Jumaat, November 30, 2007

Etika Kelab Malam Untuk Orang Yang Sosial.

Terus terang aku dah tak larat lagi nak keluar malam. Keluar malam di sini aku maksudkan proses menyegakkan diri, memandu jauh ke tengah kotaraya Kuala Lumpur dari Bangi semata-mata untuk ke kelab malam, sama ada secara suka-suka ataupun untuk menghadiri majlis. Majlis di sini bukan bermaksud majlis cukur jambul atau majlis perasmian Kamus Dewan Edisi 2007, tapi majlis yang biasanya dihiasi botol-botol minuman yang aku suka.

Aku rasa aku sudah tak larat sebab umur aku semakin lanjut, walaupun hampir tiap-tiap kali aku keluar, si wanita yang baru diperkenalkan kepada aku akan meneka bahawa umur aku masih 25 tahun. (Memang melonjak ego, tapi umur sebenar memang jauh dari tekaan tersebut.)

Tapi yang aku tahu, aku memang sudah lama keluar malam. Sampai ke tahap kronik. Tapi tiap-tiap kali aku keluar malam, terutamanya ke majlis liar berteknologi nuklear yang ada sangkut-paut dengan aku, aku akan selalu berdepan dengan orang bodoh. Dan biasanya orang-orang bodoh ini akan menjadi hiper-bodoh bila mabuk atau separa mabuk. Dan mereka inilah yang suka menyusahkan hidup aku.

Jadi sebagai panduan untuk menyenangkan hidup kita semua (dan terutamanya hidup aku bila dan ketika kamu keluar malam dengan aku satu hari nanti), aku persembahkan senarai Etika Kelab Malam Untuk Orang Yang Sosial. Orang yang perasan sosial juga boleh membaca untuk dijadikan panduan.

(Selalunya aku tulis disclaimer di sini selepas beberapa perenggan pengenalan aku, tapi sampai bila aku nak tulis disclaimer? So fuck that, yeah!)

1. Datang ke Majlis Tepat Pada Waktunya.
Ini penting, terutamanya majlis (buruknya perkataan majlis. Baiklah, party) yang tidak dikenakan bayaran atau hanya untuk jemputan khas. Aku tak kisah kau anak Raja Bersiong atau Rajagopal, tapi bila senarai jemputan (guestlist-lah) ditutup bila kamu baru tiba, itu semua salah kamu. Jangan hendak merengek pada aku, hendakkan aku masukkan kamu ke party dengan percuma. Aku bukan pemilik kelab, walaupun aku tahu aku memang boleh masukkan kamu ke dalam selepas guestlist ditutup, tapi perlukah kamu menyusahkan aku setiap kali kamu tak boleh masuk kelab malam?

2. Budak-Budak Jangan Main Di Sini.
Kalau kamu berusia 21 tahun ke bawah dan kamu tersangkut di pintu kelab bila bouncer dan penyangak kelab menahan kamu sebab kamu bawah umur, jangan harapkan aku boleh masukkan kamu. (Walaupun aku boleh. Tapi ini menyusahkan aku dan fungsi senarai hari ini ialah supaya kamu tak menyusahkan aku) Tak kisahlah buah dada kamu besar ke, kamu ketat ke, tapi kamu masih bawah umur. Pergi lepak kat mamak setahun dua lagi.

Kalau kamu hendak masuk juga, cari jalan sendiri. Kelab malam banyak pintu di depan, belakang dan tepi. (atas sebab-sebab keselamatan semasa kebakaran)

3. Sudah Dapat Jangan Merungut.
Kalau aku dah jimatkan duit kamu sebanyak RM30-60 bila aku masukkan kamu ke dalam kelab secara percuma, sila berterimakasih. Jangan sudah masuk, kamu minta minuman percuma dari aku (walaupun aku boleh beri kamu dan konco-konco kamu minuman percuma). Aku beri minuman percuma kepada orang yang aku ingin beri minuman percuma. (atas dasar kawan, dan mungkin juga seks dan nafsu) Bukan sebab kau minta dari aku.

Kalau kamu sudah dapat segelas/sebotol, jangan merungut tak cukup hendak mabuk. Tiada duit nak beli minuman sila lepak di kedai mamak. Teh Ais hanya RM1.30. Nak murah lagi sila jerang air di rumah sambil menonton DVD. Nak murah lagi sila curi.

4. Kalau Kamu Tidak Dijemput Jangan Pandai-Pandai Jemputkan Diri.
Tak semua orang suka kamu, seperti mana tak semua orang suka aku. Aku sendiri pun tak suka semua orang. Jadi pasti ada sebab kamu tidak dijemput ke satu-satu party. Kalau aku hendakkan kehadiran kamu, mesti aku jemput kamu.

Kalau kamu tak dijemput tapi kamu datang juga dan buat No 1 hingga No 3 di atas, memang kamu dalam Senarai Najis aku.

5. Jangan Perasan Orang Yang Baik Dengan Kamu Hanya Inginkan Wang atau Faraj Kamu.
Kalau kamu tak perasan, bukan semua orang yang keluar malam sebab ingin bersukaria. Ramai orang termasuk aku, keluar malam untuk ber'PR'. PR di sini bermaksud Personal Relations. Terutamanya untuk bidang kerja aku dalam sains fizik nuklear, banyak peluang pekerjaan dan perniagaan (tak kisah ada kena mengena dengan kroni atau tidak) boleh diperolehi bila aku keluar malam. Aku boleh jumpa dengan pakar senjata api yang inginkan khidmat aku, presiden-presiden negara Afrika yang inginkan kuasa tenaga nuklear dan macam-macam lagi.

Kalau aku baik dengan kamu tak semestinya aku hendakkan kamu dengan 'cara' sebegitu. Mungkin aku hendakkan kepakaran kamu dalam ertikata bidang kerja. Mungkin juga aku fikirkan kawan kamu itu comel. Jadi layan sahaja-lah.

6. Jangan Minta Yang Bukan-Bukan Kalau Kau Tak Kenal Aku.
Benda-benda di atas ini semua atas syarat yang aku mengenali kamu. Jika aku tidak kenal kamu ataupun kita baru diperkenalkan 10 minit yang lepas, tidak bermakna kamu kawan aku. Kalau aku bertimbangrasa mungkin aku akan belikan kamu segelas minuman. Kalau kamu suka aku, kamu terima sahaja-lah. Yang lain-lain fikir kemudian. Aku tak gatal.

7. Kamu Harus Lalui Ujian Lampu Kalimantang.
Malangnya, kelab malam itu satu tempat yang gelap. Dan di tempat yang gelap itu, orang yang hodoh mungkin akan kelihatan seperti Gisele Bundchen. Untuk mengatasi masalah penipuan fizikal berdasarkan jumlah cahaya yang kecil, aku selalunya akan jalankan Ujian Lampu Kalimantang. Mudah sahaja, aku bawa kamu ke luar kelab malam, ke tempat yang terang, terutamanya yang berlampu kalimantang, dan aku lihat muka kamu.

Kalau aku tak tegur kamu selepas masuk balik ke kelab malam, atau aku tak telefon kamu keesokan harinya, kamu tahu kenapa.

8. Orang Mabuk Tidak Boleh Tinggalkan Orang Mabuk Yang Lain.
Ini memang penting. Kalau kita sudah berjanji akan balik bersama menggunakan kenderaan yang sama, sila tunggu bila ingin pulang ke rumah. Aku tak kisah berapa mabuk kamu (atau mungkin berapa mabuk aku), tapi we have to keep it tight. Siapa akan bertanggungjawab bila kamu bangun keesokkan paginya di dalam longkang dengan baju koyak, selipar sebelah dan dompet dicuri? (Kisah Benar) Kalau sudah berjanji balik bersama, kita berjanji balik bersama, kecuali bila aku mesej kamu suruh kamu balik dahulu. Itu maksudnya aku memang dijamin tidak akan balik berseorangan.

9. Ini Bukan Rancangan Pilihan Bersama.
Kecuali kamu sudah mencapai status tertentu dalam satu kelab malam, memang tidak patut kamu meminta lagu untuk diputarkan oleh DJ. Kalau hendak lagu kamu diputarkan oleh seorang DJ sila layari laman web ini, terima kasih.

Malam ini mungkin aku akan keluar juga, disebabkan hari lahir salah seorang kawan aku jatuh pada hari esok. Tapi badan aku sudah penat ni, macam mana? Lagipun aku akan ke kolam renang esok pagi, berenang sedikit untuk kesihatan... Selamat Hari Minggu, pembaca semua!

Khamis, November 29, 2007

Tafsiran 'Lelaki Ampang'

Aku rasa aku ada menyentuh sedikit tentang golongan ini di dalam nukilan paling popular aku setakat ini, dan aku rasa sudah sampai masa aku ceritakan sedikit pemerhatian aku tentang golongan yang digelar Lelaki Ampang.

Sebelum itu, perlu aku jelaskan kepada yang bodoh bahawa ini bukan pengkelasan khusus diatas faktor geografi, tetapi hanyalah pengamatan am yang mungkin berasas. Jika kamu lelaki yang tinggal di Ampang dan bukan dari golongan ini, syabas aku ucapkan. Jika kamu tergolong dalam golongan ini tetapi tinggal di Damansara, syabas juga aku ucapkan!

1. Golongan ini biasanya lelaki Melayu di lingkungan umur awal hingga pertengahan 20an. Fizikal yang agak tegap (jarang gemuk, lebih menjurus kepada kurus) hasil permainan futsal 3 malam seminggu di bangsal-bangsal buruk yang diubah imej menjadi pusat futsal. Aku tak tahu kenapa, tetapi mesti bermisai nipis (lihat gambar) yang tercukur rapi. Mungkin kekurangan hormon testosterone, menyebabkan bulu badan yang kurang lebat. Selalunya berambut pendek, ala-Beckham sekitar lewat 90an (orang panggil rambut 'fin', sebab macam sirip ikan) dan yang berani sikit akan mewarnakan rambut dengan pewarna rambut halal yang boleh diperolehi di kedai. Tak silap aku sekarang di kedai gunting mamak pun boleh mewarnakan rambut, jadi lebih banyak pilihan.

(Tapi aku tak faham sampai sekarang kenapa ada kedai gunting mamak yang menggunakan mousse rambut DENGAN air yang disembur ke atas rambut. Pelik tapi benar.)

Yang berambut panjang juga ada, tetapi wajib di'highlight'kan dengan warna cerah, agar rambut kelihat ayu dan berbelang-belang. (Tapi aku difahamkan ini adalah trend Lelaki Brunei, dan bukan Lelaki Ampang. Cerita Lain, semestinya.)

2. Pakaian kegemaran mestilah t-shirt polo berlogo besar. (Lihat gambar). Tak perlu yang asli, pergi sahaja ke kawasan Bukit Bintang ataupun sekitar Jalan Petaling, memang berlambak. Seluar jeans menjadi pilihan, terutamanya jenama Levi's asli dari Thailand. Senang cerita, mereka ini memang penyokong barangan asli dari Thailand, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Orang semua tak kisah kalau kamu pakai yang asli ataupun tidak, sebab kalau beli yang ori pun orang ingat tiruan, jadi akhirnya beli sahaja yang tiruan, lagi senang, jimat duit.

Lagi satu fesyen yang popular ialah fesyen ala-Innuendo, iaitu kemeja berwarna putih yang tidak dibutang 3 butang dari kolar dan berseluar hitam. Imej ini amat popular ketika keluar malam bersama teman wanita. Atau yang berupa seakan wanita.

3. Haram dilihat menaiki motosikal sebab tak ingin dicap sebagai Mat Rempit. Kereta buatan tempatan yang rosak tingkapnya adalah pilihan utama, dan selalunya dilekatkan dengan logo Autobot (untuk yang perasan baik) ataupun Decepticon (yang perasan nakal sedikit) di bonet kereta. Malangnya kereta mereka ini tidak boleh transform menjadi robot, malah, tak boleh transform langsung pun, sebab memang hanya cukup duit untuk mekap kereta. Dan tambah speaker belakang.

4. Perempuan idaman: Beyonce dan Angelina Jolie. Kalau nak mencari awek pun, kena ada yang iras-iras mereka berdua. Kalau tak iras pun asal perempuan ada sepasang buah dada cukup. Paling kurang pun nama seakan-akan mereka berdua.

Biasanya teman perempuan ala Beyonce dan Angelina Jolie ini akan dibawa bersiar-siar di dalam kereta tempatan mereka, yang semestinya akan dipasang lagu Beyonce sekuat yang mungkin. Destinasi idaman bersama teman wanita adalah tepi bukit yang boleh nampak satu Kuala Lumpur, terutamanya lokasi-lokasi yang menjadi idaman filem-filem Yusof Haslam dan Bade Azmi. Murah sikit, tak perlu belanja minum air atau makan mi goreng. Diri saja terpacul tepi jalan.

5. Selalunya masih tinggal bersama ibu-bapa, (sebab duit habis semua mekap kereta dan belanja Beyonce makan) ataupun tinggal di kondominium yang dikongsi bersama 14 Lelaki Ampang lain. Jarang orang yang berasal dari luar Kuala Lumpur, kecuali pelajar-pelajar institusi pendidikan sekitar Lembah Kelang yang baru nak belajar berjoli selepas mendapat duit biasiswa buku.

Kalau tinggal beramai-ramai dalam satu kondo, takkan ada seorang pun yang pandai mencuci tandas dan bilik mandi yang sudah berkulat dan berkulampuk, sama seperti pinggan mangkuk berkulat yang ditinggalkan di sinki. Jarang berada di rumah dan melakukan aktiviti bersama seperti bersembahyang jumaah, kecuali jika tiada wang untuk keluar menonton bola di kedai mamak dan ada member yang baru selesai men'torrent' blue baru. (Aku sampai sekarang tak faham istilah blue itu berasal dari mana. Biru sangatkah minda kita yang kehausan seks ini?)

6. Masih teruna. Tapi berlagak mengalahkan Ron Jeremy.

7. Sama seperti Mat Belia, hanya berkeyakinan diri jika berada di dalam kumpulan yang agak besar, terutamanya ketika berkumpul di padang futsal (dengan harapan agar dapat berjumpa si Fazura) dan di kedai mamak selepas penat bermain futsal. Paling dengki dengan orang lelaki Melayu yang membawa kawan wanita ke kedai mamak, lebih-lebih lagi jika wanita itu bukan Melayu. Macam aku.

8. Gemar ke kelab malam, tapi bukan untuk ber'clubbing', hanya untuk mengusha perempuan berlurah dada dan jika ada peluang, untuk meraba, tapi akan menjadikan ter'raba' sebagai alasan tiap-tiap kali kantul. Jadi untuk semua pembaca-pembaca wanita aku yang baru ingin belajar ke kelab malam, sila berhati-hati dengan golongan lelaki yang berpakaian seperti apa yang aku terangkan di atas, sebab mereka mesti mencari alasan untuk meraba. Sebab itulah sampai sekarang pasaran untuk bapuk masih meluas, sebab lelaki memang tiada masalah jika ingin meraba dada lelaki lain, bukan?

Di kelab malam juga, seperti lumrah pengunjung-pengunjung Melayu lain, akan suka berkongsi minuman. Satu minuman untuk 3 jam. Memang patutlah ramai pemilik kelab tak suka pengunjung Melayu. Katanya tidak mahu timbulkan masalah dengan JAWI atau JAIS bila kelab mereka diserbu, tapi sebenarnya pengunjung Melayu tak mampu berbelanja di kelab mereka.

9. Ini satu perkara yang mungkin sensitif, tapi golongan ini mesti mempunyai 'abang' ketika keluar malam, terutamanya di kelab malam. Golongan 'abang' ini bukannya berbeza sangat jurang umur mereka, tapi mereka ini disalam dan disambut seperti Agung. Salam tangan bercium, lengkap semua. 'Abang-abang' ini selalu suka berkaca mata gelap di waktu malam dan gemar berjaket kulit.

Aku rasa untuk penjelasan perkara ini kamu kena tanya :
- si Awie ataupun
- Khairy Jamaluddin, haha.
Siapa lagi seorang kamu boleh tanya? Sebab aku nak beri kamu tiga baris pilihan... ha ha.

Penat aku menaip hari ini. Kebetulan hari ini aku lapang sedikit... Malam ini kena berpesta pula. Maklumlah, kerja.

10 Kumpulan Muzik Yang Kamu Perlu Tahu Untuk Membuatkan Kamu Relevan. Pada Aku.

Pernah ada suatu masa dahulu aku idamkan teman wanita yang mempunyai citarasa muzik yang sama dengan aku. Mungkin aku amat terpengaruh dengan karya penulis Nick Hornby iaitu High Fidelity (juga lihat filem lakonan John Cusack, yang agak bertepatan dengan karya novel asal), dan mungkin aku obses dengan niat untuk memberi soundtrack bersesuaian untuk mana-mana fasa kehidupan aku, tapi aku akhirnya pasrah bahawa kemungkinan untuk muzik menjadi pengikat dan pemangkin mahupun penyelamat mana-mana perhubungan aku dengan wanita adalah amat tipis.

Jadi aku telah menyerah kalah dan mula keluar dengan wanita yang sukakan Britney Spears mahupun Lindsay Lohan (yang aku sendiri minat), dan tak tahu apa-apa tentang Black Flag ataupun The Clash. Tak kisah, kata hati aku, sebab secara realitinya, Si Teman Wanita Obses Muzik Seperti Aku mungkin tidak wujud dalam dunia ini. Kalau ada pun mesti hodoh dan gemuk, berbau peluh dan tak boleh meletakkan belakang lututnya di telinga. (Cerita Lain)

Walaubagaimanapun, aku masih percaya citarasa muzik seseorang itu boleh mempengaruhi arah tuju kehidupan seseorang. Jika kamu hanya minatkan Kristal dan Achik Spin, sudah tentu kehidupan anda berbeza dari seseorang yang minatkan Slayer dan H.I.M., bukan?

Jadi di sini, sebagai panduan bodoh, aku persembahkan senarai kumpulan gitar rancak yang boleh menyelamatkan anda dari menjadi Haji Dilbert bin Abdullah dan perangkap berbahaya Akademi Fantasia, agar kamu mendapat lebih makna dari kehidupan kita yang cukup singkat ini. Perlu diingatkan ini adalah senarai band sahaja, tidak termasuk senarai produser mahupun DJ, yang sudah semestinya satu Senarai lain. Jangan biarkan kamu tahu nama-nama ini sahaja, sila Googlekan lagu-lagu mereka dan jika rajin sila muat turun secara haram fail-fail mp3 mereka sebab mereka sudah cukup kaya. Juga perlu diingatkan ini semua nukilan ringkas, aku bukan pakar biografi mereka. Terima kasih kerana memahami. Yang tak faham sila tinggalkan komen bodoh seperti biasa.

Juga senarai ini adalah senarai am, bukan senarai untuk hipsters. Kalau kamu tak suka senarai aku sila pergi ke pitchforkmedia.com sekarang juga dan pakai mekap untuk pergi ke The Loft hari Jumaat ini.

(Sudah tentu jika kamu seorang wanita menarik yang suka semua dalam senarai di bawah secara automatiknya kamu termasuk dalam senarai isteri kedua aku. Jangan tanya, Cerita Lain.)

1. Joy Division
Pada aku, tiada band yang se'cool' Joy Division dalam dunia ini. Walaupun aktif buat seketika pada penghujung tahun 70an kerana penyanyi utamanya Ian Curtis membunuh diri, kesan mendalam band ini terhadap arena muzik dunia, terutamanya untuk muzik post-punk, goth dan untuk muzik yang datang dari Britain secara amnya memang agak ketara. Walaupun selepas kematian Ian Curtis, band ini telah maju setapak lagi sebagai New Order, yang sendirinya patut disenaraikan dalam senarai ini, tapi untuk yang benar-benar obses, Joy Division dan New Order sebenarnya wujud sebagai satu entiti yang sama. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Joy Division sila tonton filem biografi arahan Anton Corbijn berjudul 'Control'.

Satu lagi sebab kenapa Joy Division begitu cool untuk aku ialah sebab hasil kerja mereka dengan pereka grafik pujaan aku Peter Saville. Memang minimalis. Walaupun dia bukan Melayu.

Band ini juga suka berbaju hitam. Paling kurang pun bergambar dalam hitam-putih.

2. Depeche Mode
Tak ramai orang dalam dunia ini (oklah, mungkin di Malaysia sekurang-kurangnya) yang boleh mengatakan bahawa mereka mula mendengar Depeche Mode dari album mereka yang pertama, KETIKA album pertama mereka itu mula dikeluarkan. Lama tuh. Asalnya sebagai 4 orang budak hingusan dari bandar kecil Basildon di Essex, UK, (salah seorang anggota asalnya ialah Vince Clarke, yang kemudiannya berjaya sebagai anggota kumpulan The Assembly, Yaz (atau Yazoo) dan kemudiannya Erasure) merupakan salah satu kumpulan yang aku rasa paling banyak mempengaruhi hidup aku. Memang patut pun aku jadi begini, tak hairan. Lagu-lagu muram dan suram yang penuh dengan mesej cinta obses (dan mungkin homoseksual), fobia dan pemulauan diri serta pengasingan memang sesuai dijadikan soundtrack hidup aku.

Mungkin dari dahulu aku patut dengar The Osmonds, mungkin aku akan gembira sedikit. Kot.

Band ini juga suka berbaju hitam. Lihat gambar.

3. Radiohead
Kalau anda tak kenal band ini, memang ada benda yang tak kena. Kalau tak silap aku, mereka ni merupakan salah satu band rock terbesar di dunia buat satu dekad yang lalu. Sampai aku pun malas nak taip pasal mereka. Kalau tak kenal Radiohead memang kamu bodoh dan layak kekal sebagai A.A.y.D.d.K.B.G.A.B.

Seperti Joy Division, mereka juga selalu bekerja bersama seorang sahaja pereka grafik, iaitu Stanley Donwood, yang juga merupakan salah seorang pereka kegemaran aku. Kalau kamu tak tahu seni reka grafik memang penting untuk kerja aku sebagai ahli fizik nuklear. Pemisahan atom dan kemudiannya pemecutan zarah atom dalam atomic supercollider secara amnya merupakan seni yang berasas pada seni rekaan grafik. Mungkin.

Sering berpakaian hitam untuk sessi bergambar.

4. Beastie Boys
Aku tahu, mereka kumpulan hip-hop, tapi pada asal penubuhannya mereka merupakan band punk. Kemunculan tiga pemuda Yahudi (orang Yahudi juga manusia. Aku tak faham kenapa kita fikir orang Yahudi itu semuanya jahat. Aku ada kawan Yahudi, kamu ada?) berkulit putih ini memang menggemparkan pada awalnya, dan dari masa kemunculannya sehingga sekarang, mereka merupakan entiti yang bukan sahaja berpengaruh dari segi muzik, malahan dari segi perniagaan, hiburan am dan juga trend serta fesyen. Aku suka!

Malah, latarbelakang mereka sebagai kumpulan muzik dan pemain muzik juga tidak dilupakan, jadi selain hip-hop mereka juga banyak memainkan muzik secara live dengan alatan muzik, dan album terbaru mereka 'The Mix Up' merupakan album di mana mereka kurangkan rap dan rakamkan persembahan mereka bermain dengan alatan muzik biasa. Aku harap bila umur aku mencecah 50 tahun nanti aku akan masih serelevan mereka sekarang. Cool, aktif bermain muzik tapi bukan Yahudi.

Suka berpakaian hitam tapi lebih suka warna jingga cerah.

5. Smashing Pumpkins
Persoalannya sekarang, Smashing Pumpkins era dahulu (sekitar 'Gish' dan 'Mellon Collie') ataupun era sekarang? Secara susunan muziknya Smashing Pumpkins era sekarang memang sama, tapi pada aku Smashing Pumpkins tidak lengkap tanpa gitaris James Iha dan pemain bass D'Arcy.

Aku kadangkala bengang bila Smashing Pumpkins dilonggokkan bersama dalam kumpulan era grunge lain, walhal secara jujurnya pada pendapat aku lagu serta irama mereka jauh lebih berkekalan dari bunyi grunge ketika itu. Juga kalau kamu perhatikan, aku takkan meletakkan band grunge di dalam senarai ini, dengan alasan bahawa tak banyak lagu-lagu era tersebut masih kedengaran segar sekarang. Macam sudah basi. Jangan marah.

Dahulunya suka warna-warna ala psychedelic tapi semenjak dua menjak ini suka berbaju hitam.

6. Mogwai
Glasgow, Scotland merupakan tempat asal kumpulan ini, yang barangkali telah memperdengarkan muzik post-rock ke pentas yang lebih luas pada pertengahan tahun 90an. Walaupun bosan dilabel post-rock, (ini merupakan trend melarat masa ini, band-band yang tidak gemar dilabel memainkan muzik yang mereka mainkan, walaupun labelan itu tepat) band ini masih dikejar berdasarkan irama muzik mereka yang seakan-akan soundtrack untuk filem. Malah, muzik mereka (dan banyak lagi muzik band-band post-rock lain) banyak digunakan dalam filem, dan terima kasih kepada siri tv Barat seperti CSI serta The O.C, muzik mereka makin mendapat liputan luas, walaupun kamu tak sedar sebab asyik terpacul di depan tv menunggu si Aznil Nawawi.

Aku tak pasti mereka ini suka berbaju hitam ataupun tidak.

7. Interpol
Salah satu band yang paling relevan di kawasan New York selain dari The Strokes, Interpol boleh dikatakan sebagai pendorong utama muzik art-rock, yang banyak berasas kepada idea-idea asal Joy Division dan New Order. Aku suka band ini sebab mereka banyak mengimbas kembali idea-idea muzik yang dahulunya dianggap sudah lapuk, dan kemudiannya mengolahnya kembali kepada sesuatu yang dikenali sebagai 'bunyi ekslusif' mereka.

Dan juga mereka suka memakai baju yang kemas dan mahal dan tidak berlogo kuda polo besar, selalunya berwarna hitam.

8. The Cure
Walaupun si penyanyi utamanya Robert Smith sekarang sudah berkedut dan agak gempal (dan ahli-ahli lainnya semakin membotak dan membuncit), tapi pengaruh The Cure di dalam muzik popular sekarang memang tidak boleh dinafikan. Selalu dilihat sebagai pengaruh utama di dalam muzik berunsur goth, band yang selalu berpecah tetapi selalu kembali bersama (sekurang-kurangnya ada Robert Smith) ini mempunyai mood yang sama seakan Joy Division dan Depeche Mode, yang lebih berunsur gelap dan suram.

Mereka ini tidak kenal warna lain selain warna hitam.

9. The Doors
Sebenarnya ada beberapa lagi band-band era 60an yang aku ingin letak (seperti Mike Ibrahim and The Nightwalkers dan The Swallows) tapi akhirnya aku bercadang untuk meletakkan si Jim Morrison dan rakan-rakannya di dalam The Doors. Pengaruh mereka mungkin tak sebesar The Beatles mahupun Led Zeppelin (yang kedua-duanya layak untuk disenaraikan di sini, tapi penyertaan kedua-duanya dibatalkan atas sebab 'Siapa Yang Tak Kenal The Beatles Dan Led Zeppelin?' ), tapi mereka cukup relevan dalam citarasa muzik aku.

Aku rasa merekalah antara band komersial terawal yang memasukkan unsur-unsur yang dahulunya dianggap sensitif seperti seks, dadah, syaitan dan ketuhanan di dalam muzik mereka, dan hidup mereka sering dirundung kontroversi dan enigma, terutama yang berpusar di sekeliling kehidupan penyanyi Jim Morrison. Kawan sekolah aku si Oliver Stone (nama dia kat sekolah 'Mat Stone') ada mengarah filem berkenaan The Doors jadi sila tontoni jika kamu hendak tahu lebih lanjut (secara ringkas-lah) tentang The Doors ataupun kamu ingin melihat buah dada Meg Ryan.

Mereka juga suka berpakaian hitam kecuali si pemain kibod yang hanya suka berkaca mata hitam.

10. Sigur Rós
Aku rasa ini band terbaru dalam senarai aku, dan mereka, pada aku, layak berada di dalam senarai ini kerana mereka telah menjangkaui segala harapan aku tentang apa yang boleh dicapai dengan muzik semata-mata. Bukan sahaja band dari Reykjavik, Iceland ini diketuai lelaki homoseksual buta mata sebelah, (yang amat berbakat. Lelaki homoseksual juga manusia, bukan?) tapi mereka juga biasanya menyanyikan lagu mereka dengan bebelan yang seakan bahasa mereka sendiri, yang mereka gelar bahasa Hopelandic.

Sekarang cuba cari band Malaysia yang boleh membuatkan bebelan kedengaran seperti lagu. Ada tak?

Band ini jarang berpakaian semua hitam.

Baiklah, seperti aku katakan, senarai ini tidak lengkap, ada banyak lagi band yang aku rasa boleh diletakkan di sini. Tapi seperti aku katakan, ini senarai aku. Tak puas hati buat senarai sendiri ataupun tinggalkan komen bodoh tentang bagaimana Ekamatra (aku suka Ekamatra, ok? Tapi kurang relevan) patut berada di dalam senarai ini.

Juga kalau kamu perhatikan obsesi aku untuk meng'soundtrack'kan kehidupan aku telah membuatkan aku lebih menjurus ke muzik yang lebih aman damai dan kurang bising. Mungkin nanti aku akan sediakan senarai lain seperti senarai 10 Lagu Untuk Didengar Sambil Membunuh Kucing (aku pencinta kucing, ok?) ataupun yang seakan dengannya.

Terima kasih. (kata si Melayu Minimalis sambil menahan diri untuk menulis nukilan yang lebih kontroversi lagi...)

Rabu, November 28, 2007

Aku Terbakar Sedikit. Terlanggar Tiang.

Sebenarnya aku baru pulang bercuti. Sampai naik kapalterbang. Terima kasih kepada Encik Tony Fernandes, penerbangan ke destinasi dalam Asia memang agak murah. Walaupun ramai yang terpaksa merayau jauh ke Sepang untuk naik kapalterbang di Puduraya versi lapangan terbang.

Walaupun hanya bercuti 3 hari sahaja, tapi cukup untuk meligatkan kembali otak aku untuk menulis pelbagai pemerhatian aku di sana. Tak jauh, hanya ke negara di utara kita, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah.

Apa yang aku perhatikan di Thailand sebenarnya tak jauh berbeza dari pemerhatian aku di sini. Cuma bezanya di sana anda boleh minum bir RM40 sambil melihat perempuan bogel mengeluarkan bola pingpong (dan macam-macam benda lain) dari kemaluan mereka.

Aku kadang-kadang terfikir, selain dari si lagenda Rose Chan yang popular satu masa dahulu (sampai keluar teater muzikal lagi... Cerita Lain) kenapa benda sebegini tiada di Malaysia? Maksud aku, aku tahu memang ada, tapi terpaksa kita menyelit di jalan lorong belakang yang gelap gelita dan busuk, baru terjumpa.

Lihat sahaja Bangla Road di Pantai Patong. Memang syurga untuk Mat Salleh muda cenderong ke paedophilia. Kadangkala jenuh dan menyampah juga melihat mereka, tapi itu realitinya di sana. Industri seks memang industri yang lumayan. Tak kisah lah cerita pasal pelacur dan yang sewaktu dengannya, tapi lihat sahaja industri yang bermula dari sebatang tiang besi yang dihiasi penari a-go-go.

Pole-dancing. Tarian tiang?

Aku tak tahu kenapa, tetapi 3 DVD cetak rompak terakhir yang aku beli ada adegan penari tiang ini. Lindsay Lohan, Rose McGowan dan Sherry Moon Zombie (sila teka DVD apa. Siapa yang beri jawapan tepat akan aku e-melkan gambar aku!), ketiga-tiganya memainkan watak si penari tiang ini.

Jadi memang agak kebetulan tak berapa lama selepas itu aku berada di sebuah negara yang penuh tiang-tiang tersebut.

Tapi, semua tak handal. Tiada pun aksi ala-ala Kate Moss dalam video White Stripes. Mahupun aksi sehandal Demi Moore dalam Striptease. Semuanya kaku dan bergelek kecil-kecilan ke kiri dan ke kanan. Mendukacitakan.

Kalau anda nak tahu, di Malaysia ini sekarang ada kelas tarian tiang. Mungkin bukan bogel, tapi untuk mereka yang berminat boleh mencuba di laman ini di sekitar studio tarian di Jalan Kuching, Jalan Ipoh. Sila google sendiri ya?

Jadi akhirnya, aku telah berjaya menjejakkan kaki di pantai tempat si Leonardo DiCaprio berlakon dalam filem The Beach. Memang agak mempesonakan. Dan aku juga telah berpeluang ke beberapa pantai lain di sekitar kawasan tersebut.

Dan di sini aku ingin mengutarakan perbezaan utama pulau-pulau di sana dengan pulau-pulau di sini, terutamanya di sekitar Pulau Perhentian, Redang dan sebagainya.

Pulau-pulau di Malaysia penuh dengan orang Melayu bodoh dan kurang sopan serta biadap.

Bukan pelancong atau apa, tetapi budak-budak pulau yang duduk dan kerja di pulau-pulau di situ, yang asyik ingin memperhambakan pelancong-pelancong luar negara, dan perasan diri mereka lebih bagus dari orang-orang Malaysia yang bercuti di sana...

Kalau tak percaya pergi sahaja ke Pasir Panjang atau Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Lagi-lagi kalau kamu seorang lelaki Melayu yang kelihatan boleh mengancam 'kawasan jajahan' mereka. Kalau kau sekacak aku la..

Mereka akan bersikap kurang ajar (kecuali kamu banyak ganja atau datang dengan ramai kawan wanita) terhadap kamu, dan mempunyai mentaliti ala-beruk, tak berundang-undang. Macam kaum zaman Neanderthal yang terperangkap dalam hutan rimba.

Maaflah. Aku memang banyak masalah di sana. Tak pernah aman-damai, selalu berdepan dengan orang bodoh yang ingatkan pulau tu bapak mereka yang punya. Aku panggil Melayu Beruk. Selalunya rupa pun macam beruk, berseluar pendek compang-camping, berkulit hitam dibakar matahari. Aku punya bengang teringatkan golongan ini sampai aku rasa mereka tak layak diberi nukilan 'Tafsiran' mereka sendiri. Kan?

Tapi di Koh Phi Phi dan Phuket, tiada masalah. Aku dilayan baik, walaupun rupa aku dengan mereka lebihkurang sama sahaja. Tiada mentaliti orang hutan dan beruk. Mereka tahu mereka menjalankan perniagaan, bukan untuk mengusha awek mat salleh atau Jepun yang berkeliaran, bukan menjadikan dadah, seks dan arak agenda utama mereka.

Memang patutlah Jabatan Agama Islam Terengganu selalu menjalankan aktiviti anti-maksiat di sana. Bukan untuk menangkap pelancong, tapi untuk menangkap penduduk tempatan yang lebih teruk dari pelancong Skandinavia.

Haih. Melarat pulak. Bengang, bengang... Esok aku akan menulis lagi...

Sabtu, November 24, 2007

Nukilan Yang Asyik Tergendala.

Bukan niat aku untuk tidak menulis, cuma masa tidak mengizinkan. Sejak dari sebulan lalu beban kerja aku bertambah sekali ganda, di sebabkan kekurangan tenaga pekerja di makmal sains nuklear aku. Jadi, untuk mengelakkan Bangi dari ditimpa bencana nuklear, aku harus berhempas pulas memastikan keselamatan kamu semua.

Tapi semuanya sudah berakhir tengah malam lepas. Misi aku untuk tidak memusnahkan Lembah Kelang telah berjaya, dan aku lapang sekarang. Cukup lapang, sampai aku boleh membawa komputer riba aku ke kopitiam (maaf aku sudah jarang ke Starbucks sebab mereka tak menjual Teh Ais) berdekatan dan membawakan kamu semua nukilan pertama yang aku tulis di luar pejabat dan rumah aku.

Jadi, baru-baru ini aku telah habis membaca satu buku. Aku dulu memang ulat buku, tapi disebabkan kesuntukan masa, aku memang sudah jarang membaca. Bahan bacaan aku hanya terhad kepada rujukan di Internet, dan majalah-majalah murah yang aku beli dari kedai Selvan (Selvam?) di Sungai Wang.

Buku yang aku baru baca ialah 'Sex, Drugs and Cocoa Puffs', hasil tulisan Chuck Klosterman, yang dahulunya merupakan seorang penulis di majalah muzik Spin di Amerika Syarikat. Aku mula membaca buku itu hasil saranan seorang rakan wanita, yang mengatakan buku itu mengingatkan dia kepada aku. (Kantul lagi!) Jadi, disebabkan aku ingin tahu bagaimana satu buku boleh mengingatkan seseorang kepada aku, aku pun mula membaca lah.

Dia memang betul.

Bukan sahaja topik yang dia tuliskan itu memang topik yang mungkin menjadi minat aku (kecuali topik berkenaan NBA. Aku tak suka sukan, kecuali gusti. Lagi-lagi kalau ada wanita plastik di gelanggang. Macam Stacy Kiebler), biasalah, benda-benda sub-culture seperti muzik, filem, teori konspirasi dan macam-macam lagi. Dan lebih banyak aku baca buku tu, lebih aku sedar bahawa cara penulisan dia memang agak sama dengan cara penulisan aku, walaupun aku tak pernah membaca Chuck Klosterman dan dia menulis dalam Bahasa Inggeris.

Gila perasan aku.

Anyway, salah satu perkara yang menarik perhatian aku tentang buku tersebut adalah mengenai ideologi orang-orang muda. Umur aku dan pengarang lebihkurang sama, jadi memang agak menarik bila aku perhatikan terdapat banyak persamaan. Berbalik kepada cerita ideologi tadi, secara ringkasnya, bila kita masih muda, terutamanya dalam lingkungan umur awal 20an (aku pasti ramai pembaca aku yang di lingkungan umur tersebut), kita 'percaya' pada banyak benda.

Kita pro-life lah, anti-abortion lah, anti-kapitalis lah, straight-edge lah (kasihan si Ian Mackaye) dan macam-macam lagi.

Tapi kebiasaanya, selepas kita mencecah 30 tahun, benda-benda sebegitu kita akan pandang sebagai yang remeh dan yang temeh sahaja. Bukan bermaksud aku tidak percaya itu semua, cuma mungkin keutamaan aku sudah bertukar. Priorities change.

Dan juga bukan bermaksud aku memandang rendah mereka yang berideologikan begitu, malah, kalau difikirkan, sedikit sebanyak kehidupan aku masih dipengaruhi ideologi-ideologi yang aku fahami lebih dari sedekad dahulu, cuma tidak sekuat atau se-obvious dahulu. (Maaf, kamus Dewan dalam kepala aku kurang berfungsi hari ini.)

Tapi aku tidak resah, dan aku tak kisah kalau dalam kehidupan seharian aku, aku berjumpa dengan golongan yang pesimis tentang pendirian aku. After awhile, life is not about proving your ideologies, but somehow making them work into your daily life.

Khamis, November 15, 2007

Zaman Lot 10 Yang Aku Rindu.

Sekarang ni pusat membeli-belah bersepah-sepah di sana sini. Bulan lepas sahaja tiga pusat membeli-belah baru muncul di Lembah Kelang. Aku paling suka The Gardens bersebelahan Mid Valley, sebab aku suka pencahayaan dalamannya yang lembut. Pavillion pula aku rasa over-rated, buat penat kaki aku berjalan sahaja, (walaupun himpunan pakaian di butik Zara di sana aku rasa paling baru dan besar...) dan aku tak singgah lagi yang di sebelah Sunway Pyramid tu...

Tapi sebelum semua pusat-pusat membeli-belah ini muncul, sebelum KLCC, budak-budak suka melepak di Lot 10, termasuklah aku. Kalau kamu membesar pada awal tahun 90an, bangunan hijau yang tersergam indah di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail ini lah akan menjadi tumpuan kamu. Sebelum zaman Monorail sempit melanda, dan sebelum zaman Metrobus dan Intrakota (siapa sini perasan kamu MESTI akan berjumpa dengan bas Intrakota rosak di bahu jalan hampir tiap-tiap hari?), budak-budak KL akan ke sana ke mari dengan Bas Mini berwarna merah jambu.

Dan tak semua Bas Mini ini akan berhawa dingin. Hanya yang ke arah Petaling Jaya atau Damansara yang akan berhawa dingin (Bas No. 12!!!) dan hanya ketika di penghujung servis Bas Mini merah jambu ini lebih banyak bas berhawa dingin diperkenalkan.

Yang ada duit sedikit, akan menaiki teksi berwarna hitam kuning, (ala Din Teksi, satu komik terkenal lukisan kartunis Nan suatu masa dahulu) yang kadang kala berkipas dan tidak berhawa dingin. Aku ingat lagi, zaman-zaman 'Bus Stand Klang', yang tidak terletak di Kelang pun...

Berbalik kepada cerita Lot 10. Satu sebab utama kenapa ramai remaja ke sini adalah disebabkan food courtnya. Aku tak ingat restoran makanan segera yang mana, tapi pada waktu itu, ada satu restoran yang di hujung sekali, yang mengamalkan konsep all-you-can-drink. Mudah sahaja, belanjakan duit untuk membeli satu gelas minuman bergas, dan bila habis, isikan balik dengan minuman lagi. Yang lagi sengkek akan membeli satu gelas minuman dan berkongsi dengan 5 orang kawannya. Memang menjimatkan. Lagipun harga sekotak rokok pada waktu itu hanya RM3.50, tambang bas pula hanya 60 sen...

Lagi satu sebab utama ialah mesin jukebox di tengah-tengah food court tersebut. Sekarang memang agak sukar untuk berjumpa dengan mesin jukebox, tapi sebelum zaman mp3 mesin jukebox lebih mudah dijumpai. Aku ingat lagi zaman tu, memang agak membanggakan bila kamu berjalan ke jukebox tersebut, masukkan syiling RM1 yang berwarna emas tu, dan memilih lagu kegemaran kamu. Lagi bangga jika lagu kamu akhirnya berkumandang (ada waiting list jika banyak pilihan lagu telah dibuat...) dan kamu lihat budak-budak lain di sekeliling kamu sedang 'melayan' lagu pilihan kamu. Yang paling tak best bila ada budak hingusan telah memilih lagu Kylie Minogue (zaman pra-cool dan pra-barah) tiga kali berturut-turut. Menyeksakan...

Pada zaman tersebut memang tiada restoran atau cafe di tepi tempat pejalan kaki di mana kamu boleh makan el fresco. Semuanya di dalam bangunan, sebab pada zaman tersebut memang tak bergaya makan di luar atau di tepi jalanraya (mungkin sebab terlampau banyak asap dari Bas Mini). Aku juga ingat pada waktu itu, bangunan bersebelahan Lot 10 merupakan bangunan pejabat biasa (Yayasan Pertanian Selangor ke apa, aku tak ingat.) Dan dihadapan bangunan berwarna merah gelap tersebut terdapat banyak tempat pasu bunga bersimen. Dan disebabkan tempat pasu bunga bersimen inilah telah menjadikan tempat tersebut kawasan utama tempat skateboarders (aku tak suka istilah papan luncur) Bukit Bintang melepak.

Aku ingat lagi ketika aku telah meminjam kamera video kawan aku dan telah merakam aksi-aksi bodoh skateboarders tersebut. Semua tak handal pun. Aku rasa semua mesti tengah buncit di pejabat masing-masing ketika ini.

Sambil melepak di situ, kita semua akan mengusha awek-awek berbaju putih longgar (waktu ini zaman Ella 'Permata Biru' memuncak... memang tiada baby-t. T-shirt bertali spaghetti memang amat jarang kelihatan.) dan berseluar jeans pinggang rendah. Dua-duanya tidak ketat. Tapi pada zaman tu kiranya paling bergaya sekali di kalangan perempuan. T-shirt putih yang longgar yang dipadankan dengan jeans biru. Untuk tampak seksi lagi T-shirt longgar ini akan dimasukkan ke dalam seluar.

Yang lelaki pula, disebabkan zaman Zainal 'Hijau', akan mengenakan t-shirt putih juga (zaman ini memang t-shirt putih popular), seluar jeans Levi's 501 dan kasut but hitam Doc Martens. Destinasi utama selain Lot 10? Hard Rock Cafe beb.

Hmm.. Memang agak banyak cerita pasal kehidupan Lembah Kelang waktu dahulu. I sense a series coming up.... :)

Rabu, November 14, 2007

Kekantulan Identiti.

Sejak kebelakangan ini ramai kawan-kawan aku bertanyakan aku sama ada aku mempunyai blog atau tidak. Kalau kamu perasan, identiti sebenar aku memang aku tak dedahkan di sini, dan sebenarnya aku pun sendiri tak tahu mengapa.

Memang agak penat aku menolak anggapan tentang si empunya blog ini, jadi sebagai bonus untuk hari ini, aku akan dedahkan identiti sebenar aku.

Aku sebenarnya Faizal Hussein, anak Hussein Abu Hassan. Filem lakonan kegemaran aku ialah 'Gila-Gila Remaja'.

Tak mungkin.

Sebenarnya mudah sahaja sebab aku inginkan identiti aku dirahsiakan. Aku inginkan kredibiliti asli, tanpa menggunakan identiti sebenar aku sebagai kredibiliti, atau pun punca yang akan mempengaruhi kredibiliti aku. Tak ramai yang tahu siapa aku, tapi bagi yang tahu, atau yang rasa-rasa tahu, ingatlah kata si Ben Parker, 'With great power comes great responsibility'. Bukan kuasa aku, tapi kuasa dengan rahsia aku yang kamu simpan.

Aku rasa aku belum sampai tahap si Ahmad Kamal Abu Bakar (dua minggu berturut-turut aku pergi ke kelab kegemaran kau tapi kau tak datang beb...). Dan aku juga tak ingin dituduh menggunakan blog untuk mendapat perempuan, sebab memang sudah ramai pun kawan-kawan perempuan aku. (Bukan aku bermaksud AKAB gunakan blog untuk mendapatkan perempuan, ya?)

Cerita pasal perempuan ni, ya, aku telah membuat keputusan drastik dua hari lepas. Jadi, sekarang, secara rasminya, aku tiada teman wanita dan kembali single. Sesiapa yang ingin berbalas e-mel atau menghantar gambar berlurah dada sila alamatkan ke e-mel aku, dan aku akan membalas e-mel kamu secepat mungkin.

Maaf, nukilan pendek hari ini, kerja banyak menimbun-nimbun bagai pohon yang rimbun.

Isnin, November 12, 2007

Aku Patut Bersenam.

Hujung minggu lepas memang gila. Gila dan tertunggang terbalik. Gila memeluk kawan-kawan wanita berbuah dada besar (empuknya. ya, memang aku rindu buah dada besar, ada masalah ke?) yang tak berjumpa setelah sekian lama...

Malangnya, aku tak berkesempatan untuk berkumpul di Dataran Merdeka untuk memakai baju kuning dan berkumpul untuk undian Bersih. Agak kelakar juga, ada dalam 20-30,000 orang, tapi media massa tempatan berkata cuma ada 3000 orang sahaja yang berkumpul. Kalau nak tahu sila lihat CNN, Al-Jazeera ataupun BBC.

Hari Sabtu lepas memang kecoh. Dahlah hujan lebat (aku juga yang basah ketika bekerja), tapi roadblock di sini sana, akibat paranoia segolongan sektor penguasaan dan perundangan kita. Tapi nak buat macam mana?

Jadi, Sabtu lepas aku sehari suntuk di sebuah kelab malam, dari pagi (kelab pagi?) sampai ke pagi. Memang memenatkan. Lemah lutut aku dibuatnya akibat berdiri sehari suntuk. Tapi ramai kawan-kawan aku datang, jadi tak mengapa. Layankan sahaja. Lagipun ramai kawan-kawan aku yang datang kali ini adalah kawan-kawan wanita aku yang sudah lama aku tak melepak bersama semenjak aku berteman wanita.

Dan dalam ramai-ramai kawan aku yang datang, teman wanita aku tak datang. Memang aku tak jemput pun... Mengapa? Sebab aku ada masalah.

Masalah untuk bersama seorang wanita. Bukan, bukan mati pucuk, cuma aku tak larat dari segi emosi untuk melayan karenah seorang yang lebih banyak karenah dari aku, dan karenah aku memang banyak. Memang tak larat. Sampai berdegup-degup jantung aku tiap-tiap malam, hinggakan terpaksa melayan Stilnox agar aku tidak paranoid sebelum tidur.

Jadi aku telah mengambil keputusan untuk menjarakkan diri buat seketika. Bukan sebab aku inginkan perempuan lain, tapi sebab aku inginkan diri aku. Dan peliknya sejak aku akhirnya diberi ruang untuk bernafas, jantung aku semakin aman, damai, teratur. Tak terketar-ketar macam landasan keretapi ataupun monorail bergoyang.

Dan aku rasa aku lebih gembira begini. Tanpa ikatan mahupun komitmen. Lebih senang untuk aku bernafas... Mengapa ya? Mungkin bukan disebabkan teman wanita aku pun. Mungkin aku hanya perlu lebihkan senaman.

Jumaat, November 09, 2007

Yang Baru Dan Yang Lama.

Kelakar juga bila aku membaca komen tentang nukilan aku yang sebelum ini. Aku rasa memang ada kebenarannya, terutamanya tentang kemungkinan mentaliti kita yang suka meng'hantu'kan dan meng'iblis'kan benda-benda anih. Tak hairan kalau benar-benar E.T. jatuh ke bumi, dan jatuh di Senawang pula, dia mungkin akan dianggap toyol dan bukan makhluk asing dari planet lain.

Komen tentang Industrial Lights & Magic pimpinan pengarah lagenda George Lucas (yang semakin hari semakin kehilangan dagu) juga agak menarik, dan telah memberikan aku ilham untuk nukilan hari ini.

Ya, aku ingin menulis perihal filem lama yang dikeluarkan atau difilemkan semula, terutamanya yang ditambah kesan khas berkomputer. Tak kisahlah, Special Edition, Director's Cut, mahupun remake ataupun reintepretation.

Berdasarkan pengalaman aku, dan pemerhatian aku, semua memang tak best. Tak sebagus dan sehebat yang asli. Lihat sahaja trilogi asal Star Wars, A New Hope, Empire Strikes Back dan Return of the Jedi. Aku tak kisah, cuma masalah aku ialah kejanggalan dan ketidakserasian teknologi kesan khas era lewat 70an dan 80an, yang dicampur-adukkan dengan kesan khas berkomputer tercanggih. Memang janggal.

Lihat sahaja, misalnya, kostum Ewok (tak kenal Ewok? sila Google.) 20 tahun dahulu mungkin nampak canggih, tapi di era Jar Jar Binks ini kita hanya nampak orang kerdil yang memakai kostum teddy bear. Banyak lagi kejanggalan, (semuanya angkara si George Lucas) dan yang paling kontroversi sekali ialah adegan Han Solo menembak Greedo. Versi asalnya menunjukkan Han Solo berada di Mos Eisley Cantina dan sedang berurusan dengan seorang watak makhluk asing bernama Greedo, di mana pada asalnya urusan mereka tak menjadi, dan sebagai langkah terdesak (dan bersesuaian dengan watak Han Solo yang seakan seorang lanun/penyeludup), Han Solo telah melepaskan tembakan di bawah meja dan membunuh Greedo.

Tapi, disebabkan oleh Tuan George Lucas kita yang tak ingin menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak (dan secara tak langsung menunjukkan bahawa manusia adalah lebih berhati mulia dari makhluk asing berkulit hijau), beliau telah menyunting adegan tersebut dan menunjukkan bahawa Greedolah yang telah melepaskan tembakan terdahulu.

Apalah...

Ini baru perihal Star Wars. Lihat sahaja remake filem yang berlambak di pasaran sekarang. Contohnya filem Dune, adaptasi hasil karya penulis Frank Herbert, arahan pengarah bervisi David Lynch. Versi asalnya pada tahun 1984 memang berkesan, dan menonjolkan Sting (pemain bass gila seks tantrik dari The Police) dan Kyle McLachlan (siapa ingat siri Twin Peaks???). Memang aku ingat lagi sampai sekarang. Sekarang siapa yang ingat siri mini tv yang disiarkan beberapa tahun lepas? Aku memang tak ingat.

Bukan itu sahaja yang dicemar. Kita semua pasti ingatkan persembahan terbaik pelakon Jack Nicholson bergandingan dengan pengarah lagenda Stanley Kubrick di dalam The Shining, satu lagi filem adaptasi novel, kali ini karya Stephen King (siapa pernah baca Richard Bachman, angkat tangan!). Siapa di sini yang telah tertonton remakenya di Astro baru-baru ini? Memang menghampakan.

Konsensusnya mudah, kalau kita sudah ada hasil karya filem yang bagus, jangan diusik. Kecuali beberapa filem (nanti aku ceritakan) tertentu. Semuanya menghampakan, malah kadang kala menimbulkan perasaan menyampah dan marah. Banyak senarainya, Halloween, Texas Chainsaw Massacre (versi asal Tobe Hooper memang terbagus!)... Kalau dilihat dari genre filem seram dan fiksyen sains sahaja memang banyak!

Tapi...

Aku sebenarnya menunggu satu sahaja olahan semula filem. Blade Runner: The Final Cut. Visi asal Ridley Scott berdasarkan cerita pendek Phillip K. Dick akhirnya akan tercapai. Kalau anda Google di Internet, pelbagai kisah menarik perihal filem ini boleh dibaca. (Apa? Kamu ingat aku nak tulis semua kat sini ke? Tarak masa...) Aku ingat lagi kali pertama aku menonton filem ini di zaman kanak-kanak, imej orang berpusu-pusu di dalam hujan mengenakan payung berlampu kalimantang (sekarang sudah dijual di pasaran!!!) masih dalam fikiran aku... Dan sebagai seorang kanak-kanak aku selalu berangan menjadi Rick Deckard, mengekori replicant chun macam Daryl Hannah di dalam hujan (tapi aku tak main hujan la, sekadar membazir air ketika di dalam bilik mandi... ha ha).

Memang kesan yang mendalam, filem berunsur tech noir yang sampai sekarang aku ingat, dan aku tak sabar untuk menonton edisi The Final Cut.

Tapi kalau di Malaysia pula bagaimana? Seingat aku filem hit yang dilancarkan semula ialah filem Hang Tuah lakonan P. Ramlee yang telah diwarnakan semula dengan tangan suatu ketika dahulu, berlainan dengan versi asalnya yang merupakan filem hitam-putih. Lagi satu remake yang kelakar (dan gagal) ialah filem Abang '92, lakonan si ketot Azhar Sulaiman. Memang memalukan jika dibandingkan dengan versi asal Rahim Razali.

Kalau diberi peluang, ada beberapa filem Melayu yang aku ingin benar lihat difilemkan atau dikeluarkan semula. Terutamanya siri filem 'Esok' arahan/lakonan Jins Shamsuddin. Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa. Memang drama berat, tapi aku rasa mudah untuk disesuaikan dengan citarasa masa kini, dan mungkin berkesan. Tak perlu tiru filem siri 'Cinta' dari Seberang. Tapi aku rasa filem Ali Setan tak perlu difilemkan semula, pasti pelakon utamanya diambil dari sampah Akademi Fantasia...

Jadi apa lagi filem lama Malaysia yang kamu ingin dibuat semula? Orang Minyak tak kira.

Rabu, November 07, 2007

Aku Minat Fiksyen Sains.

Memang dari kecil dahulu aku minat sci-fi. Aku salah seorang yang bernasib baik kerana sempat menonton edisi pertama Empire Strikes Back di dalam panggung wayang, (bukan versi baru yang penuh dengan kesan khas berkomputer bodoh) dan aku masih ingat berjalan balik dari panggung wayang dengan abang aku sambil mengelamun yang aku sedang memotong pokok di tepi jalan dengan lightsaber aku.

Aku juga sempat menonton filem Superman lakonan mendiang Christopher Reeve di panggung wayang bersama ibubapa aku, dan aku masih ingat aksi aku mencekak pinggang di luar panggung wayang sambil aku berangan jadi Superman, cuma masa itu aku ingat lagi yang aku merungut kenapa bibir aku tak senipis Christopher Reeve. Bibir tebal memang tak layak jadi Superman. Melayu pun.

Aku juga memang tergila-gilakan Tron dahulu, dan selalu berangan naik basikal Chopper aku seperti Light Cycle dalam filem tersebut, walaupun Chopper aku memang tak boleh membelok 90 darjah. Tapi cuba jugak. Sampai habis robek peha aku dimamah jalan berbatu kerikil.

Masa filem E.T. keluar dahulu memang jangan ceritalah, aku sempat beli patung E.T., lepas tu sempat juga paksa ayah aku belikan basikal BMX ciplak (kebetulan aku dapat nombor satu dalam kelas masa peperiksaan) warna hitam. (yang hilang akibat dicuri beberapa bulan kemudian.) Aku ingat lagi masa itu aku selalu sangkutkan patung E.T. aku di kolar t-shirt, sambil mengayuh basikal BMX ciplak aku (sambil aku bayangkan lagu tema E.T. hasil si lagenda lagu tema John Williams) ke hulu-hilir.

Dan pernah satu hari itu, sambil E.T. aku memberi aku arahan untuk ke kiri dan kanan, aku telah sampai ke satu parit berjambatan sempit. Aku baru nak melintas guna jambatan, tapi malangnya pada waktu yang sama ada pakcik berkapcai yang sama-sama ingin melintas dari arah bertentangan.

Malangnya E.T. aku tak ada kuasa seperti mana E.T. di dalam filem, so aku pun menjunamlah masuk ke dalam parit. Tiada adegan macam adegan si Elliot terbang di atas kereta polis bersama rakan-rakannya, dan terbang berlatarbelakangkan langit malam berbintang dan bulan yang indah.
Geronimo!

Apa lagi aku buat muka kesian lah. Adalah seorang pakcik ni yang terkejut dan kasihan melihat aku di bawah jambatan selepas menjunam dengan BMX ciplak aku. Jadi dia pun tolong lah.

Pasa masa itu E.T. aku ni masih tersangkut di kolar t-shirt aku, leher dia panjang, jadi yang nampak memang kepala patung tu saja lah.

Pakcik tu hulurkan tangannya, untuk menarik aku keluar. Tiba-tiba dia ternampak kepala patung E.T. aku yang tersembul dari dalam t-shirt aku.

"Eh!! Toyol apa ni??", kata pakcik tadi.

Toyol? Toyol????!!!!!!

Buat susah-susah sahaja Steven Spielberg mencurahkan tenaga semasa proses character design. Last-last jadi toyol jugak.

Selasa, November 06, 2007

Terperangkap Dalam Jurang Inter-Dimensi.

Aku terhuyung-hayang, terperangkap dalam jurang inter-dimensi, yang tiada perkhidmatan telefon bimbit, tiada talian ke internet, terapung dalam space time continuum (kalau kamu peminat Star Trek mesti faham...) yang memulakan segala pengakhiran, yang mengakhirkan sebarang permulaan. Yang tidak membolehkan aku untuk bertukil. (menukil? tertukil? tukil?)

Memang tersangkut. Mungkin tersangkut dalam sangkar paranoia yang penuh dengan debaran jantung yang tak semena-mena, umpama memandu kereta dengan laju dan hampir melanggar Mat Rempit yang ingin dilangggar, yang hanya boleh ditenangkan dengan Ambien yang membuatkan aku menjadi zombi tak berdarah dan kurang mereput.

Tanpa akal fikiran, bodoh dan bengap. Paling kurang pun tanpa gaya.

Macam orang-orang yang menamakan perniagaan (dan yang sewaktu dengannya) mereka dengan perkataan yang bermula dengan 'D'. D'saji, D'Makmur, D'fabians, D'Tolol.

Macam orang yang suka simpan misai tak bergaya. Walaupun bulan ini bulan Movember. Tapi Melayu tak masuk.

Macam orang yang tak reti parking kereta betul-betul. Macam mana dapat lesen ni? Beli ka?

Macam product placement berlebih-lebihan dalam rancangan televisyen. Habis kita disogok kiri kanan depan belakang. Logo itu, logo ini. Orang-orang agensi pun bodoh. Nak bagi client exposure konon. Akhirnya semua yang rugi. Siapa yang untung? Target market si client pun naik meluat tengok logo sana sini.

Semua kurang bergaya... Gaya itu penting. Kamu semua tak ingatkah iklan rokok samaran tahun 90an dahulu? 'Gaya, Mutu, Keunggulan', sebenarnya. Nasib baik sudah tak ada iklan rokok samaran, kalau tidak memang lagi panjang nukilan hari ini.

Apa yang aku tuliskan ini? Aku pun tak tahu sebenarnya.

Cuma yang aku tahu jurang inter-dimensi ini memang amat bahaya. Lagi bahaya dari Mara Bahaya. Bahaya macam Lurah Dendam.

Semuanya salah kamu semua, yang meminta dan meminta, dan meminta lagi dan lagi, sampai habis energon aku. Kamu ingat kat 7-11 (dan semua kedai-kedai serbaguna yang meniru konsep 7-11.) ada jual energon cubes ke?

Dan malangnya I didn't come with a charger. Dan aku perlukan kacamata untuk mengatasi astigmatisme aku yang semakin melarat, makin lama semakin kabur. Dan aku takutkan kesakitan di hujung ibu jari kaki aku hanyalah petanda aku semakin tua, dan peringatan untuk aku supaya menjaga makan dan minum aku serta lebih banyak bersenam.

Tapi Jumaat lepas, setelah sekian lamanya bertapa dalam gua punya gua, aku telah keluar mencari hiburan. Tempat Perempuan Beraksi di Waktu Senja, walaupun sudah lebih jam 10. Memang aku rindukan hiburan, dan mungkin juga aku rindukan kawan-kawan lama yang telah lama aku tak jumpa.

Tapi memang bagus. Cuma Ahmad Kamal Abu Bakar sahaja yang tak datang, walaupun enam jag telah tersedia. Beli satu percuma satu sebelum tengah malam. Apara... Ingatkan hendak terbongkang bersama-sama... Boleh naik tali sawat penyampai bersama-sama, walaupun di dalam imaginasi...

Maafkan saya, luahan hari ini memang tidak berfaedah. Bagi aku layan diri dahulu sebelum aku masuk gear pertama balik.

Isnin, November 05, 2007

Malam Semalam Di Ibukota 32.



















Bukan malam semalam pun sebenarnya. Tetapi penat betul kalau kamu sudah lama tidak keluar dan muka-muka yang kelihatan hanyalah muka-muka yang kamu tak ingin lihat.

Notis.

ATP akan berehat buat seketika lagi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.