Showing posts with label MAT SABU. Show all posts
Showing posts with label MAT SABU. Show all posts

Monday, June 8, 2015

CERAI DENGAN DAP CUMA SANDIWARA PAS – MAT SABU


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Selepas tumpas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS, Mat Sab terus menyerang kepimpinan PAS.

Aku petik dari portal pro pembangkang, Malaysiakini:

Mat Sabu: Perceraian Dengan DAP Hanya Helah Untuk Merebut Kuasa

Kelantangan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar PAS minggu lepas
hanya sandiwara yang digunakan untuk memenangi kerusi kepimpinan tertinggi parti, dakwa bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

"Sekarang saya boleh lihat - label (negatif) pada orang lain, Anwarinas, ejen DAP - ini semua hanya satu cara untuk mendapatkan jawatan (dalam parti)," kata pemimpin yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Sekarang mereka telah mendapat kedudukan mereka, mereka cuba untuk berbaik-baik semula dengan DAP. Malangnya, pemimpin PAS yang membina Pakatan Rakyat dari awal telah dihalau keluar," katanya.

"Adakah hanya jawatan yang mereka kejar? Semoga tuhan menunjukkan kepada kita kebenaran," sambung beliau.

Nadanya macam kecewa je Mat Sabu. Bila dah kalah macam-macam alasan lah yang diberikan. 

Hakikatnya kau memang keldai DAP dari awal lagi. Tapi bila PAS dah tak rela jadi kuda tunggangan DAP, kau kena tendang keluar dan mulalah kau meroyan.

Kalau dah kalah tu buatlah macam orang kalah, kembali masuk saf, ikut kata pemimpin. Tapi kau terus buat kacau.

Betul ke kau pengikut PAS, atau memang agen DAP yang nak memecah-belahkan PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Sunday, June 7, 2015

DAP DAH LAMA RANCANG JADIKAN PASMA PARTI POLITIK – RONNIE LIU

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu & Phahrolrazi?

Selama ini  Presiden PASMA, Phahrolrazi Zawawi sering menekankan bahawa PASMA hanya sekadar NGO yang akan kekal dalam PAS  dan tiada rancangan untuk menjadikannya parti politik. 

Tapi sekarang tembelang Phahrolrazi dah pecah.

Boleh baca sendiri Facebook pemimpin DAP Ronnie Liu:


Mudah-mudahan Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block (beramai-ramai) dan jadikan PASMA parti politik SEPERTI DIRANCANG.

PKR + DAP + PASMA = Satu Pakatan Rakyat yang baru

Tu diaaaa!!!

Mat Sabu dan geng-geng PASMA rupa-rupanya selama ni BERBOHONG pada semua ahli PAS!! Kononnya akan kekal setia dengan PAS, rupanya dah lama RANCANG nak tubuhkan parti politik dan menjadi sekutu DAP!!

Ini bukan fitnah, kerana yang pecahkan tembelang mereka ialah sekutu rapat, teman sekatil mereka sendiri iaitu DAP!!

Dan DAP pula sudah semestinya bertepuk tangan dengan kewujudan parti PASMA kerana setelah gagal memperkudakan PAS, kini sudah muncul keldai baru PASMA yang sudi malah gembira menjadi haiwan tunggangan DAP!!


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan Phahrolrazi?

Sunday, May 17, 2015

PERGI BALIK KELANTAN LAH, PAS!!!



DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR
Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
 SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.
Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?
“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.
Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.
Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Wah, garangnya DAP Selangor sampai tak bagi PAS buat muktamar! Kena halau balik pergi Kelantan!

Eh, Kerajaan Negeri Selangor ni wakil rakyat semua dari DAP dan PKR ke? Takda langsung wakil rakyat PAS? Ada kan? Habis tu apa hak DAP nak tolak PAS dari Selangor sedangkan dalam Kerajaan Negeri sendiri ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong hudud. Tapi yang sokong ni tak termasuk puak liberal PAS lah, macam Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Saari Sungib.

Mungkin kerana adanya sokongan dari dalam PAS sendiri maka makin berani DAP membuli kepimpinan PAS. Ya lah, kalau Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sendiri sokong pendirian anti Islam Lim Kit Siang, maknanya lampu hijaulah untuk kutu-kutu DAP turut bantai PAS. Macam orang mengantuk disorongkan bantal lah.

Jadi kita tak boleh salahkan Teng Chang Khim dan DAP Selangor dalam hal ini.  Yang patut disalahkan puak liberal PAS diketuai Mat Sabu yang jadi musuh dalam selimut menghancurkan PAS dari dalam!

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Tuesday, May 12, 2015

TAHNIAH MAT SABU, BERJAYA LANTIK LIM KIT SIANG JADI MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS pada hari ini sudah begitu teruk musnahnya sehingga ada di kalangan pemimpin parti itu sanggup membawa pemimpin kafir seperti Lim Kit Siang untuk berucap di Kota Bharu bagi menolak hukum Allah (hudud). Tindakan itu katanya dibuat oleh pihak-pihak yang selama ini seolah-oleh tidak sabar menanti ayahanda beliau meninggal dunia.

Beliau yakin, sekiranya ayahanda beliau (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) masih hidup, tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS yang akan berani bertindak demikian.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu. 
“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya hari ini.

Beliau meluahkan kekecewaan yang mendalam itu melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Semalam, Lim Kit Siang secara berani dan terbuka berucap menolak Hudud di hadapan ribuan penyokong dan ahli PAS dalam program Ceramah Perdana Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana.
   
Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Mat Sabu kan Timbalan Presiden PAS. Kau tu siapa? Sukahati dialah kalau nak bawa Lim Kit Siang ke, Lim Guan Eng ke, Ambiga ke untuk ceramah tolak hudud di Kelantan.

Mat Sabu dan geng-geng PASMA kan dah angkat Lim Kit Siang jadi Mursyidul Am PAS yang baru. Kenalah ikut cakap Mursyidul Am baru.

Hudud tak penting. Yang penting dapat kuasa. Walaupun PAS namanya pun Parti Islam SeMalaysia, tujuan penubuhan pun untuk wujudkan Negara Islam, apa salahnya kita tolak tepi dulu Islam. Nanti pengundi marah tak nak undi Pakatan kalau asyik cerita pasal Islam.

Okey? Okey? Ada faham Nik Abduh?

Apa kecoh-kecoh ni Nik Abduh?

Tuesday, December 10, 2013

KERANA MAT SABU, MALAYSIAN INSIDER FITNAH DR ASRI HALALKAN SYIAH


Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Selama ni Ahli Sunnah Wal Jamaah memang menetapkan bahawa pegangan Syiah dianggap terpesong dari Islam. PAS pun berpendirian tidak mengiktiraf fahaman Syiah dan menegah ahlinya dari mengikuti fahaman tersebut.

Tetapi bila Zahid Hamidi membuat pengumuman bahawa Mat Sabu ialah penganut Syiah maka golongan pro Mat Sabu terus menukar pendirian mereka sebelum ini dan cuba menghalalkan pula Syiah.

Dan yang terkini, Malaysian Insider cuba memutarbelitkan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Malaysian Insider mengeluarkan tajuk berita sensasi:

PENGANUT SYIAH ADA HAK AMAL KEPERCAYAAN MEREKA, KATA BEKAS MUFTI.

Uish, dahsyat tu!! Sekali baca macam Syiah ni perkara yang tak salah. Dan ini bukan kali pertama Malaysian Insider cuba menghalalkan Syiah. Sebelum ini mereka pernah keluarkan berita:

SETIAUSAHA ULAMA: PAS IKTIRAF SYIAH MAZHAB DALAM ISLAM

Lagi dahsyat kan? Tapi selepas tu PAS sendiri keluarkan kenyataan bahawa ulasan Setiausaha Dewan Ulamanya telah diputarbelit oleh Malaysian Insider.

Nampak sangat kan agenda pro Syiah Malaysian Insider ni? Semuanya kerana nak menyokong Mat Sabu!!!

Sekarang mari kita baca penjelasan dari Dr Asri sendiri tentang kenyataannya itu.

Dr Asri kesal Malaysian Insider sensasikan pendapatnya pasal Syiah
10 DIS: “Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti”. Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.
Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.
Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.
drasri
DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah
Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.
“Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.
“Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya,” tegasnya di laman sosial itu.



Sekarang dah jelas lagi bersuluh bahawa Dr Asri tidak pernah menghalalkan Syiah. Ianya cuma putarbelit Malaysian Insider sahaja, agenda pembangkang pro Syiah!!

Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Sunday, November 10, 2013

ANTARA ANWARINAS & ULAMA: MANA HALATUJU PAS?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sudah sekian lama PAS berada di bawah telunjuk golongan liberalis proksi Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya sendiri. Bila sahaja ada isu berhubung kesucian Islam, suara golongan Anwarinas lebih lantang berbanding suara ulama sehingga timbul tanda tanya, adakah PAS memperjuangkan Islam atau memperjuangkan fahaman pluralisme yang ditunjangi Anwar Ibrahim?

Buktinya? Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan mudah membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam sedangkan pendirian ini jelas bercanggah dengan pendirian Dewan Ulama PAS. Mat Sabu jugalah orang yang mengagung-agungkan perjuangan komunis Mat Indera sedangkan Mat Indera adalah antara pengganas yang bertanggungjawab membunuh anggota polis Melayu Islam di Bukit Kepong.

Begitu juga, bila Nurul Izzah dengan lancang mempersoalkan larangan untuk umat Islam murtad, maka Khalid Samad tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menyokong pendirian songsang puteri kesayangan Anwar Ibrahim itu.

Agak hairan juga melihat perkembangan golongan Anwarinas di dalam PAS ini. Mat Sabu yang dahulunya adalah antara mereka yang paling anti dengan Anwar Ibrahim sehinggakan memberi jolokan Anwar al-Juburi kepada Anwar Ibrahim kini sudah boleh tidur sekatil dengan orang yang dituduhnya sebagai homoseksual itu.

Inilah bukti bahawa perjuangan Anwarinas seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sebenarnya lebih berpaksikan kuasa dan bukannya untuk mengakkan kesucian Islam. Kerana wujudnya orang-orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad lah maka orang Islam sendiri memandang sinis perjuangan PAS.

Kini dalam Muktamar PAS ke 59 sudah jelas bahawa kem Anwarinas & kem ulama akan berlaga. Siapa yang bakal menang?

Untuk Timbalan Presiden, Mat Sabu dari kem Anwarinas akan menentang Nik Amar dari kem ulama.

Untuk Naib Presiden, Husam Musa dari kem Anwarinas adalah antara calon yang bertanding dan antara pencabar beliau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dari kem ulama.

Keputusan Muktamar PAS ke 59 akan menentukan halatuju PAS. Adakah mereka akan terus menjadi kerbau dicucuk hidung dan menurut sahaja telunjuk Anwar dan sekutunya dalam DAP atau adakah mereka akan kembali ke perjuangan asal dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Monday, January 7, 2013

DAP & PKR ARAH MAT SABU HALALKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS?

Baru sekejap lepas PAS melalui Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan bahawa PAS menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible tiba-tiba Mat Sabu pula keluarkan kenyataan balas bahawa tak salah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Jom kita imbas balik kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan ini disiarkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

"PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
PAS melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Cuba lihat, dalam kenyataan ini Tuan Ibrahim menyatakan bahawa “PAS berpendirian” dan “PAS melihat”. Ini bermakna bahawa kenyataan Tuan Ibrahim bukan kenyataan peribadi, sebaliknya kenyataan rasmi sebagai Ketua Penerangan PAS dan sudah pastinya pendirian rasmi PAS sendiri!!

Tetapi bila kenyataan rasmi PAS ini dikeluarkan, PKR dan DAP tersentak, sehingga Anwar membuat pengumuman bahawa isu kalimah Allah akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Selepas selesai Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, Mat Sabu terus buat kenyataan bahawa tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Haiii Mat Sabu… Senangnya PAS nak tukar pendirian. Mula-mula tak boleh guna kalimah Allah, lepas kena gertak dengan DAP & PKR, serta-merta tukar pendirian, tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Yang hairannya, macam mana parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP boleh arah PAS untuk tukar pendirian dalam isu yang melibatkan agama Islam? Siapa yang sebenarnya lebih arif tentang agama Islam? PAS yang kononnya parti Islam atau parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP?

Kalau tengok berdasarkan isu ni, nampak gayanya dalam hal Islam pun PAS menikus ikut arahan tauke DAP dan PKR!

Uskup Katolik Dr Paul Tan Chee Ing lega dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang membatalkan pendirian asal seorang pegawai bawahan (merujuk kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man) bahawa golongan Kristian tidak patut menggunakan kalimah Allah untuk Tuhan.

Dan yang paling gembira sudah tentulah golongan bukan Islam.  Memang confirm PAS akan dapat undi mereka dalam PRU akan datang nanti.

Begitulah murahnya nilai maruah Islam di mata PAS. Hanya demi undi & kuasa, maruah Islam digadai.

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS? 

Friday, November 9, 2012

MAJLIS PEGUAM KECEWA NURUL IZZAH NAFI SOKONG HAK MELAYU UNTUK MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Setelah kantoi kerana mengeluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul terus kelam-kabut cuba menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Namun begitu, tindakan Nurul itu mendapat reaksi negatif dari Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam.

Siti Zabedah Kasim, peguam yang bertanyakan soalan itu kepada Nurul, memberitahu portal pro pembangkang, Free Malaysia Today, bahawa dia kecewa dengan sikap berdolak-dalih Nurul.

Berikut artikel dari portal pro pembangkang Free Malaysia Today dan terjemahannya.

‘I Am Disappointed With Nurul’
The lawyer who posed the sensitive question on religious freedom is disappointed that the PKR leader has changed her stand.
PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politicians 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.
“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled “Islamic state: Which Version? Whose Responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.

'Saya Kecewa Dengan Nurul'

Peguam yang bertanyakan soalan sensitif mengenai kebebasan beragama kecewa dengan perubahan pendirian Nurul Izzah.

PETALING JAYA: Seorang peguam yang menimbulkan persoalan mengenai kebebasan beragama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa forum Sabtu lepas kecewa dengan pusingan balik 180 darjah ahli politik itu.

Siti Kasim, ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, berkata beliau kecewa kerana Nurul telah "menarik balik" kata-kata beliau.

"Saya percaya Nurul hanya cuba untuk menarik perhatian orang ramai, dia langsung tidak memikirkan akibat kenyataannya itu," katanya kepada FMT.

Siti berkata Nurul sepatutnya berdiri teguh pada kata-kata beliau bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu beragama Islam.

"Tidak apa yang salah mengenai kenyataan Nurul Izzah, dia hanya menyatakan kebenaran. Saya memang menjangka akan timbul kekecohan selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, dia sepatutnya berpegang teguh kepada kebenaran," tambah beliau.

Dia tertanya-tanya jika Nurul cuma membuat kenyataan tersebut untuk menawan sokongan daripada penonton yang sebahagian besarnya bukan Islam pada hari itu.

Pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa? ", Siti bertanya kepada Nurul sama ada kebebasan beragama perlu diperluaskan kepada orang Melayu.

Siti berkata walaupun Nurul tidak menyebut secara khusus tentang murtad, Nurul jelas menyatakan bahawa dia menyokong hak kebebasan beragama untuk orang Melayu.

"Pada hari-hari berikutnya dia 'menarik balik' kata-kata beliau, dan berkata dia tidak menyokong murtad. Tetapi secara tidak langsung apabila anda mengatakan anda menyokong kebebasan beragama untuk orang Melayu, dan jika Melayu mahu keluar dari Islam, itu adalah murtad," tambah Siti lagi.

Peguam itu berkata beliau pernah mengajukan soalan yang sama kepada bapa Nurul, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi gagal untuk mendapatkan jawapan yang jelas.

"Beliau hanya cakap berbelit-belit dan tidak menjawab secara terus. Kita mahu ahli-ahli politik untuk bercakap secara terus-terang, "katanya.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari artikel ini?

1. Nurul MEMANG SAH mengeluarkan kenyataan mahukan kebebasan beragama untuk Melayu, sekaligus menyokong hak Melayu untuk murtad.

2. Majlis Peguam dari dahulu sehingga sekarang memang mendokong agenda murtad. Kalau kawan-kawan dah lupa, Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah peguam yang membela Lina Joy semasa kes murtad beliau. Ambiga ini jugalah yang menjadi teman mesra Mat Sabu dan PAS semasa perhimpunan BERSIH.


Memang betullah kenyataan Presiden PAS bahawa pilihanraya lebih penting dari isu murtad. Nampak sangat PAS sanggup bersekongkol dengan pejuang hak murtad semata-mata nak meraih undi.

3. Anwar dan Nurul 2 x 5 sahaja. Dua-dua kaki temberang dan putar belit. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Depan orang bukan Islam, lantang Nurul nyatakan bahawa Melayu perlu diberi hak untuk murtad, sekaligus menjamin dia mendapat sokongan dari golongan mubaligh Kristian dan penyebar agama-agama lain.

Depan orang Islam, cepat-cepat Nurul nafikan dia pernah membuat kenyataan tersebut, padahal video kenyataan dia dah luas tersebar dan laporan berita mengenainya pun dah dikeluarkan oleh portal pro pembangkang.

Orang kaki belit dan putar alam macam ni ke kita nak jadikan pemimpin? Orang yang sanggup menggadai kesucian Islam demi undi macam ni ke patut kita agung-agungkan?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

Friday, April 27, 2012

MAT SABU DOK KAT MASJID NEGARA DGN GENG SELUAR PENDEK?

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?

Aku tahulah PAS dah gugurkan perjuangan negara Islam, tapi takkanlah adab di masjid pun kau dah tak peduli?

Tengok gambar ni kawan-kawan...


Mat Sabu tengah dok bersila kat Masjid Negara. Sebelah dia ada mamat pakai seluar pendek, nampak lutut = buka aurat.

Hai Mat Sabu, aku tahulah perhimpunan Bersih ni pemimpinnya kepala LGBT Seksualiti Merdeka, tapi takkan kau sebagai pemimpin kanan PAS tak boleh tegur geng sendiri bila dia langgar hukum Islam? Yang geng PAS lain penuh dok keliling, siap pakai kopiah, takkan sorang pun tak berani tegur?

Kuat betul aura Ambiga ni ya? Sampai terdiam Mat Sabu dibuatnya!! 

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu?