09 August 2012

Tidur 5 jam

Saya : Pening kepala lah, tak cukup tidur lagi hari ni.

Mak : Tak cukup apanya. Orang cakap tidur elok 5 jam je.

Saya : Ha! Betul lah tu. Mana ana cukup tidur lagi. Ana tidur 5 jam siang, 5 jam malam.

Mak : Mengarut!


Begitulah dialog antara anak yang taat dan ibu yang penyayang. Oh! Emak saya selalu cakap. Orang dewasa tak boleh tidur lama-lama. Membazir sangat masa tu kalau di isi dengan tidur je. 

Emak saya juga pernah cakap, tidur lama-lama dan banyak-banyak nanti jadi gemuk. ye! Fakta itu saya setuju. Saya sangat gemuk sekarang.

Selama ni saya selalu sedar, apa yang mak saya cakap selalunya betul tapi tidur 5 jam? Alamak. Macam tak cukup je. Up sikit jadi 8 jam boleh tak? Kanak-kanak kan perlukan tidur yang cukup untuk membesar.

15 July 2012

Susah sangat ke nak berfikir?

EhemEhem. Saya di UIA sekarang! Yay! Itu berita gembira. hehehe. Masa study kau sibuk je kan nak balik rumah. Serakang dah habis kau sibuk-sibuk nak datang UIA lakkk. Manusia betul! 

Kisah sebenar, saya ada sebab datang uia, tapi taknak cerita dekat blog. Orang terdekat je tahu. Ceh ceh. Macam orang penting sangat je kannn. Tak ada apa yang sangat penting pun. Datang kerana ada sedikit hal dan sebab nak buat clearance. Yay!

Apa kena mengena dengan bebelan saya di atas dan tajuk? Agak-agak encik laaa kan. Mak pun tak tahuuuuu. hahaha. Tidakkkk! Tak perlu paham carutan saya. *fuhh selamat anak-anak kucing je baca blog saya*

Tajuk tu tengah marah dekat diri sendiri, suka je buat keputusan tanpa berfikir? Susah sangat ke nak berfikir sikit je pun. Hish! Aku menyesalkan sesuatu keputusan yang aku buat. Tapi dah jadi. Lain kali nak buat decision tree dulu baru kasi keputusan. Go Ana Go!

30 June 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Akhirnya persoalan semua orang bila aku nak habis belajar dah terjawab. Habis juga degree aku. 

Masa aku lepas SPM, semua orang tanya "Lepas ni sambung mana?", Semua orang ni tak faham ke dengan fakta tunggu offer matriks ke UPU ke STAM ke STPM ke ? Tak perlu tanya sambung mana. Ada rezeki dapat aku pergi.

 Masa aku tengah belajar, semua orang tanya "Bila nak habis" "Kenapa Ana tak habis-habis", Semua orang ni tak faham ke dengan sistem, takkan lah aku 2 tahun masuk UIAM dah boleh dapat degree, logik apa aku belajar 6 tahun matriks uia campur degree aku. Tak payahlah tanya soalan yang sama setiap masa. 

Masa aku dah habis belajar (sekarang), Semua orang tanya "Sambung master ke?" "Dah cari kerja" "Kerja apa lepas ni" "Ambik ACCA pulak ke?", Semua orang ada perancangan mereka untuk aku. Susah betul. Agak-agak diorang ingat master dan ACCA tu benda senang kot. Degree aku habis pun sangat alhamdulillah. Soal keja, aku bukan tak cari, tapi belum rezeki lagi tu. Doa-doakan jelah ye.

Kesimpulan aku dapat, selagi korang tak rasa apa aku rasa korang takkan faham. So, langkah pertama aku nasihatkan korang daftar amek BACC kat UIAM. 

Semua orang di atas adalah "semua orang yang terlibat"

19 June 2012

Sikit je lagi.

Faham ke tidak apa coba aku sampaikan? Tak faham takpe. Saya di sini untuk memberikan sedikit penerangan tentang apa yang sikit je lagiiiiii. Nak tahu ke tidak? Nak tahu ke tidak? Mungkin Future Farhana nak tahuuuu. Perkara yang dibincangkan adalah.

Result Exam!

Nervous kali ni lain sikit. Ye lah. Sem lepas aku ambik subject sikit. Tiga-tiga kena baca lebih-lebih. Dan yang paling menervouskan aku, semuanya menentukan aku grad ke tidak. Doa-doa semuanya lulus dengan sangat cemerlang.

Oke dari aku melalut, baik aku sambung nervous!