Blogger Layouts

Followers

Showing posts with label Macam2... Show all posts
Showing posts with label Macam2... Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Nina Dan Botol Kosong..


Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Maklong percaya ramai yang dah dibuai mimpi indah tika dan saat ini.. selamat bermimpi.. bagi maklong.. biasanya waktu ini maklong dah pun mula meluruskan badan ditilam empuk.. tapi oleh kerana baby comel ini maklong masih berjaga.. tiba2 teringin nak menaip beberapa baris ayat buat tatapan semua.. maklum kan.. dah lama juga maklong tak mengupdate blog..

Maklong sangat sebuk kebelakangan ini.. dari mula anak maklong Diana turun tanda.. kerisauan melanda kerana terpaksa tinggalkan dia kat rumah bersama anaknya.. Nasya.. maklong pulak 2 hari ulang alik ke tanjung karang menyibukkan diri.. kat rumah mak maklong.. kenduri kawin adik maklong.. belah petangnya maklong balik selayang semula sebab takut Diana bersalin masa maklong tak ada.. sapa pulak nak jaga Nasya..

Dan akhirnya.. pada 7/2/2012.. jam 8 malam Diana melahirkan anak keduanya.. lelaki.. tapi anaknya telah meninggal 72 jam didalam perut.. innalillahi wainnailaihi rojiunnn.. sesungguhnya kami semua redha diatas ketentuan Allah.. selalu maklong cakap.. nak cucu maklong ni akan secomel baby Nina ni.. badannya berisi dan sangat suka makan.. tapi nampaknya tak kesampaian kerana allah lebih sayangkan dia.. semuga Allah akan mengurniakan anak yang lebih baik dan comel buat Diana & suaminya..

Kerisauan maklong tidak setakat ini sahaja.. bila anak maklong Maira diberitahu Dr. yang anaknya menyonsang dan kemungkinan akan dibedah.. sekiranya bersalin melalui pembedahan.. akan dilakukan awal 2 minggu dari DUE datenya.. tiket flight ke Jepun maklong dah booking.. 23/3/2012.. apalah rupa dorang nanti mengadap 1st baby jauh dari mak & ayah.. mama & papa.. uols doakan mereka tabah ye.. baby dah umur dekat sebulan baru maklong sampai.. huhu.. nasib baik segala keperluan dan persiapan untuk bersalin maklong dah poskan lebih awal..

Tapi.. bila melihat gelagat baby Nina.. terubat juga segala kerisauan.. biarpun kadang2 sedikit menguji kesabaran.. maklum budak2.. jom layan betapa cerianya dia dapat bermain dengan sebiji botol kosong.. biarpun hari dah hampir awal pagi.. dia boleh abaikan permainan yang lain.. lucu banget..



Malam ni maklong kena jaga baby Nina ni.. sebab ibunya pergi kursus.. nasib baik ragamnya tak lama..












Masa maklong menaip ni.. baby Nina dah mula melelapkan mata.. dan maklong pun nak turut bersama Nina.. so, selamat malam semua..


Sunday, January 8, 2012

Sunyi Juga Hari2 Tanpa Mereka..


Assalamualaikum semua.. 

Maklong uplod gambar cucu2 maklong ni pagi tadi.. tapi tak sempat nak terbitkan sebab maklong sebuk didapur.. masak nasi tomato & ayam masak merah untuk tetamu maklong.. iela zalila & family.. mereka ni kawan maira masa kat Hokkaido.. tapi dah balik m`sia.. maklong kenal mereka difb.. lepas tu jumpa di Sapporo.. masa maklong kesana tahun lepas.. merekalah juga yang menjadi pemandu pelancong maklong..

Kenangan yang sangat indah untuk dikenang.. seorang Dr.. (phd) yang tak sombong.. dan bila dah balik sini pun masih tidak sombong.. maklong biasanya kurang selesa bila bergaul dengan orang pandai2 ni.. waima adik sendiri pun.. tapi dengan mereka ni maklong biasa2 je..

Tapi tak sempat maklong nak abadikan gambarnya tadi.. kamera menyembunyikan diri..

Maklong ni dah lari tajuk kan.. nak citer 2 hari yang sunyi dirumah tanpa budak2 ni.. selalunya maklong cuma bersama nasya je bila hari sabtu dan ahad.. cuma bila ada tetamu je maklong rasa adalah seronok sikit.. boleh masak2.. sembang2 biar pun sekejap terasa bestnya bila ada orang sudi bertandang keteratak buruk maklong ni..



Nina.. maklong sayang lebih kat dia ni.. kadang2 tu nasya jeles juga sebab maklong asyik dok kelek & agah budak nina yang ceria ni.. suka berceloteh tapi guna bahasa yang dia sendiri je yang faham.. umurnya baru 1 tahun 3 bulan..



Nasya & Alisya.. Nasya suka buli dak Alisya ni.. sebab alisya ni slow sikit.. tapi sekarang dah pandai bercakap.. pandai juga bercerita bila ditanya.. mereka ni sebaya..



Nasya.. Nina.. Adib & Hareez.. Adib ni, maklong baru jaga seminggu.. ank tunggal.. jadi agak manja juga.. umur 6 tahun.. dah masuk pra sekolah.. kira maklong jaga dia ni sekerat hari je..



Adib & Asyraf.. yang dah naik tahun 2.. tapi masa ni sekolah belum dibuka.. adib pulak baru 2nd day kat rumah maklong.. belum berapa biasa..



Dalam buaian.. Nasya.. Nina.. Alisya.. Hareez.. time to sleep.. tiap2 pukul 8 hingga 11 (sebelah pagi)..
3 hingga 4.30.. (sebelah petang)..





Baru hari ni maklong dapat tangkap gambar dorang ni.. keenam2nya sekali.. tu pun dorang dok tengah menyusu.. dan asyraf nak kesekolah agama pulak.. dulu masa muda jaga 4 orang anak rasa macam nak nangis kadang2.. sekarang jaga 6 cucu tak rasa apa2.. sibuk sikit je.. tahun ni tambah lagi 2 insyAllah.. meriah kan rumah maklong yang tak berapa nak besar ni..

Dan ramai yang tanya maklong.. bila maklong pergi Jepun nanti sapa pulak nak jaga cucu2 makong yang ramai ni.. mmm.. maklong dah mintak tolong besan maklong yang tinggal selang 3 pintu je dari rumah maklong ni jagakan.. sepanjang 3 bulan maklong kat sana nanti..

  

Tuesday, January 3, 2012

Breastpump.. jenama medela..



Assalamualaikum semua..

Sapa pernah tengok or guna benda ni..? maklong..? hoho.. maklong dulu2 tak tahu pun ada benda ni.. Alhamdulillah anak2 maklong yang seramai 4 orang semuanya menyusu badan.. selama 2 tahun.. kecuali anak maklong yang sulung.. sebab dia cepat beradik.. jadi dia cuma menyusu selama 6 bulan je.. bila susu maklong bengkak.. mak mentua maklong suruh maklong sikat menggunakan sikat warna hitam.. kawan2 maklong pulak gunakan kobis untuk mengempiskan susu bengkak.. bila anak maklong diana nak menyusukan anaknya dengan susu badan.. maklong belikan dia breastpump dari yang harga rm60 hinggalah yang rm120.. lebih kuranglah.. tiga2 cepat rosak.. lagi pun Diana macam tak telaten nak kumpul susunya.. akhirnya cucu maklong minum susu anmum..

Bila anak maklong Maira nak guna breastpump.. bila bersalin nanti.. Maira dan suaminya bincang dengan maklong dan sepakat memilih jenama ni.. seminggu maklong dok tercari2 kat mana ada jual yang murah.. yang 2nd pun tak apa.. dan akhirnya.. jeng.. jeng.. kakak ipar Maira menawarkan untuk mensponsor medela breastpump ni.. terkedu sekejap maklong.. syukur alhamdulillah.. terima kasihlah kan.. bertuah badan ko Maira.. kakak ipar yang sulung pulak sponsor ubat2an lepas bersalin.. jenama elken dan healen gamogen.. memang bertuah ko Maira.. beruntung dapat kakak2 yang memahami adik2nya tengah belajar..



Ni pandangan dari belah depan kotak.. kira agak besar jugalah.. 9in X 16in X 8in.. orang lama.. sukat pakai inci.. hehe..


ni pulak dari belah belakang kotak tu..


Dan yang ni dan yang gambar kat bawah tu.. maklong keluarkan dari isi perut kotak tu.. tapi bukan semua.. sebahagian besar je..





Kepada sapa2 yang sedang mengandung dan bercadang nak menggunakan breastpump.. pilihlah jenama ni.. alah membeli menang memakai.. selama seminggu maklong dok usha2 breastpump.. jenama medela memang menjadi sebutan ramai.. harga berbeza2.. walaupun barangannya sama.. dari yang berharga hampir 2k hinggalah yang paling murah maklong jumpa rm1390.. untuk yang 2nd hand pulak harganya rm1100.. kalau jumpa yang lebih murah dari ni.. memang bertuah ko.. kalau dapat free lagi bertuah kan.. hehehe..

p/s.. iklan ni tidak berbayar hokay..!!


Monday, January 2, 2012

Sambutan Ulangtahun Sri Ternak..


Assalamualaikum Semua..

Sri Ternak dah 9 kali buat sambutan ulangtahun pembukaannya.. tapi baru kali ini maklong dapat jengukkan muka maklong kemajlis yang sederhana tapi meriah ini.. tu pun maklong lebih suka duk belakang2 dan akhirnya maklong buat2 rajin tolong kawan baik maklong ni bakar ayam.. anak2nya pulak bakar kambing.. 11 ekor ko.. banyak kan.. maklong tak makan daging kambing.. sebab tak biasa kut..






Kawan maklong ni tokeh katering.. tinggal kat Rawang.. maklong kalau nak buat majlis kecik ke besar ke.. eh.. mana maklong pernah buat majlis besar.. memang maklong guna perkhidmatan dia.. selain masakkannya yang sedap.. harganya berpatutan dan boleh berunding mengikut bajet.. pada sapa yang nak buat majlis besar atau kecil bolehlah berhubung dengan beliau.. Rohaya.. 0162761693..



Ni pak Ali.. suami Aya.. sedang melayan tetamu yang nak makan kambing bakar.. kambing golek pun ada.. pandai masak nasi minyak yang sangat digemari sedara mara dan tetamu maklong.. bila maklong buat kenduri.. tu sebab bila maklong buat je kenduri mesti ada nasi minyak..





Anak2 beliau sebagai pembantu.. ni tengah bakar kambing.. ada anak2 yang tukang potong2 daging kambing sebelum dibakar tapi tak dapat nak promot.. sebab gambar goyang.. maaf ye Lela & suaminya.. hehe..










Anak dan menantu maklong merupakan pekerja Sri Ternak.. Diana mula kerja dari 1st day Sri Ternak ni dibuka.. walaupun tak ada kelulusan tapi boss selalu nak bagi peluang kat dia.. dari mula menjadi pekerja am.. kerjanya bungkus ikan bilis dan ikan kering.. sekarang dah jadi asst executive.. alhamdulillah setiap tahun ada je hadiah dan anugerah yang diterima.. merasalah maklong kipas baru.. voucher dan duit untuk shopping lagi.. hehe.. menantu maklong pulak dapat barang masakkan jenama adabi..




Monday, December 26, 2011

Menu Ulang Tayang..


Assalamualaikum Semua..

Oleh kerana menu cuma menu ulang tayang.. resepi ada kat n3 sebelumnya.. rasanyalah.. maklong pun bukan ingat sangat.. oleh kerana cucu2 yang maklong jaga.. hareez.. nina.. asyraf.. dan alisya masing2 bercuti.. maklong hanya tinggal bersama nasya sahaja.. kerja maklong makan tidor je kat rumah.. cuaca pulak mendung.. cuma hari ni cuaca agak baik.. panas dan berangin.. sesuai sangatlah untuk kerja2 mendobi pakaian..




Sambal udang ni lauk hari ni.. oleh keran gas habis.. maklong masak satu masakkan je menggunakan dapur mini gas.. ala.. yang guna tong gas kecik tu..



Sambal ikan talapia merah ni.. menu semalam.. masak sambal macam biasa2 je.. cuma tambahkan aroma dengan hirisan daun limau purut.. rasanya sedap dan wangi..



Pecal.. antara makanan kegemaran maklong.. maklong boleh tak makan nasi kalau ada pecal ni.. berbeza dengan paklong.. pecal ni dia buat lauk makan nasi.. dia akan makan bersama ikan masin atau ikan goreng..



Kuah durian ni maklong buat untuk paklong.. dia jamu kawan2 kat tempat kerjanya.. paklong belikan roti kosong yang panjang tu.. sekali hadap je katanya..




Tengah nak masak tengahari tadi.. gas habis pulak.. nasib baik ada dapur gas mini ni.. dapatlah maklong menyambal udang hingga masak.. 1st time guna dapur ni.. mula2 tu terkial2 nak hidupkan apinya.. belek punya belek.. barulah maklong tahu cara nak gunakan.. bukannya orang yang jual tu tak ajar.. tapi maklong ni kan pelupa..

Jualan Runtuh Disini.. happy hour sales..












Saturday, December 24, 2011

Kamera Merahku.. cap ayam je..



Assalamualaikum semua..

Maklong ni nak buat n3 masak2 tapi dah lama tak masak yang best untuk dikongsi dengan uols.. pembaca blog maklong.. kalau masak pun mesti resepi ulangan.. maklong dah jarang nak mencuba resepi.. sebab bila mencuba resepi je, ada masa anak2 tak suka nak makan.. macam2 alasan dorang bagi.. tu yang jadi malas.. lagi satu maklong kena berjimat sikit.. nak simpan duit.. maklong kan nak kejepun.. orang lain keluar negara sebab duit lebih.. nak melancung.. maklong sebab nak timang cucu.. best jugak kan.. tak sabar you.. issyykk2.. gedik pulak orang tua ni..



Alamak.. dalam masa nak berjimat tu.. ada pulak benda yang maklong nak kena beli.. kamera.. ya kamera.. tu yang kat atas tu.. rm799.. bagi orang lain kacang je kan.. bagi maklong boleh tahan jugaklah.. tp dah berkenan.. angkat jelah.. bukan maklong tak ada kamera.. tapi maklong punya kamera ni ada masalah sikit.. bila ambik gambar selalu goyang.. kabur gitu.. kalau ambik gambar kat luar rumah.. cantiklah..

Kamera baru maklong ni best sangat.. selain warnanya yang sangat menawan hati maklong.. hasil gambar yang kita ambik pun cantik dimata maklong.. orang goyang sikit.. tangan kita tergoyang sikit.. hasilnya taklah goyang.. tetap cantik.. harga sebelum ni rm999 tau.. tapi ni kan hujung tahun so, ada offer.. siap bagi 8 GIB lagi.. selalu 4 je kan.. maklong tempah khas ni.. maklong nampak kamera ni kat KL festivel city.. kat Danau Kota tu.. tapi maklong lebih suka beli kat kedai dekat2 rumah maklong ni.. kat Selayang Mall.. bila ada masaalah tak perlu pergi jauh2.. mula2 amoy tu kata tak ada.. tapi maklong pujuk amoy tu carikan untuk maklong.. amoy pun kata.. ok loh.. sukanyaa maklong.. tak cukup sekali maklong ucap terima kasih kat amoy tu.. hehe..



 Inilah kamera maklong yang maklong baru jugak beli.. rasanya sebelum raya hari tu.. tu pun sebab kamera canon maklong yang kat bawah ni rosak sikit.. cucu maklong jatuhkan masa dia duk nak tunjukkan hasil gambar yang dia ambik.. bila ambik gambar je mesti ada bayang hitam.. terganggu rasanya..



Kamera canon ni.. murah sikit.. tapi biarpun murah.. maklong selesa menggunakannya.. kira fungsinya yang asas2 je.. maklong manalah nak reti setting2 ni.. tapi gambar memuaskan.. cucu maklong yang nasya pun pandai ambik gambar guna kamera ni.. masa tu umur dia baru 2 tahun setengah.. tapi sebab dah rosak kenalah gantikan dengan yang lain..



Wahhh.. maklong ni memang suka merah kan.. ya betul.. ni hp maklong.. yang N73 tu paklong yang belikan.. tu yang tahan bertahun2.. kalau tak, pakai setahun dua maklong mesti trade in punya.. masa maklong ambik kamera semalam.. maklong ada masa sikit menjeling2 kedai hp yang menjual  hp berbagai jenama.. hati maklong pun mulalah.. tapi bila maklong cakap kat paklong.. paklong cakap dengan agak tegas.. "tak payah.. kalau ada duit lebih tu.. simpan untuk nak ke Jepun.." sebenarnya paklong tak pernah nak halang maklong nak beli apa yang maklong nak.. tapi kali ni.. kenalah akur.. 


Sunday, December 18, 2011

Sampah Oh Sampah..

Assalamualaikum semua..

Lamanya maklong tak update blog ni.. entah sebab apa pun maklong sendiri tak pasti.. malas ada sikit.. tak ada cerita menarik ada sikit.. sebuk macam hapa entah ada sikit.. pendek kata macam2 alasanlah.. tapi malam ni.. mood maklong tetiba datang tapi cerita tak berapa nak menarik.. 


Perasan tak apa yang maklong nak sembang malam ni.. sampah maklong nilah.. kat kawasan perumahan maklong tinggal sekarang ni.. lori sampah alam flora dah arang datang kutip sampah.. bila tanya sesama jiran tetangga.. ada yang jawap lori sampah ada yang rosak.. ada yang kata alam flora akan digantikan oleh MPS.. mana satu yang betul maklong sendiri tak pasti..




Oleh kerana sampah maklong ni banyak.. pamperslah.. sisa makananlah.. dan macam2 sampah lagi.. maklong pun masukkan kedalam plastik hitam yang tebal dan bersaiz besar ni.. mula2 tu sebungkus je.. lori sampah datang.. dorang tak angkut pun sampah yang dalam plastik hitam ni.. baunya kuuus semangat.. bila minggu ni.. sampah bertambah banyak.. jadi tong sampah pun dah melimpah ruah.. dan beruk2 yang kat hutan simpan frim pun rajin memunggah sampah2 ni.. jadi menantu maklong masukkan lagi kedalam plastik hitam.. dah jadi 3 bungkus.. dan hari ni lori sampah datang lagi.. dorang tak ambik juga sampah ni..

Maklong jadi pelik.. tanyalah kat jiran.. alam flora tak kutip ke sampah dalam plastik hitam.. jiran pun tak tahu.. sampah2 lain maklong biasanya masukkan dalam plastik NSK, Giant, Sri Ternak.. yang itu jelah yang dorang masukkan dalam lori.. yang dalam tong sampah pun dorang tak ambik.. maklong keliru.. nak marah pun tak berani.. kut2 maklong yang salah.. yelah masukkan sampah dalam plastik hitam.. dalam bodoh2 cerdik.. maklong hantar juga email membuat aduan.. layan tak layan belakang kira.. tunggu jelah apa jawapan dorang nanti..


Saturday, November 19, 2011

Menu Semalam..




Kek span stoberi.. tiru CT punya.. sedap jugak.. amacam CT..?
ada rupa tak.. rasa boleh tahan..



Sambal sardin campur kentang.. untuk makan tengahari..
masak simpel je.. sebab menantu maklong ada buat kerja sikit kat dapur.. tebuk lubang untuk letak penyedut udara.. habuk banyak..



Sambal ni x pedas.. sebab guna cili kering je.. resepi ulangan je ni..




Sebelah petang anak maklong masak tempoyak ikan patin.. jiran maklong bagi.. besar sangat.. dan terasa rugi sebab tak ambik gambar.. sebelum dipotong kecil2..
ini pun resepi ulang tayang..




Dah malam mulut maklong masih nak mengunyah.. maklong ke NSK.. beli barang untuk buat roti jala.. ada tempahan.. 200 ketul.. maklong beli sekali buah mangga & nenas.. kuah rojaknya sekali.. apalagi.. merojaklah maklong..