Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

TREVELOG HAJI -MENGUBAH SEMPADAN IMAN - panggilan kaabah

Tiba-tiba saya rasa nak menulis lagi tentang buku yang selesai saya baca.

Entah kenapa , mungkin kerana tempias Pesta Buku sudah terasa ke dada (juga poket).



Sudah lama saya membeli buku ini, namun hanya sempat membacanya minggu lepas.Mungkin saya adalah di antara mereka yang ketinggalan keretapi , lewat membaca buku best seller ini.

Bagi saya, perjalanan rohani Prof Kamil ini boleh menjadi inspirasi semua orang yang tahu akan erti kehidupan.

Jahil vs ilmu
Biasa-biasa vs terbaik
status quo vs berubah.

Pilihan berada di tangan kita.
Dan Prof Kamil telah memilih untuk menjadi yang terbaik, di dalam hidup, karier dan perjalanan haji beliau.

Persembahan santai dengan cara bercerita membantu saya menghabiskan buku ini dalam masa sehari.
Sehelai demi sehelai diselak dan diteliti.
Diantara itu, saya terfikir sendirian.
Berdoa dan berharap agar saya dipertemukan oleh Allah dengan kenikmatan menunaikan ibadah yang mungkin masih tidak meresap sepenuhnya ke dalam hati saya.

Perjalanan hidupnya ditulis dengan payah ( dan saya sangat sangat memahaminya - pasti ada yang bercakap untuk meninggi diri dan riak).
Namun saya berpegang dengan prinsip - pasti ada  nilai yang  baik yang boleh diambil dari mana-mana bahan bacaan, hatta bacaan tulisan orang bukan Islam juga.Nilai yang baik pasti ada yang ditiru orang, Insya allah.



Saya kagumi dengan semangat beliau yang sentiasa ingin yang terbaik di dalam hidupnya, termasuk di dalam menunaikan haji.
Solat di saf depan, memerhati cara terbaik untuk menghargai Hajarul Aswad, dan menjadikan masjid mulia sebagai hotel kedua di Makkah dan Madinah.

Wukuf di Arafah yang dimanafaatkan sebaik mungkin.
Juga pertolongan-pertolongan yang diberikan kepada jamaah lain.

Antara yang saya sukar untuk dilupa , tulisan beliau (lebih kurang maksudnya : "mesti ada yang kata, golongan melampau mana pulak ni).
Yang saya pasti ada yang kurang senang dengan cara 'taasub' beliau di Makkah dan Madinah - terus menunaikan solat di Masjidul Haram sejurus sampai ke Makkah (tanpa berehat), menghabiskan 2 jam di Arafah untuk menghabiskan satu buku doa di tanah lapang, solat 42 waktu di Masjid Nabi di Madinah.


(saya tidak mahu komen lebih-lebih bab ini)

Apapun bagi saya , Prof Kamil telah mampu menjadikan ibadah haji sebagai metod menjana modal insan cemerlang di dalam dirinya.

Dan setiap seoarng dari kita juga pasti boleh menjadi lebih cemerlang  selepas menunaikan haji...segalanya terletak di tangan kita , dibantu oleh sifat Penyayang Allah Rabbul Jalil.


"Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau jadikanlah ibadahMu dekat di hatiku dan menjadikan usaha kami untuk pergi kepadaMU diberkati dan diringankan urusannya Ya Allah"



Allahu'alam


Ummuzulfa

2 Mac 2010


Friday, September 11, 2009

BELAJARLAH MENGENAI EMAS.....

gold cast barImage by hto2008 via Flickr

"Asyik-asyik emas....betul ke emas ni boleh bawa untung?"

"Eh..you kan pergi seminar hari tu, ceritalah sikit camne nak buat duit dengan emas"

Ada juga rakan-rakan yang bertanya kepada saya.

Sejujurnya saya memang tidak dapat menjawabnya kerana saya bukan pakar dalam bidang pelaburan emas ini.

Justeru, saya saya sangat teruja dengan terbitnya e-book yang menceritakan dan menjawab segala kemusykilan yang sering ditanyakan oleh pembaca yang berminat dengan pelaburan emas ini.

Bagi saya ini merupakan satu pelaburan yang bijak untuk mereka yang berminat.


Mari kita lihat apakah keraguan yang biasa ditanya oleh orang ramai mengenai pelaburan emas yang disampaikan oleh team Rahsia Emas ini.




==============================================
SOALAN DAN JAWAPAN
==============================================
SOALAN: Saya tidak tahu langsung mengenai pelaburan emas ini, tapi berminat untuk mengetahuinya. Bagaimana tu?

JAWAPAN: Ya, memang ramai orang yang tidak mengetahui tentang pelaburan emas. Atas sebab itulah team Rahsiaemas berusaha mengeluarkan ebook yang memberikan panduan lengkap mengenai pelaburan emas yang sebenarnya. Anda bukan sekadar mendapat ebook, tetapi akan dibimbing sehingga pandai oleh pakar pelaburan emas, iaitu En Syukor Hashim.


SOALAN: Bagaimana saya nak memulakan pelaburan emas?

JAWAPAN: Pelaburan emas menjadi sangat mudah apabila anda mengetahui ilmu mengenainya. Dengan kata lain anda perlu mencari ilmu berkenaan pelaburan emas terlebih dahulu. Cara termudah mendapatkan ilmu ini ialah dengan
mendapatkan e-book dari team rahsia emas. Ini kerana kami akan terus memberitahu anda
teknik-teknik dan petua menjana keuntungan dengan emas. Kami juga akan membimbing anda sehingga faham melalui ruangan GOLD MEMBERSHIP. Ini janji team rahsia emas.


SOALAN: Saya ni bergaji kecil, RM1000 sebulan. Bolehkah saya melabur dalam emas?

JAWAPAN: Ya, sudah tentu boleh. Dengan modal 3 angka pun anda sudah boleh mulakan pelaburan emas. Perkara ini dijelaskan di dalam ebook kami. Dengan menggunakan teknik-teknik di dalam ebook ini, anda pasti boleh menjana
keuntungan walaupun bermodalkan 3 angka untuk membeli emas.


SOALAN: Berapa modal minimum untuk memulakan pelaburan emas ini?

JAWAPAN: Modal minimum untuk memulakan pelaburan emas adalah 3 angka. Kurang dari RM500 pun anda boleh mulakan pelaburan emas anda.


SOALAN: Di mana saya boleh mendapatkan emas ini?

JAWAPAN: Terdapat banyak institusi yang menjual emas tidak termasuk kedai
emas. Namun di dalam ebook ini kami menceritakan institusi yang menjual
emas-emas yang khusus untuk tujuan pelaburan. Anda boleh terus membeli emas pelaburan daripada institusi-institusi ini. Ini bagi memastikan pulangan yang maksima kepada anda.



SOALAN: Boleh percaya ke pelaburan emas ni? Saya takut kena tipu..

JAWAPAN: Ya, sudah tentu anda boleh percaya. Dengan panduan yang diberi di dalam ebook team rahsia emas. Kami memberikan jaminan bahawa semua pelaburan emas yang dibuat adalah sah dari segi undang-undang dan tidak ada langsung
penipuan. Kami juga memberikan panduan bagaimana anda boleh mengelak daripada skim-skim pelaburan yang bertopengkan emas.


SOALAN: Boleh kaya ke dengan pelaburan emas ini?

JAWAPAN: Ya, sudah tentu boleh. Kami ada dedahkan teknik menjadi kaya dengan
pelaburan emas.



SOALAN: Emas ni sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang ke jangka masa pendek ?

JAWAPAN: Emas nie sesuai untuk jangkamasa sederhana (1-3 tahun) dan jangkamasa panjang (5 tahun keatas). Kalau dalam jangkamasa pendek (kurang setahun), boleh juga dapat untung. Tapi kena ada tekniknya. Anda boleh baca teknik tersebut di dalam ebook ini.

SOALAN: Saya student universiti lagi, bolehkah saya melabur emas?

JAWAPAN: Sudah tentu boleh. Dengan modal ratus ringgit sahaja anda dah boleh memulakan pelaburan emas.


SOALAN: Pelaburan emas ni sah ke dari segi syarak? Saya takut ada unsur shubhah atau riba.

JAWAPAN: Ya, pelaburan emas sah dari segi syarak.

SOALAN: Pelaburan emas ni macamna ye? Saya bagi modal kat awak ye?

JAWAPAN: Oh tidak.. anda tidak perlu bagi modal kepada kami. Anda boleh buat sendiri. Selepas membaca ebook ini anda akan tahu rahsia membuat pelaburan emas sendiri.

SOALAN: Berapa kena bayar nak join ni?

JAWAPAN: Tidak perlu. Anda Cuma perlu beli book ini dan praktikkan teknik-teknik yang diajar. Jika ada soalan maka kami akan berikan bimbingan kepada anda.


SOALAN: Melabur emas ni kita beli barang kemas dan kita simpan kan? Sampai masa harga tinggi kita jual kan?

JAWAPAN: Itu cuma salah satu teknik membuat keuntungan dengan emas. Banyak lagi teknik-teknik yang kami ajarkan kepada anda untuk menjana kekayaan dengan emas. Kami juga ceritakan bagaimana menjana keuntungan dengan emas secara maksima. Kesemuanya akan diketahui apabila anda mendapatkan ebook ini.


SOALAN: Yang saya tahu beli emas masa murah dan jual masa harga tinggi, itu je cara untung dengan emas..Ke ada cara lain?

JAWAPAN: hehehe... banyak lagi teknik menjana keuntungan dengan emas yang boleh diperolehi di dalam ebook ini. Ini cuma satu daripada teknik menjana keuntungan dengan emas.


SOALAN: Team Rahsia Emas ni syarikat macam Etika Emas ye?

JAWAPAN: Oh tidak sama sekali. Kami tidak membuat skim pelaburan emas. Kami membimbing anda membuat pelaburan emas dengan cara yang betul.



SOALAN: Pelaburan emas ni kita beli emas dan simpan sendiri kan? Saya takut la nanti hilang ke atau dicuri.

JAWAPAN: Jangan risau, kami akan tunjukkan bagaimana cara untuk membuat pelaburan emas yang menguntungkan tanpa perlu risau untuk menyimpan dan kehilangan emas. Semuanya didedahkan di dalam ebook ini.


SOALAN: Pelaburan emas dengan pelaburan lain mana lagi bagus?

JAWAPAN: Setiap pelaburan ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Pihak kami tak boleh buat perbandingan antara setiap pelaburan kerana kelas yang berbeza. Apa yang kami buat ialah menceritakan kelebihan pelaburan emas. Selepas itu anda boleh membuat perbandingan sendiri.


SOALAN: Bagaimana nak tahu turun naik harga emas?

JAWAPAN: Kami ceritakan perkara ini di dalam ebook tersebut. Jadi dapatkan ebook ini untuk mengetahui jawapannya.



===============================================
..
===============================================
Dengan persoalan yang dijawab oleh team Rahsiaemas ini, saya harap kita semua dapat sedikit sebanyak pemahaman mengenai ilmu pelaburan emas ini.

Ilmu yang datang hanya sekali, di lain masa mungkin kita terpaksa bersusah - payah mencarinya sendiri.

Oleh itu, belajarlah ilmu pelaburan emas ini sekarang! Hanya ilmu yang menjamin kesenangan hidup di masa hadapan.

Dapatkan Ilmu Pelaburan Emas Pertama Di Malaysia


Dan jangan lupa membayar zakat bila sudah cukup nisab dan haulnya.

Allahu'alam



Ummuzulfa 11 September 2009



Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, June 18, 2009

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA - keluargaku, syurgaku..




"Best ke buku cerita ni kak?"

"Ini bukan buku cerita, lebih kurang macam kisah benar lah, cerita pendek-pendek"

"Oh, ye ke...., tajuk dia best"

"penulis ni ada website, ini kira collection artikel dia lah..."

Itu adalah sedutan perbualan pendek saya dengan seorang penumpang komuter beberapa minggu yang lalu.

Saya sedang membaca buku karangan abu saif@Ustaz Hasrizal Abdul Jamil - BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, ketika itu.

Saya memang seorang ' follower' website beliau.Hampir kesemua artikel yang ditulis semenjak tahun 2007 sudah saya ikuti di websitenya.





Justeru bila buku pertama beliau - AKU TERIMA NIKAHNYA- berada di pasaran, saya tidak membacanya, saya cuma membelinya untuk suami namun suami pun tak berkesempatan untuk membacanya bila buku yang saya pinjamkan kepada sepupu , langsung tidak nampak kelibatnya selepas itu...



Sakit juga hati ini bila memikirkannya, tapi saya cuba mendidik jiwa untuk bersedekah di celah 'kebengangan' saya itu.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA adalah buku berkaitan dengan kehidupan, untuk setiap fasa kehidupan - remaja, mahasiswa, pra perkahwinan, perkahwinan dan keibu-bapaan.

Setiap artikel yang dimuatkan adalah kisah penulis yang dinukilkan untuk pembaca dengan suntikan-suntikan idea, 'food for thoughts' dan beberapa langkah penyelesaian.

Ia dibahagikan kepada beberapa tajuk besar yang bersesuaian dengan kumpulan artikel-artikel yang dibawahnya.

Sebelum membaca buku ini saya entah mengapa mendapat tanggapan bahawa kebanyakan tulisan di dalam buku ini adalah berkaitan dengan rumahtangga namun setelah membacanya, ternyata tulisan yang secara khususnya berkaitan dengan masalah rumahtangga hanya terdapat di bawah tajuk kembara mawaddah dan rahmah.

Justeru, konsentrasi dan 'passion' saya dengan buku ini agak terlewat tibanya, setelah lebih separuh dari buku itu saya habiskan, namun 'chemistry'nya masih belum tiba.

Namun, nukilan-nukilan terakhir di dalam buku ini sangat memberi makna.
Walaupun ini bukan kali pertama saya membacanya.

Kisah-kisah benar rumahtangga ini banyak memberi aspek lain yang jarang diterokai oleh pemberi motivasi di luar sana.
Abu Saif tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah tanpa terlebih dahulu memberikan 'the bigger picture" perkara-perkara yang ingin diperkatakan.
Kombinasi sunnatullah dan syariatullah yang sering digunapakai oleh penulis di dalam tulisannya memberi nafas baru kepada permasalahan yang lama.




Secara peribadi, sukar untuk saya mencari penulis lelaki (yang bergelar ustaz pula) yang dapat memberikan perbincangan yang seimbang di dalam menangani masalah rumah tangga di zaman serba mencabar ini.
Segilintir ustaz hanya terus mensyarahkan nas-nas yang dibincangkan tanpa mengambil kira realiti sebenar yang banyak berlaku di dalam rumahtangga sekarang.

Apa lagi apabila penceramah hanya tahu menyalahkan kaum perempuan sahaja dan hadis-hadis berkaitan sujud dan taat kepada suami (dan seumpama dengannya) diulang dan ditekankan berkali-kali.
Ceramah atau tulisan seperti itu sukar untuk menembus hati pembaca terutama wanita.

Antara artikel yang memberi kesan kepada saya adalah bagaimana peranan lelaki dibincangkan seumpama imam dengan makmumnya, namun di dalam konteks yang sangat realistik.
Elemen -elemen di dalam konsep "imam dan makmum" seperti berhubung dan tidak mufaraqah, membetul dan dibetulkan, tidak melebihi had laju ada di huraikan dengan baik sekali.

Sekiranya ada para lelaki atau suami yang malas membaca, cukuplah (bagi saya secara peribadi) mereka membaca artikel ini yang hanya 9 mukasurat.
Kandungannya dapat memberi 'overview' kepada para lelaki di dalam memimpin rumahtangga.

Babak-babak akhir di dalam buku ini, agak khusus membicarakan permasalahan rumahtangga sebenar yang berlaku di sekeliling kehidupan penulis.

Ia bukan masalah rumahtangga artis, mereka yang jahil atau mereka yang 'biasa-biasa" tetapi yang berlaku di kalangan penggiat dakwah dan jemaah.

"Mood' di dalam tulisan-tulisan penulis menampakkan kroniknya dan betapa 'risaunya' penulis dengan fenomena ini.

Masakan tidak, sebuah rumahtangga yang dimulakan dengan penuh tertib, di antara 2 hati yang sama fikrah, mengikut syariah dan adat, menjaga batas-batas pergaulan dan perhubungan sebelum nikah, mana mungkin akan berdepan dengan permasalahan dan badai gelora yang boleh membawa kepada penceraian.






Bukankah selalu kita didoktrinkan dengan ungkapan segala sesuatu itu memerlukan permulaan yang baik dan jika inginkan perkahwinan yang diberkati dan berkekalan, maka permulaannya sudah semestinya bersih dari segala unsur-unsur lagha dan tidak islamik?



Jika awalnya sudah molek dan tertib, mengapa masih juga berlaku perhubungan dengan orang ketiga dan penceraian?



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Adakah dengan keghairahan dan semangat juang yang tinggi, para pendakwah dan penggerak jamaah terlupakan yang mereka masih lagi berkahwin dengan seorang WANITA dan LELAKI yang sudah pastinya mempunyai tuntutan emosi, biologi dan psikologi yang perlu dipenuhi?



Persoalan-persoalan ini ada dikupas oleh penulis, beserta dengan faktor-faktor yang boleh membawa kepada masalah ini dan cara-cara untuk menyelesaikannya.

Persoalan poligami juga ada disentuh di dalam artikel bertajuk "bahagiakan dirimu dengan satu isteri"
Satu perspektif yang menarik yang diterokai oleh penulis - pasti para isteri tersenyum lebar bila membaca artikel ini.

Ada beberapa aspek lagi yang dibincangkan di dalam buku ini yang sangat relevan dijadikan panduan para suami isteri menyemak semula kualiti perkahwinan mereka.

Bagi saya, setiap perkahwinan ada melalui fasa-fasa yang tertentu.

Mungkin bagi yang baru beberapa tahun berkahwin masih lagi wangi dan mekar.

Setelah sepuluh tahun, dengan bilangan anak dan tanggungan yang semakin bertambah, maka proses 'recharge' perlu dilakukan semula untuk menyemarakkan kembali situasi perkahwinan yang mungkin sudah mula pudar dek tekanan persekitaran dan beban tanggungan.
Begitu juga untuk tahun-tahun berikutnya.

Itu adalah tanggungjawab kedua-dua suami dan isteri.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Agar rumahtangga dan keluarga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.Bukan sekadar atas nama tanggungjawab semata-mata tanpa cinta , namun yang lebih afdal adalah kasih sayang dan cinta yang menggerakkan tanggungjawab.

Mungkin itulah makna sebenar mawaddah dan rahmah yang sentiasa kita minta setiap kali berdoa.
Mungkin itulah yang kita cari di dalam perkahwinan - RUMAHKU SYURGAKU

Perkahwinan bukan sahaja berkenaan HAK, namun yang lebih penting adalah PERANAN dan TANGGUNGJAWAB.

Bagi saya, sesiapa yang berkesempatan, bacalah buku ini dengan penuh rasa ingin memperbaiki diri, agar kita boleh mengindahkan lagi rumahtangga kita.

Kerana CINTA TANPA TANGGUNGJAWAB ADALAH SIA-SIA
Namun TANGGUNGJAWAB TANPA CINTA ADALAH DERITA DAN SENGSARA.


Allahu'alam


Ummuzulfa
18 June 2009

Saturday, May 30, 2009

CINTA DI RUMAH HASSAN AL-BANNA - setulus cinta bapa






"Yang membentuk mereka semuanya termasuk saya adalah bapa mereka, saya hanya pelaksana sahaja.Ibarat membina bangunan, suami saya yang membina kerangkanya, lalu saya mengisinya."

Saya sangat teruja bila melihat buku ini dijual di Pesta Buku April lalu.

Sukar untuk mencari buku keibubapaan yang membicarakan peranan seorang bapa secara spefisik, terutama bagi seorang pendakwah Islam yang sentiasa diburu masa.

Seringkali juga kita didoktrinkan dengan ungkapan "tugas perempuan ni, dua je yang penting...layan suami dan didik anak-anak"

Mungkin sebab falsafah inilah, para bapa agak terlepas pandang tentang pentingnya mereka di dalam kerangka pendidikan anak-anak.

Yang penting, kerja dan cukupkan duit dan keperluan keluarga...mungkin itu adalah antara kenyataan yang disimpulkan.






Saya sering bertanya kepada diri sendiri, bagaimana agaknya para ulama' dan pejuang memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.

Serabut juga kadang-kadang saya memikirkan bagaimanakah para bapa yang sibuk dengan kerja-kerja jamaah, sosial dan kemasyarakan di luar rumah dapat memberi sentuhan pendidikan kepada anak-anak yang sering ditinggalkan di rumah bersama dengan ibu mereka.

Justeru, saya tidak berfikir panjang untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi buku saya,dengan harapan sedikit sebanyak saya mendapat jawaban di atas segala persoalan tersebut.

Dan saya sangat tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh pengantar kepada buku ini, seorang isteri kepada seorang ulama' di tanah seberang.

Ya, kejayaan anak-anaknya menghafal Al-Quran adalah hasil kerangka pendidikan suaminya dan dia hanya sebagai pelaksana sahaja.

Sungguh terkesan di hati saya bila membacanya.

Dra Hjh Wirianingsih sebagai pengantar buku ini juga menimbulkan persoalan bagaimanakah pandangan Islam melihat peranan ayah di dalam keluarga.

Di mana sebahagian besar masyarakat cenderung untuk meletakkan asuhan dan didikan anak adalah tugas ibu semata-mata, persoalan besar ini patut dibuat kajian dan dipersembahkan kepada masyarakat umum.

Ibu Wirianingsih juga menukilkan, bahkan di dalam Al-Quran tidak ada satupun dialog antara anak dan orang tua mewakili ibu, yang ada hanya dialog anak dengan ayahnya.

Saya terfikir sendiri, sememangnya apa yang diungkapkan oleh beliau memang benar, dialog antara ibu dan anak, hatta di dalam kisah Nabi Ismail yang ditinggalkan bersama ibunya di tanah haram tidak dirakam di dalam Al-Quran.

Yang ada, dialog antara Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, juga antara Luqman dengan anaknya.

Tidak dapat dinafikan peranan bapa adalah sangat kritikal di dalam pendidikan anak-anak.

Justeru, saya sangat menghargai usaha penulis buku ini yang mengambil usaha untuk sedikit sebanyak mencoret kisah Imam yang menjadi rujukan para pejuang Islam kini.



Pastinya kesempurnaan hanya pada kisah Rasulullah, namun dengan mengambil contoh Imam Hassan Al-Banna yang menjadi contoh zahir zaman ini, diharapkan dapat sedikit sebanyak mengisi vakum di dalam topik ini.

Buku kecil dengan 75 helaian mukasurat ini ditulis oleh penulis dari tanah seberang, M Lili Nur Aulia dan diterbitkan dalam versi Malaysia pada tahun 2008.

Ia adalah kumpulan cerita-cerita berkenaan peranan Hassan Al-Banna sebagai bapa kepada 6 anaknya, 5 adalah perempuan.

Kenangan-kenangan itu dikumpulkan dari nukilan anak-anak beliau yang sempat merasa 'air tangan' didikan beliau.

Banyak yang diceritakan oleh anak-anak Imam Hassan Al-Banna berkaitan dengan perilaku bapa mereka.

Bagaimana beliau menjadikan makan bersama sebagai keutamaan, keprihatinannya tentang keperluan anak-anak untuk ke sekolah,keperluan rumah yang sering diambil berat, sehinggalah bagaimana ia menasihatkan anak-anaknya.

Banyak yang diceritakan, yang kebanyakan darinya yang saya tidak sangka boleh dilakukan oleh seorang bapa merangkap pejuang yang maha sibuk seperti beliau.

Imam Hassan Al-Banna diceritakan memberi perhatian yang menyeluruh kepada anak-anaknya, sering makan bersama dengan keluarga meskipun ketika ada tetamu yang diusahakan supaya datang ke rumah agar beliau boleh menghabiskan masa di rumah.



Beliau juga diceritakan tidak membawa sebarang tekanan aktiviti di luar rumah ke dalam rumah dan melepaskan marah atau geramnya kepada keluarga.
Beliau berusaha untuk mencontohi Rasulullah.

Imam Hassan Al-Banna juga sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya.
Memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang bersesuaian walaupun kebanyakan anaknya adalah perempuan.



Beliau memerhatikan pelajaran anak-anaknya dan mengaji bersama-sama.

Beliau tidak ketinggalan untuk memantau perkembangan anak-anaknya dan berhubung rapat dengan guru sekolah mereka

Beliau tidak kedekut untuk membelikan bahan bacaan untuk mereka.



Antara yang menarik adalah cara beliau menangani kecenderungan anak lelaki sulungnya bila sampai ke tahap menggemari bahan bacaan komik.

Imam Hassan Al-Banna juga tidak terlepas dari menghukum anak-anaknya namun hukuman yang paling berat adalah dengan menarik telinga dan memukul tapak kaki dengan kertas sahaja.

Selebihnya beliau banyak berdialog dan berdiskusi dengan anak-anaknya.

Antara perkara menarik yang dikongsikan oleh anak-anaknya adalah bagaimana beliau telah melakukan perancangan yang baik untuk anak-anaknya, malah segala butiran penting dicatat di dalam satu carta yang lengkap.

Carta itu mengandungi tarikh dan sejarah kelahiran, nombor kelahiran, jadual ubat, surat doktor, ijazah , catatan prestasi sekolah dan lain-lain.




Ya, beliau telah cuba sedaya upaya di celah-celah kesibukan beliau berdakwah kepada masyarakat untuk memerhatikan anak-anaknya.

Itulah sedikit sebanyak kisah yang dikongsikan oleh anak-anak beliau.

Saya merasakan masih banyak lagi yang boleh 'dikorek' dari kisah Imam ini.

Usianya yang masih muda semasa beliau meninggal dunia membataskan masa dengan anak-anak beliau, namun mungkin ada yang boleh didapati dari sahabat ikhwan yang lain.

Kisahnya boleh menjadi menjadi pengiktibaran kepada para pejuang masa sekarang.
Agar kesibukan berbakti kepada masyarakat tidak mengorbankan perhatian dan pendidikan mereka kepada anak-anak dan keluarga.

Semoga buku ini menjadi pelengkap kepada puluhan buku-buku keibu-bapaan yang saban kali membincangkan peranan ibu secara khusus, tanpa penekanan yang sewajarnya kepada peranan bapa yang sebenarnya lebih besar dan berat.

Seperti mana kata Ibu Hjh Wirianingsih, sepatutnya tidak ada pemisahan antara keluarga dan dakwah dan sekaligus menjawap pertanyaan ,"mana yang lebih penting, dakwah untuk umat ataupun membina keluarga?"

Katanya lagi, jika dia (pendakwah) seorang ayah, maka isteri dan anak-anaknyalah yang akan merasakan sentuhan pertama, begitu juga seorang ibu.

Saya merasa bertuah dapat membaca buku ini.

Kepada para bapa pejuang di luar sana, luangkanlah sedikit masa untuk mengamati kisah ini.Mana tahu ia boleh membantu dalam mencari keseimbangan hidup.

Kepada para ibu jua, jadikanlah buku ini sebagai panduan untuk mendidik anak-anak lelaki kelak, untuk menjadi seorang pendakwah sekaligus bapa yang baik.


Semoga Allah memberikan kemudahan untuk kita semua dalam mendidik anak-anak di zaman serba mencabar ini.

Allahu'alam.


Ummuzulfa
2 Jun 2009


Saturday, April 26, 2008

CARI DUIT CARA MUDAH SEBAGAI PENULIS BEBAS - panduan berguna



“Sabariah tidak mahu melukakan hati Kassim Selamat. Sabariah tenang memberitahu ibunya.

“Kassim Selamat?, siapa dia Kassim Selamat?, Lawyer? (sebutan : loyar) Majistret? Ibu garang menyoal balas.

Sabariah menggeleng ,”Ahli muzik”

“Ahli muzik ????” Ibu tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya.

”Pantang keturunan nenek moyang aku ahli muzik....”

Itu adalah antara siri dialog yang paling ”happening”di dalam filem terkenal karya P. Ramlee, Ibu Mertuaku.

Cuma saya terfikir.....

Sekiranya Kassim Selamat itu seorang penulis, adakah jalan cerita itu akan berakhir dengan tugasan baru sebatang garfu?........mengorek keluar biji mata dari soketnya....

Saya tidak ada jawaban untuk soalan itu...

Namun, saya hampir pasti, perkara itu tidak akan terjadi di zaman sekarang.

Manakan tidak, ramai sahaja penulis yang menjadi jutawan di atas hasil kreativiti mereka menulis.

Siapa yang tidak pernah membaca buku Harry Porter ? (kecuali saya..:D)

Korporat mana yang tidak mengenali Stephen Covey?

Bukan sedikit remaja (termasuk remaja tua) yang sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan ringgit untuk membeli buku-buku cinta khayalan yang sedang banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Justeru, saya amat menghargai kemunculan buku ini di pasaran : Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas.


Penulisnya, yang juga seorang penulis bebas tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan ramai penulis berpotensi di luar sana supaya perjalanan mereka menjadi lebih mudah.

Buku ini memberi panduan kepada penulis ”beginner” bagaimana untuk mula menulis, kenapa mereka mahu menulis dan cara-cara untuk menarik perhatian editor majalah untuk menerima karya mereka.

Buku 9 Bahagian ini memulakan panduannya dengan memberi pendedahan awal kepada dunia seorang penulis dan memberi galakan untuk seseorang mengatasi perasaan takutnya untuk menulis dengan memberi beberapa contoh perjalanan penulis terkenal sebelum berjaya.

Bahagian yang lain seterusnya memberi panduan teknik-teknik untuk memulakan, menyemak dan menyunting hasil tulisan anda.

Tidak ketinggalan, buku ini juga memberikan tips-tips praktikal untuk mendapatkan maklumat di dalam dunia maya supaya hasil penulisan menjadi lebih ’hidup’ dan tidak lari dari fakta realiti.

Cara-cara untuk menghantar hasil tulisan kepada editor majalah dan membuat surat iringan juga tip mengatasi perasaan kecewa bila hasil karya ditolak, juga diulas dengan baik.

Dalam banyak-banyak bahagian yang ditulis, saya paling menghargai penutupnya. Penulis telah menyelitkan kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad pada tahun 2003....

”Saya merayu semua peringkat insan Melayu dalam semua bidang hatta tidak ada bidang pun tetapi ada kisah terkecuali dan menarik untuk dibaca agar segera mengambil pena, kertas dan tulis, tulis dan terus menulis. Baca dan terus membaca dan terus menimba ilmu hingga nyawa berpisah dengan badan....”






Saya kira penutup itu telah menyimpulkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam bukunya.

Saya merasakan semua penulis tidak kira penulis artikel, novel mahupun penulis blog, wajar memanafaatkan buku ini untuk mendapat sedikit-sebannyak ilmu penulisan.

Mungkin ada yang bertanya... adakah saya ingin menjadi penulis...mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya yang sepatutnya sudah selesa dengan keadaan saya sekarang ingin mencuba untuk menulis pula.

Hmmm....

Saya secara peribadi merasakan, ramai orang menulis bukan semata-mata untuk mencari duit tetapi lebih untuk kepuasan peribadi.

Dengan kegemaran saya membaca buku dari pelbagai genre, saya seringkali merasa kagum bagaimana tulisan-tulisan yang statik itu dapat menggerakkan minda, memberi motivasi dan juga dapat mengubah kehidupan seseorang pembacanya.

Dan saya berpendapat, setiap orang pasti ada sesuatu yang ingin diceritakan dan pasti ada diantaranya yang boleh diambil pengiktibaran....

Jadi perlukah saya menjawab pertanyaan adakah saya ingin menjadi penulis?


Allahu’alam


Ummuzulfa
26 April 2008



Tuesday, April 15, 2008

TUHAN MANUSIA - menyelusuri falsafah

Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.


Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.


Andai kota itu peradapan, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.


Bukan sekali, bukan dua kali juga bukan tiga kali malah berkali-kali ungkapan itu diulang-diulang di dalam novel kecil tapi padat ini.


Tuhan Manusia....


Karya Faisal Tehrani (saya gemar dengan kata singkatan FT)




Tuhan Manusia berkisar kepada pergolakan jiwa remaja yang serba ingin tahu setelah abangnya murtad dan ayahnya menyendiri selepas peristiwa hitam yang menimpa keluarganya itu.


Dengan watak utama remaja 17 tahun diberi nama Ali Taqi (FT sangat gemar dengan nama ini, kenapa ye? Allahu 'alam), Ali Taqi mencari-cari sebab-musabab kenapa abangnya murtad.



Justeru, terjumpalah ia dengan dengan pelbagai aliran pemikiran manusia yang dilabelkan dengan pelbagai nama....Pluralisme, sekuralisme, positivisme dan pelbagai ism yang lain.



Dengan bantuan guru, abang senior dan cerdik pandai, sedikit demi sedikit terurailah kebingungan dan kecelaruan pemikirannya.







Perjalanan Ali Taqi sangat panjang, bukan dari segi masa tetapi dari segi perjalanan pemikirannya dan pencarian hujah untuk menangkis justifikasi abangnya yang murtad atas dasar semua agama itu membawa kebaikan maka apalah salahnya dia ingin keluar dari Islam.


Di tengah-tengah pencarian makna kehidupan dan falsafah hakikat ketuhanan, Ali Taqi dikejutkan dengan berita gembira, kawan baiknya seorang yang berbangsa Tiongha memilih untuk bersama dengannya dalam satu aqidah.


Jika abangnya meninggalkan Islam melalui falsafah hidup yang keliru, maka Tze telah Islam, juga kerana falsafah yang telah diyakini hujahnya.



Setelah pencarian yang merentas benua dan masa, Ali Taqi berjaya merungkai persoalan besar hidupnya itu dan sejahtera dengan ilmu dan keyakinan yang diperolehi setelah mencedok ilmu dari manusia pelbagai latar belakang.


Bagi saya secara peribadi, Tuhan Manusia adalah sebuah buku falsafah, sekurang-kurangnya cuba untuk dihuraikan di dalam bentuk novel dan dalam bahasa yang agak mudah.



Namun begitu, bagi saya yang beraliran "hard-core science", yang otak kanan yang mungkin tidak seaktif otak kiri, maka beberapa perkara sukar juga digarap untuk pertama kali.


Beberapa istilah bahasa Arab dan ilmu falsafah kedengaran tersangat asing pada saya.

Bukan sekali saya terpaksa 'reverse' ke muka surat belakang untuk menambah faham maksud yang ingin diperkatakan oleh penulis.



Saya tidak putus asa untuk menghabiskan bacaan.

Malah saya gembira kerana selepas mengkhatamkan buku ini, sekurang-kurangnya saya mendapat sedikit pencerahan untuk maksud pluralisme yang sering diutarakan oleh golongan liberal.

Pelbagai versi maksud pluralisme dapat saya hayati di dalam buku ini.

Walaubagaimanapun, masih banyak lagi yang saya perlu baca dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk menambah yakin dan ilmu.

Ilmu falsafah, tanpa asas yang kuat, mampu sahaja menjarakkan manusia itu dari Tuhan sebagaimana ia mampu mendekatkan diri manusia kepada Tuhan jika ia dipandu oleh Al-Quran dan As-sunnah.


Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama...




Jika ditanya, apakah yang saya faham dengan ungkapan terbanyak yang disebut oleh FT di dalam buku ini.....


Saya juga tidak pasti...


Dengan segala keterbatasan pemikiran saya, ringkasannya mungkin berbunyi begini......jagalah agama kerana jika runtuh agama maka akan musnahlah budaya dan ranaplah satu ketamadunan...dan akan lenyaplah sebuah kehidupan.

Bagi mereka yang ingin tahu versi ism-ism yang sering dinyanyikan oleh golongan tertentu terutamanya pluralisme...buku ini boleh memberi pencerahan..tetapi yang pasti buku ini bukan buku terakhir dan kata muktamad terhadap segala persoalan falsafah kerana banyak lagi yang boleh digali di luar sana....

Apapun, karya FT yang satu ini boleh dimanafaatkan bagi mereka yang ingin tahu.

Ummuzulfa 15 April 2008












Monday, April 7, 2008

BUKU, BUKU, BUKU



Apalah hidup tanpa ilmu...

Apalah hidup tanpa buku....

Saya memang suka membaca, sedari kecil, sehingga sekarang, sampai cermin mata semakin tebal dan mata juga semakin rabun.

Jadi Pesta Buku antarabangsa adalah satu pesta yang memang ditunggu-tunggu...

Dengan kesuntukan masa, saya hanya sempat tiba di PWTC lebih kurang pukul 4 petang, bersama 2 orang anak yang kecil, suami, dan 2 orang kawan.

Memang menyeronokkan bila kita dapat menikmati apa yang kita suka..Manusia memang ramai, begitu juga dengan penjual buku....dan tidak ketinggalan mereka yang beratur di mesin ATM, saya kira, untuk menokok tambah apa yang sudah kempis ..


Seperti yang telah disangka, pergi dengan anak kecil dan di hujung minggu, kepuasan adalah sesuatu yang sukar dicari pada saat itu.

Saya terpaksa mencari satu 'port' terpencil untuk menyusukan Zulfa kerana tangisan yang tidak boleh dikawal lagi.
Juga 'kehilangan' saya dari pandangan suami menyebabkan suami mengambil tindakan nekad untuk membuat episod 'jejak kasih' dengan meminta pertolongan dari pembesar suara yang boleh didengar seantero dewan pameran.

Mujurlah saya ini tidak terkenal :D

Namun begitu, rasa gembira kerana dapat bertemu dengan Faisal Tehrani untuk tandatangan bukunya yang telah lama saya beli dan kebetulan sedang saya baca...
Dengan menjual nama adik saya yang pernah menuntut di universiti dan menetap di kolej yang sama lebih 10 tahun lepas, dapatlah juga saya berbual-bual sebentar dengan beliau.


Apa yang saya beli?

4 buah buku 'Life is an open secret" untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.
2 buah novel Ana Muslim untuk anak dara yang ditinggalkan di rumah

dan beberapa buah buku lagi...

Tetapi buku yang menjadi sasaran saya, masih belum kesampaian lagi saya membelinya kerana masa yang suntuk.

Itupun kami pulang selepas isya'.

Ya, yang pasti saya akan berkunjung lagi ke Pesta Buku...Insya Allah..

APALAH HIDUP TANPA BUKU...

Free Counters
Petco Promotion Code