Ads: (Please Click!)
Showing posts with label muslim. Show all posts
Showing posts with label muslim. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Cikgu Shida Muncul Di TV9! Sudah Ada Yang Tumpang Populariti?

Cikgu Shida Dari Parit
Salam.

Anda tentu kenal dengan Cikgu Shida dari Parit, bukan? Alah, cikgu popular sekarang ini dengan aksi miming-nya itu. Baru-baru ini, beliau muncul di televisyen. Beliau telah muncul di salah satu rancangan bual bicara bersama Faizal Ismail iaitu 'Apa Saja FBI' pada Jumaat, 4 Februari 2011. Percaya atau tidak?

READ MORE/LESS..

Inilah dia video Cikgu Shida keluar di TV9.



Tapi sayangnya. Seolah-olah banyak scene yang sudah dipotong dan di-edit. Tertanya-tanya juga. Adakah sebab iklan, atau sengaja dipotong atas sebab-sebab tertentu?

Terdahulu, aku pernah membuat satu artikel mengenai beliau. Bukan mengutuk, bukan memuji. Rata-rata ramai yang mempersetujui artikel aku. Walaupun begitu, ada juga yang tidak mempersetujui pandangan yang aku lontarkan pada artikel tersebut. Biasalah. Yang taksub, menyokong. Yang meluat, memaki. Heh! Mungkin mereka mengambil satu baris ayat yang terakhir yang seolah-olah melabelkan Cikgu Shida ini adalah bodoh (stupid). Walhal, banyak lagi blog yang mengutuk secara terang-terangan.

"Eh, orang MELAYU kita ni memang jenis cepat melenting, kan?"

Baru tulis perkataan 'STUPID' pun sudah melenting. Itu pun belum lagi aku tulis perkataan maki dan sumpah seranah seperti mana yang ada di blog-blog yang lain. Blog-blog tersebut tidak payahlah aku senaraikan. Nanti aku dihentam oleh mereka pula. Tengok saja video di bawah ini.



Kepada pihak yang buat video ini, bikin malu orang pantai timur saja! Orang yang sebegini sepatutnya dihentam. Bukan di blog kerdil aku ini.

"Biasalah. Orang pandang KEBURUKAN dahulu sebelum KEBAIKAN."

"Kau tulis yang positif pun, orang akan pandang negatif, beb!"


Ya, memang benar. Ini sesuatu yang boleh aku persetujui. Sebab itu kebanyakan (baca elok-elok, KEBANYAKAN!) orang MELAYU kita tidak boleh menerima apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Hanya memandang dan menilai bulat-bulat pada apa perkara yang memuaskan hati diri sendiri sahaja. Tidak pada konteks pro dan kontra.

Memetik salah satu komen pembaca blog aku:

Ramai jugak yang nak popular dengan cara mengutuk kejayaan orang lain... tapi berlainan dgn c.shida hanya dgn idea dan kebolehan sendiri telah meletakkan dirinya sebagai penghibur cyber yg popular sekarang ni... Tahniah dan Syabas kpd C.Shida - Aziman Abd Azis.


Kabur-kabur sebenarnya komen saudara Aziman ini. Ini ulasan aku.

Aku tahu komen dari saudara tampak menyeluruh. Namun aku tidak sedikit pun melenting. Sebab begini pemikiran aku; "Kalau aku ini gila populariti, sudah lama aku ikut cara dan menyokong Cikgu Shida. Kalau tidak di dunia cyber pun, aku masuk AF, Raja Lawak, dan macam-macam lagi hiburan realiti TV sekarang ini. Bukannya expose dalam blog." Kalau orang yang mengutuk itu, tidak tahulah. Mungkin mereka cemburu dengan populariti Cikgu Shida agaknya, atau mungkin cara ekspresi mereka tonjolkan tidak kena pada tempat dan caranya.

Dalam komen saudara Aziman ini juga ada menyebut tentang 'idea'. Idea? Adakah maksud idea itu adalah 'pencetus idea'? Haha. Lawak! Tahukah anda siapa pencetus idea aksi miming di YouTube? Kalau tidak tahu, jangan pandai-pandai mahu letakkan Cikgu Shida sebagai pencetus idea atau pelopor aksi miming 'murahan' di internet. Kalau 'kebolehan' itu bolehlah aku tidak menyangkal. Cikgu Shida memang berkebolehan dan berbakat.

Dalam kes Cikgu Shida ini, aku sokong pun tidak, kutuk pun tidak. Kenapa aku menulis tentang beliau? Kerana ada beberapa perkara yang tidak kena dengan 'hobi' beliau tersebut. Satu, beliau itu cikgu. Dua, pengaruh kepada orang lain yang melihat. Tiga, Cikgu Shida itu perempuan Muslim. Empat, beliau orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab.

"Blog aku. Aku punya fasal la nak tulis apa pun!"

Sekarang barulah ayat ini boleh digunapakai, bukan? Haha.

Okey. Cukup untuk membebel. Lantaklah. Orang kita memang sensitif pada kritikan. Seperti katak yang keluar dari bawah tempurung, tapi ANGKUH bak enggang di awanan! Maksud? Fikir sendiri.

Jika pembaca, sila bukakan minda luas-luas. Mahu lihat siapa yang sudah terpengaruh dengan Cikgu Shida? Siapa yang menumpang populariti atas nama Cikgu Shida? Tapi orang ini bukan mengutuk. Beliau menyokong. Jom saksikan.



Habis saja melihat video ini, tekak aku berasa teramat-amat loya! Kahkahkahkah!

Dari hobi kepada 'penyakit'. Ingat pepatah orang tua-tua lama? Cakap bohong (tipu), nanti besar akan jadi pencuri? Pernah dengar? Jadi, apa yang aku maksudkan 'penyakit' tadi? Hah, yang 'pandai' sangat tu, fikirlah.

UPDATE!

Oh, rupa-rupanya ada versi penuh untuk video Cikgu Shida yang muncul di TV9 di YouTube! Ini dia.



Paku?! Belacan?! Kahkahkahkah!

Sedang asyik melayan YouTube, aku terjumpa satu video dari seorang mamat ni. Ini baru dikatakan kreatif dan... poyo? Saksikan.



Aduka: Agaknya artikel aku kali ni pasti akan dihentam lagi oleh pro-Cikgu Shida. Kehkehkeh.

Wednesday, November 10, 2010

Jesus, Berikanlah Cinta!


Subhanallah.

Cuma itu sahaja ungkapan yang mampu aku keluarkan dari bibirku. Sepanjang 26 tahun aku hidup di mukabumi Allah ini, inilah pertama kalinya aku mendengar pengakuan yang sebegini berani dan jahil itu.

Read more/less..

Memang tidak salah dugaku. Lihat perlakuan, sifat, tutur kata, gaya, dan raut wajahnya itu memang sah dia orang Melayu. Tidak syak wasangka lagi. Percakapannya fasih berbahasa Melayu. Raut wajahnya memang orang Melayu. Namun, pertemuan semuka dengannya membuatkan aku beristighfar panjang. Ya Allah. Rupa-rupanya bukan di majalah dan media massa sahaja yang meuar-uarkan penyakit masyarakat ini. Cerita bukan tipu. Berita bukan palsu. Khabaran itu bukanlah sengaja direka-reka. Kenyataannya, ia memang penyakit berjangkit yang sudah menular di dalam masyarakat Malaysia terutama manusia yang bergelar Melayu kini.

Budak belasan tahun itu hanya menundukkan mukanya. Dia terdiam bila bercerita kisah jahilnya itu. Mukanya menampakkan kemarahan dan kekecewaan. Nyata tiada langsung keinsafan terserlah dari wajahnya.

"Insaflah. Balik ke pangkal jalan. Sesat jalan boleh dipatah balik," nasihatku kepada budak belasan tahun itu.

Dia masih terdiam. Gelas yang terisi Nescafe ais di hadapannya ditinggalkan suku. Walaupun tergerak dihatiku ini untuk meninggalkan meja dan gerai itu namun melihat budak itu yang sugul, aku membatalkan niat. Jika tidak mengingatkan kewajipan berdakwah sesama Muslim, mahu saja aku meninggalkannya. Rasa bersalah pula.

Johan (bukan nama sebenar) mengenali gadis yang sebaya dengannya beberapa tahun yang lalu. Perkenalan dengan si gadis yang bernama Hani (bukan nama sebenar) adalah dari rakan senior kolejnya. Hani adalah sepupu kepada rakan seniornya itu. Pertemuan setentang mata itu telah melahirkan bibit-bibit cinta dihati Johan.

Kebetulan pula ditakdirkan Hani memasuki kolej yang sama dengannya. Melonjaklah hati Johan bila mengetahui perkhabaran baik itu. Waktu itu Johan baru memasuki semester ketiga, dan Hani pula semester satu. Johan langkah kanan bila cintanya mula berbalas. Hani menerima cinta Johan setelah sekian lama Johan meluahkan perasaan rindu dendam yang kesumat dihati.

Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hubungan cinta Johan dengan Hani terbantut ditengah jalan. Puncanya adalah kehadiran orang ketiga. Lelaki yang telah merampas buah hatinya adalah pelajar yang satu kelas dengannya. Lebih menyakitkan hati, lelaki tersebut adalah bangsa lain. Cina!

Oleh kerana dendam dan amarahnya semakin membuak-buak Johan nekad untuk bersetentang muka dengan lelaki Cina itu. Pertemuan mereka pada awalnya telah dihalang oleh Hani. Hani telah memaki hamun Johan dengan ayat-ayat yang memedihkan. Hani dan Johan bertekak. Masih terngiang-ngiang kata-kata pedih Hani dibenaknya.

"Kau pergi mampus! Selama aku couple dengan kau, sesen pun aku tak merasa! Pergi mampus kau lelaki jahanam!"

Tempelak Hani benar-benar mengguris hati Johan. Dia benar-benar kecewa dengan perubahan sikap Hani yang semakin dingin. Dia sesekali tidak menyangka Hani rupa-rupanya seorang perempuan yang gila duit. Mata duitan. Gila kemewahan. Ya, sememangnya Johan akui lelaki Cina yang menjadi kekasih Hani adalah anak orang kaya. Datang ke kolej pun berkereta BMW.

Oleh kerana terlalu teruk dikecewakan dalam percintaan, Johan mula berubah sikap. Pelajarannya ditolak ke tepi. Malah ibubapanya pun tidak dipedulikan. Duit elaun pelajaran bulanannya kerap kali habis dan selalunya tidak mencukupi. Ini adalah gara-gara dirinya yang suka bertandang ke disko dan kelab malam.

Bersekongkol di dalam dunia yang penuh kemaksiatan membawa Johan ke lembah kejahilan yang sebetul-betulnya jahil. Seperti tindakan luar sedar, akhirnya Johan mengambil keputusan drastik iaitu dengan menganuti agama Kristian. Walau masih dalam belasan tahun, dia seolah-olah sudah putus iman dan pedoman.

"Kenapa?" soalku lantas membantutkan cerita Johan yang berada di depan. Dia sedikit tersentak. Dengan nada yang berat dia membalas dengan jawapan yang agak mengecewakan aku.

"Dulu aku pernah berdoa kepada Allah. Banyak kali. Tapi Allah tak tolong aku. Jadi aku beralih arah. Aku harap aku masuk Kristian, Jesus plak akan tolong aku!"

Aku menggelengkan kepala beberapa kali seraya beristighfar. Alangkah terpesongnya akidah budak-budak zaman sekarang, bisikku. Tidak pernah diajarkah di sekolah tentang akidah sebagai seorang Islam? Yang penting, tidak pernah diajarkah macam mana mahu mengukuhkan akidah di dalam hati umat seseorang Islam? Nampak sangat pendidikan agama di sekolah longgar! Tapi bila difikirkan dari sudut yang lain, mungkin pelajar itu sendiri puncanya. Tidak berminat belajar! Segalanya mungkin.

"Sebab?" tanya aku lagi.

"Aku harap Jesus plak tolong aku cari awek baru," kata Johan selamba.

Ya Allah! Terkejut besar aku. Minuman Milo ais yang ku sedut tadi hampir-hampir mahu tersembur. Aku menahan dengan tapak tanganku.

"Kau ni gila ke?" soalku. Johan hanya merenung wajah aku. Mukanya tegas benar. Tidak menampakkan sedikit pun gurau.

Tepat pukul 2 pagi, kami berangkat pulang. Aku tiba di rumah dalam pukul 2 lebih. Selang beberapa jam sebelum terlena tidur, aku asyik memikirkan perihal budak belasan tahun tadi. Alangkah rapuhnya iman seseorang kerana cinta. Alangkah ruginya rasa setelah lebih sedekad beragama Islam tapi beralih arah ke agama lain. Sepatutnya kita berasa sungguh beruntung bila dilahirkan, secara automatik beragama Islam. Namun, kenapa perlu berubah iman dan pedoman semata-mata kerana cinta? Adakah tertulis di mana-mana bahawa jodoh kita hanya untuk perempuan yang kini kita cintai?

Selaku orang Islam, aku berdoa untuknya agar kembali ke pangkal jalan walaupun aku dan budak belasan tahun itu sebelum ini langsung tidak kenal antara satu sama lain.

Aduka: Jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya..

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger