Monday, July 15, 2013

bunthurt

Tuhan tolong tunjukkan jalan. Aku buntu.








Doa dalam blog apa yang dapat? Hmm. Tapi memang aku buntu.

Monday, January 7, 2013

Apakah caranya?

Apakah cara nak lupa orang yang kita sayang?
Apakah cara nak bagi orang yang kita sayang puas hati?
Apakah cara nak pastikan kita tidak ditinggal-tinggalkan?


Tiada yang sempurna
Jadikanlah ketidaksempurnaan seseorang sebagai suatu kelebihan



TAPI..

Penerimaan kita terhadap kekurangan manusia lain tidak semestinya berbalas sama kepada kita
Kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang berlainan
Ada yang waras,
Ada yang kejam,
Ada yang tidak ambil peduli,
Ada yang sangat peduli.
Yang peduli adalah manusia yang meletakkan diri sendiri pada tempat orang lain.
Tetapi yang peduli adalah sangat sedikit. Sebab itulah wujud peperangan.
Peperangan manusia dan juga peperangan cinta.


Apakah caranya?

110111-110113

Friday, January 4, 2013

Perasaan Masa Kini

Sakit bahu

Sakit belakang

Sakit lutut


Caption gambar tipu. Tapi gaya melankolik dalam gambar adalah benerrr.


Credit gambar: http://boywundr.blogspot.com/2009/11/devastated-stu.html

Saturday, November 17, 2012

Demimu FYP

Orang lain tengah cuti
Saya pula bertenggek di sini
Orang lain bersuka ria di rumah
Saya pula bersuka ria di sini
Orang lain rilek ke derr tapi result baik punyer
Saya panik tidak tentu hala tapi result entah apenyer
Entahla

Tuesday, March 27, 2012

Saturday, March 17, 2012

Mungkin niat aku baik tapi cara aku salah.
Cara baik aku selama ini dipandang enteng.
So...





SAYA KUAT!!!

Wednesday, February 15, 2012

Benda yang menjadi favourite aku

Hidup kat dunia ni ofkos la kita akan ada benda or perkara yang kita suka mahupun tidak suka. Aku tak nak listkan benda yang buat aku meluat tapi benda yang buat aku suka gila!


1- Aku maha suka gila bila ada manusia ke benda yang berbisik2 sambil gelak2 depan aku pastu pada masa yang sama tengok2 aku. Gila suka aku melihat telatah sebegitu rupa. Habit macam ni patut diteruskan.



2- Aku juga gemar bila orang komen aku DEPAN2 ORANG RAMAI pasal baju aku tak matching dengan tudung, or pasal aku makin gemuk ke besar ke atau perkara2 lain yang bermaksud seperti "Anah kau ni kan kera lagi lawa dari kau tahu!". Aku rasa macam bahagia je bila boleh dengar orang puji aku camtu. Terharu nak mamp.



3- Aku also juga gembira bila dengar seekor manusia atau lebih memandang rendah kepada seorang manusia yang lain. Sebagai contoh " Eh Anah kau biar betul boleh bawak lori. Bawak LRT pun senget2 je aku tengok. Hahaha (gelak bersama berekor2 manusia yang lain)" . Contoh yang lain "Kau nak naik moto pergi Afrika Utara sorang2? Macam tak caya je aku. Kau kan anak manja". Aku rasa bahagiaaaaa je dengar bila dilemparkan kata2 nista sebegitu rupa. Bukan senang wei orang nak pandang rendah kat kita. Kita? Aku la.



4- Aku juga akan melompat keriangan bila aku message benda penting kat someone ni tapi beliau tidak reply. Part paling best bila jumpa face to face pun dia buat donno pasal message tersebut. Seronok gila moment macam ni. Gimme 5!


#Sarkastik aku dah jadi macam blog amenoworld 

Friday, January 20, 2012

tak usah tunjuk baik yang berpura-pura

jenis manusia kat #facebook ni macham-macham. aku tak kesah pun jenis manusia apa sekalipun tapi aku paling benci jenis perempuan yang suka up status menunjukkan beliau ini seperti wanita di bawah lindungan kaabah. contohnya:

#1 : " perlukah kita menunjuk 'in a relationship' dengan pak/makwe kita sedangkan di dalam Islam couple itu
         haram and bla bla bla.......................................

#2 : " aku harap aku dapat balas jasa kedua ibu bapaku dengan pelajaran walaupun mereka tidak  mengharap  
         apa dari aku baaa baa babablekship..............

#3: " saya tidak memilih dalam mencari pasangan cuma inginkan yang terbaik malah direstui ibu bapa dan
        boleh menjadi pembimbing yadda yadda yadda bla bla.........


ok the point is aku tak kesah nak wateva status or link tapi bialah seiring dengan apa yang dinampak kat wall fb or life yang sebenar. like this:

status #1 tuh nak cakap pasal relationship tak baik la hareem la tapi pada masa yang sama tetap layan komen2 jans yang tak dikenali seperti 'thanx for the add'/ 'salam perkenalan' and bla bla bla. pada masa yang sama jugak suka mekap tebal2 n aplod gambar kat fb or buat photoshoot. pastu tunggu sang2 lelaki komen cakap 'cantiknyaa awak' then si awak ni akan reply 'eh mana ada biasa2 je'. DANG!!!

status #2 pulak nak mention betapa baiknya dia sebagai anak. okay anak yang baik perlu dispread kan kepada orang ramai supaya orang ramai tahu betapa mulianya dia nak balas jasa kedua ibu bapanya. ok now i know.

status #3 sangat ngerimeluatjengkel sangat la aku rasa. okay ada ke perempuan nak laki penagih dadah, peraba mahupun segala jenis pe sekalipun? benda tuh tak perlu la nak bagitau dunia sebab semua orang pun mahukan yang terbaik untuk pasangan hidup. pehal skema pulak ayat aku ni. aahh ape2 jela.


yang aku tahu perempuan yang betul-betul alim takkan show off diri di dalam fb

Saturday, December 24, 2011

sudah boleh kawen ke?

hehe finally sem 5 dah habis. tapi final exam coming soon yaww. dang! dari sem 1 sampai sem 5, aku rasa sem 5 la paling busylahsangatwoi. weekend aku ibarat lembu dicucuk hidung. kesana kemari mengikut hawa nafsu assignment yang tidak berkesudahan.

sem ni memang aku jarang gila berjimba-jimba kecuali hanyalah pergi ke Pasar Malam Sri Serdang membeli ayam dinasour (betul ke eja?) yang berharga RM2.50 T_T

assignment yang paling mencabar kewibaawaan pelajar cemerlang seperti aku


dalam ni ada lebih kurang 65 sampel jahitan yang aku kena siapkan for the whole sem. ada siapa2 berani ke nak cakap 'ala setakat 65 je pun tak sampai 100 lagi' ?

ketebalan folio ni lebih kurang sama tebalnya dengan mulut akak Ning Baizura

nak tahu lepas siap folio aku ni, aku asyik belek2 je folio sambil mengatakan rajinnya aku ini. konon angkat bakul tapi tak naik2 la. sebab berat kot.

dalam banyak2 sampel yang aku buat. 2 kat bawah ni paling azab. mahunya lebih 10 kali aku tetas. yelah tetas menetas ni memang hobi aku. 

yang sampel ni memang aku kena redo. nampak macam skirt baby yang tak cukup bulan kan? comel macam aku bo dowh skirt ni. ahha angkat bakul lagi!


hanya jauhari mengenal manikam. nama sampel ni leher manikam kot. aku pun dah lupa. yang ni aku tetas sampai menjilat jari slurppp!



bosanlah cakap pasal assignment



Thursday, December 8, 2011

Monday, October 24, 2011

Kita Duakan Segalanya :)

aku sanggup bermadu dengan Sarah demi Eross. boleh nampak tak betapa gedikan-eksaitedtan aku bila dapat snap2 dengan Erosh. hanya cameraman kat depan je tahu betapa girang gelendang gembiranya aku time ni

Duta memang maintain cute macam anak dara yang aku kenal 11 tahun yang lepas. masa ni Aiman macam bad mood nak suruh baba dia dukung. Duta ni boleh dijadikan tokoh bapa mithali jugakla

entrance Adam paling kelakar. dahla paling lambat datang. dah sampai rilek gila sambil bawak perut beliau yang boroi-boroian

Brian paling kesian sebab macam kurang fans yang nak berfoto2 dengan beliau. mungkin sebab dia member baru. haha tapi lo lucu and funny



kapan kita mahu jumpa lagi? T_T



Friday, October 21, 2011

yeah ESOK!

esok gue Berlayar bersama Sheila On 7

INI PAS MASUK UNTUK PRIVATE GATHERING WITH SHEILA ON 7

dah lebih sedekad aku tunggu peluang ni dan terima kasih kepada Encik Ahmad Firdaus kerana sudi menyempurnakan impian aku yang mabuk angau tak sedar diri ini 

:D

Sunday, October 9, 2011

wordless forever :'(


i'll be missing you guys ~dhanionceyukeandratyo~

Tuesday, September 27, 2011

walaupun kurang kemas tapi nampak menarik

setelah sehari lebih aku bersengkang bontot mata membuat kejadah ini, akhirnya inilah hasilnya. 

original nike stitch from anahkuneng

at first sebenarnya aku nak sulam muka budak perempuan yang konon2 nya cute tapi macam susah je. aku ushar2 bilik aku then mata aku melalui beg nike aku yang hensem tergantung di dinding. so aku pun dapat la idea nak stich kejadah di atas.

ada 5 jenis stitches yang berbeda-beda aku guna untuk setiap huruf:

N- Scroll Stitch
I- Chain Stitch
K-Jelujur Halus
E- French Knot
and for the nike logo aku guna Cross Stitch

benda ni aku buat bukan sebab kerelaan hati. tapi sebab esaimen yang MUST DO. sem ni aku ambik Jahitan 1. setakat ni dah 14 jenis jahitan tangan aku belajar :)

secara kesimpulannya, 

I AM PROUD OF MYSELF FOR THE FIRST TIME

Friday, August 19, 2011

Video bajet kurang: salam perantauan under the sea


video ini inspired by Abg Obefiend. oleh kerana beliau tak layan salam perantauan dari aku, maka aku ambik inisiatif sendiri

Dari kiri ke tengah dan belakang depan: Fumakilafairy (22, single), Rozitap Che Wan (45, bekas pelajar dekan, janda), Neneklofa (umur dirahsiakan tapi konpem single), Datuk Ctserkupjaring (lepas PMR, sudah berpunya) dan paling hawtt Secah Alcahya (si dara sunti yang naif)

Ucapan: mak dan bapak, kitorang rasa macam dah malas la nak belajar. kalo ada dato' kaya yang datang meminang, mak terima jela ek. Okay luv u olss.

Saturday, August 13, 2011

Scha Alyahya lagi, lagi dan lagi







aku ni les ke ape obses ngan retiss perempuan?

Thursday, August 11, 2011

ini baru betul2 1 in a MILLION






A gentleman is simply a patient wolf ~ Lana Turner

Wednesday, August 10, 2011

pengalaman ngeri di rumah sendiri

nak jadi satu hal semalam masa mok and wae (parents aku) pegi tarawikh (ye aku tak pegi) boleh pulak ada Alipes Grandidieri atau nama manjanya LIPAN (LILI)  melintas manja dalam bilik aku. masa tuh aku kat atas katil tengah karok lagu gleme Alyah Kisah Cinta kat utiup. suara aku otomatik jadi nyaring macam cikgu Linda Jasmine. habis basah badan aku sebab takut gila pig!

Lili berjalan sambil bergoyang-goyang masuk dalam katil. aku dengan dup dap dup dap keluar bilik kol 'my beloved sister',  aku tanya dia camne nak buat dengan Lili sambil menangis teresak-esak. dia cakap 'ala rilekla. dulu kat jambe bilik depe nuh pun ado lipe'. okay aku pun tenangkan diri aku dengan menengok Ana Lu'lu.

aku tak puas hati. aku masuk lagi bilik aku and cepat2 naik atas katil untuk sambung karok. Lili pun berlenggang-lenggang lagi keluar dari tikar bawah katil. aku pun sepantas kilat ambik Ridsect. nah aku sembur beliau sampai pengsan. dia gerak2 lagi. banyak betul nyawa beliau. aku sembur sampai separuh botol ridsect. aku sendiri pun dah pening.

Alhamdulillah aku berjaya melemahkan perogol Lili tersebut. aku pun ambik kayu dan aku penyek2 perut dia. HAR3 puas hati aku!

aku pun kebumikan dia dalam lubang jamban and flush!

bila parents aku balik terawikh aku pun bercerita sampai tersembur2 air liur. mereka nampak bangga dengan aku. otomatik hidung aku jadi macam Scha Alyahya.

ni bukan abang lili semalam. gila ke hape aku nak ambik gambar beliau semalam masa dia nazak.
R.I.P to abang Lili

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...