Pages

Powered By Blogger

Thursday, March 27, 2014

Bekas Hantaran Kahwin - Purple Pink

Alhamdulillah, baru je siap menghias bekas untuk diletak barang hantaran kahwin untuk adik ipar Annaz yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 5 April 2014 nie. 

Lega sebab nak menyiapkan bekas nie yang paling leceh. Lepas nie senang sikit keje sebab tinggal nak letak barang hantarannya saja. 

Tapak

Bahagian hadapan

Bahagian belakang


Inilah rupanya bekas hantaran tu. Ada 6 semuanya. Yang ketujuh tu sirih junjung. Nanti Annaz akan syer lagi dengan u all. Tunggu lepas majlisnya, ok

Bunga pahar, Bunga Tisu, Bunga Crepe Paper

Alhamdulillah, siap lah sudah bunga pahar yang Annaz perkatakan dalam entry yang lepas. Bunga pahar yang diperbuat dari crepe paper. Tema permintaan bakal pengantin ialah purple pink.




Annaz buat 60 kuntum jer sebab bunganya besar-besar. First time buat. Masih perlu perbaiki lagi.

Dah ada yang nak tempah bunga nie tapi masih belum berkesempatan nak buat sebab masih ada tugas untuk menyiapkan hantaran perkahwinan request dari adik ipar. 

Pada yang membuat tempahan tu harap-harap bersabar ye. Annaz akan siapkan juga tempahan tu, ok..




Wednesday, March 26, 2014

Persiapan Bunga Pahar dan Hantaran Perkahwinan

Pada 5 April 2014 nanti adik ipar Annaz yang bongsu, Nur Hazwani akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Jadi, Annaz seperti biasa, bab bunga pahar dan hantaran memang dah menjadi tugas Annaz. 

Tema pilihan beliau puple pink. Bunga pahar Annaz sponsor. Hantarannya ongkos beliau sendiri. Barang-barang dah beli. Tinggal nak buat je..


Yang nie barang-barang untuk buat bunga pahar. Bunga pahar tu buat dari crepe paper. Harap-harap menjadi. Lagi pun bunga dari crepe paper / bunga tisu nie memang tengah hot masa kini. Lagipun tuan punya badan tak kisah, janji ada..


Yang ni pula barang-barang untuk buat hantarannya. Harap-harap bakal pengantin tu berpuas hati.

Hasilnya Annaz akan Annaz syer dengan u all di entry yang akan datang.


Wednesday, November 27, 2013

Finger Doodle

Inilah akibatnya kalau duduk saje, boring dan tak ada keje..
Ada pen sebatang, conteng-conteng..


Comel tak?
Hehehe...


Wednesday, October 9, 2013

Tempat Buang Sampah Dari Barang Recycle

Sekarang nie kat opis sedang sibuk dengan persiapan untuk audit 5S. Annaz pun tak terkecuali. Macam idea masing-masing untuk menjayakan apa yang telah dirancang.

Disebabkan kempen "Hijau", jadi semuanya kena guna barang-barang recycle macam kotak, kertas, botol-botol dan sebagainya. Annaz pula kena sediakan tempat buang sampah yang mana mesti diasingkan mengikut kategori seperti kertas, botol dan aluminium..

Annaz bekerjasama dengan rakan setugas membuat tempat pembuangan sampah tu dari kotak A4 terpakai. Jadi inilah hasilnya..



Annaz berpuas hati dapat menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih atas kerjasama kawan-kawan.

 

Friday, October 4, 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft


Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

Syarat-syaratnya:
1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
Blog Bila Jari Mula Menaip
3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.

Saturday, September 7, 2013

Tutorial : Cara Penyimpanan Beg Plastik

As Salam..


Setiap hari kita pasti ada membeli sesuatu dan setiap kali itulah kita akan menjinjit beg plastik. Kadang-kadang tu pening nak simpan bila dah terlalu banyak. Nak dibuang sayang sebab boleh digunakan lagi.

Untuk itu, hari ini Annaz nak syer cara penyimpanan plastik yang kemas tapi kena rajin la sikit. Caranya begini :-         





Ambil sehelai beg plastik lipat dua macam gambar di atas.

Kemudian...

Lipat lagi jadi macam nie...

Bermula dari tepi, lipat berbentuk segitiga macam gambar di atas.

Ulangi lipatan seperti tadi sehingga lah menjadi seperti gambar di bawah.

Bila dah habis lipat seperti ini, selitkan lebihan bucu di dalam lipatan plastik tersebut.

Plastik yang dilipat akan menjadi seperti gambar ini...

Sekarang semuanya sudah siap....

Jadi, simpanlah di dalam tempat atau bekas yang korang suka.

Senang dan kemas..