Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Himpunan video sehari di Bersih 2.0 (Part 2)















Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.


Saturday, July 9, 2011

Rosmah dan cincin bernilai RM24.4 juta

Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Lebih cepat kehancurannya kerana wujudnya wanita pertama yang rakus , Imelda, maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.

Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan.

Dalam negara ini kita telah ada tokoh yang lebih 'menggila dari itu'... Ketika rakyat susah Imelda Malaysia terus bermewah. Seperti di Filipina ketika dulu juga wajah Imelda Malaysia ini juga diwajahkan dengan perbagai propaganda untuk menipu rakyat. Dan jika ada rakyat yang masih bangkit melawan maka akan dilabel perbagai gelaran negatif dan akan berdepan tindakan undang-undang.

Di bawah ini lihatlah 'print screen' dari sistem Kastam. Pembelian cincin belian bernilai RM24.4 juta... Ia dibawa masuk tanpa sebarang cukai !!!

Imelda Malaysia sila jawab dan jelaskan... Ayuh Bangkit Rakyat !!

Friday, May 14, 2010

Pelawa masuk Umno: Bukti Zambry pemimpin lemah

Kenyataan Media (13 Mei 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk masuk menjadi Ahli Umno terbukti menunjukkan Umno sudah mula di tolak oleh generasi muda yang kini bersama dengan PAS untuk menegakkan keadilan sebenar. Sudah tentu generasi muda akan terus menolak Umno yang disifatkan sebagai kekotoran yang masih tidak dapat dibersihkan.

Pertamanya, pelawaan ini juga membuktikan ketidakmampuan kepimpinan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya Maslin Sham Razman yang di tolak hampir 18 Pemuda Umno Bahagian seluruh Negeri Perak yang memaksa Datuk Seri Zambry untuk mengambil alih tugas Maslin sekarang ini. Keduanya, pelawaan ini menunjukkan Umno ketandusan pengaruh golongan orang muda dan terpaksa menjadikannya kempen kemasukkan keahlian baru di dalam Umno.

DPPN Pk juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menyiasat tawaran tersebut kerana ianya sebagai tawaran politik. Selepas daripada ini akan kedengaran bahawa Ahli Pemuda PAS akan memohon untuk menjadi keahlian Pemuda Umno tidak lama lagi, kaedah strategi dan tektik ini sudah menjadi kebiasaan dengan cara Umno sebenarnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, May 13, 2010

Judi: Akhirnya Harussani bidas Najib

Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram,"
katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram. -TVS

Ulasan GB

Jika demikian jawapan Mufti Harussani, apa pula hukum orang yang menyokong pihak yang meluluskan judi? Tidakkah itu juga syubahat namanya?

Justeru itu, ayuh tinggalkan UMNO BN. Anda bersyubahat dengan Najib, anda bersyubahat dengan UMNO BN, anda bersyubahat dengan perbuatan dosa yang dilakukan. Tidak wajar seseorang yang bergelar mukmin dan Muslim bersyubahat dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum Allah. Tidak kira siapa, tak kira jawatan apa yang kamu sandang. Sayangkan agama, sayangkan kesejahteraan, sayangkan bangsa, sayangkan negara - tolak Najib, tolak UMNO BN segera. Itu sahaja jawapannya!

- Kelab Greenboc

Selamat Hari Guru 2010

16 Mei setiap tahun dikhaskan untuk memperingati dan menghargai jasa guru di Malaysia yang menjadi arkitek penting pembinaan sebuah negara.Seorang tokoh korporat berjaya di Kuala Lumpur, seorang hakim yang mempertahankan keadilan di Ipoh, seorang anggota tentera yang menjaga keamanan negara di Tawau, seorang petani berjaya di Pendang, seorang bakal Yang Berhormat di Sibu, seorang pemandu teksi di Segamat, pasti pernah di didik insan yang bernama guru.

Profesion perguruan yang satu masa dahulu dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat semakin getir melalui cabaran dan dugaan. Saban waktu dilaporkan perilaku anak-anak murid yang memijak kehormatan guru dengan moral sumbang dan biadap. Diburukkan dengan tingkah ibu bapa yang sering menuding jari menyalahkan guru pada setiap perkara malahan ada yang mengambil tindakan mahkamah terhadap guru yang hanya menjalankan amanah membentuk peribadi anak-anak mereka.

Guru juga saban hari ditimbuni tugas diluar makna seorang pendidik dan arahan-arahan dari atasan tanpa budi bicara untuk menolak, menjadikan tugasan guru semakin membebankan. Jika ada seorang menteri datang melawat, pastinya tenaga guru dikerah menjayakan majlis, setidaknya memenuhi dewan tatkala menteri beretorik tentang masa depan negara. Sedangkan anak-anak murid terlepas waktu belajar, kerana sang guru dipaksa menyenangkan hati menteri yang semakin gundah kehilangan sokongan. kalau seorang Yang Berhormat melawat kampung, pasti gurulah yang digesa menyambut dan meraikan ketibaan. Mujurlah Yang Berhormat jarang benar turun ke padang, maka beban itu tidak dirasa sangat. Malahan kalau ada sekumpulan pelumba basikal lalu di hadapan sekolah, guru juga ditugaskan menjaga anak-anak murid mengibar bendera sepanjang jalan. Begitulah erti menjadi seorang guru hari ini.

Kalau dahulu seorang guru bukan hanya mengajar di sekolah, malahan menjadi pendidik masyarakat. Guru dilantik menjadi pemimpin rakyat tidak kira dari fahaman politik mana, atas keyakinan bahawa guru seorang yang mulia dan bersih. Namun hari ini segala jasa dan sumbangan guru dipinggirkan dan tidak diberi penghormatan selayaknya. Guru yang dituduh terlibat dengan politik, khususnya yang bukan BN dan bukan Umno, ditindas dan dihukum seolah pelaku dosa besar. Tidak sedikit guru yang menghadapi tindakan tatatertib, ditukar ke kawasan pedalaman, disekat kenaikan pangkat hanya kerana keberanian menjalankan amanah sebenar seorang guru. Nasib anak-anak bangsa yang kehilangan guru yang komited dengan tanggungjawab langsung tidak dihirau dek serakah politik sempit dan tiada etika.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) merasakan 16 Mei setiap tahun bukan hanya disambut untuk menghargai jasa para guru, malahan lebih utama sama-sama berkongsi kepayahan dan kesukaran setiap guru di Malaysia. Soal kebajikan guru harus diutamakan dalam masa mengejar kecemerlangan dan kejayaan. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran digesa lebih prihatin terhadap kebajikan guru termasuk aspek psikologi dan motivasi yang menghadapi suasana semakin mencabar di sekolah. DPPKG juga berharap agar proses menaiktaraf kemudahan-kemudahan di sekolah khususnya di kawasan pedalaman akan dipercepatkan bagi membantu guru-guru memberikan khidmat terbaik kepada anak bangsa.

Saban hari guru mengukir masa depan negara dengan mendidik anak-anak bangsa yang bakal mewarisi negara dan sesungguhnya pembentukan sebuah negara yang berjaya pada masa depan ditentukan dengan kejayaan seorang guru mendidik anak bangsanya pada hari ini.

Buat seorang guru di Taman Mulia, Kuala Lumpur, seorang guru di Ulu Tembeling Pahang, seorang guru di Pulau Banggi Sabah, seorang guru di Balingian Sarawak, dan semua guru di Malaysia, SELAMAT HARI GURU.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

Kerana Umno garu guru

umNO semakin hari semakin sawan. Bila umNo tiada hujah dalam mempertahankan tindakan mereka... maka kuasa adalah jalannya. Macam Yahudi yang menentang nabi, setelah terbongkar kesesatan mereka... maka mereka menghasut arab menentang nabi. Macam Abu Jahal yang gagal mengalahkan hujah mukjizat nabi...akhirnya tekanan hingga tahap ingin membunuh Rasulullah. umNO yang mewarisi perangai Abu Jahal pun begitu..

umNO pernah menggunakan pemuda tahan lasak untuk lawan PAS. Akhirnya pemuda tahan lasak dah tak mahu terlibat dosa menggasak...bertaubat masuk PAS... Umar antara paling kuat menentang Rasulullah..akhirnya bertaubat jadi pembela Rasulullah. umNO guna pemudanya di Felda Lubuk Merbau yang mengorbankan Ustaz Osman Talib. umNo guna pasukan keselamatan untuk membunuh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Sebagaimana Yahudi menentang budak dengan kereta kebal, begitulah umNO menentang penduduk kampung memali dengan kereta perisai. Bila pencen, ramai polis masuk PAS...menyesali dosa silam..menebusnya dengan berjuang bersama PAS. umNO rasa dia kerajaan yang tongkat langit. Dia buat pegawai kerajaan terutama Polis macam pegawai JKKK umNO yang sanggup dicucuk hidung, mungkin juga sanggup dicucuk bontot sekali ...

Guru antara yang paling ramai terinaya gara gara menyokong PAS. Guru ni orang cerdik. Walaupun Najib ucap selamat hari Guru tetapi guru tahu Najib kaki penipu. Guru terpaksa senyum depan Najib ...Najib ingat Guru setuju..rupanya guru gelakkan Najib... Mungkin Guru nampak senyum Najib macam senyum Rosmah.

Kerana sekolah ada di serata pelusuk alam, maka guru yang degil tak sokong umNO dihantar berkawan dengan orang hutan... orang asli dan kampung yang entah apa nama pun tak boleh disebut lagi... Tapi Najib terkejut beruk bila tengok beruk pun dah bawak bendera PAS... pakai baju PAS... rupenye beruk curi dari orang kampung yang dah sekampung masuk PAS.

Waktu Najib menjadi menteri Pelajaran,Najib pergi Sabah. Jumpa Ghapur Saleh yang masa tu Timbalan ketua menteri. Ghapur minta Najib bawa balik guru semenanjung kerana sebarkan PAS di sana. Najib tak boleh buat apa kerana Najib tahu hanya guru PAS yang kuat dedikasi kerjanya bangunkan Sabah dengan pendidikan....

Dulu umNO bodoh...dia ingat dengan hantar guru masuk kampung, guru takut, dia lupa guru tetap seorang Guru. Dia didik anak bangsa di mana mana. Akhirnya murid tanya kenapa guru dibuang di kampungnya.... Guru kata sebab dia sokong PAS...murid yang sayang pada gurunya juga akhirnya pakat sokong PAS kerana dia tahu baiknya guru bila jadi orang kuat PAS...

Najib sedar benda ni... Najib tobat tak buat lagi....Najib tahu...guru yang kuat PAS ni memang berani... makin diganggu makin diambil tindakan, makin berani dia... Ni yang Najib susah hati... kemana dia pergi..dia akan bawa PAS bersama... Dia anggap... umNO yang hantar dia ke tempat jauh dari kampung supaya kuat lagi lawan umNO. Orang yang hebat...semakin susah...semakin nampak kehebatannya... itulah guru...

Pemimpin tertinggi umNo tahu natijah kerja jahat mereka selama ini. Mereka tak mahu buat lagi... Mahyudin yang jadi menteri pelajaran pun tahu..johor kuat PAS kerana ramainya guru buangan yang dihantar ke sana suatu ketika dulu... Fuad Zarkasyi lagi le tahu... dia orang baik baik..dia tak mahu dosa zalim orang...dia juga tak mahu susah diri sendiri cari musuh... . Pendidikan perlukan guru berdedikasi....

Tapi spesis jahat umNO banyak lagi terutama yang baru tumbuh gigi. Di Penang Zahid Hamidi... Habis diganggu Jabatan Pelajaran Negeri... Habis guru guru di selerak merata negeri... Kononnya nak tunjuk kuasa yang ada.... Alahamdulillah, kekawan yang diinaya semakin bersemangat tinggi... Rakyat yang lihat kerja jahat pulak mula simpati.... Petanda hayat umNo tak lama lagi...

Kat perak pun sama juga... Ada seorang exco yang baru dapat gigi palsu.... Rasa negeri dan kerajaan macam mak bapak dia yang punya... Guru guru dia paling anti.... Dia sendiri dah tak betul berdiri... orang umNO sendiri pun semakin benci... Manakan idaknye... habis merata dia janji... semuanya tak jadi...

Sapa tak kenal dengan Hamidah osman ADUN sungai Rapat yang kata kalau jumpa ular dengan India lebih baik bunuh India dulu..., nasib dah duduk ujung tanduk..umNo Perak dah tak peduli, harap bergantung degan Rosmah bini Perdana Menteri...harap dapat jadi Senator lepas ni bila kalah Pilihanraya nanti.....kut kut macam Ezam boleh jadi senator free....kalau nasib baik dapat jadi menteri...

melalut pulak cerita aku ni... sebenarnya sekadar nak tulis pasal nasib guru.... pejuang perintis merdekakan negara dulu... Kini sapa pun Tak peduli..umNo plak dah dikuasai kapitalis... Guru dalam umNO hanya jadi pencacai cuci taik gigi.... pilihan terbaik...masuk PAS demi mempertahankan nasib anak bangsa sendiri... SELAMAT HARI GURU CIKGUKU....

CIKGU FAIZUL...

Saturday, May 8, 2010

Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zura
idah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.

-malaysiakini

Ajijoi ~ Rosmah 'Wanita Pertama'? Rasanya sedap lagi gelaran dia yang sebelum ini....'Wanita Puaka'

Friday, May 7, 2010

JUDI HALAL: BN bagaikan tikus membaiki labu!

Teori kawalan Barisan Nasional adalah terlalu teruk dan tidak masuk akal. Malah strategi yang BN gunakan untuk membaiki status sosial, jenayah dan gejala sosial adalah umpama penyelesaian ala barbarian dan amat merisaukan rakyat pada hari ini.

Mengapa kenyataan ini wujud? Suatu ketika dahulu kerajaan ingin menyelesaian permasalahan AIDS yang menjadi petaka besar sosial kita. Penyelesaian adalah dengan memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada rakyat dengan tujuan jangka pendek (cukup dangkal) untuk mengelak perkongsian dan pengedaran virus HIV. Tingkah laku manusiawi, penyebab utama penyakit tersebut merebak tidak disentuh atau ditegaskan melainkan dalam siri kuliah agama dan Forum Ehwal Islam menunjukkan penyelesaian yang bersifat pemisahan antara teknikal dan moral telah menjadi tradisi negara ini.

Islam menggalakkan penyelesaian secara menyeluruh, antara teknikal yang bersifat kawalan fizikal dengan kawalan melalui pembaikan moral, akhlak dan nilai keagamaan masyarakat. Jika berhadapan dengan kaum bukan Islam, mereka perlu diterapkan nilai moral sejagat secara menyeluruh juga.

Hari ini, Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan menjadi antara topik utama media. Seperti biasa pertaruhan dan perjudian akan berlaku apabila adanya pertandingan. Ini lumrah manusia sejak zaman ketamadunan Yunani lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, saya cukup terkejut dengan kenyataan Datuk Awang Adek semalam yang disiarkan dalam semua media perdana berkenaan sanggupnya kerajaan untuk mempertimbangkan untuk menghalalkan judi yang belum wujud di negara ini. Tidak cukup dengan Sport Toto, Magnum da sebagainya, kini judi sukan pula ingin diwujudkan.

Kata beliau lagi, kerajaan ingin mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan dengan alasan mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kerajaan BN tidak memandang langsung amaran Allah bahawa judi kaya dengan kerosakan dan malapetaka berbanding keuntungan sementara yang tidak berkekalan. Judi pada kerajaan Malaysia adalah punca pembangunan fiskal dan ubat untuk merawat defisit yang menggunung. Kata para menteri BN, jika ia judi haram, ia tidak membawa keuntungan fiskal dan ekonomi negara. Jika ia diperlesenkan, didaftarakan, maka ia HALAL TAYYIBAN malah boleh memajukan negara.

Kata Allah kepada orang beriman, "Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti ( daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil) ?" (Al Maidah : 90)

Al Maisir di dalam ayat di atas bermakna judi, apa sahaja jenis perjudian sama ada ia menyumbang kepada ekonomi negara atau tidak. Sama ada di main di belakang rumah kedai atau di Genting Highland.

Adapun perjudian itu diharamkan kerana ia membawa kepada berbagai-bagai keburukan seperti permusuhan, dan juga boleh menjerumuskan seseorang kepada memakan harta haram atau harta orang lain secara batil sedangkan memakan harta orang dengan cara yang batil itu ditegah oleh Allah seperti firman-Nya :

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil ) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah." (Surah al-Baqarah : 188)

Pengharaman ini juga termasuk seperti sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :

"Sesungguhnya orang-orang yang menceburkan diri dengan mengambil harta Allah secara tiada hak, maka baginya api neraka di hari Kiamat." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Dahulu UMNO secara tidak malu cuba mengaitkan PAS iaitu sebuah gerakan Islam dengan lambakan arak di Selangor. Kini mereka terpaksa menelan ludah sendiri dengan kenyataan seorang “Menteri Melayu Islam UMNO” yang berucap akan menambahkan lagi sektor judi di Malaysia.

Adakah kita sebagai umat Islam tidak malu apabila Pemuda DAP sendiri menganggap judi adalah perosak masyarakat Cina di Malaysia? Judi bukan sahaja musuh Islam malah menjadi musuh kaum bukan Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Ini alasan kebudak-budakan dan hanya layak disebut oleh pelajar sekolah rendah sahaja. Contohnya ada seorang berkata ‘ Alah kalau bukan aku curi kabel elektrik ni, nanti akan ada orang curi jugak, lebih baik aku kebas dulu’. Ini antara kalimah yang kerap bermain di bibir si pencuri.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Maka bertukarlah selogan ‘Majulah Sukan Untuk Negara’ kepada ‘Majulah Judi Untuk Sukan’. Saya tidak faham apakah teori pembangunan sukan yang menteri BN baca dan telaah. Dalam kesuraman industri sukan negara yang menjadi punca bukan bajet atau kewangan yang mana judi dikatakan mampu memberi kemudahan pembelajaan sukan negara, sebaliknya bakat, latihan dan disiplin yang pelru diutamakan. Jika rasuah sukan masih tinggi, etlit tidak berdisiplin serta sistem latihan yang tidak bersungguh, duit hasil judi berjuta juga masih tidak menyebabkan pasukan negara kita mengalahkan Brazil atau Perancis nanti dalam Piala Dunia.

Menteri BN ingin juga menjadi aktivis sosial untuk membaikkan moral. Lihat kenyataan ini "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram,” kata Awang Adek.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya lagi.

Adakah bermain judi di tempat berlesen tiada masalah sosial? Si penjudi Genting Highland memang tidak meminjam wang dari along atau mungkin tidak memaksa isteri memberi wang untuk berjudi, tetapi mereka kebanyakannya pemimpin dan tokoh negara. Mereka juga korporat dan aristokrat yang banyak memegang kuasa dan pengaruh di dalam negara. Adakah dosa mereka itu akan memajukan negara? Malah jenayah kolar putih, kongsi gelab, rasuah dan duit kopi menjadi amalan si penjudi berlesen itu. Bukankah lebih besar petakanya?

Oh tidak mengapa! Kerana mereka berjudi tetapi berlesen!

Dahulu ada suara-suara jahil pemimpin negara ini menyuarakan cadangan cawat besi untuk mengelakkan jenayah rogol. Mereka sanggup mengaku ingin menjaga maruah da martabat wanita tetapi sanggup juga memberi idea kuno yang ‘jakun’ malah cukup melondehkan aib wanita moden hari ini.

BN tidak layak bercakap soal moral apatah lagi ingin bercakap melondeh Dato’ Zaid Ibrahim. Malah Zaid sendiri mengaku UMNO dan BN adalah sarang bagi kegiatan arak dan judi di kalangan elit Melayu.


Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak

Tuesday, May 4, 2010

Laporan lucah kembali memenuhi ruang media

Perbicaraan kes tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah bersambung dijangka akan menjadi tajuk-tajuk utama media perdana bercetak dan juga elektronik.

Dan sudah pasti juga agenda media-media perdana ini untuk memburuk-burukkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengunakan kes perbicaraan beliau.

Segala keterangan di dalam mahkamah yang berunsur lucah melampau dan di luar tata susila masyarakat Melayu akan diperbesar-besarkan di dada-dada akhbar milik Umno-Apco itu. Tujuannya hanya satu, nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diburukkan di mata rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu.

Laporan-laporan yang sebegini amat tidak sihat dan beradab untuk didedahkan kepada kanak-kanak dan juga generasi muda. Namun itulah yang merupakan bahan kempen Umno-Apco untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Liwat II: Air mani wujud pada calitan kapas

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Sambil merujuk buku 'Forensic Medicine for Lawyers' dalam satu topik mengenai kesalahan homoseksual, Yusof berkata penemuan spermatozoa pada calitan kapas yang diambil dari kawasan lurah dubur ataupun mucosa dubur membuktikan tindakan liwat berlaku.

Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki dijumpai pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

"Ini yang apa pendakwaan cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.

Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku penetrasi di dubur atau rektum.

Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.

"Jika tidak ada kemasukkan, maka bagaimana ia boleh menjadi satu jenayah?” soal Karpal.

"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada penetrasi.

"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.

Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.

Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.

Tiga panel hakim, tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

-malaysiakini

Kerajaan tubuh pemantau siasatan, bukan Suruhanjaya. Rakyat ditipu lagi

Kerajaan hari ini mengumumkan pembentukanjawatankuasa khas bagi memantau siasatan polis berhubung kematian remaja 14 tahun yang ditembak mati polis 26 April lalu, bukan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes tersebut sperti yang diminta oleh keluarga Aminul-rasyid.

Beberapa figur yang agak hebat disenaraikan termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang merupakan di antara lapan orang yang dilantik bagi menganggotainya.

Mereka yang lain adalah bekas pesuruhjaya Suhakam Dr Denison Jayasooria, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim, peguam Muhammad Shafee Abdullah, ketua pegawai eksekutif ASLI Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.

Panel berkenaan akan diketuai oleh timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop (gambar) dan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz.

Abu Seman memberitahu pemberita minggu lalu bahawa jawatankuasa khas itu tidak boleh menjalankan siasatannya sendiri tetapi hanya boleh memantau siasatan yang dijalankan oleh polis bagi memastikan ia berjalan dengan telus dan adil kepada semua pihak.

Ulasan GB

Kalau setakat nak pantau, lebih baik tak perlu tubuh apa-apa. Pemantau yang tidak ada kuasa apa-apa. Sekadar pemerhati, sekadar pencelah sekali-sekala.

Laporan akhirnya akan disediakan oleh polis jugak. Semasa laporan dibuat, tiada pemantauan, justeru laporan itu belum lagi boleh dianggap adil, telus dan berwibawa.

Nak tipu rakyat dan nak bodohkan rakyat lagi.

- Greenboc

Tembak remaja: Pemuda Pakatan Rakyat lapor kepada Suhakam




JUCTICE For Aminulrasyid.

1. Kami bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas . Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .

2. Kita bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis yang terlibat , bukan semua maka Ketua Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3. Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi tidak wajar polis siasat polis .

3. Segala tuduhan awal yang telah dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi mereka . Allayarham tidak memiliki rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan - kawannya .

4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti dihukum tembak sampai mati ?

Agenda Kickdefella bukan agenda Islam, PAS

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.

“Untuk jatuhkan seseorang, bukanlah agenda PAS, tapi nak jatuhkan kerajaan (Umno/BN) jelas menjadi agenda PAS dan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut beliau, Islam yang diperjuangkan oleh PAS umumnya menentang dasar perkauman dan kezaliman yang di bawa oleh parti Umno dan BN.

Maka, sekiranya PAS hanya menentang peribadi Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, menurut beliau, pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap meneruskan agenda parti yang ditinggalkan oleh Abdullah.

“Dalam Islam, kita (PAS) menentang dasar parti pemerintah. Kalau Pak Lah jatuh, yang naik Najib, semacam sahaja kedua-dua mereka sebab dari parti yang sama,” jelasnya.

Disebabkan itu, PAS, menurut beliau, konsisten menggunakan pilihan raya dan sistem demokrasi untuk menggantikan Umno/BN, sejak PAS mula ditubuhkan 1951 lagi.

Tambahnya lagi, konsistensi PAS menyertai pilihan raya yang demokratik inilah yang membezakan politik kepartian PAS dan politik Umno/BN.

“Cara dia (BN) nak jatuhkan kerajaan lain seperti di Perak dan sebagainya, kita kalau nak jatuhkan mereka (BN) dengan cara demokratik,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menafikan bahawa PAS terbabit dalam agenda memburukkan Abdullah menggunakan dana RM4 juta seperti yang didakwa Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

“Saya sudah semak di PAS Kelantan, PAS Malaysia, tidak ada RM4 juta yang dikeluarkan dari PAS.

“Jadi, saya menafikan dakwaan Syed Azidi. Syed Azidi kena buat penjelasan,” jelasnya lagi.

Ditanya tentang status Global Media Channel (GMC) yang dipercayai sebagai platform Kickdefella mendapatkan RM4 juta tersebut, Mustafa menegaskan bahawa beliau sendiri mengetahui tentang syarikat penyiaran tersebut dari media massa sejak beberapa hari lalu.

Melihat kepada serangan Kickdefella yangs seakan ditujukan kepada PAS, beliau menyifatkan blogger tersebut sebagai ‘orang upahan politik’ yang tiada integriti diri. -Hrkh



Pos Malaysia: Berapa juta sekali pun ianya tetap rugi

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta. Cuma RM227 juta saja katanya lagi.

Tahap pemikiran Umno-Apco memang macam tu, padanya angka 227 kurang sedikit daripada 546. Macamlah tak apa rugi RM227 juta tu, jangan sampai RM546 juta.

Pada kita rakyat biasa yang setengah mati siang malam cari duit nak hidupkan anak isteri, rugi itu tetap rugi, tak kiralah banyak mana. Apatah lagi angka kerugian tu berjuta-juta.

Tetapi rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana menteri-menteri Umno-Apco ni memang pandai berniaga.

Cara berniaga yang mereka pakai semenjak turun menurun memerintah negara adalah UNTUNG MEREKA SAPU, RUGI RAKYAT TANGGUNG.

Tak percaya? Kalau tidak, takkan Awang Adek boleh kata "Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos," katanya.

Kan saya dah kata. Sekarang rakyat kena tanggung kerugian Pos Malaysia dengan tarif setem dah dinaikkan dua kali ganda, daripada 30 sen kepada 60 sen.

Memang hebat sungguh menteri Umno-Apco berniaga. Dunia lain memang tak boleh lawan. Kalau untung, senyap-senyap je sapu. Bila rugi pulak, sikit pun tak hairan sebab rakyat yang pekak tuli akan setia menanggung segalanya.

Laporan Malaysiakini:

Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad, dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.

"Pada maklumat yang terakhir yang diperolehi daripada pihak Khazanah (Nasional Bhd) dan Pos Malaysia, kerugian sebenarnya adalah sebanyak RM227 juta dan bukan RM546 juta.

"Kerugiannya adalah disebabkan kerugian pelaburan dalam Transmile, sebuah syarikat yang dimiliki, yang telah dibeli sahamnya oleh Pos Malaysia dalam tahun 2004 sebanyak 20 peratus pemegangan dalam Transmile," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Kuala Lumpur.

Awang Adek berkata pada 2007, Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM33 juta setelah mengambil kira peruntukan yang dibuat manakala pada 2008, kerugian yang dicatatkan berjumlah RM35.8 juta.

"Tetapi pada 2009, Pos Malaysia telah kembali untung sebanyak RM75.4 juta, bermakna setelah mengambil kira peruntukan 2007 dan 2008, Pos Malaysia kembali untung.

"Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos," katanya.

Selain itu, beliau berkata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Transmile telah dihadapkan ke mahkamah kerana membuat pernyataan yang mengelirukan.

"Mas
alah Transmile ini adalah melibatkan pemalsuan akaun sejumlah RM622 juta yang tidak ada tetapi sengaja diada-adakan hasil dan keuntungan dan ini telah dijumpai.

"Tindakan mahkamah sedang diambil ke atas CEO dan CFO dan sedang dalam perbicaraan," katanya.

Dewan kemudiannya meluluskan rang undang-undang tersebut. Bernama

Pemuda PAS adalah penyelamat masyarakatnya sendiri

Setuju atau tidak, Pemuda PAS adalah seorang anak muda yang memimpin bukan sekadar di dalam ruang parti dan organisasi sahaja malah ia memimpin masyarakat sekitar. Pemuda PAS adalam lambang kepimpinan anak muda walaupun bukan beragama Islam. Inilah yang ditegaskan juga oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar dalam perasmian Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini di Air Kuning Taiping.

Allah menegaskan dalam KitabNya berkaitan dua unsur penting pembinaan kekuatan pemuda,

salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". (Al Qasas : 26)

Kuat bererti sihat jasmani dan kekutan emntal yang tinggi. Amanah adalah substensi yang ada pada rangka yang sihat tadi.

Untuk memacu perjuangan pemuda PAS yang suka untuk saya tulis sebagai Pemuda Islam, pemuda perlu memiliki beberapa ciri yang memastikan mereka menjadi relevan dalam dakwah dan perjuangan politik. Sesungguhya pihak musuh saban hari memikirkan cara untuk memperbesar kes moral para pejuang kebenaran walaupun kes tersebut terlalu lama berlalu. Hal inilah memerlukan persiapan awal pemuda untuk membuat satu grand design untuk diri sendiri dan rentak kerja pemuda. Malah kehendak massa, sossiopolitik hari ini menghendaki pemuda sebagai pewaris kepimpinan negara memiliki ciri kebertanggungjawaban yang tinggi. Ciri ini membawa beberapa ciri tambahan yang memberi makna kepada kepimpinan pemuda seperti karismatik, individu yang berkesan, individu yang futuristik dalam mengamat suasana serta individu sihat yang aktif dalam pelbagai aktiviti.

Massa dan sosial hari ini menghendaki perjuangan Pemuda Islam yang bervisi. Bervisi bukan bermaksud tenggelam dalam kalimah retorik dan slogan sahaja, Visi di sini bermakna pemuda memiliki iktikad, pegangan dan idealisme sama ada idealisme thabat yang kekal (iaitu perjuangan Islam) serta idealisme murunah (perjuangan yang anjal, segar dan kena dengan suasana semasa). Masyarakat hari ini tidak gemar dengan sebarang gerakan pragmatik yang tidak menampilkan idealisme sebenar kerana idealisme juga menjadi faktor konsistensi sesuatu kerja amal. Pragmatik kerana isu atau hanya memainkan isu ‘seronok sendiri’ akan menyebabkan gerakan Pemuda mati dan tidak konsisten sebagai jurubicara umat dan masyarakat dalam negara.

Apabila memikirkan hal ini, suka untuk saya ketengahkan pula permata nasihat dan pedoman yang telah diberikan oleh Al fadhil ustaz Abu Bakar Hussain iaitu Pesuruhjaya PAS Perak dalam Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Beliau benar-benaar berharap Pemuda PAS bukan sekadar mewakili nama parti da jamaah sebaliknya menjadi payung atas nama pemuda islam iaitu mewakili semua pemuda muslim seluruh negara.

Analogi menarik yang beliau utarakan berkaitan dengan moral dan etika pejuang Islam adalah berkenaan sirah rasulullah SAW dalam menyelesaikan kes perletakan Haajarul Aswad. Sunnah Rasul walapun sebelum mengambil tanggungjawab kerasulan, baginda telah membuktikan betapa integriti dan moral pemuda boleh menjadi satu punca penyelesaian masalah sosial. Malah moral dan kebaikan rasulullah sewaktu muda dan remaja menyebabkan beliau menjadi penyatu kepada beberapa kelompok kaum Quraisy walaupun sewaktu itu mereka bukan menganut Islam atau menjadi pengikut rasulullah.

Dalam konteks hari ini, isu moral dalam berpolitik bukan sekadar memerlukan perhatian kepada perkara mungkar yang jelas sarih dosanya, malah melibatkan juga isu lompat parti yang mempermainkan mandat rakyat kepada para pemimpin tempatan.

Menurut Al fadhil ustaz Abu bakar, kisah penyelesaian kes Hajarul Aswad membawa beberapa feqh (kefahaman) perjuangan untuk para pemuda teliti berhati-hati.

Ketika itu, perbalahan berlaku mengenai siapa yang berhak meletakkan semula batu itu di tempat yang asalnya.

Suatu keputusan diambil, iaitu sesiapa yang ditemui hadir paling awal di masjidil haram untuk bersolat esok paginya, maka orang itulah yang berhak menjadi hakim dalam perbalahan itu. Maka Muhammad al-Amin telah terpilih. Saat itu, Nabi belum lagi diangkat sebagai nabi dan rasul.

Keputusan dibuat. Kain serban Muhammad dihamparkan ke tanah. Keempat-empat bucu serban dipegang oleh empat pemimpin kabilah yang bertelagah tadi. Mereka lalu mengiringi Hajarul Aswad yang diletakkan oleh Muhammad ke dalam serbannya sehingga tiba ke tempat sebenar batu itu. Akhirnya, baginda sendiri yang meletakkan batu itu tempat asalnya. Saat itu, baginda berusia 35 tahun menurut tahun Hijrah.

Antaranya ibrah pertama yang dapat diamati adalah, nabi telah membuktikan bahawa sejak muda lagi Baginda menjadi punca penyelesaian masalah, tempat kebergantungan masyarakat Quraisy sebagai contoh Nabi dijadikan sebagai penjaga amanah barang dan harta mereka serta nabi juga tidak menjadi bebanan kepada sosial pada zamannya.

Pemuda PAS boleh menjadi dominan dan mempamerkan kepimpinan bukan sekadar di dalam kelompok organisasi pemuda da partinya sahaja, malah menjadi pemimpin dan pemandu cara dalam aspek integriti dan moral kepada pemuda dan belia daripada parti lain, NGO, pertubuhan mahupun masyarakat awam.

Rasulullah pada peristiwa hajarul aswab, bukannya seorang pemimpin besar atau ketua satu pertubuhan yang ramai pengikutnya. Baginda adalah minoriti walaupun berasal dari kaum terhormat. Minoriti kerana beliau tidak pernah melatih anak muda lain untuk menyertai baginda sebelum kerasulannya. Jadi apakah ciri yag menyebabkan baginda diminta menyelesaikan kes perkauman tersebut? Ianya disebabkan oleh sikap Amanah. Amanah menjadikan pemuda Islam lebih terurus dan boleh dipercayai untuk menguruskan sesuatu hal. Walaupun pemuda islam di sesuatu tempat bukan majoriti, namun aspek amanah akan menonjolkan diri mereka. Sikap siddiq juga menyebabkan rasul terpilih. Sikap ini penting dalam ilmu politik pemuda islam kerana ia melibatkan perlaksanaan janji dan perancangan. Pemuda Islam akan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek jika mereka adalah golongan yang buat apa yang dirancang. Sikap ketiga adalah sikap hilmun iaitu sopan santun dalam percakapan baginda.

Ibrah kedua daripada sirah ini ialah bagaimana Rasulullah menampilkan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah iaitu menggunakan kain serban sebagai wasilah atau medium untuk setiap kaum menunjukkan tanggungjawab terhadap batu suci tersebut. Sikap yang sama perlu diteladani oleh Pemuda Islam hari ini. Kreatif bukan sekadar dikaitkan dengan ciptaan sains sahaja, kreatif dalam penyelesaian masalah, sabar dengan sedikit kerugian untuk mendapat laba yang lebih besar juga adalah salah satu ciri kreatif. Pemuda kreatif adalah pemuda yang optimis dengan ideanya. Malah banyak isu umat Islam seperti isu penindasan mustadhafin di malaysia, peminggiran bahasa Melayu, penindasan terhadap kaum pelarian di Malaysia walaupun memiliki dokumen sah serta banyak lagi boleh dihidangkan kepada masyarakat dengan gaya kreatif atas satu matlamat iaitu masyarakat sedar dan isu diselesaikan.

Ibrah ketiga seperti yang dinyatakan oleh Al fadhil Ustaz ialah politik atau siasah Islam ada di mana-mana. Sekaligus ini membantah politik sekular yang hanya menyempitkan isu politik dalam masjid, di parlimen dan sebagainya. Politik nabi pada saat itu telah menunjukkan baginda bersedia menjadi pemimpin, mengurus dan mentadbir sesiapa dalam suasana pelbagai.

Ibrah yang keempat daripada kisah itu juga adalah bagaimana Pemuda Islam perlu bertindak selaku mughayyir iaitu agen musleh (pengubah sosial) ke arah yang lebih baik. Pemuda PAS yang mewakili pemuda islam seluruh negara perlu memikirkan rencana kerja dan program tetap bulanan dan mingguan untuk menyelesaikan masalah umat. Kemiskinan tegar, masalah kesihatan, pemakanan rakyat, isu gejala sosial, jenayah remaja, alam sekitar dan hak-hak kepenggunaan perlu diperjuangkan kerana ini adalah kerja-kerja agen mughayyir. Inilah kerja Islam.

Pemuda PAS mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan sepertimana yang diperolehi oleh baginda walaupun Pemuda itu minoriti dalam segala aspek. Islam tidak pernah mensyaratkan majoriti untuk menampikan Islam dan keindahan syariah.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Dewan Pemuda PAS Gopeng Perak

Kerajaan Persekutuan gadai 1.9 juta ekar kawasan blok L dan M kepada Brunei

Penyerahan 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation , sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran ( production sharing contracts ) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan. Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia,

Kenyataan tersebut juga telah disahkan oleh kerajaan Brunei melalui Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menyatakan bahawa penyerahakkan tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan Brunei boleh memulakan kerja carigali pada bila-bila masa di Blok L dan M yang juga dikenali sebagai Blok-blok J dan K oleh Brunei.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengecam keras tindakan kerajaan Malaysia yang dengan mudah menyerahkan kawasan negara kepada kerajaan asing seolah-olah tindakan tersebut tidak membawa sebarang kesan kepada negara. Penyerahan hak kedaulatan Blok-blok L dan M yang terletak di perairan Sabah-Sarawak merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Tindakan ini juga sesungguhnya mencerminkan kegagalan pentadbiran Negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam soal mempertahankan kedaulatan Negara. Peristiwa ini sesungguhnya telah mengulangi episod sedih kehilangan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura.

DPKKG juga menyatakan bahawa Negara bukan sahaja kerugian ratusan billion ringgit melalui tindakan tersebut namun lebih utama telah kehilangan kawasan seluas lebih kurang 1.9 Juta ekar (net acre) kepada kerajaan Brunei. Ini berdasarkan kepada laporan Form-10K dalam Laporan Tahunan 2009 Murphy Oil Corporation yang sehingga kini masih merahsiakan hasil penggalian di Blok L pada tahun 2003. Namun menurut laporan kawasan Blok-blok L dan M mempunyai kandungan minyak dan gas asli benilai lebih RM230 billion.

DPPKG juga turut mengecam kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian dari tindakan tersebut kerana persetujuan kerajaan Brunei untuk bekerjasama dengan Malaysia membangunkan kawasan berkenaan. DPPKG berpendirian kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah meletakkan soal keuntungan lebih utama berbanding dengan kedaulatan Negara.

DPPKG juga turut mempersoalkan rasional tindakan tersebut yang disifatkan sebagai situasi ‘menang-menang’ oleh Perdana Menteri. Apakah erti kemenangan jika kedaulatan Negara tergadai hanya kerana Petronas diberikan hak bekerjasama dengan kerajaan Brunei membangunkan kawasan tersebut selama 40 tahun tetapi kehilangan hak kepada kawasan tersebut buat selama-lamanya? Hakikat ini lebih kepada situasi “menang sorak kampung tergadai”!

DPPKG juga mahukan kerajaan persekutuan memberikan jawapan kepada rakyat berkenaan laporan bahawa persetujuan untuk menyerahkan Blok-blok L dan M sebagai timbal balas terhadap persetujuan kerajaan Brunei untuk menggugurkan tuntutan ke atas daerah Limbang. Sedangkan sehingga ke hari ini, kerajaan Brunei masih lagi mengekalkan status quo terhadap tuntutan mereka dan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei melalui Brunei Times bahawa rundingan pemetaan sempadan antara Brunei dan Malaysia belum lagi bermula.

DPPKG berpendirian tindakan kerajaan pusat menyerahkan Blok-blok L dan M yang terletak di wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Jumlah royalti yang bernilai puluhan billion yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah dan Sarawak melalui Petronas punah dengan sendirinya dengan pembatalan kontrak perkongsian tersebut. DPPKG dengan ini menuntut agar kerajaan persekutuan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil tindakan kerajaan menyerahkan kawasan berkenaan kepada Negara Brunei.

DPPKG menggesa agar rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan pusat dan berharap pengundi di Parlimen Sibu memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil yang akan datang.

DPPKG juga menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar politik, badan-badan bukan kerajaan, dan individu-individu menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan BN yang menggadaikan kedaulatan Negara hanya atas dasar kepentingan ekonomi. Marilah sama-sama kita berdoa, agar kecurangan dan pengkhianatan kerajaan BN kepada Negara yang tercinta ini akan segera berakhir.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

Kenyataan biadap Noh Omar menghina TG Nik Aziz dan rakyat Kelantan

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.

“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.

“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.

Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.

Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.

“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?

“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.

Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya. -TMI

Isu RM4 juta Kickdefella: Syarikat GMC bukan milik PAS

Bila timbul isu peruntukan sebanyak RM4 juta yang Blogger Kickdefella timbulkan, 1 persepsi buruk mula timbul didalam PAS. ada yang masih tak tahu apa itu Global Media Channel (GMC) yang pengurusannya diserahkan kepada Blogger Kickdefella sepanjang beliau bekerja di PMBK.

Lebih teruk lagi apabila dikalangan Ahli PAS sendiri pun masih belum jelas akan kedudukan dan peranan Global Media Channel (GMC) di Kelantan. ramai yang fikir, Global Media Channel (GMC) ialah sebuah Syarikat yang dimiliki oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

Ramai jugak yang salah sangka bahawa segala perbelanjaan dan juga pembiayaan aktiviti Global Media Channel (GMC) dibiayai oleh Parti PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. ini ramai yang masih tak faham sebabnya dikalangan Ahli-Ahli PAS sendiri ramai yang bodoh sombong - malas bertanya, tapi suka dengar cakap-cakap orang ke-3 atau khabar angin.

Ini memang mentaliti kebanyakan Ahli PAS. malas nak selidik sendiri. pemalas. penyakit Ahli UMNO dah banyak merebak dalam jiwa Ahli PAS. sebab tu makin lama makin banyak masalah dalam PAS.

Dekat bawah ni aku terangkan secara ringkas apa itu Global Media Channel (GMC) dan maklumat dekat bawah ni aku dapat dari Pemilik Global Media Channel (GMC) sendiri dalam pertemuan dengannya kelmarin di JKR 10.

Macam yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella, Idea penubuhan Global Media Channel (GMC) bermula apabila beliau mula berkhidmat di Kelantan selepas melihat potensi sebuah Televisyen Internet (Broadcast) Kelantan TV.

Perkara ini (penubuhan Global Media Channel (GMC) kemudiannya dibincangkan dalam 1 mesyuarat di JKR 10 (Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan) pada bulan April, 2007. beberapa pihak agak tidak senang dengan idea meletakkan pengurusan dibahu Blogger Kickdefella kerana beliau adalah Ahli UMNO.

Setelah mendapat penentangan berkenaan dengan penyerahan pengurusan, 1 keputusan telah dibuat oleh Dato' Haji Husam Musa iaitu - Global Media Channel (GMC) ditubuhkan sebagai sebuah Entiti berasingan yang bukan dibawah Parti PAS dan bukan juga dibawah Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelasnya ramai salah sangka sehingga sekarang dan ramai Ahli PAS beranggapan bahawa Global Media Channel (GMC) berada dibawah Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan. hakikatnya ialah - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ialah 1 Syarikat Swasta yang tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

Pendedahan yang tidak lengkap oleh Blogger Kickdefella sedikit sebanyak telah menimbulkan persoalan yang kurang baik terhadap Parti Pas dan juga Rakyat Kelantan lebih-lebih lagi apabila Blogger Kickdefella mendedahkan tentang pembiayaan bernilai hampir RM4 juta.

Ramai yang menyangka bahawa Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan telah membazirkan wang rakyat Kelantan untuk 1 aktiviti yang tidak berfaedah seperti yang telah didedahkan oleh Blogger Kickdefella.

Disini perlu dijelaskan secara lebih terperinci agar segala kekeliruan selama ini terlerai dan tiada lagi syak wasangka atau salah sangka dikalangan Ahli PAS sendiri.

Benar seperti pendedahan Blogger Kickdefella - Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dimiliki oleh pemimpin PAS (pada masa itu). Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (pada masa itu) ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan yang juga Ahli Majlis MPKB - Abdul Rahman dan juga Timbalan Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian yang juga Setiausaha DPPK - Mohd.Ridza.

Rekod tersebut ialah rekod ketika Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd ditubuhkan dan pada ketika ini Pengarah dan juga Pemegang Syer Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd telah bertukar nama. harap Blogger Kickdefella sudi mendedahkan nama-nama Pengarah dan juga Pemegang Syer terbaru Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd selain dari Saudara Rosul.

Berkenaan dengan kewangan pula, dari awal penubuhan Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd sehinggalah ke waktu ini, baik Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK PERNAH menyumbangkan atau membiayai sebarang operasi atau projek yang dikendalikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kerana Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada apa-apa kepentingan didalam Syarikat Swasta ini.

Semua pembayaran yang dibuat oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kalau ada pun hanyalah untuk kerja-kerja atau perkhidmatan yang menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. dalam ertikata lain - Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya membayar charge yang dikenakan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd atas perkhidmatan dan bukannya "membiayai" operasi tersebut.

Tidak pernah timbul soal "pembaziran" oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal ini kerana yang dibayar adalah "Khidmat" dan bukannya suka-suka beri dana.

Yang ini kena perjelas pada semua Ahli PAS biar faham.

Khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd yang pernah digunakan oleh Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan pula tidak termasuk "operasi perang saraf" seperti yang didedahkan oleh Blogger Kickdefella. Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan hanya menggunakan khidmat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd antaranya Event Management, Rakaman dan Pembuatan Video dan lain-lain yang berkaitan dengan media termasuk mencetak poster TGNA membaca doa dalam Munajat Perdana.

Tidak ada dalam kertas kerja Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd agenda memburukkan Pak Lah jelas pemilik Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd (sekarang).

Dalam hal pemilikan dan pembiayaan pula, memang benar pemilik asal dan sekarang Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd adalah Ahli PAS tetapi pemilikan itu adalah bersifat peribadi dan ianya tidak melibatkan kepentingan parti. ramai Ahli PAS yang mampu, berniaga dan masing-masing berniaga atas minat dan kepercayaan masing-masing.

Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dibuka oleh 2 pemilik asalnya dulu atas kapasiti peribadi dan bukannya atas kepentingan parti. saya ambil alih Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga atas kapasiti saya sendiri dan bukannya atas nama parti PAS. jadi apa masalahnya..? jelas Rosul.

Kesemua penyumbang-penyumbang dan juga pembiaya operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd juga melabur. mereka tertarik dengan program-program yang dijalankan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd dan mereka berminat untuk melabur. jadi semuanya tidak ada kena mengena dengan Parti atau Kerajaan Negeri. personal.

Kalau korang ada duit, korang berhak melabur dekat mana korang suka asalkan ianya halal. tak kan sebabkan korang Ahli PAS korang tak boleh melabur tak boleh meniaga..? susah beb kalau macam tu. kena masuk UMNO la ikut geng-geng UG...

Ustaz Nasa berniaga, Hasan Ali berniaga, Takiyudin berniaga, Nik Abduh berniaga sampai ke KL, Misbahul Munir berniaga jadi apa masalahnya..?

Yang ni jadi isu sebab Blogger Kickdefella timbulkan. tak tau sebab apa tiba-tiba lepas beliau dedahkan hal RM4 juta, semua Ahli PAS jadi "Haram" berniaga. yang Blogger Kickdefella ni pulak 1 hal. hang Consultant dekat Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd, bila tak de modal hang carik pemodal. dapat modal, hang buat meniaga ,sampai masa - untung hang tibai, pemodal hang gigit.

Ni bukan perangai biawak. aku tak tau nak cakap apa.

Yang kita nak kena paham betul-betul dekat atas tu ialah -

1. Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd tidak ada kena mengena dengan Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Parti PAS ataupun Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak pernah membiayai atau mengeluarkan dana kepada Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd. apa yang dibayar hanyalah untuk perkhidmatan yang diberikan oleh Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd kepada Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

3. Mana-mana individu yang melabur atau membiayai operasi Global Media Channel (GMC) Sdn Bhd hanyalah atas dasar "personal" dan bukannya atas nama Parti PAS atau Kerajaan Negeri Kelantan.

- perisik rakyat blog

Followers