the joneses

Monday, 27 August 2007

sermoen

Dengan jujurnya saya mengaku antara banyak perkara yang tidak saya gemari di Malaya ini adalah khutbah Jumaat. Terlalu panjang, sangat kerajaan dan amat membosankan.

Dengan penuh prasangka itulah saya ke Jumaat 2 minggu lepas.

Khutbah pertama sangat santai. Walaupun masih berbau kerajaan, yakni menceritakan erti kemerdekaan,ianya di sampaikan tanpa perlu membeli jiwa sesiapa. Cerita merdeka dikaitkan dengan perjuangan para nabi-nabi ailaihumussalam. Semuanya disampaikan dengan bahasa yang mudah dan saya merasa bersalah kerana merasa terhibur dengan khutbah pertama itu.

Habis khutbah pertama, Imam duduk. Habis doa, Imam memulakan khutbah kedua.

Gedegang!

Imam menyampaikan khutbah dalam bahasa inggeris!Saya amat terpesona dengan khutbah keduanya.

Bukan sebab saya sukakan Bahasa Inggeris tetapi saya amat sukakan cara pembawaan Imam tersebut. Beliau faham akan keadaan ahli jemaahnya yang kini terdiri dari perbagai bangsa.Pada saya, ini adalah khutbah terbaik yang pernah saya dengar. Mungkin apa yang disampaikannya adalah biasa (tentang kemerdekaan dalam khutbah pertama dan peristiwa israk dan mikraj dalam khutbah kedua), cara beliau menyampaikannya itulah yang membuatkan saya amat-amat menghormati beliau.

Saya tidak tahu samada ini adalah praktis terbaru di Malaya, tetapi saya yang pertama kali mendengarnya merasa amat kagum.

Jika kamu ahli kariah Masjid Nilai dan mengenali Tuan Imam tersebut, tolong sampaikan salam saya kepada beliau. Katakan hanya sifat malu yang menghalang saya dari berdiri ditengah-tengah ramai dan memberikan tabik hormat kepada beliau.

Hah! Siapa kata Malaya Bodoh!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom beli bendera sebab amnulah yang memerdekankan kita.

ps: sistem bunyi masjid itu juga perlu diperbaikai.

Friday, 3 August 2007

scheren

hoi mamak!
cukur habis rambutku
misaiku juga janggutku


incik
rambut cukur licin banyak cantik
tapi itu misai kawasan takungan air
tapi itu janggut hutan simpanan kekal
tak mahu potong lah incek

hoi mamak!
potong semua
aku tambah lima ringgit

incik banyak baik
saya sekarang cukur semua
incik punya tahi lalat banyak cantik

Monday, 25 June 2007

gedicht kind

ini saputangan paling suci
dari dalam kocek paling sisi
ambil dan sapu airmatamu
kerana kita bakal ketemu

kim,
aku datang
aku datang!

uiterlijk dom

jika aku ini dilahirkan bersama otak
mahu rasanya memberontak
tapi aku ini memang dilahirkan bodoh
maka layaklah aku diperbodoh

Wednesday, 20 June 2007

sympathie doodgaan

dan bangga
kata kemeja-t
sebagai tanda
tidak simpati

sombong

kitalah kejadian
yang tidak menginsafi kematian

Friday, 15 June 2007

o koninkrijk

tanah wakaf yang menjadi modal niaga
adalah sebuah hadiah yang diletak tanda harga
lalu kita merancang untuk memindahkan iniversiti tertua
hanya kerana tanahnya kini bernilai berganda-ganda

tiada lagi kasih sayang
kita bagai hilang pertimbangan
tamak menguasai perut
hanya kerana mahu memuaskan hati talibarut

oh kerajaan
hentikanlah pembangunan
hentikanlah kemajuan

biarlah hidup kami dalam mundur
biarlah hidup kami hanya mengharapkan mujur
biarlah anak cucu kami nanti pandai bersyukur


kebahagian bukanlah pada uang
kebahagian adalah memiliki tenang

oh kerajaan
izinkan kami tidur dan berdengur
tanpa ada igauan datang menggempur
iman yang sedikit ini cemas kami pertahankan
janganlah engkau desak supaya kami lepaskan

oh kerajaan
kami mohon pertolongan

Wednesday, 13 June 2007

politie en cctv

(versi jahat)

simpan beza gaji yang bakal naik Julai ini
kerana rakaman CCTV itu sudah sampai ke tangan bapak polisi
sebahagian dari sebahagian mereka itu kebulur
dan kamu penuh dengan sifat ingin tahu


(versi baik)

janganlah hendaknya nanti
rakaman CCTV itu di DVD
jika sekiranya terjual nanti
janganlah hendaknya kamu beli

Sunday, 10 June 2007

gezichtsbedrog

apa khabar agaknya
gadis-gadis yang patah hati
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sudah menikah dan beranak-pinak atau mati atau
menjadi penghuni rumah-rumah sundal, menjual cinta dan
kasih dengan sedikit harga sebagai membalas dendam sebagai
pemberontakan terhadap berahi yang terhalang

apa khabar agaknya
lelaki-lelaki yang galak berzina
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sedang disiksa malaikat atau menjadi kepala keluarga
yang senang hati melihat anak menjadi ranggi dan tersenyum
apabila peroleh cucu haram atau barangkali sedang aktif
dalam partai sambil mengintai posisi utama pegangan negeri

sengaja aku bertanya khabar
kerana ghairah cinta remaja kala ini dijual di novel-novel di-
layar perak dan di muka peti tivi seolah-olah sangat penting
dan akan mampus segala kehidupan jika sekiranya tidak digembar-
gemburkan akan hilang tamadun jika sekiranya tidak
di-lamputinggi-kan dan terjerit-jerit mempertahankan
konon itu suci, konon ini suci dan konon inilah sumbangan kepada
perjuangan walhal semuanya adalah untuk untung,
untuk uang

dan lelaki-lelaki yang berzina dahulu adalah berkat usahamu
menanam cinta dalam benak remaja kerana kamu lupa yang mereka
cuma perlukan sedikit agama

Saturday, 9 June 2007

blindelings

bersedialah aduhai kawan, bahkan lawan
kerana songket dan batik bakal menjadi tidak popular
kita ini bakal ada ibu yang baru,
kita ini bakal memakai baju yang baru
kerana kita adalah babi peliharaan, digemukkan,dibunuh lalu dimakan

Friday, 8 June 2007

huwelijksvoltrekking

semoga denga pernikahan itu
mendatangkan keamanan buat hidup kamu
semoga selepas dari pernikahan itu
kamilah menjadi tumpuanmu

Monday, 4 June 2007

zoet

Certot untuk saharil.

Amir Mukhriz dan phedeophile, hah! Kata Munirah.Tersenyum manis. Anak kecil yang diperkosanya terpinga-pinga.

Friday, 1 June 2007

bekendmaking

minta maaf makcik-makcik
minyak makan habis di kedai
ladang sawit milik kerajaan
di seluruh malaya dan tanah jawa
sedang ditanam semula
harap bersabar.

wah! telunjuk menteri itu berbau taik!
mengorek bontot agaknya

Thursday, 31 May 2007

beschaamd

kurang ajar sungguh perempuan
perempuan yang berbaju ketat
sendat sambil menutup kepala
dan mendakwa menutup aurat

mahu rasanya berdiri di depan mereka
membuka zip seluar dan tunjukkan
sambil menjerit

ini! ini! ini aurat!
hanya nampak apabila dibuka!

Tuesday, 29 May 2007

ziek

tuhan, tolong masukkan alat potong kuku
dalam senarai 2000 barangan bakal turun harga
kerana belakang kami terlalu banyak luka
kesan di garu menteri pengawal barangan
niaga

Thursday, 24 May 2007

ongerust

alangkah indahnya rindu
kekal begitu tidak bertemu
saling berdendam
saling mengdambakan
alangkah indahnya jika
rindu kekal begitu.

Wednesday, 23 May 2007

penis twee

buah pelir yang terawang-awang
dari celah dua kaki yang di jarakkan
adalah kami yang bersyukur

Friday, 18 May 2007

wanhopig

begitu sahaja rupa akhirnya
berdengki berdengki berebut takhta
mahu dipuji dan dipuji
benar rupa katamu bonda,
yang terlebih baik adalah membaca.

Sunday, 11 March 2007

van klei

ada batu di atas batu di atas batu
yang bakal jatuh menghempap kepala
aku dan kamu

Saturday, 25 March 2006

schaap en wolf

langit mahu runtuh!langit mahu runtuh!
jerit si pengembala yang dulunya menipu
dengan dongeng serigala,
tak kala melihat salji jatuh tertimpa-timpa

kah! kah! kah!
ketawa sekawan biri-biri yang sedang duduk berdiang

Thursday, 23 March 2006

hart

apa kamu menjangka kami peduli tentang cinta yang tiba-tiba mati?
tentang airmata yang tumpah? tentang hati robek yang parah?
tentang jiwa? tentang hati?

ah, kamu memang hidup berpandukan zakar yang tidak di khitan.