkan anak, even czer.... tp aku dapat rase sakit bersalin tu.Dan sekarang anak kami dah selamat masuk syurga. dah dijamin masuk syurga. aku patut bersyukur tu..

Tapi, yelah.. perasaan sedih tu tetap muncul. berkali2 aku cube tenangkan hati aku ni.... perasaan tu tetap dtg. Dan sekarang ni, sekali lagi aku diuji. Ya Allah kuatlah iman hambamu ini Ya Allah.ringankanlah ujian Mu Ya Allah. Sembuhkanlah kandunganku Ya Allah .. sembuhkanlah dengan penawarMu. Peliharalah kandungan ku. Tapi, andai anak dalam kandungan ku ini dah ditakdirkan utk Engkau pinjamkan sekejap sahaja. aku redha Ya Allah.Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Hanya engkau yang tahu ape yang terbaik kami.

Adik.... ibu sayang sgt kat adik. Adik kene baik-baik dalam tummy ibu tau. nanti leh tengok dunia.. leh jumpe ibu n ayah. ibu nak peluk adik nanti hihi.... Kakak dah tak de... nanti adik leh jaga ibu n ayah =)

Hanya yang pernah merasa akan faham,


Dec 4, 2010

Berikan aku kebahgiaan itu

Sekali lagi Ibu ini diuji... sekali lagi air mata ini tumpah tak henti-henti.
Ya allah andai ini adalah balasan untuk menghapuskan dosa-dosa silamku.. Aku redha Ya allah.
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya.
aku hanya mampu berdoa yang terbaik untukku dan suamiku.

2/12/10 - dalam pukul 11.00 mlm aku bleeding. tak banyak setompok jer. esok pagi aku bergegas pergi Hospital Pakar Perbidanan Perdana, Taman Universiti. Jumpe doc yang bertugas, Dr Isa.
Lemah jantung aku bila doc tu cakap heartt beat baby dah xde.. xnampak. baby dh terbentuk..
aku nampak tangan dan kaki die dah mula membentuk.tapi, heart beat die mmg xnampak.
Ya Allah, kenapa ngn anak ibu ni. Adik... adik jangan takutkan ibu dik. jangan tinggalkan ibu..
kakak dah xde, sape nak teman ibu n ayah... adik kene kuat dik. Jangan takutkan ibu.

Doc Isa cakap aku kene datang balik to confirmkan.
Kalau betul baby dah xde.. aku kene buat DnC.
Hmmmm masa tu aku dah tak dengar ape yang doc tu ckp lg.
Fikiran aku dah kosong.. aku tak tahu nak watper.

Lepas sembahyang Jumaat, kami pergi HSA (hospital Sultanah Aminah) nak wat 2nd check up.
Dengan harapan doc tadi tersilap. Walaupun hubby dh byk kali pujuk untuk sabar n redha andai mmg dh bkn rezeki kami. Tapi, naluri aku kuat mengatakan yang kandungan aku masih ade.. masih selamat.
Ya Allah selamatkn kandungan ku Ya Allah. Sampai HSA terus g emergency, doc scan n inform aku die nampak heart beat. Alhamdulillah.. bersyukur sangat. tapi, die mintak aku refer Pakar OnG jugak.
Straight away aku terus g Pakar. Hmmm hampa, Doc dah cube wat scan TS ngn TBS sekali. dua2 scan doc xnmpak heart beat baby. tapi, aku kene dtg 2 weeks lagi to follow up.

Ya Allah. Engkaulah yang maha besar Ya Allah. Berikan yang terbaik untuk kami.
Berikan kebahagiaan yang Engkau pinjamkan ini terus untukku pinjam Ya allah.
Adik.. ibu tahu adik masih ada. Ibu dapat rasakan.
Ibu sayang adik. Ibu sayang kakak. Ibu sayang anak2 ibu.

Aku insan biasa,

Nov 7, 2010

6 weeks ^_^

hari yang menakutkan bila aku tgk ade bleeding...
tak banyak tapi tetap menakutkan aku.... dlm hati aku berdoa jgnla pape2 yg tak diingini berlaku Ya allah.. izinkan aku melahirkan dan membesarkan anak ini Ya Allah...
abang balik main badminton je aku citer kat dia.... terus kami g klinik nak cek.. pusing2 cari klinik xde yg buka.. time tu dah kul12 mlm... sekali ade satu klinik.. klinik penawar dekat senai.. 24hrs.. cite pjg lebar kt die sekali die ckp xleh nk cek, sbb xde scan.. hahaha.. apela. then, die suggest g Hospital Temenggong Kulai cek kat sana..

oklah kami pun teruskan perjalanan g hospital temenggong. pas cek.. die tengok baby mcm ok.. tp die xnmpak heart beat die.. maybe awal lg kot.. die ckp la. then, die buat surat suh aku refer dr pakar kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). hmmm so esok kene mc la nk g HSA... baby nye pasal aku sgp ape saja hehe.

sampai HSA, dlm kul10pg. doc ckp dtg balik kul 2.30ptg sbb pg ni tuk yg appointment jek. aduyai.. satu keje nk dtg balik. bkn dkt. dh la aku dtg sorg. nak muntah cari parking td. pusing 15x baru jumpe. takkan nk tgu sini smpai 2.30 nk buat menatang ape... so, aku nmpak putri specialist je dlm mata ni.. ah.. gi sana je la sng.

so, sampai putri aku decide nk jumpe dr Noraini.. ni Yantie ahmad yg suggest. dr ni makcik kepada kawan kami jgk si Aleya hehe.. best sgt dr ni.. masuk2 je bilik die dh tersenyum2.. kalo org sakit jmpe dr ni mesti terus sembuh. die lyn aku tiptop. masa scan dr ckp nmpak dh heart beat die.. bestnyer.. bby dlm keadaan baik. darah tu sbb infection huhu... so die cuci n dlm 3 hari die ckp akn ok.
Alhamdulillah.. lega...igt lg, masa pregnant Aleesya dulu pn kene infection gak..
duk wad seminggu huhu.apenye penyakit la..

pastu dr bagi ubat hormon tuk kuatkan rahim.. gini la rupenye ubat tuh..

hummm kene mkn 3 times daily.. for 2 weeks. mahal ubat nih.. sebijik 30 sen.
tp xpela... janji sehat hehe.


Oct 21, 2010

Berita Gembira 19/10/2010

Syukur ke Hadratnya... kami diberi peluang sekali lagi menjadi ibu n ayah...
Gembira yang tak terhingga yang sukar diucapkan.. Apabila aku sedar teman baik yang selalu datang tiap-tiap bulan dah lewat hampir 5 hari.. aku dh dapat rasakan yang ade satu berita gembira untuk kami.. aku pujuk husband berkali2 untuk beli UPT kat pharmacy... akhirnye pada malam 19/10/10 abang bersetuju hehe...

Balik dr pharmacy singgah kedai satay kawan abang dulu lepak-lepak..
masuk harini dah 5 hari berturut-turut aku mkaan satay. tekak ni xuas kalau tak dapat makan even secucuk pun jadilah.. dalam pukul 11.30 malam kami balik. tak sabar dah nak test hihi

seminit lepas test aku tengok double line yang jelas sejelasnya....


aku jerit pgl nama abang sekuat hati...
berlari die masuk bilik huhuhuhu.... die peluk aku, cium aku bertalu-talu hihi bahagia n happy sangat. hanya Allah yang tahu perasaan kami... Teah sayang... tak lame lagi Teah dapat adik tau..
doakan yang baik-baik untuk ibu n ayah yer..
Tiap minit tiap detik ibu teringat kat kamu...
sentiasa rindukan kamu sayang....

Aku bersyukur Ya Allah... atas rezeki yg telah engkau kurniakan ini...
sesungguhnya hanya engkau yg tahu ape yg terbaik buat hambamu ini...
Berikanlah kesihatan dan lindungilah anak dalam kandungan ku ini dari perkara-perkara yang tak baik..

Amin....

Hurmmm... agak2 kali ni gugurl ke boboy eh..
same2 la kite tunggu 27 hb 6 tahun depan... (",)


Alhamdulillah ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates