Siapa klik dia orang yang mulia...

Showing posts with label Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Pangkor. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Fitnah Wanita UMNO Lumut...


Jahatnya Wanita UMNO Lumut...

Penat badan masih terasa, setelah dari pagi aku berlepas ke Taiping, kemudian balik semula setelah selesai kerja, sampai di rumah, baru nak duduk jumpa satu isu yang sengaja diperbesarkan dengan membuat satu tuduhan oleh wanita UMNO Lumut.....

Sebelum ini isu bab ni aku dah jawab, sila klik dato-seri-dr-zambry-berkongsi-pahala. Namun biasalah, dah dekat PRU13, isu ini ditiup kembali oleh wanita di dalam gambar dibawah ni pula didalam FB Rakan Parliemn Lumut...


Dengan berwatakan pemakaian islam,, tetapi sanggup membuat fitnah jahat yang melampau kepada ADUN Pasir panjang IR Haji Nizar Jamaludin dalam nak mempertahankan perbuatan Zambry a/l Kadiaq..



Perkara ni sebelum ini dah mula dihebohkan oleh wanita-wanita UMNO Pasir Panjang,, dan sampai ke pengetahuan aku,,, dan entah macam mana dua minggu lepas aku tergerak hati nak ambik gambar-gambar mengenai isu ni sebagai persiapan nak menjawab tohmahan ni, namun bila aku terbaca kisah ni di FB maka terpaksalah aku jawab.......


Siapa empunya ni semua,, siap promosi besar-besaran,, di simpang trafic light nak masuk ke Pasir Panjang..


Di siini ada lagi petunjuknya

Terjumpa satu jambatan baru sebelum nak sampai ke lokasi


Tak faham apa yang tertulis diatas tu... tetapi ko orang boleh lihat sebagai bukti di tiang jambatan kiri dan kanan dalam gambar di bawah..

Nampakkan nama siapa yang terukir indah tu...


Di sini pun ada juga nama,, oiii nama melayu @ mamak kut ni....


Turun dari jambatan dah nampak lokasnya...

Lokasi semakin hampir....



Suasana dalam kawasan dalam yang sempat aku ambil...


Satu pentas persmbahan dalam tokong ni,,, ada sesiapa nampak lambang DAP, PKR atau pun PAS... ke lambang??,,, perasan kan...


Dan inilah sebagai bukti pertama dulu,, dalam kad jemputan perasmian,,, ada ke nama Nizar....


Dan yang menjadi mangsa ialah tuan rumah ni,, paling hampir dengan tokong tu,,, rasa-rasa dari pengamatan aku ini rumah orang Melayu Islam,,,

Mengikut dari sejarah dahulu, kawasan ini pada sewaktu dahulu, hanya ada 4-5 buah sahaja rumah nelayan kaum Cina, yang selebihnya adalah melayu... dan sekarang dikawasan ini telah pun dijadikan perkampungan tersusun Pasir panjang, yang majoritinya orang Melayu,,, kenapa tokong yang sebegitu besar boleh diberi kelulusan untuk mendirikannya...

Mungkin akan ada persamaan di kelantan iaitu di Tumpat,,, yang itu di kawasan penduduk Siam yang ramai berbanding dengan di Kampung Tersusun Pasir Panjang ni jauh berbeza,,, bukan nak komplain bab tokong ni,, cuma nak membuktikan ni angkara kerja siapa,,, jangan nak menuduh orang lain,,, bukti tertera menunjukkan siapa ya....

Wednesday, September 21, 2011

Pangkor..pangkor

'Miss Bikini' di Pangkor..


Menteri Besar Perak(xsah) adalah Zambry Kadir dan ADUN bagi Pulau Pangkor adalah Zambry Kadir sendiri manakala Exco Pelancongan Perak pula adalah Hamidah Osman mereka adalah pemerintah yang berkuasa di negeri Perak.

Segala aktiviti bercorak hiburan yang bakal berlangsung di Perak pasti memerlukan kebenaran dari mereka dan ianya sudah tentu diketahui oleh mereka tambahan pula Zambry Kadir sendiri adalah ADUN bagi Pangkor.


Tetapi Ngeh Koo Ham dan juga Nga Kor Meng kedua-duanya dari DAP/PR Perak yang kini menjadi pembangkang dan tiada kuasa pula di tuduh sebagai dalang utama disebalik penganjuran ‘Miss Bikini’ itu.

Saturday, December 4, 2010

Albankuri dan pangkor?

Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng

Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat

Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.

Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.

Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00

Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta

Apa ranking?

Check Page Rank of any web site pages instantly:
  
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service