Siapa klik dia orang yang mulia...

Showing posts with label Yaman. Show all posts
Showing posts with label Yaman. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Terbakar dunia xpe lagi..terbakar akhirat??

Presiden Yaman melecur, timbalan putus sebelah kaki


7 Rejab 1432H. [MOD] -

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh melecur 40 peratus daripada tubuhnya dan mengalami pendarahan otak akibat serangan ke atas istananya minggu lalu.

Keadaan Saleh didedahkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang menunjukkan kecederaan yang dialami lebih parah daripada apa yang dilaporkan.

Ketiadaan Saleh yang dirawat di Arab Saudi meningkatkan lagi keganasan di Yaman, apabila tentera kerajaan terus bertempur dengan militan dan puak bersenjata di dua bandar di selatan Sanaa kelmarin.

Tentera mendakwa membunuh 30 militan, anggota kumpulan yang mengambil alih bandar Zinjibar minggu lalu.

Tiga hari lalu, Saleh dilaporkan semakin stabil selepas menjalani beberapa pembedahan di Arab Saudi dan dijangka pulang ke negaranya beberapa hari lagi.

Jika Saleh pulang, pertempuran hampir pasti tercetus semula di Sanaa. Jadi, pendedahan pegawai Amerika memberi isyarat Saleh tidak mungkin pulang dalam tempoh terdekat.

Tiga pegawai berkata, Saleh melecur lebih 40 peratus tubuhnya dan mengalami pendarahan otak, manakala pegawai di Yaman memberitahu, Saleh terbakar teruk di bahagian muka, leher dan dada. Satu daripada pembedahan dilakukan bagi membuang serpihan kayu yang tertusuk di dadanya.

Perdana menteri, dua timbalan, speaker dua Dewan Parlimen dan ketua parti memerintah, juga diterbangkan ke Arab Saudi akibat cedera teruk.

Seorang timbalan perdana menteri Rashad al-Alimi dibawa ke negara itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan nasibnya belum diketahui hingga kini.

Seorang lagi timbalan, Sadeq Abu Ras, putus sebelah kaki, manakala gabenor Sanaa yang cedera parah di kaki dan tangan masih koma.

Amerika sebelum ini melahirkan kebimbangan cawangan al-Qaeda di Yaman akan mengambil kesempatan berikutan keadaan huru-hara di negara itu.

Washington dan Arab Saudi berusaha mendesak pegawai Yaman mengambil peluang pemergian Saleh dengan segera memulakan peralihan kuasa dan membentuk kerajaan baru.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner memberitahu wartawan di Washington, duta negara itu di Sanaa sudah bercakap dengan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi, pemangku jawatan presiden bagi menyatakan pandangan Amerika mengenai isu berkenaan.

Toner bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti berapa lama Saleh akan menjalani rawatan di Arab Saudi atau sama ada beliau masih merancang untuk pulang.

Serangan ke atas istana Saleh berlaku selepas dua minggu pertempuran antara tentera kerajaan dan pembangkang daripada kumpulan puak di Sanaa, yang mahu menggulingkan beliau.

Pertempuran menjerumuskan negara itu kepada perang saudara selepas tunjuk perasaan jalanan oleh ratusan ribu penduduk Yaman gagal menggulingkan Saleh yang sudah berkuasa sejak 33 tahun lalu. – AP

Friday, March 18, 2011

Ini yang sebenar...

Merujuk pada laporan akhbar yang telah dikeluarkan oleh The Star Online bertarikh 17 Mac, 2011, yang bertajuk ‘Not All M’sian Students Want To Leave Yemen’ telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dalam keadaan suasana yang selamat dan tidak perlu dibimbangi sehingga terpaksa mengambil tindakan drastik untuk pulang ke tanah air melalui temuramah bersama seorang pelajar Malaysia di Yaman.

Kami Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) menafikan kenyataan tersebut yang seakan-akan menuduh pelajar-pelajar Malaysia di Yaman mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air dengan percuma selepas kejadian yang sedang berlaku di Yaman sekarang.

Tidak dinafikan ada beberapa tempat khususnya penempatan dan rumah-rumah pelajar Malaysia di Yaman masih dalam keadaan selamat dan berkeadaan seperti biasa sahaja tetapi perlu diingatkan bahawa dengan pergolakan di Yaman sekarang yang semakin teruk kemungkinan perkara-perkara seperti yang berada dalam memorandum PERMAYA kepada pihak kedutaan Malaysia ke Yaman yang bertarikh 13 Mac, 2011.

PERMAYA dengan kerjasama pihak kedutaan mengambil jalan untuk bertindak segera sebelum kejadian tidak diingini ini berlaku, ibarat ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Beberapa laporan yang telah kami dapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘Medan Perubahan’, pada setiap malam akan terdengar bunyi tembak menembak berlaku. Sehingga kini lebih daripada 40 orang mati dan beratus-ratus telah cedera.

Mengikut laporan yang lain pula di kawasan Pro-kerajaan berkumpul, ada dikalangan pelajar Malaysia telah diancam dengan menghunus pisau apabila ditanya sokongannya terhadap anti-kerajaan atau pro-kerajaan.

Menurut laporan lagi, sumber gas juga sudah mula susah untuk didapati dan harga barang sudah mula naik dibeberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia di Yaman ini.

Keadaan di Yaman semakin meruncing apabila Presiden Republik Yaman, Ali Abdullah Soleh tidak akan turun selagi mana tidak berlakunya pertumpahan darah dan kenyataan ini telah membangkitkan lagi semangat pihak anti-kerajaan untuk menyerang pihak kerajaan.

Perlu diingatkan bahawa Republik Yaman adalah negara bebas senjata dan mempunyai kekuatan kabilah-kabilah arab yang tersendiri.

Ulama’ Yaman sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terlibat dan mati ketika diserang oleh pihak polis atau tentera dikira sebagai syahid.

Sebab itu, PERMAYA mengambil tindakan segera dengan kerjasama pihak kedutaan Malaysia untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia pulang sebelum kejadian ini berterusan dengan lebih teruk. Jika PERMAYA ingin mengambil tindakan setelah keadaan terlalu meruncing menyebabkan proses menghantar pulang pelajar Malaysia lebih sukar dan pihak kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi seperti mana yang telah berlaku di Mesir sebelum ini.

Sedangkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung beberapa lagi penerbangan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia sekarang seperti rakyat Malaysia di Jepun selepas mana kejadian gempa bumi baru-baru ini sehingga menyebabkan pusat nuklear meletup, menyebabkan pencemaran radioaktif dan turut mengalami keadaam yang sama seperti di Yaman iaitu Bahrain yang sedang bangkit untuk menjatuhkan pemimpin negara mereka yang korupsi.

Kami daripada barisan kepimpinan PERMAYA mengharapkan supaya masyarakat dunia luar terutamanya Malaysia memahami keadaan semasa kami, pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dan proses penerbangan pelajar-pelajar Malaysia di Yaman telah bermula dengan penerbangan pertama pada jam 4.00 pagi tadi (17 Mac) dan penerbangan kedua pada jam 10.00 pagi (17 Mac) tadi.

Laporan telah diterima bahawa penerbangan pertama telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.55 malam (17 Mac).

Kami juga berharap supaya pelajar-pelajar Malaysia di Yaman bersabar menunggu giliran masing-masing dan bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana seramai 590 orang yang terlibat bagi proses menghantar pulang ke Malaysia.

Juga diharapkan supaya menunggu panggilan daripada pejabat kedutaan mengenai giliran penerbangan masing-masing dan tidak mendengar khabar daripada lain-lain pihak bagi mengelakkan salah maklumat yang didapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman.


MOHAMMAD IQBAL BIN ABU YAZIZ
PRESIDEN
PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA YAMAN (PERMAYA)
SESI 2011/2012

Ana sentiasa menyokong dan terima kasih diucapkan untuk Presiden dan semua.

Thursday, March 10, 2011

Sudahlah Ali..


Sanaa, Yaman (CNN) - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh berjanji Khamis ini untuk membawa sebuah perlembagaan baru untuk pilihanraya pada akhir tahun dan menyerahkan kuasa kerajaan untuk sistem parlimen pilhanraya. 


Perkembangan itu datang dari demonstrasi anti-kerajaan yang didera oleh pemberontakan Muslim Syiah, tindakan keras AS-dibantu pembekal al-Qaeda dan kekurangan air yang semakin meruncing.

"Kami telah diberitahu tuntutan semua demonstran pemuda kepada kerajaan kerana mereka adalah masa depan, dan kerajaan akan memenuhi semua tuntutan mereka tanpa mogok, pertengkaran, atau kekacauan," kata Saleh dalam pidato yang disiarkan secara nasional.

Rencana Presiden juga meminta pembentukan kerajaan perpaduan untuk meninjau undang-undang pemilihan baru.

Saleh, yang menolak untuk mengundurkan diri, berkata beliau tidak akan bertanding lagi untuk presiden dalam pilihan raya seterusnya. Dia telah memerintah Yaman selama 32 tahun.

Khaled Al-Anesi, seorang Yaman aktivis hak asasi manusia, menolak cadangan Saleh.

"Yaman tidak akan menerima apa presiden katakan hari ini," kata Al-Anesi. "Ini datang terlau lambat. Terlalu banyak demonstran meninggal dan presiden melayan tentang semua ini seperti badai yang akan berlalu.

"Orang akan terus protes dan akan terus menuntut pengunduran dirinya dan kami tidak akan berhenti sampai dia dipaksa untuk meninggalkan pejabat," katanya.

Seorang jurucakap pembangkang mengatakan, inisiatif presiden itu terlambat.

"Ini seperti seseorang yang cuba untuk mencetak gol dari belakang," kata Mohammed Qahtan. "Apapun yang dia lakukan tidak berguna."

Amnesty International mengatakan sekitar 30 orang dilaporkan mati di Yaman dalam rusuhan yang mulai awal bulan lepas. Ia mendesak pihak berkuasa Yaman untuk menamatkan "serangan akhir untuk mematikan dan serangan lain untuk protes."

Human Rights Watch meminta pihak berkuasa Yaman untuk segera menyiasat pembunuhan dua demonstran oleh tentera selama protes pada tarikh 4 Mac di dekat kota Harf Sufyan.

"Kami telah membuat tuduhan yang kredibel bahawa ribuan pengunjuk rasa damai yang dihadapi kebakaran langsung oleh Yaman tentera di luar Harf Sufyan dan bahawa dua orang awam bersenjata dibayar dengan kehidupan mereka," kata Joe Stork, seorang wakil Timur Tengah Pengarah Human Rights Watch.

Pada hari Rabu, seorang lelaki Yaman cedera dalam protes di Sanaa Universiti meninggal karena luka-lukanya, seorang pegawai perubatan menyatakan.

Mohamed Ali Mutlak, 24, berada di antara puluhan demonstran anti-kerajaan cedera Selasa ketika pasukan keselamatan menembak ke udara dan tembakan gas pemedih mata ke kerumunan puluhan ribu demonstran yang berkumpul di depan Universiti Sanaa, kata saksi.

Yaser Al-Hasani, salah satu demonstran, mengatakan pasukan keselamatan menggerebek selepas mahasiswa menentang perintah mereka tidak mengambil makanan dan selimut ke daerah protes di luar gerbang universiti. Persediaan ini digunakan untuk ribuan demonstran anti-pemerintah yang telah berkhemah meminta Saleh untuk berundur.

Mohammed Abulahoum, seorang pegawai kanan kerajaan, mengutuk gaya yang digunakan oleh polis dan tentera.

"Tidak ada keperluan untuk gaya itu. Ini hanya akan meningkatkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak," katanya Rabu.

Wednesday, October 6, 2010

Alhamdulillah...


3 Oktober 2010.. Kali ini 'hero' pulak. Cuma nak kongsi cerita sikit. Masa masuk Hospital Kaherah (sama hospital macam anak yang pertama), doktor dah balik rumah sebab nak makan tengah hari. Tapi, minta juga doktor datang sebab my wife dah sakit sangat. Kena tambah 1000riyal yaman untuk bayar duit teksi doktor plak.

Lalu jam 3 petang (waktu Yaman) my wife masuk dalam tempat orang bersalin. Masa tu patut nak masuk sekali, tapi nurse suruh bayar dulu duit bersalin.
Lepas patah balik, tahu-tahu dah kedengaran bunyi budak menangis.. Syukur sangat pada Allah 3.15 petang. Senang je keluar si Syed yang 2.5 kilogram je ni..

Harapan saya dalam post kali ni, banyak-banyaklah berdoa dalam setiap sujud dalam sembahyang (jangan sujud last je). Moga-moga Allah jadikan anak ini seorang soleh dan menjaid pejuang di jalan Allah. Ameen..

Bergambar bersama kak tersayang

Friday, September 10, 2010

Sekitar malam satu Syawal..

Main bunga api...murah je sebatang 5 riyal


Bersama geng iktiqaf Jamik Zaid b Tsabit


Wednesday, September 8, 2010

Design terbaru...


Raya kali ini dibuat di Asrama Kebajikan Zahafiz. Bukan nak promote tapi nak tunjuk design yang dibuat oleh albankuri...

Moga-moga Universiti Ramadhan kali ini memberi seribu pengajaran dan semoga kita tergolong dari kalangan mereka yang Allah catat sebagai hambaNya yang soleh..ameen

Permaya pun ada juga tapi tak cantik...

Sunday, December 27, 2009

Maklumat Universiti Iman

Maklumat Lanjut Universiti Al-Iman

A). KEISTIMEWAAN
Keistimewaan Ilmiyah:
1. Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di sini iaitu; Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma.
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat fardhu Subuh.
4. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.
5. Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah.
6. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon.
7. Silibus pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.

Keistimewaan dan Kemudahan:
1. Asrama bujang dan rumah kelamin (jika ada kekosongan) dan disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus.
2. Kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah.
3. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.
4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.
5. Sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri).
6. Menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan.

B). SISTEM PENGAJIAN
1. Sistem pengajian berpandukan kepada Takwim Hijri.
2. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester; semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah).
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat.
4. Mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal.
5. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).
6. Tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat:-
1 ) Peringkat Pertama (Marhalah Umum): Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian Tahun 4, dan selepas tamat Tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana).2) Peringkat Kedua (Marhalah Takhassus ‘Aliyah): Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

C). BIDANG PENGAJIAN
Universiti Al-Iman mempunyai empat kuliyah (fakulti), setiap kuliyah mengandungi beberapa jabatan iaitu:
Kuliyah Al-Iman:
Jabatan Qiraat
Jabatan Ulum Al-Quran
Jabatan Ulum Al-Hadis
Jabatan Al-Iman
Jabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-Sunnah
Jabatan Tazkiyah dan Tarbiyah

Kuliyah Syari’ah:
Jabatan FiqhJabatan Usul Al-Fiqh
Jabatan Bahasa ArabJabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) [Khusus untuk siswa]

Kuliyah Dakwah dan Penyiaran:
Jabatan Dakwah
Jabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam)

Kuliyah Ilmu Kemanusian:
Jabatan Siyasah Syar’iyah
Jabatan Mu’amalat dan Ekonomi Islam
Jabatan Ekonomi Rumahtangga [Khusus untuk siswi]

D). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
2. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang dari 18 tahun.
3. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.
4. Mempunyai akhlak yang baik yang disokong oleh 2 orang yang dikenali oleh pihak universiti.
5. Mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan Malaysia di Yaman.
6. Mestilah sudah menghafal Al-Quran 5 juzuk akhir.
7. Menghadiri Kursus Orientasi selama sebulan (bulan Zulkaedah).

E).VISA PENGAJIAN
Visa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak Universiti Al-Iman tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan mahasiswa untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. Mahasiswa perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.

F). ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGURUSAN LELAKI BUJANG
Yuran Pengajian* --------USD 550
Pengurusan ---------------USD 150
Visa------------------------USD 70
Sewa rumah 3 bulan----USD 150
JUMLAH---------------USD 920
Kewangan boleh dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a untuk pengurusan.
* Yuran pengajian ini adalah anggaran sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.

G). MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Pendaftaran dibuka dari bulan Sya’ban sehingga Zulkaedah setiap tahun.
2. Pelajar perlu tiba di Yaman selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan bagi tujuan pengurusan dan pendaftaran.
3. Pelajar yang baru berdaftar di Universiti Al-Iman tidak mendapat asrama kecuali setelah 3 bulan.
4. Pelajar yang baru akan ditempatkan di rumah sewa untuk sementara waktu (3 bulan).
5. Sepanjang masa musim orientasi, pelajar disediakan dengan program-program tarbawi seperti qiamullail, riadhah dan lain-lain.

Dipetik dari :

Sunday, November 22, 2009

Cuma ujian...


Setibanya di bumi Yaman minggu lalu, penulis merasakan suasana yang cukup berlainan iaitu cuaca yang sangat sejuk berbanding Malaysia. Namun, apa yang penting perjuangan mesti diteruskan.

Seperti biasa kawan baik Ustaz Sudin (yang kini telah memiliki sanad daripada Sheikh Qasim Bahr setebal 2 inci) menyambut penulis di mator ,Sana'a bersama Ustaz Faisal. Tiada perubahan yang berlaku di sini. Cuma kelihatan satu pintu khas yang baru telah dibuka untuk muslimat bagi memasuki ruang pelepasan.

Alhamdulillah beg pun cukup. Walaupun tidak berpeluang menaiki Boeing seperti  yang termaktub dalam tiket, janji selamat sampai.

Dalam masa 2hari juga dapat juga penulis sebuah rumah yang baru siap. Sementara menunggu tuan rumah menghabiskan cat penulis tinggal dulu di rumah lama yang meninggalkan banyak sejarah.

Tiada yang menarik yang ingin dibincangkan. Penulis harapkan semua pembaca agar sangkaan buruk kita pada orang yang selama ini tidak bersalah cuba dihilangkan. Seperti sedia maklum sebelum ini ada beberapa artikel yang mendapat sambutan hebat daripada pembaca telah menyebabkan ramai terkesan. Adakalanya kita sering menggunakan emosi untuk sesuatu perkara sehinggakan membuat orang sedih dan kecewa.

Oleh yang demikian, penulis menyeru diri sendiri dan semua blogger-blogger tanah air agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam menukil sesuatu perkara. Sentiasa risaukan perasaan orang lain dan pastikan kita bertanggungjawab dalam semua perkara yang kita tulis.

Sama-samalah teruskan perjuangan...

Monday, October 12, 2009

Ramainya yang kahwin...


Dalam suasana Syawwal yang masih meriah ini, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Tambahan pula ada anak-anak yang bercuti sebab sekolah masing-masing sedang mengadakan PMR. Ditanya kenapa, kerana takut bising dan menganggu. Tidak kurang juga yang mengadakan rumah terbuka dan yang semestinya jalan akan jadi sesak oleh kerana banyak kenderaan yang digunakan untuk ke rumah terbuka tadi (di KL je kot).

Sebelum terlajak jauh, ingin dikongsi di sini bagi mereka yang sedang atau baru membina mahligai rumah tangga masing-masing. Kalau di Yaman, kebiasaannya majlis akan diadakan pada hari Jumaat. Akad nikah akan berlangsung sebelum malam Jumaat (hari Khamis la). Dan yang menariknya pada malam Jumaat akan dibuat perarakan di atas jalan raya sambil kereta pengantin dihiasi dengan reben besar (macam orang Cina di Malaysia).

Kemudian kedengaran bunyi 'hon-hon' kereta yang diiringi hilai tawa orang-orang mengikutnya di belakang. Kebiasaan juga sehari dua sebelum majlis di hari Jumaat,sudah didirikan khemah besar tempat para jemputan mengunyah daun 'qat'. Kisah 'qat' ni panjang lagi, cuma yang ingin ditulis di sini ialah nyanyian para penasyid yang sangat membingitkan sehingga ke larut malam. Manakan tidak 'speaker' yang digunakan adalah 'speaker' serombong besar yang boleh kita lihat pada menara azan. Kemudian ia akan digantung dimana-mana rumah yang 'bernasib baik'.

Maka semestinya keluarga yang berdekatan akan marah-marah. Dan begitulah sampai bila-bila. Sepatutnya perkahwinan yang dibina mestilah dengan doa-doa yang baik, tetapi oleh kerana mengejar adat maka terimalah hamburan maki hamun orang ramai. namun, perkara ini tidaklah menjadi amalan bagi mereka memahami dan berpegang kuat dengan agama.

Di Malaysia bagaimana? Kita mungkin tidak berjumpa dengan keadaan di atas. Namun, yang pastinya kita masih lagi kuat berpegang kuat dengan adat kita yang berpandukan Hindu. Sampai bila? Entahlah.. Kalau kita dah ter'buat' atau 'kena paksa buat', pastikan anak-anak kita tidak akan mengulang kesilapan kita..WaalLahu a'lam..

Sunday, September 20, 2009

Syawal...Malaysia vs Yaman



Salam Eid Mubarak kepada semua.

Di sini kini kita kongsikan perbezaan hari raya 'Eidul Fitri di Yaman dan Malaysia..

1) Kalau di Malaysia takbir raya mendayu-dayu, sayu benar.Tu yang ada tok bilal boleh menangis pulak. Tetapi di Yaman takbir nya tak la mendayu-dayu, dan kalau diikutkan inilah cara sebenar supaya kita merasa keagungan dan kebesaran Allah di pagi raya. Lagi satu tok bilal dan imam je yang hafal Allahu akbar kabiraa..makmum senyap je..entah sampai ke bila nak senyap. kalo boleh ikutlah sekali.

2) Di Yaman orang Malaysia solat sunat di rumah kedutaan. Orang Arab biasa buat kat tanah lapang. Orang Malaysia dalam masjid yang ada air cond.

3) Wanita Arab yang dalam haidh akan turut keluar sebab itu memang galakan dari Nabi s.a.w sendiri. Tapi wanita Melayu yang tak dalam haidh pun sibuk dengan rendang dan ketupat kat rumah. Pergilah sembahyang kak...sethun 2kali je solat ni...

4) Amalan berziarah pula. Hmm, ni student kita 'kesian' sikit. Habis je makan-makan rumah duta terus balik rumah tidur sampai Zohor. Tapi kalau di Malaysia tak habis rumah nak pergi.

Oklah banyak lagi sebenarnya..tapi nak siap ni pakaapi baju raya. Untuk kawan-kawan kat Yaman tu harap2 jangan la sedih sangat. Akhir kata..TaqabbalLahu minna wa minkum...

p/s: kalo orang Yaman nak betulkan apa-apa yang silap kat atas, dipersilakan..

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service